Support My Blog

Monday, September 16, 2013

CILI PADI JERUK

CILI PADI JERUK merupakan satu produk cili api atau Cili padi yang dijerukkan untuk penyedap makanan. Cili Padi (Capsicum frustecens) merupakan sejenis cili bersaiz kecil sekitar 1-3 cm yang dikatakan amat pedas berbanding dengan cili besar (Capsicum annum) dengan nilai kadar kepedasan sekitar atau melebihi SHU 150,000 (SHU - Scoville Heat Unit). Ramai orang di Asia Tenggara yang amat sukakan makanan pedas-pedas dengan mengambil cili sebagai pembuka selera tau penyedap makanan. Sebut sahaja makanan mee goreng, kuuteow goreng, nasi goreng, bihun sup, mee sup dan sebagainya kurang enak tanpa ditambah dengan cili padi jeruk. Sebenarnya terdapat dua jenis cili jeruk iaitu Cili Padi Jeruk dan Cili Besar Jeruk. Cili Padi Jeruk ini ada yang dipotong kecil-kecil dan ada yang dijerukkan sebiji-sebiji. Cili Besar Jeruk pula lazimnya dihiris nipis-nipis dan dijerukkan. Bergantung kepada cara memproses, kaedah penyimpanan dan varieti cili padi yang digunakan, kesegaran rasa cili padi jeruk banyak lama mana ia disimpan. Kadang-kadang ada yang dijeruk melebihi 30 hari dengan kualiti masih baik. Penyimpanan cili padi jeruk dalam peti sejuk juga agak baik untuk mengawetkannya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi pnyediaan dan penyimpanan cili padi jeruk.


Kenapa cili padi perlu diawetkan dengan menjadikannya kepada Cili Padi Jeruk?. Soalan ini memang lazim ditanya oleh mereka yang katanya amat mudah dan elok untuk mengambil cili padi segar sahaja. Cili padi yang dijerukkan sebenarnya pada saya lebih sedap dimakan kerana ada kelainan rasa seperti masam, masin dan agak enak dengan tahap kepedasan yang sederhana. Berbanding dengan cili padi masih segar memang sangat pedas dan 'berapi' kita yang memakannya. Kepedasan cili padi boleh menyebabkan kita mengeluarkan air mata atau air liur yang meleleh keluar dari mulut atau hidung. Paling mudah pun kita boleh sediakan cili padi jeruk yang dihiris nipis dan dimasukkan kedalam mangkuk dan dibubuh kicap. Rasa masin kicap ini akan mengurangkan kepedasan yang menambahkan kelazatan makanan. Saya fikir ramai yang boleh membuat cili padi jeruk sendiri untuk kegunaan sendiri. Kini telah ramai usahawan yang telah menghasilkan cili padi jeruk dan mendapat pasaran yang baik. Semasa lawatan saya ke Thailand, Bangkok dan Indonesia mendapati cili padi jeruk banyak dikomersilkan sebagai satu produk berasaskan cili padi yang memberikan pendapatan tambahan keluarga.


Kita semua telah tahu bahawa cili hiris segar dan cili padi jeruk menjadi pencetus rasa sebagai ulam dalam banyak makanan orang kita. Paling popular untuk dimakan bersama kue teow goreng, mi kuning goreng atau mi hoon goreng. Selain daripada teksturnya yang rangup, rasa pedas dan manis masam dan sedikit menyengat sememangnya menyedapkan makanan kue teow goreng  (Lihat foto sebelah). Juga sesuai untuk mi sup, mee bandung dan sebagainya. Selain jeruk cili padi jeruk saya dapati ramai juga yang suka juga jeruk cili hijau yag dimasukkan dalam kicap.  Kalau ada pokok sendiri dirumah dengan buah yang banyak, daripada dibuang lebih baik kita jerukkan. Memang sangat mudah untuk membuat cili padi jeruk ini asalkan 3 bahan asanya ada. Tiga bahan tersebut adalah cili padi yang ditambah cuka, gula dan garam. Bahan garam yang diberikan perlu disukat dengan kadar sesuai agar jangan banyak sangat  nanti tak sedap sebab masin. Rasa sedikit manis dihujung gigitan tu amat penting untuk mengimbangkan rasa masam cuka. Cuka pilihan yang saya selalu gunakan dari jenama seperti JALEN. Cuka makan jenama lain  yang ada dipasaran juga sesuai digunakan.


Didalam beberapa rujukkan saya dapati penyediaan cili padi jeruk ini banyak teknik. Bagaimana pun kali ini saya paparkan kaedah yang saya selalu buat untuk dikongsi bersama. Sediakan bahan-bahan seperti 80 - 100 gram cili hijau segar, cuci dan toskan. Sediakan juga 230 ml cuka makan, 3 -4 camca besar gula dan juga sebanyak 1/2 camca teh garam. Mulakan dengan memilih cili padi segar yang berkualiti, tidak berulat, warna hijau kemerahan (elakan cili muda atau putik cili) dengan saiz sesuai. Basuh cili ini dengan air bersih dan kemudian cili padi dipotong. Cara potong atau hirisan jangan halus sangat biar kasar sedikit. Kemudian hirisan tersebut celur dalam air mendidih selama 20 saat. Tosakan dan biar sehingga sejuk.
Sediakan botol atau balang sesuai yang mana terlebih dahulu dicuci bersih dan rebus dalam air panas selama 5 minit. Terbalikkan botol dan toskan hingga betul-betul kering. Kemudian isikan botol tadi dengan cili sehingga padat. Tekan sedikit tetapi jangan terlalu padan. Botol diisi cili (ada juga yang tidak perlu dipotong). Letakkan ditempat yang sesuai. Seterusnya kita perlu membancuh cuka makan dengan gula dan garam dan kacau rata hingga semua larut. Tapiskan larutan tadi dan tuangkannya ke dalam botol berisi cili hijau tadi hingga penuh. Kalau larutan tidak cukup maka tambah sedikit cuka lagi. Tutupkan dan biar di tempat teduh untuk jangkamasa selama 4 - 5 jam. Kita boleh nikmati cili padi jeruk yang disediakan sendiri dan sesuai dimakan dengan semua jenis mi dan makanan pilihan anda.  Wasallam!
Cili padi jeruk dalam mee goreng.
CILI PADI ... BOLEH DIJERUKKAN...
PILIH YANG BAIK...HIRIS-HIRISKAN...
DICAMPUR CUKA...GULA DAN GARAM...
DALAM MI GORENG...ENAK DIMAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1002, Heritage Hotel,
Jalan Raja Dihilir,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...