Support My Blog

Sunday, September 29, 2013

HALIA BENTONG - VARIETI POPULAR (Part 1)

HALIA BENTONG (Zingiber officinale) merupakan salah satu daripada varieti halia yang popular di Malaysia kerana ia mempunyai kualiti yang tinggi serta mendapat permintaan baik. Halia yang merupakan tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae ini ditanam sejak beratus tahun dikawasan cerun berbukit tanah tinggi sekitar kawasan Daerah Bentong oleh kebanyakan petani Cina yang mengamalkan pertanian komersil. Beberapa varieti halia lain yang ada ditanam di Malaysia adalah Halia Sabah, Halia Indonesia, Halia Taiwan dan beberapa varieti lagi. Harga ladang halia varieti bentong ini merupakan antara kos yang paling tinggi berbanding dengan kos benih varieti lain sama ada untuk halia muda atau pun halia tua. Merujuk kepada kajian melalui temubual saya dengan beberapa petani yang menanam halia di Janda Baik, Bentong, Pahang, mereka menyatakan varieti bentong menepati citarasa penduduk tempatan dan Singapura. Proses pemilihan benih halia yang dijalankan sekian lama telah dapat menghasilkan varieti yang berkualiti dimana tanaman ini telah mampu memberikan pendapatan lumayan. Artikel malam ini saya gembira untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai testimoni akhbar akan kehebatan varieti Halia Bentong untuk bacaan dan rujukkan anda.

LAPORAN TESTIMONI 1:
UTUSAN MALAYSIA
Mengembalikan zaman gemilang Halia Bentong. Kini, bakal dieksport semula ke Singapura

 Lee Seng Sang berkata bahawa halia tempatan akan memperoleh
harga yang lebih tinggi jika ia dijual semula di pasaran Singapura
BENTONG 11 OKT - Bukit Tinggi di Pahang merupakan salah satu resort peranginan bukit yang popular di Malaysia. Keadaan tanahnya yang subur dan cuaca sejuk menjadikan ia cukup sesuai dengan penanaman halia Bentong yang terkenal sejak sekian lama, malah sehingga ke Singapura. Sejak beberapa tahun kebelakangan, perusahaan halia di Bentong telah mengalami zaman naik-turunnya. Sehubungan itu, penanam halia tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa berladang di atas tanah tanpa izin disebabkan kerana tanah pertanian tidak mencukupi. Selain itu, hutang yang banyak dan masalah pemasaran turut mempengaruhi eksport halia Bentong ke Singapura. Oleh itu penanam halia Bentong memerlukan harapan baru bagi membantu kehidupan mereka. 


Tanaman Halia Bentong yang lama diusahakan di Bentong.
Mujurlah, Ahli Parlimen Bentong, Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Hoh Khai Mun telah berusaha untuk memberi penyelesaian kepada penanam halia Bentong. Hari ini terdapat lebih kurang 709 ekar tanah tepi bukit disediakan untuk para peladang menanam sayur-sayuran dan halia secara sah. Penanam halia kini boleh merealisasikan cita-cita mereka khususnya mengeksport halia Bentong semula ke Singapura.  Di Kampung Bukit Tinggi, Bentong, seorang pembeli halia, isteri kepada Lee Seng Sang berkata bahawa halia tempatan akan memperoleh harga yang lebih tinggi jika ia dijual semula di pasaran Singapura. Malah, seorang penanam halia, Loke Wooi Yan turut mencadangkan supaya halia Bentong dijenamakan dan strategi pemasaran dilaksanakan bagi membolehkan ia dieksport ke seluruh dunia suatu hari nanti - Bernama.
Diambil daripada akhbar tempatan.


Pasaran dan perminaan halia di Malaysia terus meningkat untuk kegunaan segar dan juga bahan proses. Ramai diantara kita memang menggunakan halia dalam banyak menu masakan setiap hari. Halia dengan khasiatnya yang tersebdiri merupakan bahan tanaman yang semakin kurang di usahakan di Malaysia akibat kekangan tertentu. Kos pembelian benih yang tinggi, serangan penyakit dan perosak serta faktur harga ladang yang tidak menentu merupakan diantara punca semakin ramai penanam halia hilang minat dan pengeluaran halis terus berkurangan. Pihak tertentu perlu mendapatkan teknologi uuntuk peningkatan produktiviti melalui varieti yang lebih produktif, amalan agronomi yang sesuai dan pengendalian lepas tuan yang cekap. Semuga industri tanaman halia termasuk halia Bentong akan terus menjadi penyumbang kepada ekonomi negara. Wasallam!

Halia dalam guni untuk dipasarkan.
HALIA BENTONG ... NAMA VARIETI...
DILERENG BUKIT... TANAM TAK HENTI...
PRODUK SEGAR ... IA BERKUALITI...
DALAM ARTIKEL... LAPORAN TERBUKTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Halia, Janda Baik,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(20 Zulkaedah 1434H)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...