Support My Blog

Tuesday, December 19, 2023

MINIMAKAN GANGGUAN TANAH (Part 2)

GANGGUAN TANAH
perlu di minimakan (minimizing soil disturbance) terutama tanah pertanian kerana boleh akibatkan tanaman kurang subur dan penghasilan akan juga menurun. Adalah penting untuk mengetahui beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesihatan tanah dimana amalan ini perlu dilakukan dalam membantu untuk dalam menyuburkan tanah pertanian tersebut. Secara asasnya dimana kejadian dalam gangguan tanah boleh berlaku dalam banyak cara antaranya Gangguan Biologi, Gangguan Kimia dan juga jenis Gangguan Fizikal. Pengurusan pertanian yang kurang baik akan menyebabkan gangguan fizikal seperti 'overgrazing' dimana ini akan menghadkan kebolehan tumbuhan dalam mengambil CO2 dan juga cahaya matahari. Paling ketara dalam mengyrangkan kesuburah tanah ada;ah gangguan kimia dimana penggunaan baja dan racun kimia akan menyebabkan kitaran hidupan mikro didalam tanah dan kesan bahan kimia itu sendiri didalam tanah. Dari segi gangguan fizikal pula antara perkara yang menyebabkan kerosakan tanah adalah aktiviti membajak tanah atau hakisan tanah. Hasil kajian mendapati dimana sekitar 45% tanah mineral (pasir, liat dan silt) mengandungi 5% bahan organik, 25% air dan juga 25% udara didalamnya. Kandungan air dan udara dalam tanah berada diantara ruang udara antara partikel tanah (soil pores). Kesan pembajakan tanah sekian lama kepada tanah pertanian menyebabkan pengurangan ruang ini dimana kesannya menyebabkan struktur tanah untuk memegang air dan udara (partikel tanah menjadi lebih halus sebab di bajak rotor sekian lama). Ini menyebabkan proses larutresap (infiltration) terganggu dimana seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada kehidupan mikrob didalam tanah. Kesan pembajakkan tanah (tillage) selalunya akan menyebabkan hakisan oleh air, perpindahan tanah atas, nitrien dan air kelokasi lain yang menyebabkan tanah untuk tumbuhan menjdai tidak subur. Gangguan tanah juga berlaku disebabkan kualiti air (air lumpur) di kawasan tanaman yang akan menganggu pertumbuhan seterusnya menganggu tanah menjadi kurang produktif. Paling di lihat bagaimana bahan organik di permukaan tanah tersebut sudah menjadi kurang atau terhapus menyebabkan tanah sudah tidak sesuai untuk tanaman lagi. Bagaimanakah kita boleh kembalikan gangguan tanah ini untuk meningkatkan fungsi tanah untuk menjadi lebih subur dan mampu memberikan hasil teraik kepada tanaman dan menguntungkan petani?. Jawapannya adalah BOLEH. Cara terbaik adalah dengan amalan meminimakan gangguan tanah ini antaranya dengan membaiki agregat tanah, ruangan dalam tanah, Soil Glue dan meningkatkan bahan organik dalam tanah sama ada dilakukan dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang. Ia merupakan langkah untuk dapat menigkatkan produktiviti tanah kepada hasil pertanian. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai bagaimana perlu meminimakan gangguan tanah untuk pertanian bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Salah satu kaedah didalam teknik untuk mengurangkan gangguan tanah adalah melalui Cara Pembajakkan Minima Tanah (Minimum Tillage). Kaedah pembajakan Minimum ini dari segi definisi teknologi sebai kaedah untuk aktiviti kerja menjalankan sistem kurang pembajakan atau pun dimaksudkan dengan sistem 'reduce dtillage' dimana kaedah ini akhirnya akan meminimumkan gangguan tanah dan kesan alam sekitar terhadap kaedah pertanian ladang. Pada penulis blog mendapati dimana kaedah pembajakan minimum juga ia merujuk kepada penyempitan kawasan penanaman tanah dan mengurangkan bilangan pertanian keras dimana kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah pembenihan tunggul. Kaedah pembajakan minimum ini dicirikan sebgai satu pilihan terbaik dalam mengurangkan kawasan pertanian pembajakan dan mengurangkan bilangan trekter atau jentera memasukki ladang. Ada isu dikalangan petani dimana sama ada mereka melakukan cara pembajakan konvensional atau pun mereka tidak membuat pembajakan terus atau mereka melakukan kaedah cara pembajakkan minima sebab perbezaan tanaman ditanah bajak mini adalah bekas adalah apabila tanah lama tidak dibajak kemudian pembajakan menengah perlu dibersihkan rumpaidan semak dahulu. Sebaiknya dilakukan awal lagi kerje meracun rumpai atau sisa tanaman semasa musim tidak bertanam. Pembajakan Minimum ini adalah satu perkara perlu di perkenalkan kepada lebih ramai petani agar gangguan tanah kurang berlaku. Salah satu teknologi yangsesuai dengan isu ini adalah penggunaan Bajak Putar (Rotary Tiller) dimana kaedah ini membantu mengurangkan kes gangguan tanah. Pemutar putar adalah mesin atau jentera yang digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja membajak dan meratakan tanah menggunakn implemen dan trektor. Kaedh ini telah digunakan secara meluas di negar maju kerana dilaporkan ia mampu dan kuat untuk memecahkan partikel tanah dimana akhirnya menjadikan permukaan rata setelah membajak dan memberikan keadaan baik kepada tanaman. Pada masa yang sama, ia dapat memotong batang akar yang terkubur di bawah permukaan 'Rotary Ripper' ini akan memudahkan kerja-kerja penanaman, pembajaan, pengairan tnaman dan amalan agronomi yang lain. Terdapat banyak jentera dan implemen dipasaran yang menyediakan sistem cecara roraty ripper ini dengan disesuaikan jenis tanah, jenis tanaman, keadaan cerun tanah dan faktur cuaca.


Penulis blog maklum dimana r
otary-tiller mempunyai fungsi didalam cara untuk memecahkan tanah dibahagian bawah serta ia juga mampu untuk memulihkan struktur permukaan tanah. Kesan nyata dimana cara ini akan meningkatkan lagi kemampuan tanah penyimpanan air dan fungdi pemeliharaan kelembapan tanah. Selain itu ia juga akan dapat menghilangkan beberapa jenis rumpai yang seterusnya akan mengurangkan ancaman kepada perosak dan penyakit. Sebagai contoh dimana jentera rotovator dan ripper ini akan digunakan dengan meluas kerana kemampuannya yang kuat untuk memecah tanah dan juga ia membajak pada permukaan rata. Pada masa yang sama jentera ini dilaporkan akan dapat memotong batang akar yang berada di bawah permukaan tanah dimana perlu dipugar. Pemugaran tanah car aini adalah sesuai untuk operasi atau kerja membaja dan menyemai anakneih tanaman. Rotovator adalah sejenis jentera pertanian yang digunakan dalam kerja-kerja penyediaan tanah untuk penanaman semula supaya tanah lebih gembur. Terdapat rotovator yang bersaiz kecil untuk pekebun kecil seperti penanam sayuran dan rotovator besar untuk adang-ladang yang luas yang dipasang pada trekter. Di Malaysia alat yang digunakan bersaiz kecil dimana kebanyakkannya digunakan oleh penanam sayur dan untuk tanaman makanan. Terdapat pelbagai jenis rotovator dari jenis yang paling kecil dan murah kepada jenis yang besar dan berharga mahal. Rotovator membantu petani dalam kerja meringankan kerja-kerja penyediaan tanah dimana dahulu mereka hanya menggunakan cangkul dan tajak sahaja. Kecanggihan alatan rotovator ini selain daripada diguna untuk merotor tanah ia juga boleh diguna untuk membina batas tanaman. Komponen utama alat pertanian Rotovator 2-roda adalan Enjin, Roda, Rotor Blade, Pemegang/ Handle, dan Sistem Kawalan (Transmission System). Enjin rotovator merupakan komponen penting dalam alatan ini dimana ianya menggunakan minyak Petrol atau Minyak Disel. Saiz kekuatan enjin bergantung kepada saiz rotovator dan yang penting mampu mengerakkan roda dan juga mata pisau (rotor blade). Antara jenama enjin yang saya sering jumpa di pasaran seperti Robin, Kubota, Iseki, Honda dan beberapa enjin buatan China dan Korea. Komponen roda terdiri daripada 2 unit (sepasang) atau 4 unit (2 pasang) bergantung kepada saiz. Ada roda yang digerakkan oleh sistem gear dan ada jenis roda yang digerakkan oleh mata pisau (blade). Penggunaan mesin ini secara baik akan mengurangkan kerosak atau gangguan tanah pertanian.


Kaedah lama yang praktikal diamalkan meminimakan gangguan tanah adalah dengan menanam Tanaman Penutup Bumi (Cover Crop). Tanaman ini telah digunakan terutama
 untuk pembukaan ladang-ladang pertanian baru seperti pembukaan ladang kelap sawit, getah, dusun buah-buahan dan sebagainya. Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu menanam tanaman penutup bumi dikawasan yang baru dibuka diantaranya untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah, memberikan kelembapan pada tanah, menambahkan bahan nutrien dalam tanah (Jenis kekacang penutup bumi) , menghalang pertumbuhan rumpai bermasaalah, dapat menurunkan suhu dipermukaan tanah terbuka, dan sebagainya. Pelan perancangan untuk membuka ladang pertanian yang luas perlu disesuaikan dengan kalendar iklim dan cuaca. Lazimnya membuka tanah dijalankan dengan menebang dan memerus pada musim panas (Bukan Januari hingg Mac) dan penanaman penutup bumi dibuat apabila musim hujan mulai datang. Peranan pengurusan ini penting bagi menentukan tanah atas (top soil) tidak dihakis akibat pengaliran air hujan berlaku dipermukaan tanah yang boleh mengurangkan kesuburan tanah. Penanaman buah-buahan juga perlukan tanaman penutup bumi terutama dikawasan tanah kebun yang mempunyai cerun dan terdedah kepada hakisan. Terdapat pelbagai jenis tanaman penutup bumi yang boleh di tanam bagi tujuan tersebut. Lazimnya di Malaysia ada sebanyak 21 jenis tumbuhan penutup bumi yang ada diatas boleh disesuaikan penanamannya mengikut keadaan kebun, jenis tanaman, luas kawasan, teknologi penanaman serta sumber biji benih yang mencukupi. Kaedah penanaman, pengurusan dan penjagaan setiap tanaman tutup bumi yang disenaraikan adalah berbeza-beza. Sila baca tulisan saya mengenai tanaman penutup bumi dengan pautan berikut (Sila klik disini). Ada jenis tanaman penutup bumi yang boleh ditanam secara monokrop dan ada yang perlu di campur semasa menanamnya (Mixed cover crops). Penanaman tanaman penutup bumi ini dijalankan dengan teknik dan kaedah penanaman yang betul. Terdapat amalan agronomi untuk tanaman penutup buni seperti cara menanam, benih berkualiti, penyiraman, jarak tanaman, pembajaan dan kawalan penyalit yang perlu dijalankan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technilogy kali ini. Wasallam!!...
GANGGUAN TANAH... ISU BERLANJUTAN,,,
BANYAK SEBAB... PERLU DI PULIHKAN...
GILIRAN TANAMAN...AMAT BERKESAN...
TANAH SUBUR...HASIL DITINGKATKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826 (Executive Suite), 
Hotel Pullman, Kucing,
Sarawak,
Malaysia.
(1 Jamadilakhir 1445H).

Monday, December 18, 2023

MINIMAKAN GANGGUAN TANAH (Part 1)

GANGGUAN TANAH
perlu di minimakan (minimizing soil disturbance) terutama tanah pertanian kerana boleh akibatkan tanaman kurang subur dan penghasilan akan juga menurun. Adalah penting untuk mengetahui beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesihatan tanah dimana amalan ini perlu dilakukan dalam membantu untuk dalam menyuburkan tanah pertanian tersebut. Secara asasnya dimana kejadian dalam gangguan tanah boleh berlaku dalam banyak cara antaranya Gangguan Biologi, Gangguan Kimia dan juga Gangguan Fizikal. Pengurusan pertanian yang kurang baik akan menyebabkan gangguan fizikal seperti 'overgrazing' dimana ini akan menghadkan kebolehan tumbuhan dalam mengambil CO2 dan juga cahaya matahari. Paling ketara dalam proses pengurangan kesuburah tanah adalah gangguan kimia dimana penggunaan baja dan racun kimia akan menyebabkan kitaran hidupan mikro didalam tanah dan kesan bahan kimia itu sendiri didalam tanah. Dari segi gangguan fizikal pula antara perkara yang mana ia menyebabkan kerosakan tanah adalah aktiviti membajak tanah atau hakisan tanah. Hasil kajian mendapati dimana sekitar 45% tanah mineral (pasir, liat dan silt) mengandungi 5% bahan organik, 25% air dan juga 25% udara didalamnya. Kandungan air dan udara dalam tanah berada diantara ruang udara antara partikel tanah (soil pores). Kesan pembajakan tanah sekian lama kepada tanah pertanian menyebabkan pengurangan ruang ini dimana kesannya menyebabkan struktur tanah untuk memegang air dan udara (partikel tanah menjadi lebih halus sebab di bajak rotor sekian lama).  Ini menyebabkan proses larutresap (infiltration) terganggu dimana seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada kehidupan mikrob didalam tanah. Kesan pembajakkan tanah (tillage) selalunya akan menyebabkan hakisan oleh air, perpindahan tanah atas, nitrien dan air kelokasi lain yang menyebabkan tanah untuk tumbuhan menjdai tidak subur. Gangguan tanah juga berlaku disebabkan kualiti air (air lumpur) di kawasan tanaman yang akan menganggu pertumbuhan seterusnya menganggu tanah menjadi kurang produktif. Paling di lihat bagaimana bahan organik di permukaan tanah tersebut sudah menjadi kurang atau terhapus menyebabkan tanah sudah tidak sesuai untuk tanaman lagi. Bagaimanakah kita boleh kembalikan gangguan tanah ini untuk meningkatkan fungsi tanah untuk menjadi lebih subur dan mampu memberikan hasil teraik kepada tanaman dan menguntungkan petani?. Jawapannya adalah BOLEH. Cara terbaik adalah dengan amalan meminimakan gangguan tanah ini antaranya dengan membaiki agregat tanah, ruangan dalam tanah, Soil Glue dan meningkatkan bahan organik dalam tanah sama ada dilakukan dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang. Ia merupakan langkah untuk dapat menigkatkan produktiviti tanah kepada hasil pertanian. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai bagaimana perlu meminimakan gangguan tanah untuk pertanian bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam usaha meminimakan gangguan tanah dimana antara langkah yang sesuai dilakukan adalah amalan Penggiliran Tanaman (Crop Rotation). 
Penggiliran tanaman ialah amalan menanam satu turutan jenis tanaman yang berbeza di kawasan yang sama merentasi urutan musim penanaman. Amalan ini akan mengurangkan kebergantungan sesuatu tanaman terhadap satu jenis nutrien, mengurangkan tekanan dari makhluk perosak dan agen penyakit, serta mengurangkan kebarangkalian makhluk perosak dan rumpai liar untuk terhasil rintangan terhadap racun. Menanam tanaman yang sama di tempat yang sama selama bertahun-tahun berturut-turut atau pun ia dikenali sebagai penanaman tunggal kesnnya dimana secara beransur-ansur menghabiskan nutrien tertentu pada tanah tersebut dan menggalakkan daya saing antara jenis-jenis makhluk perosak di tanah tersebut. Selalunya tanpa mengimbangi penggunaan nutrien dan mempelbagaikan komuniti makhluk perosak serta rumpai liar maka produktiviti monokultur sangat bergantung kepada input luaran yang mungkin berbahaya terhadap kesuburan tanah akan berlaku. Sebaliknya Amalan Penggiliran Tanaman yang perlu ia direka bentuk dengan baik dan disesuaikan dengan faktur tanah, cuaca dan pasaran boleh mengurangkan keperluan baja sintetik dan racun rumpai dengan menggunakan perkhidmatan ekosistem yang lebih baik daripada set tanaman yang memang ada pelbagai. Selain itu pada penulis blog juga ada mendapati dimana penggiliran tanaman boleh memperbaiki struktur tanah dan bahan organik serta disusun agar kesan pengurangan nutrien akibat hakisan dikurangkan dimana ini seterusnya akan meningkatkan daya tahan sistem ladang.  Sejak dulu amalan ini di kaji oleh pakar pertanian yang telah menyedari bahawa putaran yang sesuai seperti menanam tanaman musim bunga untuk makanan ternakan sebagai ganti kepada bijirin untuk kegunaan manusia memungkinkan pemulihan atau pengekalan keproduktifan tanah. Amalan ini sudah dilakukan sejak 6,000 sebelum masihi dimana tanpa memahami penggunaan bahan kimia mereka telah menanam kekacang dan bijirin secara bergantian. Kekacang adalah tanaman yang membekalkan banyak unsur Nitrojen (N) dalam tanah.


Secara dasarnya pada penulis blog kaedah sistem penggiliran sistem dua bidang tanah menggunakan prinsip penanaman separuh daripada tanah tersebut selama setahun dengan separuh lain dilakukan dengan terdedah begitu sahaja. Bagaimana pun amalan agronomi seterusnya adalah pada tahun berikutnya kedua-dua bidang itu diterbalikkan penanamannya. Di negara China dilaporkan dimana kedua-dua sistem dua medan dan tiga medan telah digunakan sejak zaman Zhou Timur dan berlaku di zaman Charlemagne sekitar tahun 814. Kemudian dilaporkan ramai petani di Eropah beralih daripada giliran tanaman dalam mematuhi sistem ini. Petani Eropah pada abad ke 20 mengamalkan penggiliran tiga bidang tanah melalui pembahagian tanah sedia ada kepada tiga bahagian. Satu bahagian ditanam pada musim luruh dengan tumbuhan rai atau gandum musim sejuk, diikuti dengan tumbuhan oat atau barli pada musim bunga; bahagian kedua menanam tanaman seperti pis, lentil, atau kekacang; dan ladang ketiga dibiarkan terdedah sebagai tanah rang begitu sahaja. Ketiga-tiga bidang tanah itu digilirkan dengan cara ini supaya setiap tiga tahun maka salah satu bidang tanah akan berehat dan dibiarkan terdedah. Jika seseorang misalnya mempunyai sejumlah 600 ekar tanah yang subur maka petani tersebut hanya dapat menanam 300 ekar apabila menggunakan sistem dua bidang. Sekiranya menggunakan sistem penggiliran tiga bidang pula dimana seseorang itu dapat menanam (termasuk menuai) 400 ekar tanah. Ada juga apa yang dikatakan cara penggiliran tanaman dengan Sistem Empat Bidang.


Kaedah meminimakan gangguan tanah boleh di lakukan dengan Peningkatan Kaedah Ratoon Tanaman (Intensification of Ratoon) dimana perkara ini agak kurang popular di Malaysia. Kaedah pengursan tanaman boleh di lakukan dengan teknik ratoon pokok yang telah berhasil bagi tanaman tertentu seperti untuk tanaman tebu, nanas, betik, padi dan beberapa lagi. Bagaimana pun jika dilihat akan lebih berkesn jika ditana secara perladangan yang mampu mengurangkan isu gangguan tanah. Pada penulis blog dalam perladangan tenaman tebu untuk kilang gula teknologi ini amat relevan. Amalan teknologi untuk meratoon tebu sudah banyak dilakukan oleh pengusaha tebu gula. Tebu sejak zaman penjajahan sudah menjadi komoditi perkebunan yang strategik di Indonesi dimana sehingga kini pun ia masih beroprrasi di beberapa ladang gula di sana. Penulis blog yang sempat melawat sebuah ladang tebu pada Oktober 2023 iaitu di Prabumulih, Palembang, Sumatra Selatan mendapati tanaman tebu yang luas ini melkukan kaedah amalan pertanian baik untuk menggurangkan gangguan tanah. Lazimnya dimana tanaman tebu dapat dilakukan aktiviti tuaian sebanyak 3 kali dengan sekali penanaman dimana penghasilan pertama hingga terakhir dapat terus dipertahankan dengan cara melakukan penjagaan tanaman ratoon tebu secara terancang. Apa pun amalan agronomi ratoon tebu dilakukan setiap kali habis pebuaian tebu yang bermula dengan membersihkan sisa tanaman tebu, memotong tunggul tebu, memotong akar, pembajaan dan akhirnya membuang daun-daun kering. Selalunya selepas menebang batang tebu ia sisakan tunggul batang tebu di permukaan tanah dan juga sisa berupa daun-daun tebu yang kering. Sebaiknya daun-daun tersebut dengan segera dibersihkan dengan cara dikumpulkan diantara tanaman tebu kemudian dibakar dan setelah dibakar maka kebun tebu akan terlihat bersih dan siap untuk memotong tunggul batang tebu. Kerja memotong batang tebu dilakukan agar proses pertumbuhan semula pokok tebu akan menjadi seragam ketinggiannya. Ia dilakukan seminggu setelau menuai dimana dipotong dengan cangkul sehingga sampai menghampiri pangkal rumpun (perdu) pokok tebu. Penulis blog dimaklumkan jika tidak sampai pangkal rumpun tebu maka proses pertumbuhan batangnya cenderung lebih kecil dan berpotensi menurunkan kualiti gulanya. Seterusnya adalah amalan pemotongan akar tanaman tebu yang perlu dilakukan sekitar 1 bulan setelah menuai untuk meremajakan akar. Caranya dengan gunakan cangkul atau menggunakan alat bajak ditarik kerbau dan yang penting adalah kedalaman akat terputus adalah 15 cm dimana jika akar sudah putus akan segara tumbuh akar baru sehingga membolehkan tanaman tebu akan lebih subur. Lubang atau lurah cangkul ini kemudian akan dijadikan lokasi pembajaan. Pembajaan tanaman tebu retoon perlu dilakukan 2 kali iaitu pada masa memutuskan akar tebu dan apabila taman ratoon sudah berumur 3 bulan. Sebaiknya juga dibuat penyulaman semasa memutuskan akar tebu agar kepadatan tanaman tebu tetap banyak. Amalan yang selanjutnya adalah kerja membersihkan daun-daun kering dari tanaman tebu yang dilakukan sebanyak 2 kali iaitu pada umur 3 bulan dan semasa sebelum menuai pokok ratoon ini. Kaedah retoon tanaman tebu ini dilihat sebagai ia mampu memberikan keuntungan kepada petani kerana ianya telah menjimatkan kos benih, jikatkan kos penyediaan tanah dan jug acepat menuai hasil. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technilogy kali ini. Wasallam!!...
GANGGUAN TANAH... ISU BERLANJUTAN,,,
BANYAK SEBAB... PERLU DI PULIHKAN...
GILIRAN TANAMAN...AMAT BERKESAN...
TANAH SUBUR...HASIL DITINGKATKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826 (Executive Suite), 
Hotel Pullman, Kucing,
Sarawak,
Malaysia.
(1 Jamadilakhir 1445H).

Sunday, December 17, 2023

LADANG NANAS JAYA DI SAMARAHAN

LADANG NANAS JAYA yang terletak di Kg Sg Mata, Kota Samarahan, Sarawak merupakan salah satu ladang nanas yang telah mendapat bimbingan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Jabatan Pertaian Sarawak dan juga beberapa jabata dan agensi lain sehingga berjaya memajukan kawasan tanah seluas 1,000 ekar. Kawasan tanah gambut ini bermula pada tahun 2008 apaila ketua projek Encik Sapawi dan rakan-rakan telah meneroka dan membuka kawasan tanah untuk di tanam dengan nanas (Ananas comosus). Kumpulan ini dulu bermula tanpa sebarang pengalaman atau ilmu pengetahuan didalam menanam buah nanas seperti nanas Moris, Nanas Gandul dan nanas jenis N36 dengan skala kecil. Pada peringkat awal cuma seluas 10 ekar sahaja kawasan tanah gambut dalam disisi yang di majukan. Kemudian pada tahun 2020 kelompok ini mendapat bimbingan daripada LPNM dan DOA Samarahan untuk membuka kawasan seluas 50 - 80 ekar lagi untuk menanam nanas Moris, Sarawak, Josapine dan juga N36. Banyak bantuan kerajaan yang berua bahan input pertanian seperti benih dan baja serta racun diberikan oleh beberapa jabatan dan agensii temasuk bantuan prasarana seperti jalan ladang, sistem perparitan, jambatan, pondok, bangunan pusat pengumpulan dan sebagainya. Paling dilihat menaikan kemahiran petani disini adalah setelah banyak kursus dan lawatan teknikal mengenai teknologi penanaman nanas yang dibuat di banyak lokasi termasuk ke Negeri Johor dan juga beberapa kilang pemprosesan buah nanas. Kebanyakkan buah nanas ini awalnya dijual sebagai nanas segar ke pasar terutama di Kuching. Bagaimana pun pada tahun 2013 telah di tubuhkan Syarikat Pawida yang fokus kepada aktiviti penanaman buah nanas dan juga kerja-kerja khidmat dalam kontraktor pembinaan. Syarikat ini semakin akti dengan terus menyertai dalam banyak pameran, ekspo dan promosi anjuran kerajaan. Bagaimana pun pandemik covid-19 telah dilaporkan menyebabkan keadaan ladang terbiar beberapa tahun akibat PKP dan baru dapat dipulihkan semula. Pada Oktober 2022 kerajaan telah membekalkan bekalan eletrik dan juga perkhidmatan jalur lebar kepada perkampongan disini. Dilaporkan sudah ada banyak asnaf dan parol yang dilibatkan dalam kebun nanas disini. Dijangka pada Januari 2024 bekalan paip air bersih akan di salurkan kepada penduduk disini. Artikel pada petang ini dari tingkat 19 Hotel ullman, Kucing saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kemajuan kemajua dan potensi industri penanaman dan pemprosesan tanaman nanas untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Potensi penanaman nanas di Sarawak merupakan salah satu pembangunan sektor pertanian yang amat besar. Iini kerana di Sarawak ada sumber tanah yang masih luas lebih 2.8 hektar sesuai untuk dibangunkan dengan pelbagai tanaman termasuk tanaman nanas. Tanah kosong disekeliling ladang di Sg Mata yang seluas 1,000 ekar ini juga masih luas lagi yang belum dibangunkan. Menurut Sapawi dimana diantara cabaran utama dikawasan kebun nanas ini adalah kerana kekurangan prasarana asas termasuk jalanladang dan perparitan. Semasa tinjauan penulis blog bersama rombongan LPNM dimana kompleks utama bangunan di tengah kebun nanas banjir selama beberapa jam selepas hujan lebat pada malam sebelumnya sehingga ia menjejaskan aktiviti perkebunan. Bagaimana pun ia telah boleh dilalui semasa ketibaan rombongan pada jam 10.00 pagi. Kawasan tanah gambut disini di musim hujan agak mudah banjir kerana ia berhampiran dengan laut dimana apabila air laut pasang dan hujan sangat lebat boleh menyebabkan kejadian banjir dikawasan kebun. Amat kecewa apabila setor baja dan bahan kimia yang dibina dan baru sahaja siap di tenggelami sedalam hampir 2 kaki semasa lawatan dijalankan (Sila lihat foto dibawah sekali). Bagaimana pun kadaan banjir hanya musim monsoon sebaliknya pada musim panas akan beraku parit kering yang perlu waspada dengan kejadian kebakaran tanah gambut pula. Menurut Sapawi dimana kini sudah ada beberapa peserta yang menanam nanas di kawasan ini yang sudah menetap kerana akan ada kemudahan utiliti dan juga kemudahan lain tidak lama lagi. Penanaman nanas merupakan satu usaha jangkapanjang didalam mempastikan akan lebih ramai petani yang menerima faedah daripada usaha penanaman nanas.


Menarik apabila rombongan di tunjukkan demonstrasi pembajaan menggunakan drone di ladang disini. Operator drone ini telah menggunakan drone DJI yang berharga RM69,500 berkapasiti membawa cecair seberat 40 liter dengan jangkamasa ketahanan bateri untuk terbang selama 15 minit. Teknologi penggunaan dron di kebun nanas merupakan satu pendekatan terbaik kepada penanam nanas kerana ia mempercepatkan kerja-kerja diladang nanas walau pun dalam kepanasan matahari atau pun penyemburan di lakukan di waktu malam dengan teknologi 'Night Farming'. Penulis blog melihat dimana dengan adanya perkhidmatan menggnakan dron di kawasan ladang nanas seperti ini akan meningkatkan lagi kecekapan amalan agronomi dan seterusnya boleh meningkatkan lagi kualit buah nanas yang dihasilkan. Semburan di lakukan kepada tanaman nanas SG1 (Sarawak Gold 1) yang baru dilancarkan pada tahun 2023 ini dari Miri, Sarawak. Nanas SG1 ini dijangka mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan lagi di Sarawak setanding dengan nanas MD2. Sebanyak 40,000 anakbenih konsainan pertama telah di tanam di ladang Nanas Jaya di Sg Mata ini dengan bantuan daripada LPNM. Sapawi memohon agar bekalan anakbenih SG1 ini di perbanyakan pada tahun 2024 agar lebih banyak kawasan tanaman nanas SG1 ini agar lebih komersial. Kini selain dari menanam nanas dimana Sapawi melalui kilang sedia ada telah memproses buah nanas kepada pelbagai produk makanan seperti jus nanas, tart nanas, jem nanas, kek nanas, sos cili nanas, pes nanas dan beberapa produk berasskan nanas yang lain. Walau pun kini kebanyakan varieti nanas yang digunakan adalah nanas moris akan tetapi semakin banyak varieti nanas lain yang mula di proes termasuk nanas Josapine, Nnana MD2 dan sebagainya. Kini permintaan produk berasaskan nanas di Sarawak semakin meningkat dengan aktivi promosi yang semakin rancak dijalankan.


Sehari sebelum lawatan ladang Syarikat Pawida juga telah mengadakan pameran sempena Seminar Nanas Sarawak yang telah di adakan di UCSI Hote, Kucing. Beberapa produk yang dipamerkan menarik perhatian Premier Sarawak dan rombongan semasa tiba d gerai mereka. Seminar Nanas ini anjuran LPNM dengan kerjasama TFNet dan kerajaan negeri Sarawk di hadiri oleh lebih 150 orang peserta. Sebanyak 8 kertas kerja di bentangkan oleh pakar-pakar industri nanas termasuk pakar nanas dari Indonesia (2 orang) dan Vietnam dimana amat memberikan pendedahan. Dalam ucapan perasmian di nayatakan dimana Sarawak sasarkan untuk menanam 20,000 hektar nanas sehingga tahun 2030. Sasaran ini akan dilihat membolehkan Sarawak akan menjadi pengeluar utama nanas di Malaysia jika dapat dilaksanakan kelak. Dalam portal tvstv.my dilaporkan kerajaan Sarawak menyasarkan untuk mewujudkan kawasan penanaman nanas seluas 20,000 hektar menjelang 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini akan menghasilkan pengeluaran nanas yang mampu memenuhi pelbagai segmen termasuk dipasarkan secara segar atau dijadikan produk hiliran dan eksport. Kata beliau, menjelang penghujung 2025, Sarawak disasarkan untuk mencapai pertambahan kawasan seluas 1,200 hektar dan peningkatan pendapatan pengusaha nanas kepada RM8,000 sebulan. Ini turut melibatkan peningkatan produktiviti pengeluaran tanaman daripada 40 tan metrik kepada 50 tan metrik sehektar. Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada perasmian Seminar Industri Nanas Sarawak 2023 di sini hari ini. Sementara itu Abang Johari berkata, sejak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) beroperasi di Sarawak pada 2010, kawasan seluas kira-kira 3,000 hektar telah dibangunkan dengan tanaman berkenaan. Usaha itu katanya wajar diteruskan malah dipergiatkan dengan kerjasama agensi pertanian berkaitan. Kini telah terbukti ia mampu didalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat yang terlibat dalam industri nanas dengan pendapatan RM5,000 sebulan. Abang Johari berkata, beliau turut yakin industri nanas di Sarawak mempunyai potensi yang sangat cerah untuk terus ianya berkembang dan hasilnya akan dinikmati oleh pelbagai pihak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim  ago technolgy kali ini. Wasallam...
MENANAM NANAS... DI KG SUNGAI MATA...
TANAH GAMBUT... ADA TEKNOLOGINYA...
BUA DIJUAL... SEGAR DAN PROSES JUGA...
POTENSI BESA... SARAWAK BERSEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1826, Pllman Hotel,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(1 RabiulAkhir 1445H).

Saturday, December 16, 2023

JENIS KELAPA RENDAH TERPILIH - APA DIA (PART 4)

KELAPA RENEK (Dwarf Coconut)
merupakan salah satu kumpulan kelapa yang ada di tanam di Malaysia selain daripada Kelapa Tinggi (Tall Coconut) dan juga Kelapa Hibrid (Hybrid Coconut). Industri kelapa di negara ini dilihat semakin cerah berdasarkan peningkatan permintaan terhadap produk-produk sediada dan pelbagai produk baru. Produk sediada seperti kelapa parut, kelapa parut kering, kerisik, santan kelapa, serbuk santan dan minyak kelapa manakala produk-produk baru yang ditambah nilai samada dalam bentuk makanan atau bukan makanan seperti minyak kelapa dara (VCO), jeli kelapa, nata de coco, kelapa muda, karbon teraktif dan produk kraftangan berasaskan kelapa. Pada penulis blog yang memang lama terlibat terus dengan industri kellapa di Mlaysia mendapati dimana ada program pembangunan khas industri kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia sejak tahun 1970'an oaotu Program Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) dengan penanaman kelapa varieti Malayan Tall (CN1) yang dihentikan pada tahun awal 1980'an. Kemuidan dalam setiap Rancangan Malaysia di laporkan pembangunan kelapa adalah melalui Bahagian Pembangunan Tanaman Industri, Padi dan Florikultur (PTIF) kemudian telah mengesyorkan varieti kelapa MATAG (CN13, CN14 dan CN15), MAWA (CN3) dan Kelapa Pandan CN6 ( dimana saya pernah bertugas di Jabatan Pertanian masa itu. Kelapa varieti ini adalah ditanam untuk ditanam oleh petani terutama di Johor, Selangor dan Perak dan beberapa kawasan di negeri lain. Kesemua varieti bari ini dilaporkan ia mampu untuk berikan hasil yang tinggi. Penanaman Kelapa MATAG yang mana ia adalah jenis kelapa hybrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang antara Kelapa Rendah Malaya (Malayan Red Dwarf - MRD) atau Kelapa Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf – MYD) dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Ketinggian pokok Kelapa MATAG boleh mencapai 15 meter. Pada penulis blog lihat dimana ciri daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau, oren atau keemasan bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Purata bilangan buah Kelapa MATAG dianggarkan sebanyak 140 biji/pokok/tahun. Potensi hasil dengan density penanaman 178 pokok/ha ialah sebanyak 25,000 biji/ ha/ tahun. Bilangan buah setandan di antara 10 - 22 biji. Kemudian dulu popular di perkenalkan varieti Kelapa MAWA yang juga merupakan sejenis kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh mencapai ketinggian sehinggan 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan di antara 14 - 16 biji. Bagaimana pun pengeluaran benih kelapa MAWA oleh Jabatan Pertanian telah dihentikan pada tahun 2015. Dalam pada itu jenis Kelapa Pandan atau dinamakan sebagai 'kelapa wangi' atau ‘aromatic dwarf’. Ia mula diperkenalkan di Thailand pada sekitar tahun1971 dan dikenali dengan nama ‘Makprow Nam Horn’, kini mula popular di negara ini. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Kelapa pandan jenis rendah dihasilkan secara pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Buahnya berwarna hijau, kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Boleh mengeluarkan sehingga 10 - 22 biji bagi setandan. Anak benih pokok pandan mudah dikenali melalui aroma pandan pada hujung akar yang dihancurkan atau aroma pandan yang terhasil apabila pada bahagian bawah lai daun yang dilayur dengan api tetapi terkini kaedah paling tepat adalah melihat ciri khasnya (Sila Klik Disini). Artikel pada petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan bincangkan 8 jenis kelapa rendah atau Kelapa Renek (dwarf veriety) yang ada di Malaysia untuk dijadikan pilihan pekebun kelapa di seluruh Malaysia amnya sebagai bahan rujukkan.


7.  KELAPA GADONG GREEN DWARF (CN26)

Kelapa Renek Gadong Hijau ini telah didaftarkan pada 22 Jun 2023 dengan nombor daftarnya CN26 atas nama Gadong Green Dwarf oleh pendaftarnya iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd yang beralamat di Sg Seliseh, Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor. Penulis blog sejak dulu ada mengikuti dengan sistematik bagaimana varieti kelapa renek ini yang asalnya dipercayai ia berasal dari Vietnam di bawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 2015 lagi. Proses ini adalah cara untuk dijalankan ujian mengikut prosedur ketat oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Kelapa ini dipercayai merupakan Kelapa Vietnam Green Dwarf yang berprestasi baik di negara tersebut sehingga menjadi salah satu varieti kelapa renek yang luas di komersilkan disana. Penulis blog juga ada membuat tinjauan di beberapa buah ladang yang menanam dengan agak luas varieti Kelapa Renek Gadong Hijau ini termasuk yang sudah berbuah di Ladang Kelapa Bertam, di Hulu Selangor dan di Ladang Kelapa BCF di Johor. Varieti ini dilihat sudah berbuah dalam masa 3.0 - 3.5 tahun dengan bilangan buah diantara 10 -15 biji setandan dan purata saiznya adalah agak lebih besar daripada kelapa MRD, MGD dan MBD. Bagaimana pun ada ciri agak unik kerana saiz perdu pokok varieti ini ada yang memang bercirikan pokok kelapa renek (tiada kaki gajah) dan ada pokok yang bersaiz besar berkaki gajah seperti pokok kelapa tinggi. Apa pun dari segi prestasi dimana pokok kelapa varieti ini mampu berbuah awal jika di nilai sama sahaja dari aspek penanamannya. Penulis blog juga ada beberapa kali dapat membuat tinjauan nurseri benih Kelapa Gadong Green Dwarf ini dahulu dan dilaporkan yang mereka mampu mengeluarkan anakbenih dengan jumlah yang banyak anakbenih kelapa ini tetap perlu membuat tempahan awal dahulu. Mereka yang berminat untuk menanam kelapa ini boleh berhubung terus dengan syarikat pendaftar kelapa varieti ini iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd untuk membuat tempahan. Pada penulis blog menilai yang varieti ini sangat berpotensi untuk di tanam di Malaysia berdasarkan prestasi awal yang telah saya buat tinjauan di dua ladang beberapa kali.


8.  KELAPA GADONG BROWN DWARF (CN28)

Kelapa Renek Gadong Coklat ini telah didaftarkan pada 22 Jun 2023 dengan nama Gadong Brownn Dwarf atau nombor daftarnya CN28 oleh pihak pendaftarnya iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd yang juga ia beralamat di Sg Seliseh, Ulu Bernam, Hulu Selangor, Selangor. Penulis blog ada mengikuti dengan kerap bagaimana varieti kelapa renek ini yang mana ia dipercayai ia berasal dari Vietnam di bawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 2015 lagi untuk dijalankan ujian mengikut prosedur ketat oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Kelapa ini dipercayai merupakan Kelapa Vietnam Brown Dwarf yang berprestasi baik di negara yersebut sehingga menjadi salah satu varieti kelapa renek yang agak luas ia di komersilkan penanamannya disana. Penulis blog juga ada membuat tinjauan di beberapa buah ladang yang menanam dengan luas varieti Kelapa Renek Gadong Hijau di Ladang Bertam, di Selangor dan di Ladang Kelapa BCF di Johor. Varieti ini dilihat sudah berbuah dalam masa 3.0 - 3.5 tahun dengan bilangan buah diantara 10 -15 biji setandan dan saiznya adalah jauh lebih besar daripada kelapa MRD, MGD dan MBD. Bagaimana pun dalam dilihat pengeluaran buah kelapa ini pada peringkat awal ada mengeluarkan buah besar bersama putik buah kecil yang unik (Sila lihat foto dibawah). Ia dilaporkan berlaku apabila pokok kelapa ini baru belajar berbuah dan akan stabil apabila pokok berumur 5 tahun kelak.  Apa pun dari segi mula menghasilkan buah awal ia dilihat sama sahaja jangkamasanya. Penulis blog ada beberapa kali membuat tinjauan syarikat nurseri benih Kelapa Gadong Brown Dwarf ini dan mendapati mereka mampu mengeluarkan anakbenih dengan jumah yang banyak tetapi perlu dibuat tempahan awal dahulu.

Petani yang berminat untuk menanam kelapa ini boleh berhubung terus dengan syarikat pendaftar kelapa varieti ini iaitu Gadong Sari Enterprise Sdn Bhd untuk membuat tempahan. Pada penulis blog mendapati varieti ini sangat berpotensi untuk di tanam di Malaysia berdasarkan prestasi yang te;ah saya buat tinjauan di dua ladang beberapa kali. Menanam kelapa renek di Malaysia dilihat ia ada kelebihan tersendiri dimana antaranya pokok cepat berhasil (3-4 tahun), bilangan kepadatan pokok tinggi sehektar (272 pokok/ha), jumah tuaian buah yang lebih banyak sehektar, sesuai untuk memetik kelapa muda dan kelapa tua, selesaikan menunggu anakbenih kelapa hibrid (seperti benih MATAG dsb) yang sukar diperoleh anakbenih F1 dan juga sesuai ditanam di semua jenis tanah. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

KELAPA RENEK...IA RENDAH SAHAJA....
CEPAT BERBUAH...TIGA TAHUN SAJA....
BUAHNYA KECIL... BANYAK JUMLAHNYA...
MARI TANAM.. DAPATKAN BENIHNNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Jamadilawal 1445H.
Posted from:
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak.

Friday, December 15, 2023

JENIS KELAPA RENDAH TERPILIH - APA DIA (PART 3)

KELAPA RENEK (Dwarf Coconut) merupakan salah satu kumpulan kelapa yang ada di tanam di Malaysia selain daripada jenis  Kelapa Tinggi (Tall Coconut) dan juga Kelapa Hibrid (Hybrid Coconut). Industri kelapa di negara ini dilihat semakin cerah berdasarkan peningkatan permintaan terhadap produk-produk sediada dan pelbagai produk baru. Produk sediada seperti kelapa parut, kelapa parut kering, kerisik, santan kelapa, serbuk santan dan minyak kelapa manakala produk-produk baru yang ditambah nilai samada dalam bentuk makanan atau bukan makanan seperti minyak kelapa dara (VCO), jeli kelapa, nata de coco, kelapa muda, karbon teraktif dan produk kraftangan berasaskan kelapa. Pada penulis blog yang memang lama terlibat terus dengan industri kelapa di Malaysia mendapati dimana ada program pembangunan khas industri kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia sejak tahun 1970'an oaotu Program Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) dengan penanaman kelapa varieti Malayan Tall (CN1) yang dihentikan pada tahun awal 1980'an. Kemuidan dalam setiap Rancangan Malaysia di laporkan pembangunan kelapa adalah melalui Bahagian Pembangunan Tanaman Industri, Padi dan Florikultur (PTIF) kemudian telah mengesyorkan varieti kelapa MATAG (CN13, CN14 dan CN15), MAWA (CN3) dan Kelapa Pandan CN6 ( dimana saya pernah bertugas di Jabatan Pertanian masa itu. Kelapa varieti ini adalah ditanam untuk ditanam oleh petani terutama di Johor, Selangor dan Perak dan beberapa kawasan di negeri lain. Kesemua varieti bari ini dilaporkan ia mampu untuk berikan hasil yang tinggi. Ketinggian pokok boleh mencapai ketinggian sehinggan 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan di antara 14 - 16 biji. Bagaimana pun pengeluaran benih kelapa MAWA oleh Jabatan Pertanian telah dihentikan pada tahun 2015. Dalam pada itu jenis Kelapa Pandan atau dinamakan sebagai 'kelapa wangi' atau ‘aromatic dwarf’. Ia mula diperkenalkan di Thailand pada sekitar tahun1971 dan dikenali dengan nama ‘Makprow Nam Horn’, kini mula popular di negara ini. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Kelapa pandan jenis rendah dihasilkan secara pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Buahnya berwarna hijau, kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Boleh mengeluarkan sehingga 10 - 22 biji bagi setandan. Anak benih pokok pandan mudah dikenali melalui aroma pandan pada hujung akar yang dihancurkan atau aroma pandan yang terhasil apabila bahagian bawah lai daun yang dilayur dengan api tetapi terkini kaedah paling tepat adalah melihat ciri khasnya (Sila Klik Disini). Artikel pada petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan bincangkan 8 jenis kelapa rendah atau Kelapa Renek (dwarf veriety) yang ada di Malaysia untuk dijadikan pilihan pekebun kelapa di seluruh Malaysia amnya sebagai bahan rujukkan.


5.  KELAPA RENEK PANDAN (CN6)

VARIETI POKOK KELAPA PANDAN
(Cocos nucifera) atau dikenali sebagai 'Aromatic Coconut' telah berjaya untuk didaftarkan dengan nolbor daftar CN6 dan ia merupakan sejenis varieti kelapa yang semakin meluas ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Kelapa Pandan yang telah didaftarkan dalam Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod CN6 dilakukan pada tahun 2014. Varieti Kelapa Pandan merupakan varieti kelapa jenis rendah yang mampu menghasilkan banyak buah kelapa di mana airnya berbau pandan. Kelapa ini juga sudah dikenali sebagai 'kelapa wangi' kerana mempunyai isi dan air yang beraroma pandan walau pun ada kalanya baunya akan berkurangan terutama diminum semasa munsim hujan. Walau pun kelapa ini dipercayai berasal daripada negara Thailand tetapi sebenarnya ia telah ditanam di negara kita sejak lama dan berpuloh tahun dahulu dengan pemilihan varieti yang lebih baik (Domesticated variety). Kelebihan kelapa pandan lagi kerana ia jenis kelapa rendah dengan ketinggian optima sekitar 6 meter sahaja dengan tandan dan buahnya berwarna hijau (Seakan menyamai varieti Malaysan Green Dwarf atau MGD). Bentuk buah dan saiz buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Setiap pokok dewasa yang dijaga baik mampu menghasilkan sebanyak 12 tandan setahun dengan purata bilangan buah setandan diantara 10 - 12 biji. Hasil dari penelitian dan tinjauan penulis blog di ladang beberapa Pusat Pertanian Jabatan Pertanian diseluruh negraa dan di kebun-kebun petani ada mendapati kelapa pandan mampu untuk menghasilkan sebanyak 28,000 biji buah sehektar setahun atau purata sebanyak 130 biji sepokok setahun. Apa pun dilaporkan dimana varieti kelapa pandan disyorkan ditanam untuk memenuhi bekalan kelapa muda dalam negara dan sebahagian diekspot kenegara jiran (Singapura, Thailand dan Brunei). Penelitian penulis blog di beberapa rangkaian premis yang menjual Kelapa Pandan Thailand Original (buah yang diimport dari Thailand) ianya dijual dengan harga runcit RM10.00 sebiji. Harga ladang kelapa pandan sekitar dahulu hanya RM 1.00 - RM 1.50 sebiji 10 tahun dahulu tetapi kini ia sudah naik berganda pada tahun 2022 apabila dihidangkan direstoran dan Hotel harganya mencecah RM5.00 - RM6.00 sebiji dan keatas. Anak pokok kelapa pandan tulin boleh dikenali dengan melalui beberapa pemeriksaan bau pada benih yang dikeluarkan dan menepati prosedur Skim Pengesahan Bahan Tanaman yang diperiksa oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Dilaporkan dimana Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia mampu mengeluarkan lebih 50,000 benih kelapa pandan tulin setahun dari ladang benih mereka. 
Ciri khas yang boleh menentukan ia adalah varieti kelapa pandan dimana pokok kelapa pandan yang sudah mula berbunga dan berbuah akan dilihat mempunyai struktur seapan 'Kepak' pada pelepahnya yang ada mayang atau bunga atau putik buah (Sila klik disini). Struktur kepak ini seakan serabut berjaring yang berwarna coklat ini seakan berbentuk tigasegi dengan hujung yang tirus menghala kebahagian pucuk daun. Ia boleh ada disebelah pelepah atau dikedua belah kepaknya bergantung kepada beberpa faktur. Ciri seperti ini agak unik dilihat pada pelepah pokok kelapa pandan yang tiada pada kebanyakan varieti kelapa yang lain. Hasil daripada penelitian penulis blog juga mendapati pokok kelapa pandan yang tulin ini mempunyai saiz perdu batang pokok yang menegak (tiada tapak kaki gajah) dan ianya menepati atau menyamai dengan ciri bentuk batang pokok kelapa renek yang lain. Kepada pemilik pokok kelapa pandan boleh memeriksa ciri ini untuk mempastikan ia memang pokok kelapa pandan tulin yang benihnya boleh dijadikan anakbenih setelah membuat pemilihan yang disesuaikan dengan prosedur. Lazimnya beniih kelapa pandan yang tulin boleh dijual diantara RM6.00 sehingga RM15.000 sepokok.


6.  KELAPA RENEK TACUNAN (CN17)

KELAPA RENEK TACUNAN
(Cocos nucifera) merupakan sejenis varieti kelapa yang popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek berhasil tinggi. Penulis blog dapati varieti kelapa Tacunan telah didaftarkan dalam senarai varieti tanaman pada 30 April 2020 dengan nama Tacunan Green Dwarf oleh  Stesyen Pertanian Ulu Dusun, Jabatan Pertanian Sandakan (UDARS), Sabah. Menurut sumber dari Philiphines Coconut Authority (PCA) yang penulis telah berbincang dengan beberapa pegawainya di Manila ada menyatakan, kelapa varieti tacunan ini merupakan varieti kelapa terbaik digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa. Ia mempunyai permintaan tiinggi dikalangan penanam, pemproses dan juga para pengeksport kelapa di Filipina. Ia sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula dari kelapa (Nira dan Gula Melaka). Terdapat seluas 3.6 juta hektar tanaman kelapa di Filipina yang mana ia telah menduduki tempat kedua terluas menanam kelapa selepas negara Indonesia iaitu seluas 3.8 juta hektar. Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014). Penanaman kelapa dinegara yang berpulau seperti Filipina dan Indonesia merupakan pilihan terbaik untuk menjadi sumber ekonomi penduduknya. Philippine Coconut Authority (PCA) telah mengenalpasti dua varieti kelapa renek di negara mereka untuk di komersilkan iaitu Varieti Galas Hijau dan Varieti Tacunan. Kedua-dua varieti ini telah lulus untuk disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness). 
Ketika penulis bersama mengukur buah tersebut di UDARS mendapati, purata ukurlilit 'polar' buah sepanjang 62cm dan juga ukurlilit 'equatorial' buah adalah 55cm. Kemudian sabut kelapa dikeluarkan dan ditimbang dimana ia memebrikan bacaan 381 gram. Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!). Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga mengenai kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis. Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan memberikan berat isi segar sebiji kelapa dimana ia memberikan purata 460 gram. Kajian sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7mm. Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan dimana berat kopra yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak sebanyak 53ml. Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman pula adalah sekitar 3,837gram dimana ia mempunyai air dan sabut basah yang besar. Varieti kelapa tacunan ini atau Tacunan Green Dwarf (TACD) dijangka akan menjadi salah satu varieti kelapa premium di Malaysia dimasa akan datang jika anakbenih sudah banyak dikeluarkan dengan perancangan baik. Sehingga artikel ini ditulis dimana pokok induk yang dijaga baik sudah berumur 7 tahun dan sudah sesuai untuk dikembangkan sebagai pokok induk. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA RENEK...RENDAH SAHAJA....
CEPAT BERBUAH...TIGA TAHUN SAJA....
BUAHNYA KECIL... BANYAK JUMLAHNYA...
MARI TANAM.. DAPATKAN BENIHNNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Jamadilawal 1445H.
Posted from:
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawk.

Thursday, December 14, 2023

JENIS KELAPA RENDAH TERPILIH - APA DIA (PART 2)

KELAPA RENEK
(Dwarf Coconut) merupakan salah satu kumpulan kelapa yang ada di tanam di Malaysia selain daripada Kelapa Tinggi (Tall Coconut) dan juga Kelapa Hibrid (Hybrid Coconut). Industri kelapa di negara ini dilihat semakin cerah berdasarkan peningkatan permintaan terhadap produk-produk sediada dan pelbagai produk baru. Produk sediada seperti kelapa parut, kelapa parut kering, kerisik, santan kelapa, serbuk santan dan minyak kelapa manakala produk-produk baru yang ditambah nilai samada dalam bentuk makanan atau bukan makanan seperti minyak kelapa dara (VCO), jeli kelapa, nata de coco, kelapa muda, karbon teraktif dan produk kraftangan berasaskan kelapa. Pada penulis blog yang memang lama terlibat terus dengan industri kellapa di Mlaysia mendapati dimana ada program pembangunan khas industri kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia sejak tahun 1970'an oaotu Program Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) dengan penanaman kelapa varieti Malayan Tall (CN1) yang dihentikan pada tahun awal 1980'an. Kemuidan dalam setiap Rancangan Malaysia di laporkan pembangunan kelapa adalah melalui Bahagian Pembangunan Tanaman Industri, Padi dan Florikultur (PTIF) kemudian telah mengesyorkan varieti kelapa MATAG (CN13, CN14 dan CN15), MAWA (CN3) dan Kelapa Pandan CN6 ( dimana saya pernah bertugas di Jabatan Pertanian masa itu. Kelapa varieti ini adalah ditanam untuk ditanam oleh petani terutama di Johor, Selangor dan Perak dan beberapa kawasan di negeri lain. Kesemua varieti bari ini dilaporkan ia mampu untuk berikan hasil yang tinggi. Penanaman Kelapa MATAG yang mana ia adalah jenis kelapa hybrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang antara Kelapa Rendah Malaya (Malayan Red Dwarf - MRD) atau Kelapa Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf - MYD) dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Ketinggian pokok Kelapa MATAG boleh mencapai 15 meter. Pada penulis blog lihat dimana ciri daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau, oren atau keemasan bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Purata bilangan buah Kelapa MATAG dianggarkan sebanyak 140 biji/pokok/tahun. Potensi hasil dengan kadar kepadatan penanaman 178 pokok/ha ialah sebanyak 25,000 biji/ha/tahun. Bilangan buah setandan di antara 10 - 22 biji. Kemudian dulu popular di perkenalkan varieti Kelapa MAWA yang juga merupakan sejenis kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh mencapai ketinggian sehinggan 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan di antara 14 - 16 biji. Bagaimana pun pengeluaran benih kelapa MAWA oleh Jabatan Pertanian telah dihentikan pada tahun 2015. Dalam pada itu jenis Kelapa Pandan atau dinamakan sebagai 'kelapa wangi' atau ‘aromatic dwarf’. Ia mula diperkenalkan di Thailand pada sekitar tahun1971 dan dikenali dengan nama ‘Makprow Nam Horn’, kini mula popular di negara ini. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Kelapa pandan jenis rendah dihasilkan secara pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Buahnya berwarna hijau, kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Boleh mengeluarkan sehingga 10 - 22 biji bagi setandan. Anak benih pokok pandan mudah dikenali melalui aroma pandan pada hujung akar yang dihancurkan atau aroma pandan yang terhasil apabila bahagian bawah lai daun yang dilayur dengan api tetapi terkini kaedah paling tepat adalah melihat ciri khasnya (Sila Klik Disini). Artikel pada petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan bincangkan 8 jenis kelapa rendah atau Kelapa Renek  (dwarf veriety) yang ada di Malaysia untuk dijadikan pilihan pekebun kelapa di seluruh negara amnya sebagai bahan rujukkan.


3.  KELAPA RENEK MALAYA HIJAU (MGD)

KELAPA RENEK HIJAU MALAYA
atau Malayan Green Dwarf MGD) merupakan satu varieti kelapa renek yang kurang dikenali dan tiada nombor daftar dimana ada sedikit ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa. Penulis blog semasa membuat tinjauan rambang di beberapa lokasi mendapati dimana kelapa jenis ini sering dijadikan tanaman landskap sahaja yang mana ia juga mampu mendatangkan hasil. Kelapa varieti ini (Cocos nucifera) dipercayai natif di Malaysia berdasarkan kepada nama diberikan iaitu Malayan Green Dwarf atau Kelapa Renek Hijau (KRH). Kelapa ini masih lagi belum didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia (National variety listing) tetapi dua lagi kelapa renek telah didaftarkan iaitu Kelapa Renek Merah (MRD - CN4) dan juga Kelapa Renek Kuning (MRD - CN5). Mungkin ada dikalangan pembaca rupa-rupanya ada menanam sepokok dua pokok MGD ini dikawasan keliling rumah terutama mereka yang duduk dikawasan kampong tradisional. Mendengar namanya tentu kita boleh mengagak bahawa pokok kelapa ini adalah jenis renek berbanding dengan jenis kelapa tinggi. Pokok Kelapa Renek Hijau atau dalam bahasa Inggeris sebagai (Malayan Green Dwarf - MGD) ini selalu tumbuh menegak dengan ketinggian antara 15-25 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Penulis blog dapati varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan daun berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MGD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun, pelepah dan buah yang hijau cerah. Panjang etial helai daun sekitar 16 -18 inci dengan susunan daun bertentangan pada pelepahnya. Selain warna hijau kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti iaitu kekuningan sedikit. Kelapa MGD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan pengeluaran sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MGD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Penulis blog bersaa beberapa pakar kelapa mendapati varieti MGD ini paling tidak stabik ciri genetik dan fenitipiknya berbanding dengan kelapa rendah lain. Kelapa MGD ini tidak digunakan sebagai pokok induk untuk pengeluaran benih hibrid MATAG, MAWA dan sebagainya. Pemilihan pokok yang subur dengan buah lebih 80 biji sepokok setahun membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan. Buah Kelapa MGD ini berbentuk Oval atau Bulat dengan warna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat kehitaman apabila masak dan gugur. Buah ini berukuran antara 6 - 12 cm ukurlilit dengan ada lapisan sabut sederhana tebal. Pokok kelapa MGD cepat berhasil berbanding dengan pokok kelapa jenis tinggi (seperti Malayan Tall dan Tagnanan) iaitu hanya mengambil masa 3-4 tahun sahaja. Kebanyakan kelapa tinggi akan mengeluarkan bual selepas 6-7 tahun ditanam. Satu tandan pada umur pokok 5-6 tahun mampu menghasilkan sebanyak 18 - 30 biji kelapa (nuts) bergantung kepada penjagaan tanaman dan amalan agronomi. Walau pun saiz kelapa ini agak kecil daripada kelapa tinggi Malaysn Tall, tetapi beberapa biji yang dibuang dari tandan diperingkat awal (penakaian) membolehkan ia menghasilkan buah kepala MGD yang besar. Kelapa ini boleh digunakan untuk menghasilkan santan dan produk lain berasaskan santan. Air kelapa MGD walau pun tidak seenak kelapa pandan masih boleh diminum sebagai air kelapa.

4.  KELAPA RENEK MALAYA COKLAT (CN27)

KELAPA RENEK COKLAT MALAYA atau Malayan Brown Dwarf (MBD) atau nama saintifiknya Cocos nucifera iaitu asalnya  merupakan satu jenis atau varieti kelapa renek yang kurang dikenali ramai. Kajian penulis mendapati pokok kelapa ini ada ditanam di MARDI, Bagan Datok, Perak didalam beberapa plot penyelidikkan mereka yang penulis blog minta didaftarkan didalam senarai varieti tanaman Malaysia semenjak tahun 2012 lagi. Apa pun variieti MBD ini telah berjaya di daftarkan oleh MARDI dengan nombor pendaftaran sebagai CN27 dan diluluskan pada 22 Jun 2023 (ia hanya didaftarkan 11 tahun kemudian selepas saya minta ia dilakukan). Benih kelapa ini dipercayai dibawa masuk ke Malaysia melalui kerjasama COGEN untuk tujuan menjaga janaplasma kelapa renek diseluruh dunia sebagai langkah penting dalam industri penanaman kelapa. Asalnya kelapa MBD ini dipercayai sebagai sejensi kelapa yang berprestasi baik tetapi ia jarang dikenali dan ditanam oleh petani diluar sana. Ada laporan kemungkinan jika ada juga yang telah ditanam oleh petani atau pekebun kecil lain dalam negara tanda disedari atau diketahui mereka. Ini kerana menlihat daripada pencirian pokok tersebut pada masa itu (20012-2015) penulis blog ada melihat beberapa ciri persamaan marfologi dengan jenis Kelapa Sungai Gulang-Gulang (SGG) dimana ia kemudian di daftarken dengan nombor pendaftaran CN16 yang ditanam oleh beberapa petani dikawasan tersebut. Pencirian varieti kelapa SGG (CN16) ini dilakukan terkemudian setelah ia dibuat penelitian oleh pakar kelapa. Asalnya penulis blog dan pakar kelapa di Malaysia memang berpendapat mungkin varieti kelapa Sungai Gulang-Gulang (CN16) ini adalah hasil mutasi pokok kelapa MBD.  Sehingga hari ini belum ada anakbenih tersedia untuk di tanam oleh petani kerana pokok induk yang dikenalpasti tulis berada di Stesyen MARDI Sg. Sumun di Bagan Datuh, Perak. Sesiapa yang berminat untuk menanam kelapa varieti MBD ini boleh menghubungi pihak MARDI tersebut untuk tujuan bagi mendapatkan benih yang tulen. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

KELAPA RENEK...RENDAH SAHAJA....
CEPAT BERBUAH...TIGA TAHUN SAJA....
BUAHNYA KECIL... BANYAK JUMLAHNYA...
MARI TANAM.. DAPATKAN BENIHNNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Jamadilawal 1445H.
Posted from:
Room 1826, Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak.

Wednesday, December 13, 2023

JENIS KELAPA RENDAH TERPILIH - APA DIA (PART 1)

KELAPA RENEK
(Dwarf Coconut) merupakan salah satu kumpulan kelapa yang ada di tanam di Malaysia selain daripada Kelapa Tinggi (Tall Coconut) dan juga Kelapa Hibrid (Hybrid Coconut). Industri kelapa di negara ini dilihat semakin cerah berdasarkan peningkatan permintaan terhadap produk-produk kelapa sediada dan pelbagai produk baru. Produk sediada seperti kelapa parut, kelapa parut kering, kerisik, santan kelapa, serbuk santan dan minyak kelapa manakala produk-produk baru yang ditambah nilai samada dalam bentuk makanan atau bukan makanan seperti minyak kelapa dara (VCO), jeli kelapa, nata de coco, kelapa muda, karbon teraktif dan produk kraftangan berasaskan kelapa. Pada penulis blog yang memang lama terlibat terus dengan industri kelapa di Malaysia mendapati dimana ada program  pembangunan khas industri kelapa oleh Jabatan Pertanian Malaysia sejak tahun 1970'an iaitu Program Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) melalui Jabatan Pertanian dengan penanaman kelapa varieti Malayan Tall (CN1) yang dihentikan pada tahun awal 1980'an. Apa pun kemudian dalam setiap Rancangan Malaysia di laporkan pembangunan kelapa adalah melalui Bahagian Pembangunan Tanaman Industri, Padi dan Florikultur (PTIF) kemudian telah mengesyorkan varieti kelapa MATAG (CN13, CN14 dan CN15), kelapa MAWA (CN3) dan Kelapa Pandan (CN6) dimana saya pernah bertugas di Jabatan Pertanian masa itu. Kelapa varieti ini adalah ditanam untuk ditanam oleh petani terutama di Johor, Selangor, Sabah dan Perak dan juga beberapa kawasan di negeri lain. Kesemua varieti baru ini dilaporkan ia mampu untuk berikan hasil yang tinggi. Kemudian penanaman Kelapa MATAG yang mana ia adalah  jenis kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang antara Kelapa Rendah Malaya (Malayan Red Dwarf - MRD) atau Kelapa Rendah Kuning (Malayan Yellow Dwarf – MYD) dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Ketinggian pokok Kelapa MATAG boleh mencapai 15 meter. Pada penulis blog melihat dimana ciri daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau, oren atau keemasan bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Tagnanan. Purata bilangan buah Kelapa MATAG dianggarkan sebanyak 140 biji/pokok/tahun. Potensi hasil dengan density penanaman 178 pokok/ha ialah sebanyak 25,000 biji/ha/tahun. Bilangan buah setandan di antara 10 - 22 biji. Kemudian dulu popular di perkenalkan varieti Kelapa MAWA yang juga merupakan sejenis kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh mencapai ketinggian sehinggan 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan di antara 14 - 16 biji. Bagaimana pun pengeluaran benih kelapa MAWA oleh Jabatan Pertanian telah dihentikan pada tahun 2015. Dalam pada itu jenis Kelapa Pandan atau dinamakan sebagai  'kelapa wangi' atau ‘aromatic dwarf’. Ia mula diperkenalkan di Thailand pada sekitar tahun1971 dan dikenali dengan nama ‘Makprow Nam Horn’, kini mula popular di negara ini. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Kelapa pandan jenis rendah dihasilkan secara pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Buahnya berwarna hijau, kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Boleh mengeluarkan sehingga 10 - 22 biji bagi setandan. Anak benih pokok pandan mudah dikenali melalui aroma pandan pada hujung akar yang dihancurkan atau aroma pandan yang terhasil apabila bahagian bawah lai daun yang dilayur dengan api tetapi terkini kaedah paling tepat adalah melihat ciri khasnya (Sila Klik Disini). Artikel pada petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan bincangkan 8 jenis kelapa rendah atau Kelapa Renek (dwarf veriety) yang ada di Malaysia untuk dijadikan pilihan pekebun kelapa di seluruh Malaysia amnya sebagai bahan rujukkan.


1. VARIETI KELAPA REDAH MERAH 
MALAYA (CN4)

Varieti Kelapa Rendah Merah Malaya atau Malayan Red Dwarf  (MRD) atau nombor daftarnya sebagai CN4 adalah sejenis kelapa renek yang popular di tanam terutama di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian.  
Pokok Kelapa Renek MRD (KRM) ini tumbuh menegak dengan ketinggian antara 25-50 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Ia mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan pengeluaran daun yang berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MRD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun hijau kekuningan, warna pelepah kining kehijauan dan buah yang berwarna kuning pekat kemerahan. Panjang setiap helai daun sekitar 16 hingga18 inci dengan susunan daun bertentangan pada pelepahnya. Selain buah klapa MRD warna kuning pekat kemerahan kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti kekuningan sedikit. Kelapa MRD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah proses pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MRD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Pemilihan pokok yang subur dengan buah iaitu lebih 80 biji sepokok sepokok/ tahun membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan. Buah Kelapa MRD ini berbentuk Oval atau Bulat dengan warna hijau ketika muda dan akan menjadi warna coklat kehitaman apabila masak dan gugur. Buah ini berukuran antara 6 - 12 cm ukurlilit dengan ada lapisan sabut sederhana tebal. Pokok kelapa MRD cepat berhasil berbanding dengan pokok kelapa jenis tinggi (seperti Malayan Tall dan Tagnanan) iaitu hanya mengambil masa 3-4 tahun sahaja. Kebanyakan kelapa tinggi akan mengeluarkan bual selepas 6-7 tahun ditanam. Satu tandan pada umur pokok 5-6 tahun mampu untuk ia mampu menghasilkan sebanyak 18 - 30 biji kelapa (nuts) bergantung kepada penjagaan tanaman dan amalan agronomi. Walau pun saiz kelapa ini agak kecil daripada kelapa tinggi Malaysn Tall, tetapi beberapa biji yang dibuang dari tandan diperingkat awal (penakaian) membolehkan ia menghasilkan buah kepala MRD yang besar. Kelapa ini boleh digunakan untuk menghasilkan santan dan produk lain berasaskan santan. Air kelapa MRD walau pun tidak seenak kelapa pandan masih boleh diminum sebagai air kelapa. Jarak penanaman adalah 6.5 meter x 6.5 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 272 pokok sehektar. Bagaimana pun jika hendak menanam secara intergrasi adalah dengan nenas disyorkan menanam kelapa dengan jarak 7 meter x 7 meter untuk memberikan kepadatan 204 pokok sehektar. Cara ini membolehkan petani menanam sebanyak 10,790 pokok nenas sehektar.



2.  KELAPA RENEK KUNING (CN5) atau K
ELAPA MYD 

Kelapa Rendah Malaya Kuning (Malayan Yellow Dwarf atau MYD) merupakan satu varieti kelapa renek didaftarkan dengan Kod CN5 yang banyak ditanam di Malaysia sebagai tanaman untuk menghasilkan biji kelapa disamping menjadi tanaman landskap yang boleh mendatangkan hasil. Kelapa MYD juga ia merupakan jenis kelapa yang unik kerana jika kita tidak kenal akan kelapa ini akan menyengka pokok kelapa ini tidak cukup baja kerana warna daunnya tidak hijau seperti pokok kelapa Malayan Tall (Kelapa Tinggi biasa). Sebaliknya daun pokok MYD agak kekuningan dan buahnya juga berwarna kuning cerah (Sila lihat foto di atas). Buah kelapa MYD lazimnya berbentuk bulat dengan saiz kecil dengan mengandungi air kelapa yang sedikit berbanding dengan kelapa tinggi seperti Tagnanan, MT dan kelapa hibrid Matag. Kelapa ini banyak ditanam di Stesyen Pertanian Jabatan Pertanian (untuk pokok induk bagi pengeluaran benih), Stesyen MARDI (untuk penyelidikan) dan beberapa estet swasta (United Plantation dan NLFCS). Kelapa MYD juga ditanam dikeliling rumah dikawasan kampong atau taman perumahan untuk dijadikan tanaman hiasan tetapi ia tetap mengeluarkan hasil. Kawasan rekreasi seperti Taman Bunga dan Pusat Riadan juga ditanam dengan kelapa MYD untuk mencantikkan lokasi terutama jika ada kolam atau tasik atau sepanjang sungai. Kelapa MYD merupakan jenis Kelapa Renek yang mudah ditanam dan cepat berhasil. Lazimnya dengan penjagaan baik pokok kelapa MYD akan berbuah dalam masa 3 tahun sahaja. Pokoknya setinggi 2-3 kaki tinggi akan berbunga dan mengeluarkan buah pada tandan. Lazimnya bilangan buah pada pokok muda sekitar 3 - 7 biji setandan tetapi boleh mencecah sehingga 10 - 15 biji setandan jika pokok telah matang dan dibaja dengan baik serta dikawal seragan perosak dan penyakit. Kebanyakan buah kelapa MYD yang kecil ini tidak dijual dikedai runcit kerana pengguna tidak berapa suka akan saiz yang kecil ini. Bagaimana pun kalau kita ada pokok kepala MYD sendiri dirumah boleh dibuang kulit sabutnya dan diambil santannya. Isinya mampu menghasilkan santan yang baik walau pun saiznya kecil sahaja. Bagaimana pun untuk diambil sebagai kelapa muda untuk minuman tidak jadi masaalah. Ini kerana walau pun kelapa ini tidak mempunyai aroma enak seperti kelapa pandan, jika dipetik pada tahap umur betul ianya masih boleh dijual. Ada beberapa usahawan yang mengambil kelapa MYD ini dan dibuang kulitnya dan dibentuk cantik dijual dengan harga RM1.50 sebiji diladang. Kini ia boleh di jual sehingga RM5.00 sebiji disekitar Lembah Kelang atau pun di kebanyakan restoren dan hotel. Kelapa MYD bleh ditanam oleh mereka yang berminat kerana kelapa jenis ini adalah lasak, tahan kkemarau dan kurang serangan serangga perosak dan penyakit berbanding dengan kelapa Matag dan Kelapa Pandan. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaa blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

KELAPA RENEK...RENDAH SAHAJA....
CEPAT BERBUAH...TIGA TAHUN SAJA....
BUAHNYA KECIL... BANYAK JUMLAHNYA...
MARI TANAM.. DAPATKAN BENIHNNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
28 Jamadilawal 1445H.
Posted from:
Room1826, Pullman Hotel, 
Kuching, Sarawak.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...