KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, March 10, 2015

KOPI TENOM - SATU KEBANGGAAN

KOPI TENOM (Tenom coffee) merupakan satu ikon dan kebangaan penduduk di Daerah Tenom sejak berpuloh tahun dahulu. Terdapat satu monumen yang besar terletak ditengah-tengah Bandar Tenom dengan megah memberitahu pelancong akan keujudan satu industri berasaskan kopi di Daerah Tenom, Sabah (Sila lihat foto diatas). Kopi Tenom yang dihasilkan oleh Syarikat Yit Foh sebenarnya mampu menggabungkan antara tanaman kopi dengan industri pemprosesan kopi tradisional dan sektor agrotourism. Penulis telah melawat kilang ini pada 6 Mac 2015 bagi membuat tinjauan teknologi mengenai potensi industri kopi khususnya bersama Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sabah dan Pegawai Penyelidik Kanan DOA Sabah di Tenom serta beberapa ahli rombongan lain. Rombongan disambut baik oleh pengurus kilang iaitu Encik Alex yang membuat penerangan melalui tayangan video dan memberikan pelbagai demonstrasi mengenai kehebatan kopi. Lawatan dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Taklimat Awal, Lawatan Kekilang Operasi, Pembungkusan dan juga iji rasa pelbagai produk dan peralatan membuat minuman kopi. Menurut Alex permintaan kopi dari kilang beliau meningkat antara 7 - 10% setiap tahun dan kepelbagaian produk ditingkatkan dengan pelbagai produk baru. Kopi telah menjadi minuman yang ramai peminatnya kerana kandungan caffien yang didakwa membantu meningkatkan tahap kesihatan peminumnya jika diambil dengan cara betul. Menikmati minuman kopi terbaik adalah ia diambil tanpa gula dan susu serta dengan kadar sesuai. Produk 'Kopi Tenom' kini dipasarkan di seluroh Sabah, Brunei, Sarawak dan kini telah sampai di beberapa pasaraya di Semenanjung Malaysia. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kilang kopi Yit Poh yang menghasilkan produk 'Kopi Tenom" untuk bacaan dan rujukkan anda.


Kilang ini dimulakan secara kecil-kecilan oleh pengasasnya sekitar tahun 1959 (sama dengan umur penulis). Ia telah diusahakan dengan bangunan rumah kedai kecil yang menggunakan cara tradisional memproses kopi (Sila lihat foto disebelah). Pada waktu tersebut ramai petani sekitar Daerah Tenom menanam kopi jenis Liberica dan Robusta yang mendapat galakkan daripada Jabatan Pertanian Sabah. Oleh kerana tidak ada jalanraya maka kebanyakan biji kopi perlu diproses agar ia boleh mendapatkan pendapatan. Penghubung yang ada cuma laluan keretapi dari Tenom ke Kota Kinabalu membawa hasil pertanian. Keretapi tersebut kini masih berfungsi sebagai daya tarikan pelancong dengan jarak sekitar 170 km dari bandar Kota Kinabalu. Kini selain daripada biji kopi tempatan, kilang Yit Foh ada menggunakan biji kopi mentah jenis Robusta yang diimpot melalui syarikat tempatan yang beroperasi di Kota Kinabalu. Harga biji kopi robusta keluaran tempatan dibeli sekitar RM8.50 sekilogram. Biji kopi ini diproses untuk menghasilkan sekitar 12 produk berasaskan kopi dengan pelbagai jenama Kopi Tenom.


Encik Alex membuat penerangan beberapa peralatan dan mesin untuk menyediakan minuman kopi. Paling asas adalah alat membancuh kopi digelar 'Vietnam Coffee Maker' yang berharga sekitar RM10 satu set. Air panas dicurah terus diatas serbuk kopi dan seterusnya ia sedia untuk diminum. Alat kedua buatan Jepun menggunakan teknik 'vacuum filter' yang berharga RM2,500 memberikan citarasa sebenar keenakan dan kepahitan kopi yang disediakan. Bagaimana pun air kopi yang menggunakan mesin pembuat kopi berharga RM10,000 menggunakan tekanan (pressure) didapati memberikan rasa kopi paling pahit (tidak pernah minum kopi sepahit ini!). Kopi pahit tanpa gula ini telah ekstrak semua yang terkandung dalam serbuh kopi tersebut. Menuurut Alex jika minum kopi ini akan mengurangkan kemungkinan Parkinson Disease. Penulsi bagaimana pun berjaya menghabiskan 2 cawan kecil kopi terpahit ini (Sila lihat foto sebelah). Ramai dikalangan ahli rombongn yang tidak mengethui teknik-teknik minum kopi sebenar tanpa gula yang mencabar.


Teknologi menggoreng kopi merupakan identiti produk kopi kilang ini yang dikekalkan semenjak lama dulu. Seorang pekerja perlukan masa selama 2 tahun untuk menjadi tukang goreng dengan cara unik ini (Sila lihat foto disebelah). Setiap proses penggorengan memerlukan masa 2 jam sebelum ia disejukkan dan seterusnya dikisar mengikut jenis produk. Kilang ini mempunyai sijil MESTI, Sijil HALAL, GMP dan pelbagai keperluan dalan operasi sebagai kilang makanan.  Serbuk kopi yang dikisar akan dihantar kepada unit penyediaan produk seterusnya kepada unit pembungkusan. Bergantung kepada jenis produk, teknik pembungkusan juga disesuaikan dimana bungkusan kecil dalam sachet kini mendapat permintaan yang amat tinggi berbanding dengan bentuk serbuk kopi campuran. Pembungkusan dilakukan secara semi-auto dengan kapasiti pengeluaran disesuaikan. Pemerhatian penulis mendapati kilang ini mampu meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran dimasa akan datang dikawasan bersebelahan sebagai unit pengeluaran baru.


Kopi Tenom kini digabungkan dengan konsep Agrotourism. Pelancong yang berkunjung ke Daerah Tenom boleh melawat Taman Pertanian Sabah sejauh 15 km dari kilang kopi Yit Poh yang ada beribu-ribu koleksi janaplasma pelbagai tnaman tropika dari seluruh dunia. Alex juga memaklumkan ada 15 ekar tanah yang menanam kopi robusta boleh dikunjungi pelancong an bagaimana ia diuruskan. Pengurus kilang mendakwa beliau akan membeli sebanyak mana kopi robusta tempatan asalkan petani memberikan biji kopi berkualiti (Sila lihat foto pemilik kilang disebelah). Potensi tanaman kopi di Sabah amat tinggi terutama dibeberapa daerah seperti di Tenom, Daerah Ranau, Sipitang, Sook dan Nabawan. Jabatan Pertanian Sabah menyasarkan seluas 241 hektar melibatkan seramai 88 orang petani tanaman kopi baru di 5 daerah ini sehingga 2015. Daerah Tenom yang mempunyai tanah subur mampu memberikan hasil kopi terutama jenis robusta untuk diproses dikilang yang semakin dikenali produknya. Semuga industri kopi akan terus maju di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya dimasa akan datang. Wasallam!...





KOPI TENOM... SATU INDUSTRI...
ASAL TEMPATAN....BIJI KOPI... 
PROSES UNIK... CARA SENDIRI...
PRODUK DIJUAL... IA BERKUALITI...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Exibition Hall and Factory,
Kolang Kopi Yit Poh,
Tenom, Sabah,
Malaysia.
(6 Mac 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...