Support My Blog

Sunday, March 15, 2015

PULAU BANGGI - SATU CATATAN

PULAU BANGGI merupakan sebuah pulau yang terbesar di Malaysia yang terletak dilokasi agak ke Timur di Daerah Kudat, Sabah bersempadan dengan Filipina. Luas pulau ini adalah 126,570 ekar berkedudukkan paling utara di Sabah. Penulis bertuah dapat berkunjung ke pulau ini diatas jemputan FELCRA untuk tinjauan kesesuaian tanah bagi jenis tanaman makanan di pulau ini lanjutan daripada Projek Agropolitan Parcel A yang telah berjaya dilaksanakan semenjak tahun 2005 dahulu dibiayai oleh kerajaan persekutuan melalui KKLW. Pulau yang kini mempunyai 22,000 orang penduduk ini terdiri daripada 6 kaum iaitu kaum Bonggi, Ubian, Suluk, Kagayan, Bajau dan Balabak ini telah menjalankan aktiviti pertanian terutama dalam perikanan laut. Kini seluas 1,800 hektar ladang getah telah sedia untuk ditoreh mulai pada tahun ini dan tahun 2016. Pulau yang terletak di tengah laut ini memang sesuai untuk dimajukan dengan sektor pelancongan dimasa akan datang seperti pulau peranginan lain dengan laut membiru dan air jernih. Pastinya kaki pancing, kaki selam dan kaki snorkelling akan menyukai pulau ini yang masih belum dikenali ramai. Masih banyak keaslian (nature) di pulau ini yang boleh dinikmati oleh pelancong. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sebuah pulau berada di timur Sabah Malaysia untuk anda.


Perjalanan ke Pulau Banggi daripada Kudat memakan masa selama 50 minit dengan bot laju kepunyaan FELCRA dengan dua enjin berkuasa 250 cc setiap satu dan kelajuan 50 batu nautika sejam. Sepanjang laluan ke pulau ini dilihat beberapa pulau bersebelahan seperti Pulau Bambangan dan Pulau Malawati yang besar juga. Laluan ini juga penulis dapat melihat pelantar minyak (oil rigs) yang sedang beroperasi mengeluarkan minyak di laut Sabah. Jika anda ingin menggunakan feri swasta, perjalanan ini akan mengambil masa 3-4 jam bergantung kepada cuaca dengan bayaran tambang RM5.00 seorang. Jadual perjalanan feri ini dua kali sehari iaitu jam 9.00 pagi dan jam 2.00 petang. Perkhidmatan bot laju (speed boat) yang boleh dinaiki sekitar 4-5 orang boleh disewa dengan kadar bayaran RM300 sehala dalam masa 1 jam sahaja. Satu lagi pengangkutan adalah dengan menyewa 'pump boat' yang bernilai RM200 sehala dengan masa perjalanan selama 1-2 jam sahaja. Pump boat adalah sampan kecil yang sering digunakan oleh penduduk tempatan pulau ini.


Sebahagian kawasan dipulau ini adalah masih hutan dan sebehagian lagi telah pun dimajukan dengan tanaman kelapa sawit seluas 10,000 ekar yang terletak di tengah-tengah bahagian pulau ini oleh sebuah syarikat swasta iaitu Sg Kretam Estates. Pokok kelapa sawit yang ditanam berumur 6 bulan hingga 10 bulan. Pokok kelapa sawit tumbuh subur dengan penjagaan estet yang baik dan bersistem. Kumpulan pakar kami telah membuat tinjauan kesesuaian tanah untuk pembangunan yang dirancang dimasa akan datang. Beberapa pakar sains tanah membuat analisa tanah dari beberapa lot yang digali dan didapati beberapa jenis tanaman makanan sesuai ditanam (Sila lihat foto disebelah). Semasa lawatan adalah musim panas dimana kadar taburan hujan masa ini adalah yang paling rendah dalam setahun. Kawasan pulau sesuai dijalankan projek tanaman yang mudah untuk diproses atau dipasarkan melalui kaedah khusus. Ini disebabkan kerana kos pengangkutan akan menjadi tinggi jika tidak dirancang dengan baik.  


Pulau ini telah berjaya dibangunkan oleh FELCRA semenjak tahun 2005 dengan konsep pembangunan Agropilitan. Projek mega ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu dengan konsep terancang pembangunan ladang dan kemudahan awam disediakan. Sebanyak 100 unit rumah peserta projek dengan kelengkapan kemudahan awam disediakan (Sila lihat foto disebelah). Rumah ini muka didudukki peserta projek seramai 95 orang pada Ogos 2009 dan kini berfungsi sepenohnya. Sepanjang lebih 25 km jalanraya juga dibina membolehkan sebanyak 71 kereta dan 322 buah motorsikal telah menggunakannya. Penduduk tempatan memang tidak menyangka akan perkara ini dimana tanpa projek ini mereka akan berharap kepada laluan air sahaja dengan sampan atau bot dari satu kampong kekampong lain sebelum ini. Sebuah sekolam menengah, klinik kesihatan, balai polis dan kemudahan telekomunkasi juga kini telah tersedia. Sebuah hotel juga sedang dibina dikawasan jeti untuk pelancong. Kesan projek Agropilitan ini pada penilaian penulis amat berjaya dan ia perlu dikembangkan dikawasan lain dalam negara dimasa akan datang. Wasallam!.



PERGI PULAU....PULAU BANGGI...
TIMUR KUDAT... FILIPINA DITEPI...
NAIK BOT LAJU...JAUH SEKALI...
PULAU JAUH... ADA POTENSI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 102, Sandakan MArina and Resort,
Sandakan, Kudat,
Sabah, Malaysia.
(21 JamadilAwal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...