Support My Blog

Saturday, September 28, 2013

HALIA - APA ISTIMEWANYA

HALIA (Zingiber officinale) adalah tanaman kontan yang sangat popular digunakan sebagai rempah-ratus dan bahan untuk dijadikan ubat. Tanaman ini dipanggil sebagai Jahe (Indonesia), Ginger (Engish) menghasilkan umbisi berbentuk rizom seperti jari-jari yang blat dan menggembung pada ruas-ruas tengah. Rasa jus halia adalah dominan pedas disebabkan bahan kimia didalamnya bernama 'zingeron'. Di Malaysia hanya dua varieti yang popular di tanam iaitu Varieti Bentong dan Varieti Sabah. Selain daripada halia tua, sebahagian halia dituai uuntuk halia muda bagi pasaran domestik dan ekspot kebeberapa negara jiran. Keluasan penanaman halia tempatan di Malaysia adalah sangat kecil dibandingkan dengan keluasan penanaman halia di Indonesia. Halia termasuk adalah jenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae (temu-temuan). Walau pun ia dipercayai natif dari India, namun ada laporan yang berkata halia juga berasal dari Republik Rakyat Cina Selatan. Halia didapati mampu memberikan rasa hangat dan pedas pada makanan segera dan telah menjadi komoditi tanaman rempah yang popular di Eropah sejak zaman kolonial. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai keistimewaan tanaman dan produk halia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Batang halia merupakan batang rizom dengan tinggi 30 hingga 100 cm. Akarnya berbentuk umbisi rizom dengan isi akar berwarna kuning hingga kemerahan dan bau menyengat. Daun menyirip dengan panjang 15 - 23 mm dan panjang 8 - 15 mm. Tangkai daun berbulu halus. Bunga halia saya lihat tumbuh dari dalam tanah berbentuk bulat telur dengan panjang 3.5 - 5 cm dan lebar 1.5 - 1.75 cm. Tangkai bunga bersisik sebanyak 5 - 7 unit seperti bentuk buah dimana bunga berwarna hijau kekuningan. Lazimnya warna bahagian tepi bunga dan kepala putik adalah berwarna ungu dengan ujud 2  tangkai putik berjumlah dua. Halia muda dituai dalam masa 6 bulan selepas ditanam sementara halia tua sekitar 1 tahun lebih untuk dituai. Kebanyakan halia yang dihasilkan di negara kita adalah untuk kegunaan segar bagi masakan dan sebahagian lagi untuk diproses. Diantara produk halia yang ada dipasaran seperti Halia Kering, Halia di awetkan, Halia Serbuk, Minyak halia dan Halia Oleoresin. Minuman air halia atau lebih dikenali dengan 'Air Sarbat' sangat popular dibanyak restoran.

Kandungan dan Manfaat halia walaupun secara umum digunakan sebagai satu satu bahan penting dalam mlengkap ramuan masakan. Kini halia lebih sesuaii dimunum sebagai minuman penghangat badan. Kajian menunjukkan rasa pedas pada halia sangat sesuai untuk membuat badan menjadi hangat. Selain itu rasa pedas yang khas membuat satu citarasa yang enak di lidah semasa dimakan atau diminum airnya. Ramai percaya halia merupakan sejenis ubat untuk membuang angin dalam badan kita jika diminum selalu. Pada masa ini serbuk halia yang dibungkus dalam paket khas telah menjadi satu industri untuk dijadikan 'air minuman halia' yang sangat diterima dikalangan penggemar minuman air halia. Syarikat pembuatnya kadang-kadang mencampurkan dengan bahan lain seperti tongkat ali, kacip fatimah dan sebagainya sebagai tambah nilai.  Didapati beberapa negara memproses halia untuk diekstrak bagi tujuan komersil untuk produk kesihatan, kecantikan dan ubatan. Kajian saintis mendapati halia mengandungi bahan seperti pati minyak zingiberena (zingirona), zingiberol, bisabolena, kurkumen, gingerol, filandrena dan resin pahit.


Kehebatan halia memang tidak dinafikan dalan dunia perubatan. Halia mampu menurunkan masaalah tekanan darah (hipertension). Ini kerana halia mampu untuk merangsang pelepasan hormon adrenalin dan membesarkan saiz pembuluh darah dimana akibatnya darah mengalir lebih cepat serta lancar dan memringankan kerja jantung megepam darah pesakit. Halia memang mampu membantu proses penghadaman kerana kandungan seperti enzim protease dan lipase yang mampau menghadamkan protein dan lemak. kandungan gingerol dalam halia jug amencegah tersumbatnya pembuluh darah. Terumbatnya pembuluh darah adalah penyebab utama masaalah 'stroke' dan serangan jantung. Halia boleh mencegah daripada rasa mual, mabuk kerana kandungan bahan 'serotonin iaitu bahan kimia yang dapat menyebabkan perut selesa. Bahan ini juga mampu mengeluarkan angin yang terdapat dalam perut melalui sendawa atau buang angin secara semulajadi. 


Halia adalah tanaman yang mengandungi antioksidan yang membantu meneutralkan kesan kerosakan yang disebabkan oleh bahan radikal bebas di dalam tubuh. Ia mampu mengurangkan rasa sakit yang ada dan dapat meredakan rasa sakit seperti rematik, sakit kepala dan migrain. Caranyanya amat mudah iaitu dengan minum secawean air halia dengan kekerapan kali sehari. Kita juga boleh minum air halia dengan begitu sahaja, dicsampu dengan susu, teh halia atau tambahkan hirisan halia pada hidangan lain dengan kadar lebih sedikit. Bagi yang suka makan halia mentah dalam mulut lagi amat berkesan. Bagi mereka yang menghadapi masaalah sakit kepala amat sangat, ambil bahan ramuan halia yang ditumbuk dengan sedikit air dan dipercikan ke muka orang yang sedang menggigil kesakitan. Halia memang boleh dlam mengatasi masaalah perut kembong dengan mengeluarkan angin dalam perut, mengubati hati yang membengkak, batuk dan demam. Caranya dengan menumbuk rizom dan ia direbus dalam air mendidih selama lebih kurang ½ jam dan kemudian diminum airnya.


Akhir sekalii kehebatan halia adalah khasiatnya dalam mengubati masaalah reumatik.  Ambil sekitar 1-2 potng halia dan dipanaskan diatas api atau bara dan kemudian ia ditumbuk hingga halus. Tampalkan ramuan tersebut pada bahagian yang sakit reumatik sehingga sembuh. Cara lain adalah dengan menumbuk halia tadi dengan bahan cengkih sehingga halus dan kemudian ditampalkan kepada bahagian yang sakit sehingga sembuh. Halia memang boleh mengubati masaalah melecet, luka akibat ditikam benda tajam, terkena duri, bengkak kerana jatuh dan juga mengurangkan bisa akibat gigitan ular. Caranya dengan ambil halia merah dan ditumbuk serta ditambahkan sedikit garam. Letakkan pada bahagian tubuh yang terluka. Halia mampu mengubati rasa gatal kerana sengatan serangga. Caranya dengan menumbuk halia dan dijadikan ubat gosok pada kawasan sengatan.  Nagi mengubati kebisaan akibat gigitan ular, ambil halia segar dan ditumbuk dengan sedikit garam dan ditampalkan pada kawasan gigitan ular sebelum pergii kehospital untuk rawatan selanjutnya. Kehebatan halia dalam dunia perubatan memang sangat signifikan dalam masyarakat kita yang perlu tahu akan maklumatnya. Wasallam!

SUNGGUH HEBAT... HASIAT HALIA....

LUAS DITANAM ...  DI INDONESIA...
KHASIAT PERUBATAN..IA MULIA...
BADAN YANG SIHAT ...KITA BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Janda Baik, Bentong,
Pahang, Malaysia.
(21 Zulkaedah 1434H)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...