Support My Blog

Thursday, September 26, 2013

JENIS TANAMAN PENUTUP BUMI

TANAMAN PENUTUP BUMI (Cover crops) digunakan untuk pembukaan ladang-ladang pertanian baru seperti pembukaan ladang kelap sawit, getah, dusun buah-buahan dan sebagainya. Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu menanam tanaman penutup bumi dikawasan yang baru dibuka diantaranya untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah, memberikan kelembapan pada tanah, menambahkan bahan nutrien dalam tanah (Jenis kekacang penutup bumi) , menghalang pertumbuhan rumpai bermasaalah, dapat menurunkan suhu dipermukaan tanah terbuka, dan sebagainya. Pelan perancangan untuk membuka ladang pertanian yang luas perlu disesuaikan dengan kalendar iklim dan cuaca. Lazimnya membuka tanah dijalankan dengan menebang dan memerus pada musim panas (Bukan Januari hingg Mac) dan penanaman penutup bumi dibuat apabila musim hujan mulai datang. Peranan pengurusan ini penting bagi menentukan tanah atas (top soil) tidak dihakis akibat pengaliran air hujan berlaku dipermukaan tanah yang boleh mengurangkan kesuburan tanah. Penanaman buah-buahan juga perlukan tanaman penutup bumi terutama dikawasan tanah kebun yang mempunyai cerun dan terdedah kepada hakisan. Terdapat pelbagai jenis tanaman penutup bumi yang boleh di tanam bagi tujuan tersebut. Artikel petang Cuti Maulud Nabi ini saya menulis beberapa jenis tanaman penutup bumi dalam "Anim Agro Technology" untuk bacaan dan rujukan pembaca semua.


Terdapat beberapa jenis tanaman penutup bumi di kawasan tropika yang kita boleh gunakan. Merujuk kepada buku ilmiah yang saya baca berjudul 'Cultivation of Tropical Fruits - Volume 1" terbitan CABI International (2011), memang banyak jenis tanaman penutup bumi yang boleh ditanam dalam dusun buah-buahan. Kita di Malaysia memang biasa dengan tanaman kekacang penutup bumi. Terdapat jenis tanaman penutup bumi yang menjalar dan memanjat tanaman utama serta perlu di uruskan dengan baik. Terdapat juga tanaman penutup bumi yang tidak mengganggu pada pertumbuhan pokok utama sebaliknya ia akan dapat menambahkan kesuburan tanah dengan pengikatan unsur Nitrojan (Nitrogen Fixation activity). Berikut adalah beberapa jenis tanaman penutup bumi yang boleh digunakan dikawasan tanaman dusun baru dibuka atau tanaman lain:-

1) Arachis pintoi

2) Cajanus cajan
3) Calopogonium mucunoides
4) Calopogonium caeroleum
5) Canavalia ensiformis
6) Canavallia gladiata
7) Centrosema pubecens
8) Clitoria ternatea
9) Crotalaria juncea
10) Crotalaria ochroleucea
11) Desmanthus virgatus
12) Desmodium adscen dens
13) Desmodium ovalifolium
14) Dolichos lablab
15 ) Indigofera hirsuta
16) Medicago hispida
17) Mucuna pruriens
18) Phaseolus cocineus
19) Phsophorcarpus tetragonolobus
20) Peuraria phaseoloides
21) Vigna unguiculata


Kesemua 21 jenis tumbuhan penutup bumi yang ada diatas boleh disesuaikan penanamannya mengikut keadaan kebun, jenis tanaman, luas kawasan, teknologi penanaman serta sumber biji benih yang mencukupi. Kaedah penanaman, pengurusan dan penjagaan setiap tanaman tutup bumi yang disenaraikan adalah berbeza-beza. Ada jenis tanaman yang boleh ditanam secara monokrop dan ada yang perlu di campur semasa menanamnya (Mixed cover crops). Penanaman tanaman penutup bumi ini dijalankan dengan teknik dan kaedah penanaman yang betul. Terdapat amalan agronomi untuk tanaman penutup buni seperti cara menanam, benih berkualiti, penyiraman, jarak tanaman, pembajaan dan kawalan penyalit yang perlu dijalankan.


Didalam penanaman kelapa sawit atau getah di kawasan estet yang baru dibuka atau ditanam semula, penanaman penutup bumi perlu dijalankan. Bagi kawasan dusun pula, lazimnya orang akan kaitkan dusun dengan pertumbuhan rumpai sebagai berfungsi penutup bumi. Sebagai contoh dikebun tanaman Pokok Pitaya (Hylocerus undatus) jenis rumput kerbau yang sering dipotong dengan mesin potong rumput amat sesuai. Kawasan kebun sayur seperti cili juga perlukan satu kaedah untuk penanaman penutup bumi dikawasan yang sesuai. Kalau kita baca sahaja nama saintifik jenis tanaman penutup bumi diatas mungkin ramai yang tidak kenal. Itu tidak mengapa kerana InsyAllah saya akan terangkan satu persatu nanti. Setiap jenis tanaman tersebut akan di bincangkan didalam artikel lain akan datang dan jangan lupa mengikuti blog ini. Wasallam!



PENUTUP BUMI... BANYAK JENISNYA....

ADA 21 JENIS .... BANYAK FUNGSINYA...
HALANG HAKISAN... ANTARA FAEDAHNYA...
SUBURKAN TANAH ... ITU TUJUANNYA...

By,

M Anem
Senior Agronomist,
Precint 11,
Putrajaya,
Malaysia
(Ditulis pada 24 Januari 2013)
    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...