TELUR OMEGA-3 merupakan sejenis telur yang dihasilkan khusus untuk dijadikan telur berkualiti tinggi yang didapati mengandungi zat Omega-3 terutama dibahagian kuning telur. Telur ini walau pun harga lebih mahal terus mendapat permintaan tinggi dipasaran yang rendah kandungan kolesterol. Telur ini dihasilkan dengan memberikan ayam telur jenis makanan yang tinggi kandungan asid lemak omega seperti biji kacang soya, biji rami (flax seeds), minyak hati ikan kod dan sebagainya. Kandungan omega 3 yang terdiri daripada Asid Lineolic, Asid dokosahesaeonate dan juga Asid Eikosapentanoate merupakan jenis yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Sedarkah anda semua bahawa di pasaran Malaysia sudah ada telur ayam yang rendah kandungan kolestrolnya, tetapi tinggi kandungan asid lemak Omega 3 dan Vitamin E? Terdapat beberapa produk telur sebegini di Malaysia dimana salah satunya adalah seperti yang terpampang diatas. Telur Ayam Omega 3 merupakan komponen asid lemak yang kebiasaanya wujud secara semulajadi dalam ikan beriklim sejuk, sumber kekacang, atau minyak masak yang tinggi kandungan ‘lemak mono tak tepu’ seperti minyak zaitun. Pengambilan asid lemak Omega 3 secara berterusan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Artikel malam Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai telur ayam yang istimewa iaiti telur ayam Omega-3 untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.
Tentu ramai yang tertanya-tanya, bagaimana Telur Omega 3 ini dihasilkan. Adakah telur ini disuntik dengan bahan kimia tertentu supaya kandungan kolestrolnya akan mengurang dan kandungan asid lemak omega 3 meningkat?. Tentu sekali jawapannya tidak begitu berdasarkan kepada kajian yang dijalankan. Sebenarnya Telur Omega 3 ini dihasilkan menerusi ayam betina yang mana hanya diberi diet yang sangat kaya dengan asid lemak omega 3 (Pengeluar telur ini tidak berikan bahan makanan dedak ayam yang biasa dan murah). Penjagaan rapi perlu dibuat semasa membuat formulasi makanan ini sama ada dibuat sendiri atau dibei daripada pembekal makanan ayam yang hebat. Kos bahan makanan untuk menghasilkan teu ini adalah jauh lebih tinggi daripada bahan makanan ayam telur biasa. Penternak perlu mampastikan untuk mendapat telur ayam yang mempunyai gred AAA untuk dijadikan sebagai prodk telur Omega-3 yang terus menerima permintaan orang ramai. Masaalahnya dengan melihat kulit telur tanpa di tandakan, anda tidak akan kenal ianya telur omega. Kita akan dapat pastikan ia telur omega setelah melihat isi didalamnya.
Beberapa fakta penting yang saya akan bincangkan adalah mengenai telur ayam biasa juga mengandungi asid lemak omega 3 (dari jenis ‘alpha linolenic acid’). Kajian mendapati kandungannya amatlah sedikit jika dibandingkan dengan kandungan lemak tepu yang terkandung di dalamnya. Telur Omega 3 dikatakan mengandungi 3 kali hingga 6 kali ganda kandungan asid lemak omega 3 berbanding telur ayam biasa. Seterisnya fakta 2 menyatakan bahawa kandungan Alpha linolenic acid adalah sejenis asid lemak omega 3 yang wujud dalam sumber kekacang tertentu, seperti Flax seed. Difahamkan, ayam yang menghasilkan telur yang kaya dengan kandungan omega 3 telah diberikan sumber kekacang seperti ini ke dalam diet mereka. Akhirnya sebagai fakta 3, dikatakan kesemua kandungan nutrien dalam telur (tidak kiralah telur ayam biasa atau Telur Omega 3) seperti Vitamin E dan omega 3 hanya wujud dalam kuning telurnya sahaja. Sekiranya anda hanya mengambil putih telur sahaja dan membuang kuning telurnya, maka anda tidak akan mendapat khasiat ini. Meskipun tidak dinyatakan berapakah jumlah kolestrol yang terdapat dalam telur ini, namun syarikat yang mengeluarkan produk ini pasti sedar akan tanggungjawab mengeluarkan kenyataan berbunyi “Lebih Rendah Kolestrol”. Sebiji telur omega 3 ini dijangka mempunyai kandungan kolestrol yang jauh lebih rendah berbanding telur ayam biasa (kira-kira 210.2mg sebiji, yang terkandung 100% dalam kuning telurnya).
![]() |
Jadual 1: Perbandingan Telur Omega-3 dengan Telur biasa. |

TELUR OMEGA 3.... HEBAT KUALITINYA...
DIEBUAT KHUSUS... PASARAN KHASNYA...
RENDAH KOLESTEROL...SIHAT JADINYA...
INGIN MEMBELI ... MAHAL HARGANYA...
By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Pasaraya Giant,
Bandar Equine, Puchong,
Selangor, Malaysia.
(30 Syawal 144H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.