Support My Blog

Wednesday, December 6, 2023

TEKNOLOGI TANAM LABU UNTUK UNTUNG (Pt 2)

TEKNOLOGI TANAMAN LABU
(Cucurbita moschata) yang betul membolehkan petani akan mendapat untuk sesuai dengan perancangan yang dibuat. Bagaimanakah cara untuk tanam pokok labu untuk menghasilkan buah yang berkualiti dan mendapat harga pasaran baik?. Tanaman Labu tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae dan genus Cucurbita. Buah Labu telah digunakan sebagai makanan penting dan dalam pelbagai ubat tradisional digunakan untuk merawat beberapa penyakit (antidiabetik, antihipertensi, antitumour, antibakteria, anti-radang) dan sebagainya. Labua adalah kaya jumlah asid amino (AA) yang tinggi (Fujita and Hossain, 2003), asid lemak, kainotenoid, mineral dan vitamin E (Ching and Mohamed, 2001). Ia biasanya digunakan dalam perubatan tradisional Sudan untuk mengawal virus hepatitis C (HCV) (Hussein et al., 2000). Dari rekod penulis merujuk kepada pihak Jabatan Pertanian dimana dilaporkan seluas 1,965 hektar labu manis ditanam pada tahun 2022 dengan menghasilkan sebanyak 23,391 metrik tan (Sumber: Booklet statistik keluasan tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Negeri Kelantan dilaporkan paling luas menanam labu manis dengan seluas 561 ha) menghasilkan sebanyak 9,820 mt diikuti dengan Johor (150 ha) dan Negeri Sembilan (103 ha). Biji labu mempunyai kandungan nutrien yang banyak yang boleh digunakan untuk manusia. Kandungan minyak biji labu dikatakan mempunyai 40-50% vitamin E dan asid linoleik yang tinggi (Murkovic et al., 1999). Labu dijadikan pilihan petani komersial di Malaysia kerana jangkamasa buahnya matang boleh dimasak dan dikeringkan supaya boleh disimpan lebih lama. Penulis blog dapati daunnya boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran. Dalam pada itu bijinya di panggang dan dimasinkan dijadikan sebagai snek dan ada laporan dimana dinegera tertentu bijinya juga boleh digunakan sebagai sumber bahan api. Artikel pada petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mempaparkan teknologi penanaman labu agar hasilnya lebih menguntungkan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Tamanman labu manis sesuai amalkan p
enggunaan rumput atau poliethylene (plastik) sebagai sungkupam bagi tujuan memberi beberapa kebaikan kepada tanaman. Sungkupan ini akan bantu meningkatkan suhu tanah seterusnya akan mempercepatkan pertumbuhan anak pokok labu manis. Ia juga boleh memulihara kelembapan tanah serta dapat mengurangkan beberapa masalah seperti pemadatan tanah, mengelakkan buah mereput di atas tanah, kehilangan baja, dan persaingan sesama anak pokok. Pengurusan rumpai tanaman labu manis perlu dilakukan dengan cara menggunakan polyethylene atau sungkupan sebagai sebahagian daripada strategi kawalan rumpai. Aktiviti Pendebungaan labu manis perlu dilakukan dimana biasanya pokok labu menghasilkan bunga jantan dan bunga betina pada anak pokok yang sama (Sila lihat foto disebelah). Bunga labu dipanggil sebagai monoecious dimana kedua-dua jenis bunga dibuka untuk hanya satu hari dan pada waktu pagi. Faktor persekitaran dan penyakit lazimnya boleh mempengaruhi pembentukan pendebungaan dan buah labu dengan sangat ketara. Sebaiknya jika ada dua sehingga enam ekor lebah madu sehektar cukup untuk mencapai tahap aktiviti pendebungaan yang optimum (Oluoch et al., 2012).  Kini ada kaedah meletakkan sarang lebah atau kelulut dikawasan kebun sehingga proses pendebungaan ini selesai bari koloni lebah ini dibawa keluar. Ia menjanjikan pendebungaan terbaik dan seragam.


Pengurusan Penyakit tanaman labu manis perlu dilakukan sepanjang penanaman. Penyakit labu utama menyerang adalah seperti Penyakit Damping-off (penyakit benih) yang mana ia disebabkan virus dan boleh menyebabkan kadar pertumbuhan perlahan dan mengubah pembentukan buah labu. Penyakit lain yang menyerang kabu termasuk juga Penyakit Angular leaf spot, Downy mildew, Scab, Black rot dan juga Penyakit Phytophthora blight. Disyorkan bagi tujuan mengawal kebanyakan penyakit ini maka pemilihan varieti yang tahan penyakit perlu dibuat. Kawalan dengan kaedah lain sepeti semburan racun kimia dan sebagainya dilakukan jika perlu sahaja. Didapati d
aun labu selepas aktiviti menuai adalah mudah sangat rosak. Adalah digalakkan apabila ingin dijual daun labu dipastikan dimana ada daun diikat dan ia disimpan di tempat sederhana lembap. Untuk penjualan daun yang kering maka ia ia akan dicincang halus dan diletakkan di bawah sinaran matahari selama 2-3 hari. Bagi buah labu manis pula ia boleh dituai apabila kulitnya sudah keras dan tidak boleh ditembusi. Walaupun sudah dituai sebaiknya buah labu perlu disimpan untuk memanjangkan jangka hayat buah selepas tuai. Kulit buah labu yang matang kelihatan kusam dan kering berbanding dengan buah yang tidak matang yang mana akan lebih segar dan terang kulit. Tinggalkan batang panjang (pemegang) pada labu). Suhu penyimpanan buah labu adalah tinggi hingga 24-30°C dengan kelembapan relatif 75-80% selama kira-kira 5-10 hari. Ia tidak boleh disimpan di suhu di bawah 10°C untuk menjaga kualitinya.


Menarik kisah dalam bharian.com yang bertajuk 'Penanam labu manis raih RM30,000 semusim' untuk dijadikan contoh. Kisah dari Setiu, terengganu ini laporkan Mohd Ariff dan isterinya 
menghabiskan masa terluang di ladang labunya di Kampung Beris To Ku, Setiu. Sebuah keluarga membuktikan perumpamaan berbudi pada tanah pasti ada hasilnya apabila mampu bagi memperoleh keuntungan bersih RM30,000 semusim hasil menanam labu manis. Mereka adalah peserta ladang kontrak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan bimbingan Jabatan Pertanian dakwa keuntungan itu diperoleh hasil menjual labu manis pada setiap musim iaitu kiraan 75 hari bagi setiap musim. Sebelum mengusahakan tanaman labu manis sejak tiga tahun lalu dia sekadar membantu ibu mentuanya mengusahakan tanaman tembikai pada waktu terluang. Bagaimanapun kemudian dia mula memberikan perhatian untuk menceburi bidang pertanian selepas ibu mentuanya kerap menjadi mangsa penipuan orang tengah ketika proses jual beli tembikai. Tanah yang dibiarkan kosong selepas hasil tembikai dituai juga mendorongnya untuk mengusahakan tanaman labu manis, walaupun dibantah ibu mentuanya dengan alasan buah itu sukar untuk dipasarkan. Dia mendapat ilmu menanam dan ilmu pasaran selepas  dia  berbincang dan mendapat khidmat nasihat agar mencuba mengusahakan tanaman labu secara bergilir dengan tanaman tembikai. Hasil pengeluaran labu manis di atas tanah seluas kira-kira 1.6 hektar adalah sebanyak 20 tan semusim. Proses tanaman labu sangat mudah serta tidak memerlukan air yang banyak seperti penanaman tembikai dan risiko diserang haiwan perosak juga sangat kurang. Selepas labu mencapai usia 30 hari dan mula menjalar, tanaman itu tidak lagi memerlukan penjagaan rapi. Dalam semusim hanya tiga atau empat kali disiram air dan baja digunakan ialah baja asas seperti tahi ayam, baja pokok serta baja dibekalkan Jabatan Pertanian negeri. Bagi mendapatkan hasil yang baik, pokok hendaklah ditanam antara jarak dua meter dan setiap pokok boleh mengeluarkan antara enam hingga tujuh biji labu. Harga labu tidak menentu kerana ia mengikut keadaan dan bekalan. Biasanya harga labu dibeli oleh FAMA antara RM1.50 satu kilogram (kg) dan boleh mencecah sehingga RM3.50 terutama pada Oktober hingga Disember. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
TANAM LABU MANIS... BAGAIMANA...
AMALAN TEKNOMOGI.. AMALKANNYA...
HASIL BANYAK... BERKUALITI PULA..
MEMANG UNTUNG... PETANI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Rejab 1444H).
Posted from
Hotel 101, JB

Tuesday, December 5, 2023

KANGAROO - FAKTA MENARIK SEMASA

KANGAROO
atau Kanggaru ialah sejenis haiwan jenis marsupial yang tergolong dalam keluarga Macropodidae. Kalau di Malaysia pembaca blog boleh saha pergi ke zoo tertentu untuk melihat haiwan kangaroo tetapi kini sudah tidak diketahui dimana zoo yang masih ada haiwan kangaroo ini. Pada penulis blog pernah melihat kangaroo ini beberapa kali semasa pergi keluar negara dahulu semasa bertugas. haiwan kangaroo merupakan haiwan paling unik didunia kerana ia bergerak pantas dengan menggunakan dua kakinya dan menyimpan anakn didalam kantung di perutnya semasa bergerak. Kangaroo dalam kajian sains diletakkan sebagai antara spesies terbesar dalam keluarga tersebut yang terdiri daripada jenis Kanggaru merah, Kanggaru antelop, Kanggaru kelabu timur dan Kanggaru kelabu barat iaitu dalam genus Macropus. Semua orang tahu dimana haiwan kangaroo ini adalah haiwan endemik kepada benua Australia. Kerajaan Australia menganggarkan dimana ada sebanyak 42.8 juta ekor kanggaru hidup dalam kawasan pertanian mereka yang mampu merosakan tanamnnya bagi tuaian komersil negara tersebut pada tahun 2019 bagaimana pun kemudian dilaporkan ianya menurun daripada sebanyak 53.2 juta ekor pada tahun 2013 (dalam masa 6 tahun berkurang sebanyak 10.4 juta). Kangaroo adalah haiwan yang mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat untuk melompat dengan saiz ekor yang besar dan berotot untuk mengimbangkan diri dan kepala kecil. Kanggaru betina mempunyai kantung iaitu ia dinamakan 'marsupium' untuk melengkapkan perkembangan posnatum anak. Secara amnya dimana kanggaru yang lebih besar lebih mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa ke landskap Australia oleh manusia, sementara kebanyakan saudaranya yang lebih kecil pula sudah diancam kepupusan. Kanggaru merupakan satu ikon bagi negara Australia apabila haiwan ini sering ditampilkan pada jata negara ini dan bentuk matawangnya dan juga digunakan oleh kebanyakan pertubuhan Australia dimana ini termasuk oleh syarikat penerbangan Qantas gunakan logo haiwan ini. Memang ada banyak pasukan sukan Australia yang dinama sempena kanggaru. Kanggaru juga banyak ditemui dalam filem, televisyen, mainan dan cenderamata di seluruh dunia. Kanggaru liar diburu sebagai sumber daging serta bulu dan selain juga untuk mempertahankan padang ragut. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai kangaroo untuk dijadikan sumber rujukkan pembaca blog semua.


Pada penulis blog persoalan pertama yang selalu dikepala adalah 'kenapa kangaroo melompat dan tidak berlari?'. Ini kerana k
anguru termasuk dalam kelompok haiwan yang disebut marsupial. Mereka membesarkan anak mereka dalam kantong kecil yang ada terdapat di tubuh mereka. Namun bukan hanya itu saja yang unik akan tetapi haiwan ini juga bergerak dengan cara melompat tanpa terlihat penat atau kelelahan. manusia sesekali melompat untuk senaman akan keletihan atau penat akan tetapu kangaroo melompant dengan pantan sehingga jarak jauh tanpa penat tentunga ada yang penting membantu ia mampu bergerak sebegitu. Bagaimana kanguru menghabiskan begitu banyak tenaga untuk melompat-lompat sementara haiwan lain telah berevolusi menjadi lebih hebat dengan berjalan atau berlari diatas tanah sahaja yang menjimat tenaga. Apa pun merujuk kepada beberapa sumber rujukkan termasuk didalam jurnal Science ABC dimana walau pun kangaru ini dilihat mengeluarkan banyak tenaga untuk melakukan perjalanan di dataran Australia namun pada kenyataannya gerakan melompat sebenarnya cukup menjimatkan tenaga. Faktor yang perlu diihat dalam kajian ini adalah dimana habitat kanguru hidup di padang rumput dikawasanyang sangat uas dimana lazimnya mereka tidak perlu bergerak ke atas dan ke bawah melainkan di seluas semya dataran disepanjang tanah luas. Semasa kanguru melompat-lompat walau pun mereka menggunakan banyak tenaganya tetapi masih ada banyak lagi tenaganya yang tersimpan seakan sejenis elastiknya getak dalam permainan kanak-kanak sebagai gelang getah. Ia dilihat rengang dan mengecut dengan kapasiti yang kuat dan tahan lama sama dengan lompatan kangaroo pada kakinya. Kangaroo dilaporkan mampu menjimatkan tenaganya dengan melompat sejauh dan setinggi atau secepat mana pergerakannya dalam habitatnya. Cara bagaimana kanguru melompat adalah mekaisma dimana haiwan ini mempunyai bahagian tubuh yang mana dibawahnya sangat berbeza dibandingkan dengan haiwan lain. Padahal nenek moyang mereka dulunya juga dipercayai masih boleh berlari dengan dua kaki akan tetapi seiring waktu evolusi dimana mereka kemudian telah kehilangan struktur tertentu (otot dan ligamen) akan tetapi mendapatkan yang lain. Kanguru modern tidak memiliki otot gluteal yang berkembang seperti pada haiwan lain yang boleh mereka berlari. MKangaroo juga tidak memiliki flensa-struktur di pergelangan kaki yang memberikan stabiliti ekstra. Namun hilangnya bahagian tersebut menghasilkan otot kaki yang lebih kuat. Selain itu mereka mengembangkan organ lain iaitu organ di ekor yang kuat dan berotot. Kanguru merah dilihat  mampu melompat dimana mereka akan menggunakan ekor berotot mereka seperti anggota tubuh ekstra. Ekor kangaroo sebenarnya bertindak seperti anggaot khas dan memberikan sebahagian besar kekuatan otot yang diperlukan untuk setiap lompatan. Perkara ini memungkinkan makhluk kangaroo ini menakjubkan apabila ia melompat dengan kecepatan hingga 56 kilometer per jam dan melompat setinggi 1.8 meter diatas udara semasa bergerak.


Menarik bagaimana '
Hukum makan kangaroo dalam islam' untuk isu ini dikongsikan maklumatnya. Penulis blog setakat ini memang belum pernah lagi memakan daging kangaroo mahu pun daging sperti zirafah, kuda dan unta. Ada dakwaan dimana hukum memakan daging kangaroo adalah halal kerana dilaporkan tidak ada nash Al-Qur'an ataupun As-Sunnah yang menjelaskan secara khusus tentang hukum daging kangaroo sama ada halal atau haram untuk dimakan kerana pada zaman Rasulullah haiwan ini tidak dikenali dan tiada di negeri Arab. Apa pun dengan menggunakan kaedah umum dimana haiwan kangaroo ialah haiwan darat yang tidak tergolong dalam binatang buas dan bertaring atau binatang yang sunat untuk membunuhnya dimana ia tidak mencengkam dan tiada unsur yang menyebabkannya menjadi haram. Kangaroo juga ialah haiwan herbivor yang hanya makan tumbuhan sahaja bukan dan bukan haiwan karnivor yang makan daging. Dalam surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud 'Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, danmengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk' dan dalam Surah Ai-baqarah ayat 168 bermaksud 'Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik'. Kesimpulannya dilaporkan daging kangaroo ini dikategorikan dalam makanan halal lagi baik yang bersifat suci dan bersih daripada najis dan perkara haram dan juga perlumemastikan ia disembelih dengan nama Allah. Keterangan diatas dikutip bagi menjawab mereka yang bertanya tentang hukum daging kangaroo. Kangaroo adalah haiwan mamalia dari spesies marsupialia (haiwan yang berpoket) haiwan dari keluarga makropodidae yang berkait dengan arnab pada phylum chordata dalam pokok keluarganya. Kangaroo hanya terdapat di beberapa negara seperti Australia, Tasmania dan New Guinea. Ia adalah haiwan herbivor (makan tumbuhan) yang hanya makan benda baik dan tidak makan kotoran. Walaupun ia berasal dari haiwan yang dikatakan buas atau liar namun ia kini telah mula diternak dan menjadi daging alternatif untuk dimakan berikutan khasiatnya yang tersendiri. Dalam Islam, khususnya mazhab Shafei berpegang kepada kaedah asal pada sesuatu itu harus sehingga ada dalil mengharamkannya. Manakala dalil Al Quran hanya menyebut babi yang haram dimakan dan manakala hadis-hadis menyebut binatang buas bertaring dan burung berkuku mencengkam juga haram dimakan. Makanan yang baik-baik adalah jadi asas kepada menilai binatang itu makan benda kotor atau bersih bagi menentukan hukum. Berasaskan kepada ini maka ramai ulama dari kalangan Sunni menghalalkan makan daging kangaroo asalkan disembelih secara syara'. Bahkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) setelah mengemukan dalil dan hujah  juga menetapkan daging Kangaroo adalah halal dimakan. Demikian Darul Ifta' Australia tempat asal Kangaroo hidup telah mengatakan ianya halal berikutan tiada dalil yang qat'ie mahupun zanni yang mengharamkannya. Sedangkan ulama dari Syiah memandang haram daging Kangaroo. Antaranya Khamenei, Al Sistani, Nuri Al-Hamdani, Golpaygani dan lain-lain manakala Al Syirazi menghalalkannya.


Menarik kisah 'Keunikan Citarasa daging kangaroo' dari portal mediapermata.com untuk dikongsi dan ditulis semula. Ia laporkan dimana kabinet kaca dalam kedai daging Dean Cooper di Central Market Adelaide, Australia ada dipenuhi dengan stik, bebola daging, kebab dan sosej yang disusun rapi. 
Tidak seperti kedai daging lain di negara tersebut atau di seluruh dunia, kedai Dean Cooper hanya menjual daging kanggaru. Ia daging yang sihat, rendah lemak, penuh zat besi, bebas pencemaran dan organik. Ia lebih sedap apabila dinikmati secara separuh masak dakwa pemiliknya Dean Cooper. Salah seorang pelanggannya ada memberitahu dimana dia telah membeli daging di kedai tersebut sejak ia dibuka kira-kira tiga dekad lalu. Daging kanggaru jauh lebih baik daripada daging kambing atau lembu dimana ia cantik dan dagingnya akan cair di dalam mulut anda. Pengguna lebih suka sup ekor kanggaru dan selalu pada malam hari mereka akan akan menyediakan hidangan lasagne menggunakan daging kanggaru cincang. Itu juga merupakan satu pendapat positif disuarakan oleh Cooper dan Wyld dalam sebuah laman web tempatan itu masih gagal mempengaruhi minat penduduk Australia menikmati daging kanggaru. Baru-baru ini dilaporkan kerajaan negara Australia telah menyeru supaya rakyatnya meningkatkan pengambilan daging kanggaru dalam diet harian mereka. Seruan tersebut dilakukan bagi mengurangkan populasi kanggaru yang kini dianggarkan mencecah 45 juta ekor pada tahun lalu. Jumlah itu adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding jumlah penduduk Australia pada tahun 2016 iaitu seramai 25 juta orang. Menurut pakar kes peningkatan tersebut didorong pertambahan kadar hujan sekali gus membantu menyuburkan rumput yang merupakan sumber makanan kanggaru. Salah seorang penternak kambing organik berhampiran Broken Hill, Garry Hannigan memberitahu dimana dia melihat sendiri ledakan jumlah kanggaru. Dua atau tiga minggu lalu dimana jumlah kanggaru di sini dianggarkan ribuan ekor. Ia sentiasa berlegar-legar di kawasan ini sehingga ada yang dilanggar kereta. Kanggaru ini makan apa sahaja termasuk akar rumput sekali gus menyebabkan hakisan di sepanjang pagar. Ini kerana akar rumput yang mencengkam tanah sudah tiada. Selalunya sewaktu musim kemarau akan ada berjuta-juta ekor kanggaru akan mati akibat kelaparan. Jelasnya negara Australia pernah mengalami kemarau teruk bermula pada tahun 2000 hingga tahun 2007. Bagaimanapun, populasi kanggaru hanya turun kepada 23 juta ekor dimana jumlah populasi haiwan mamalia itu kembali melonjak pada tahun 2011 kepada 34 juta ekor. Pakar tempatan menyeru orang ramai supaya memburu dan menikmati lebih banyak daging kanggaru. Kangaroo adalah sejenis haiwan perosak seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Pembangunan Lestari dan Alam Sekitar Victoria dimana haiwan ikonik Australia itu dianggap sebagai haiwan perosak. Ia dilaporkan pernah merosakkan pagar dan tanaman serta ia menjadi pesaing kepada haiwan ternakan dari aspek makanan dan air. Kanggaru juga turut mengancam nyawa manusia terutamanya yang mendiami kawasan kediaman penduduk. Seorang pemburu di New South Wales, Andrew Wall memberitahu dimana dia tidak ada insentif yang baik untuk menarik penembak profesional memburu kanggaru. Kesukaran menarik pemburu itu adalah disebabkan harga daging kanggaru yang sangat rendah dalam pasaran iaitu sekitar AUS$1 sekilogram. Pasaran daging kangaroo di Malaysia masih kelihatan sepi sehingga kini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA KANGAROO... IA BERKAKI DUA...
TIDAK BERLARI... IA MELOMPAT SAHAJA...
SUDAH KEMPEN... DIMAKAN DAGINGNYA...
BERJUTA EKOR... ENDEMIK DI AUSTRALIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Rabiulakhir 1445H).
Posted from
Hotel 101, JB.

Monday, December 4, 2023

KUAT BURUNG KERANA SAYAP

Peribahasa berkaitan dengan burung ada beberapa yang menarik dimana pilihan penulis blog kali ini adalah 'KUAT BURUNG KERANA SAYAP ' dimana ia sesuai untuk dibincangkan dalam aspek teknikal dibidang pertanian. Dalam carian lain ada sebenarnya kepanjangan peribahasa ini iaitu 'Kuat Ketam Kerana Penyepit' dan 'Kuat Burung Kerana Sayap' sebagai peribahasa selengkapnya yang memberi makna yang sama. Dalam membuat semakan dimana peribahasa ‘kuat burung karena sayap’ ini bermaksud sebagai 'Setiap orang memiliki kekuatan serta kemampuannya masing-masing'. Burung umumnya adalah sejenis haiwan yang terbang walau pun ada banyak jenis burung yang tidak terbang seperti burung unta, burung puyuh dan sebagainya. Burung yang tidak mempunyai sayap memang tidak mampu terbang tetapi mampu berlari dengan laju atau pandai untuk bersembunyi dari pemangsa. Bagi memahami akan maksud peribahasa ini sememangnya setiap orang adalah ia memang mempunyai kemampuan, keupayaan, kapasiti, pengetahuan, keterampilan yang berbeza-beza. Ini kerana fitrah dimana masing-masing memiliki aspek kekuatan dan juga aspek kelemahan tersendiri. Namun begitu jika semua perkara kekuatan ini di gabungkan maka akhirnya ia akan menjadi satu kekuatan yang jauh lebih besar. Manakala manusia sebenarnya memang boleh mensinergikan semua ilmu pengetahuan, kemampuan dan keterampilan yang ada dan berbeza-beza itu dimana kemudian ia akan membantu mendatangkan manfaat dan keberkahan yang jauh lebih besar. Dalam masyarakat dimana memang sudah menjadi kebiasaan 
bagi orang-orang untuk membandingkan diri sendiri dengan orang lain yang berada dikalangan keluarga dan masyarakat keliling untuk merasa lebih tinggi atau lebih rendah terhadap mereka berdasarkan faktur kekuatan dan kelemahan mereka. Masalahnya adalah setiap orang itu jelas mereka memang berbeza dan setiap individu akan berfungsi berdasarkan keperibadian masing-masing. Bagaimana pun memang sangat penting untuk setiap orang menilai serta mampu mengetahui siapa diri dan kemampuannya yang ada untuk digunakan. Sebaiknya ciri kekuatan (strength) yang dimiliki seseorang itu boleh dipraktikkan dalam menghadapi semua cabaran dan kehidupan harian agar boleh digunakan untuk mendorong agar berjaya ke tahap lebih jauh. Di sisi lain dimana aspek kelemahan (weakness) individu bukanlah ciri kehancuran seseorang akan tetapi ia merupakan sebahagian sifat yang perlu sentiasa ditingkatkan (improvement). Ini bukan suatu kekurangan kekal sebaliknya ia adalah sesuatu yang perlu sentiasa di perbaiki dan di kembangkan. Dilaporkan dimana hasil kajian pakar psikologi dimana kebanyakan orang sebenarnya tidak tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri mereka. Adalah dipercayai dimana individu manusia seharusnya mengambil tahu apa yang dia miliki dalam usaha untuk mereka dapat menilai diri mereka sendiri dan kemudian dimanafaatkan ciri-ciri tersebut. Hasil pemikiran yang kuat membolehkan individu berfikiran positif seperti kebolehan didalam berkomunikasi dengan orang lain terutama orang yang baru dikenali. Ilmu dan skill didalam berkomunikasi (communication skill) ini sebenarnya boleh di pelajari secara formal dan dipraktikkan dalam kehidupan harian. Sesuai dengan peribahasa dimana kuat burung kerana sayapnya sebagai panduan untuk sesiapa juga meningkatkan kekuatan demi kejayaan dimasa akan datang. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas peribahasa berkaitan haiwan burung ini dalam aspek ilmu pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sayap Burung (Bird Wing) adalah salah satu dari bahagian tubuh burung yang paling menonjol dan berbeza dengan haiwan terbang lainnya. Penulis blog tahu dimana memang ada banyak jenis burung yang mempunyai sayap cantik sebagai perhiasan dimana ada juga yang menggunakan sayap sebagai kekuatan (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog akan jelaskan bagaimana aspek kehebatan bagaimana fakta menarik kebolehan burung terbang untuk dijadikan rujukkan. Pertama adalah dimana Burung Terbang Tanpa Bunyi dimana ia merupakan ciri khas bagi sesetengah burung seperti Burung Hantu (Owl). Ini kerana burung hantu (Tyto alba) ternyata dapat terbang tanpa bunyi langsung di malam hari kerana ia adalah haiwan nokturnal (aktif malam) yang berburu pada malam hari dan berlaky tanpa mengeluarkan suara (musuh dan mangsa tidak menyedari kehadirannya). Hasil kajian mendapati dimana rekabentuk sayap dan bulu burung hantu mempunyai sejenis kesesuaian yang membuat burung hantu boleh terbang bebas tanpa diketahui oleh mangsanya seperti tikus. Dilaporkan dimana sayap utama burung hantu tersebut berbentuk bergerigi seperti 'sikat' atau 'sisir' yang berfungsi untuk ianya memecahkan turbulen di udara sehingga tidak menimbulkan apa bunyi ketika terbang. Dalam pada itu bulu pada sayapnya memiliki tekstur yang sangat lembut sehingga ianya akan dapat menyerap bunyi atau suara desiran dari sayap utamanya. Dalam pada itu kemampuan terbang burung hantu juga tidak dapat diremehkan kerana ia mampu terbang sejauh 64 kilometer tanpa bunyi sekalipun dimana ciri ini yang membolehkan burung hantu boleh berburu dengan mudah. Sila baca banyak tulisan saya mengenai burung hantu dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi.  Percayakan pembaca blog Anim Agro Technology kalau dikatakan dimana burung mampu Terbang Lebih Cepat dari Cheetah kerana dilaporkan yang haiwan Cheetah terkenal sebagai haiwan yang tercepat berlari di dunia dengan kadar kecepatan berlari dengan diantara 96 - 112 km/jam (macam kelajuan memandu kereta di lebuhraya). Dalam pada itu cheetah juga mampu berlari sprint 100 meter dalam waktu 5.95 saat sahaja (Rekod tercepat sukan olimpik pada 13 April 1996 yang dicatit oleh Obadele Thompson dari Texas dalam masa 9.69 saat). Terdapat spesis burung terbang dengan menggunakan sayapnya dengan cara menakjubkan dimana ada burung yang panjang ukuran sayapnya seperti burung Helang Emas (Goledn Eagle) jika apabila dibentangkan mampu saiz mencapai 220 meter. Meskipun ukuran tubuhnya helang jenis ini adalah besar sebenarnya helang emas boleh ia terbang dengan cepat. Burung ini boleh terbang diudara dengan kelajuan 322 km/jam dimana burung helang emas ini didakwa merupakan salah satu spesis burung yang terbang terpantas didunia bahkan ia lebih cepat daripada cheetah.


Pernahkah pembaca blog anim agro technology berpeluang melihat burung terbang secara mengundur?. Burung Humming Bird dan Burung Kelicap diantara spesis burung yang mempunyai kebolehan untuk terbang pelbagai arah termasuk terbang mengundur. Sila baca artikel mengenai burung kelicap dengan pautan berikt (Sila klik disini). Apa pun pergerakan ini adalah unik dimana burung ini menghampiri bunga bagi mendapatkan nektar atau manisan dalam bunga sebagai makanannya. Burung seperti 'humming bird' ini memang berkebolehan untuk menggerakan sayapnya menyerupai gerakan angka lapan sehingga ianya akan membolehkan burung ini untuk bergerak lebih mudah. Sayap yang berkepak pada burung ini mampu mencapai 80 kali sesaat dan degupan pada jantung mencapai 1,260 kali seminit. Disebabkan dengan kecepatan kepakan sayap ini akan ia menghasilkan sebuah bunyi yang menjadikannya seperti  berdengung. Kehebatan burung terbang secara berkumpulan juga dilihat amat jarang berlanggar atau pun ia terbang berterabur terutama bagi pesis burung yang bermigrasi atara benua. Hasil penyelidikan saintis melaporkan dimana setiap burung-burung akan bermigrasi selalunya hanya akan melalui laluan atau jalur yang sama dengan laluan yang mereka gunakan pada laluan musim penghijrahan yang sebelumnya. Menurut kajian dilaporkan dimana burung kakak tua atau burung parakeet 10 ekor burung ini diatur berlawanan untuk terbang dilokasi sempit untuk terbang sebanyak 102 pusingan penerbangan dimana didapati yang burung-burung ini mampu terbang sebanyak 102 kali tanpa ada kes mereka berlanggar diantara satu sama lain. Ini kerana dilaporkan ia akan beralih laluan sebelah kanan apabila ada burung lain datang dari arah bertentangan beberapa saat sebelum berlaku pertembungan. Kekuatan sayapnya membolehkan mereka beralih agar tidak berlanggar. Uniknya selain ia mengubah arah terbang kekanan didakwa burung ini juga mampu untuk mengubah ketinggian terbang (keatas atau kebawah) agar tidak berlanggat jika pada tahap ketinggian yang sama dengan burung mendatang. Burung kakak tua (Parrot) boleh dilatih terbang sehingga mampu untuk datang kearah tuannya. Apa pun s
alah satu latihan asas dalam melatih burung kakak tua ini adalah perlu diketahui teknknya. Latihan ini sebaiknya dilakukan dari kecil lagi dengan letakkan burung ini dari arah utara an pemiliknya berdiri di selatan. kemudian ditiupkan alat bunyi seperti wise untuk burung itu terbang mendekati tuannya dan apabila bear dengan sayap yang kuat pastinya ia akan mudah di panggil dengan meniup wisel sahaja. Apa pun jika mula melatih kepada burun dewasa maka prosesnya agak sukar lagi. Caranya dengan membiarkan burung tidak diberi makan selama 4 jam (tetapi pastikan diberi air minuman dalam sangkar) dan pemilik memegang makanan ditangannya untuk burung tersebut datang mendekati. Burung dewasa yang lapar ini lama kemudia akan jinak kepada tuannnya setelah dilatih berulang kali.


Dalam mengaitkan akan ilmu sains mengenai persoalan bagaimana burung dengan sayapnya boleh terbang diudara sudah lama di kaji dan akhirnya manusia dapat mencipta kepalterbang dan helikopter dan seumpamanya. Saintis mendapati dimana 
burung didapati memiliki ilmu aerodinamik atau gaya gerak badan dan sayap serta ekornya yang jarang sekali ada pada makhluk lainnya. Idea asas kepada cara penerbangan itu kemudian ditiru sebagai model dalam penciptaan pengangkutan udara seperti kapal terbang. Lain burung mempunyai keupayaan yang berbeza-besa seperti peribahasa 'Kuat Burung Kerana Sayap'. Walaupun manusia sudah mampu mencipta pesawat untuk terbang namun dilaporkan ia masih belum mampu menandingi akan keupayaan penerbangan burung sebenar. Ini kerana burung memiliki banyak ciri fizikal yang bekerjasama semasa ia berada di udara yang bermula dari bulu, tulang kecil dan ringan serta otot dada dan sayap yang kuat. Burung juga dilaporkan mempunyai organ paru-paru ekstra yang lebih efisien sehinggalah pergerakan sayap dan organ lain semuanya dilengkapi ciri khusus yang membolehkan burung untuk terbang. Pada awal penerbangan lazimnya burung mampu terbang kerana menggunakan kakinya untuk melonjakkan tubuh dari tanah ke udara. Seterusnya ia akan kemudian mengepakkan sayap bagi membolehkan melayang di udara yang disebut sebagai 'gaya angkat'. Sayapnya yang berbentuk melengkung seperti senduk terbalik pula akan membuatkan burung boleh terbang ke atas, ke bawah dan membantunya tetap terbang di udara. Ada kajian mengenai burung terbang dikaitkan dimana yang ia sebenarnya ‘sudah diprogramkan’. Selain kesempurnaan aerodinamik dalam penerbangan burung dilaporkan dimana ia bermula dalam kumpulan sejak muda. Kajian menunjukkan terdapat bukti bahawa burung muda dilengkapi dengan satu program migrasi endogen iaitu sejenis tenaga yang berasal dari dalam bumi. Dengan adanya tenaga tersebut maka ia dapat memberi isyarat kepada burung untuk terbang selama mana dan menuju ke arah mana. Sebagai contoh dimana burung spesis Shearwater biasanya terbang dari pantai Australia menuju ke Lautan Pasifik seterusnya belok ke utara dan terbang di sepanjang pantai Jepun sehingga tiba ke Laut Bering iaitu lokasi atau tempat di mana ia berehat. Kemudian dari situ makan ia akan memulakan perjalanan lagi menuju ke selatan semula dengan melintasi pantai barat Amerika sebelum tiba di California. Selang beberapa hari kemudian dilihat burung ini akan melintasi semula Lautan Pasifik untuk kembali ke tempat asalnya. Jarak perjalanan sejauh 24,000 kilometer selama enam bulan itu dilakukan setiap tahun tanpa pernah mengubah laluannya. Kajian oleh saintis Profesor Peter Berthold telah mengkaji proses migrasi burung selama 20 tahun memberitahu bahawa sebanyak 50 juta ekor burung muda akan bermigrasi setiap tahun. Ia menempuh perjalanan puluhan ribu kilometer, melintasi benua, padang pasir, lautan luas, pergunungan tertinggi dan dataran ais sebelum berjaya tiba ke titik mula tanpa panduan burung dewasa. Perjalanan migrasi ini jelas menunjukkan burung telah diprogramkan dengan kemampuan genetik yang luar biasa. Mengagumkan, bagaimana haiwan terbang itu tahu arah laluan dan tempat untuk bermigrasi secara tepat tanpa sesat?. Burung memiliki banyak adaptasi dalam penerbangan diman ia mampu bagi mengepakkan sayap di udara dan kadangkala melipatnya sebelum dikembangkan semula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BURUNG TERBANG...GUNA SAYAPNYA...
TERBANG JAUH...BERKUMPULAN DIA...
SETIAP ORANG... ADA KEKUATANNYA...
PERBAIKI DIRI... BERJAYA HIDUPNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 322, Darul Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(20 RabiulAkhir 1445H)
Posted from:
Hotel 101, JB

Sunday, December 3, 2023

KENAPA TANAM TIMUN TUA?

KENAPA TANAM TIMUN TUA?
. Itu adalah persoalan bagi petani yang ingin mengetahui apan potensinya. TIMUN TUA (Old cucumber) merupakan satu hasil tanaman daripada pokok timun (Cucumis sativus) varieti tertentu yang sengaja dipetik tua. Timun Tua berbeza penggunaanya dari timun muda kerana timun tua biasanya dibuat sup sementara timun muda adalah untuk dijadikan ulaman. Penanaman timun biasa memerlukan masa selama 3 bulan dari menanam sehingga habis semua buah timun dituai tetapi sebaliknya buah timun dibiarkan lebih lama dipokok sehingga kulitnya akan bertukar daripada warna hijau kepada warna coklat kekuningan (Sila lihat foto diatas). Timun tua ini paling disukai oleh kaum Cina yang memasaknya sebagai sup timun tua bersama ramuan lain yang dicampurkan didalam sup. Memakan sup timun tua dipercayai mampu menurunkan suhu badan, menambah tahap kesihatan dan beberapa khasiat lainnya. Dikhabarkan kini orang kaum lain termasuk rang Melayu dan India sudah kenal akan kehebatan khasiat timun tua dan membelinya utuk dijadikan makanan berkhasiat. Penulis blog yang beberapa kali lawat kebun timun tua mendapati sebenarnya rasa timun matang tawar. Lazimnya hidangan timun tua yang dijadikan halwa seperti ini disediakan pada masa berbuka dalam bulan puasa. Dari segi rupanya timun tua agak kurang menarik mungkin antara penyebab timun ini kurang dikenali dan diminati. Timun Tua atau Old cocumber juga dikenali dengan panggilan timun masak atau timun bendang. Bagi masyarakat Cina ia lebih dikenali dengan nama Old Chinese Yellow Cucumber yang sering digunakan dalam ramuan membuat sup. Di kalangan masyarakat melayu pula timun tua ini memang popular digunakan mereka dalam masakan tempoyak ikan patin dan masak lemak cili api. Timun ini juga mempunyai khasiat membantu menyejukkan badan. Artikel mlm ini say amenulis mengenai khasiat timun tua dan testimoni usahawan menanam timun tua dalam ''Anim Agro Technology'' mengebai potensi menanam timun tua sebagai saah satu pilihan terbaik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.


Beberapa media tempatan laporkan bagaimana 'Siswazah usaha tanaman timun tua' yang berkait dengan tajuk artikel kali ini. Apa pun keyakinan terhadap sektor pertanian yang sememangnya ia mampu memberi pendapatan lumayan mendorong siswazah iaitu Mohd Zuhri (26) untuk dia menceburkan diri dalam bidang berkenaan sejak enam tahun lalu. Bagi pemegang Diploma Pengurusan Ladang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang ini dimana dia tidak menoleh ke belakang dengan mengusahakan pelbagai projek tanaman. Antara tanaman yang diusahakan secara bergilir-gilir ialah tembikai wangi (rock melon), timun, timun tua, cili dan terung mini menggunakan kaedah sistem fertigasi. Dia yang menyewa tapak di Pusat Pertanian Temin, Jerantut dan setakat ini menanam 4,000 beg semaian timun tua di bawah rumah pelindung hujan (RPH). Kini dia berhasrat menambah kepada 10,000 beg semaian kerana timun tua mendapat permintaan tinggi di pasaran selain harga yang baik. Bagi dia menghadapi pelbagai dugaan seperti harga jatuh dan pokok tidak menjadi, namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus maju dalam bidang pertanian ini. Jatuh bangun adalah asam garam dalam apa jua bidang yang diceburi bukan pertanian saja. Dakwanya apa yang penting perlu terus berusaha dan segala masalah itu dianggap sebagai cabaran. Dia yang memulakan projek tanaman lada merah secara fertigasi dalam skala kecil di tapak Pertanian Temin dengan modal pusingan RM5,000 pada 2013. Berasal dari Batu Balai, Jerantut ini berjaya dalam percubaan pertamanya kerana projek itu memberi pendapatan lumayan sekali gus mencetus semangat untuk terus aktif dalam bidang pertanian. Menanam timun tua memerlukan perhatian rapi khususnya kelembapan tanah dalam beg semaian. Setiap dua jam pokok perlu disiram supaya timun mengeluarkan hasil yang berkualiti. Jika air atau baja tidak mencukupi akibatnya daun menjadi kekuningan dan buah akan menjadi bengkok sekali gus menyebabkan grednya rendah. Selalunya hanya buah timun yang berkualiti saja digred tinggi dan dijual pada harga yang tinggi sementara buah yang bengkok digredkan rendah serta sukar untuk dipasarkan. Penggunaan teknologi moden seperti fertigasi dapat mengurangkan penggunaan kawasan yang luas, banyak tenaga buruh dan pengurusan masa yang teratur. Lazimnya semua hasil timun tua dihantar ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Jerantut dan Pasar Borong Selayang selain dijual secara runcit.


Timun Tua merupakan sumber terbaik unsur Kalium iaitu mempunyai sekitar 442 mg kalium. Unsur kalium yang disyorkan setidaknya adalah 4,700 mg seorang sehari. Dalam testimoni lin penulis blog anim agro technology mendapati timun tua sangat baik untuk membantu untuk ia mengurangkan berat badan atau obesiti. Ini adalah disebabkan faktor darah tinggi anda mungkin kerana akibat kegemukan. Jika kita berjaya untuk menurunkan berat badan menjadi normal maka ada kemungkinan besar darah tinggi yang dialami juga akan pulih. Sebiji timun tua bersama kulitnya mempunyai anggaran berat 301 gram hanya mengandung sebanyak 45 kalori sahaja. Lebih dari 95 peratus dari berat timun adalah air iaitu yang merupakan unsur pemakanan bebas kalori yang dapat menahan nafsu makan secara semulajadi. Cara-cara penyediaan maknn timun tua dengan memilih timun yang berkualiti. Anda boleh mendapatkan beberapa biji untuk keperluan beberapa hari tetapi perlu disimpan di dalam peti sejuk. Jika anda merasa bosan dengan jus timun dengan citarasa yang sama setiap hari dinasihatkan agar mencampurkannya dengan buah sayuran lain sebagai jus seperti Lobak merah. Jus minuman ini didakwa adalah jenis sayuran yang baik untuk tujuan bagi menurunkan darah tinggi anda. Bagaimana pun jika dimasak sup ia mudah disediakan dan enak dimakan (Sila lihat foto disebelah). Resepi membuat sup timun tua ada pelbagai ramuan mengikut citarasa masing-masing.


Kalangan masyarakat Melayu di laporkan mereka dulu agak kurang menggunakan timun tua sebagai sayuran utama yang diambil harian. Bagaimana pun penulis blog dapati timun tua ada digunakan didalam masakan tradisional Tempoyak Ikn Patin yang menjadi ikon di Temerloh, Pahang (Sila lihat foto disebelah). Apa pun sebenarnya rasa timun atau timun tua matang ini memang tawar. Rasanya pula adalag tidak manis seperti timun muda atau timun biasa akan tetapi isinya adalah padu dan sesuai dimakan sebagai sayuran. Lazimnya hidangan yang menggunakan timun tua ada banyak jenis terutama di kalangan kaun Cina yang suka akan timun tua.  Penulis blog kongsikan makanan kesukaan sendiri iaitu Resepi Patin Ikan Tempoyak yang dipelajari semasa berugas di Pahang dahulu. Sediakan bahan seperti Seekor Ikan Patin (pilih yang segar atau hidup) dan di
basuh dengan air asam jawa untuk ianya hilangkan hanyir, 2-3 batang serai yang diketuk, 1/2 sudu makan gula, 1/2 sudu makan garam, sedikit bahan perasa, air secukupnya (terpulang nak kuah banyak mana), 1 cawan tempoyak dan sebatang timun tua (di belah dua, buang empulur dan di potong serong). Bagi bahan tumbuk dimana perlu ada 10 biji cili padi, 2 biji cili merah, 5 ulas bawang putih,
1 biji bawang besar, sedikit kunyit hidup atau boleh juga guna serbuk kunyit dimana semuanya ditumbuk jangan sampai terlalu lumat. Cara Memasak dengan menyatukan semua bahan (kecuali ikan dan timun) ke dalam periuk. Renehkan hingga betul-betul mendidih.  Kemudian masukkan timun tua dan dimasak hingga lembut. Seterusnya masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak sepenuhnya. Perasakan dengan perasa dengan secukupnya. Padamkan api dan jika mahu rasa yang lebih beraroma, boleh masukkan daun kesum. Enak dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman dan sayur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MENANAM TIMUN... JENIS TIMUN TUA...
BERBEZA TIMUN BIASA... IA LEBIH LAMA...
BUAH CANTIK.. COKLAT KUNING  WARNA...
HARGA STABIL... KUANTITI PULA DI JAGA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Jamadilawal 1445H).

Saturday, December 2, 2023

PROSES GULA MERAH DARI POKOK SAWIT

SIAPA SANGKA GULA MERAH
boleh dihasilkan daripada pokok kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang sudah tidak produktif lagi?. Pada penulis blog GULA MERAH atau GULA MELAKA atau GULA JAWA adalah sejenis gula yang di hasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti dari keluarga Arecaceae termasuk pokok lelapa, nipan dan terkini daripada kelapa sawit pula. Bagi orang Malaysia dimana Gula Merah atau sering juga disebut sebagai Molases yang ada dijual dipasaran 
merupakan satu produk hasil sampingan daripada proses membuat gula tebu yang memang sering digunakan dalam penyediaan makanan, serta sektor pertanian lain seperti penternakan dan banyak lagi. Ramai orang mungkin agak keliru antara Gula Merah, Molases, Gula Melaka, Gula Melaka Tiruan, Gula Kabong, Gula Arem, Gul Jawa dan beberapa produk lagi. Gula merah merupakan bahan yang banyak tenaga (energy) yang diperlukan kaya dengan tenaga. Sila baca tulisan saya mengenai gula merah yang di posting pada tahun April 2015 dengan pautan berikut (Sila Klik Disini). 
Gula merah dari gula tebu mengandungi 25-40% sukros yang boleh dijadikan sumber tenaga tetapi rendah kandungan protein iaitu sekitar 3% sahaja. Kajian makmal menunjukkan kandungan abu adalah sebanyak 8-10% yang terdiri daripada Kalium (K), Kalsium (Ca), Klorin dan juga garam Sulfat. Walau pun ia nampak lembap tetapi lazimnya kandungan air dalam gula merah sekitar 25% sahaja. Nama gula mesti dikaitkan dengan kemanisan yang boleh diukur dengan unit Brix (diunit dalam % kemanisan). Bergantung kepada kualiti kadar kemanisan gula melaka sekitar 7 - 16 %Brixs dan sering digunakan sebagai penyedap makanan seperti kuih muih atau makanan untuk ternakan haiwan (ruminan). Bagaimana pun kadar kemanisan dan kualiti gula merah sangat berbeza mengikut sumber asas semasa pembuatan gula merah. Kita di Malaysia sering kenal dengan gula merah daripada kilang tebu dan agak jarang jumpa molases dari jagung, soya, beet, citrus dan bijirin lain. Gula Merah atau Molases yang dihasilkan daripada tebu mengandungi antara 25 0 40% kandunga gula sukrosa dan kandungan protin hanya 3% tetapi mempunyai kandungan bakteria sekitar 8 - 10%. Lazimnya kandungan air pula sekitar 25% sahaja. Ia merupakan sumber bahan mineral yang baik seperti kandungan Ca, K, Cl dan Garam Sulfat tetapi kandungan vitamin yang rendah sahaja. Tahap kemanisan molases ini berbeza-beza mengikut sumber bahan tetapi untuk molases dari tebu adalah sekitar 15% Brix (Unit digunakan untuk mengukur tahap kemanisan). Bagi molases daripada bahan lain seperti jagung dsb julat perbezaan adalah sekitar 1.5 - 1.9% sahaja. Molases ini merupakan sumber terbaik didalam penyediaan makanan ternakan dimana ia memberikan rasa manis kepada Silaj (silage) yang disediakan dan haiwan ternakan terutamanya jenis ruminan amat menyukainya. Ia diberikan kepada ternakan seperti lembu, kambing , arnab, ayam dan sebagainya. Ia juga digunakan sebagai makanan haiwan dalam bentuk pelet sekitar 15% kandungan dalam formulasi tersebut. Kilang memproses makanan haiwan memang menjadikan molases sebagai salah satu bahan penting dalam penyediaan makanan haiwan. Apa pun kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan inovasi membuat gula merah daripada batang (tunggul) pokok kelapa sawit untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua. 


Inovasi membuat gula merah daripada batang atau tunggul kelapa sawit yang di tebang memang bekum di dengar ia di lakukan di Malaysia. Bagaimana pun inovasi ini telah di pelopori di Indonesia apabila beberapa pekebun kecil sawit di Acheh, Riau dan Kalimantan Tengah (KalTeng) dilaporkan belum lama mereka mengusahakan inovasi ini bagi menjana pendapatan mereka. Penulis blog ada menulis inovasi ini yang dopaparkan dalam media di Indonesia untuk dibaca bersama artikel ini (Sila Klik Disini). Penulis blog dapati inovasi ini libatkan 5 langkah atau cara membuat Gula Merah daripada batang kelapa sawit. Secara umumnya memang tanaman kelapa sawit merupakan tanaman yang paling luas di tanam di Malaysia dimana ada seluas 5.4 juta hektar tanaman ini dan menjadi tulang belakang kepada ramai orang untuk bekerja dan menyumbang nilai eksport yang besar kepada negara. Setiap tahun juga ada ribuan ekar pokok kelapa sawit tua yang tidak produktif untuk di tebang dan di tanam semula sama ada dalam sektoe pekebun kecil atau sektor estet atau perladangan. Di negara jiran Indonesia yang merupakan negara terluas menanam sawit dan pengeluar minyak sawit terbesar didunia terutama di kawasan Kalimantan dan Sumatra memang sangat signifikan. Jumlah sisa sawit yang banyak di negara tersebut sudah di manafaatkan untuk pelbagai kegunaan sama dengan apa yang di lakukan di Malaysia juga. Penebangan pokok kelapa sawit tua yang sudah tidak ekonomik dilaporan mencapai ribuan hektar dimana batang atau tunggul pokok sawit akan dibiarkan begitu sahaja sedangkan kini sudah ada inovasi untuk mengutip air niranya dan diproses sehingga boleh menjadi gula merah yang ada nilai ekonomi. Dahulu setiap kali penebangan pokok sawit tua ia akan dijual batangnya tetapi lebih banyak yang di biarkan mereput begitu sahaja dan kemudian menjadi perumah kepada kumbang badak atau kulat yang boleh menjadi punca kepada masaalah serangan Ganoderma. Sudah ada inovasi dan dilaksanakan agar batang sawit ini memberikan pendapatan baru dan nilai tambah kepada pekebun. Ini kerana hasil dari batang sawit yang baru ditebang ini boleh diambil air niranya untuk djadikan gula merah (atau gula melaka atau gula aren) dimana kajian mendapati semakin tua batang sawit lazimnya kandungan niranya akan semakin tinggi.


Langkah asas yang perlu dilakukan adalah menyebarkan ilmu atau teknologi bagaimana untuk membuat gula merah daripada batang kelapa sawit. Pada penulis blog dilihat teknologi ini sangat mudah di fahami dan mudah dilakukan kerana ia menyamai dengan cara membuat gula melaka dari pokok kelapa (Cocos nucifera) suma sumber air nira yang diambil agak berlainan tekniknya. Antara peralatan yang perlu ada seperti  Mesin Pemotong batang sawit, Parang (untuk membersihkan pelepah sawit), Pisau Menghiris (Pisau Sadap yang tajam), Bekas Pemungut Nita (Baldi atau Besen Plastik), Tong Plastik Berpenutup, Kuali Besar untuk memasak air nira, Senduk Besar untuk mengacau semasa memasak, Dapur atau Sabak, Pencetak Gula Merah (Selinder Buluh atau Aluminium) dan juga bahan ramuan lainnya. Seterusnya perlu ada batang kelapa sawit (batang pokok sawit tua atau tidak produktif lagi yang sedia ditebang), Air Nira di kumpulkan, Kapur sirih dan juga Gula pasir. Ada 5 langkah untuk membuat gula merah daripada batang kelapa sawit yang perlu difahami. Pertama adalah Menebang Pokok Kelapa Sawit yang man aia dianggap sudah tidak lagi produktif. Batang kelapa sawit di tebang lebih rendah lebih bagusnya di tebang di pangkalnya. Pokok kelapa sawit yang berumur 15 tahun ke atas dapat menghasilkan nira 3-15 liter perhari dan mampu untuk ia mengeluarkan air niranya selama 2 - 3 bulan yang bermakna dalam satu batang sawit bisa menghasilkan sekitar 300 liter air nira sepanjang masa tersebut. Kemudian seterlah batang sait ditebang maka mesti dibersihkan pelepahnya hingga tertinggal batang sawit hingga bahagian hujungnya Bahagian umbut). Kemudian dibahagian hujung umbutnya perlu dipotong sedikit sampai terlihat inti mudanya atau sering disebut umbut dimana dari situlah akan keluar air nira. Semua air nira yang keluar menitis di kumpulkan didalam bekas seperti baldi atau besen yang sesuai dan di kutip untuk dimasukkan kedalam tong plastik pada setiap pagi dan petang. Disebabkan prrses pengambilan nira berjalan lama atau seharian penuh dimana dikhuatiri air nira menjadi basi maka sebaiknya ia ditambahkan larutan kapur sirih 10ml saja atau sekitar 2 senduk kapur sirih dalam air nira dan kayu nangka (hati batang nangka). Kemudian air nira yang sudah dikumpulkan di bawa ke tempat masak air nira. Di sana air nira ini dimasukkan dalam kuali besar di atas bara api yang di kawal secara sederhana. Proses memasak ini dilakukan hingga air nira berwarna merah dan sudah mengental. Agar proses pengerasan menjadi gula merah yang berkualiti maka sebaiknya di tambahkan gula pasir sebanyak 1kg dalam 20 liter air nira. langkah terakhir (ke 5) ada proses untuk Menetak Gula Merah. Ini dilakukan dengan menyediakan alat cetak disusun atas meja kerja dimana ketika gula nira sudah mengental merah dan siap dicetak dilihat dengan bila menurunkan senduk ia terus bergelemubung hilang dan adunan menjadi benar-benar lembut. Tuangkan dalam cetakan secara merata lalu dibiarkan sampai adunan padat dan kemudian menjadi kering. Keluarkan gula merah ini dan di bungkus sebelum ia di pasarkan. Baik penulis blog kongsikan pengiraan dan analisis keuntungan gula merah dari satu batang sawit. Jika satu batang sawit tua besar dapat menghasilkan hingga 300 liter air nira, dan setiap 5liter menghasilkan 1kg gula merah siap pasar, maka 300liter nira menghasilkan 60kg gula merah. Kemudian jika harga pasaran Rp15,000/kg (RM4.52/kg), maka pendapatan kasar yang dihasilkan adalah sekitar Rp900,000 (RM271). Secara kasarnya sebatang pokok kelapa sawit ini mampu untuk ia menghasilkan sebanyak RM271 sepokok/3 bulan atau sekitar RM90.33 sebulan sepokok. Wow ini memang satu idea baik untuk dilakukan di Malaysia juga!.


Menarik fakta dari negara jiran Indonesia iaitu daripada portal kaltengekpres.com dengan tajuknya 'Membuat Gula Merah dari Batang Kelapa Sawit' yang belum pernah saya tahu sebelum ini. Ada foto dalam portal tersebut yang menunjukkan bagaimana seorang petani sedang membuat atau lakukan proses dari batang pokok kelapa sawit untuk dijadikan gula merah. Kisah dari Pangkalan Bun, di Kalimantan Tengah menyatakan kelapa sawit merupakan salah satu komoditi hasil perkebunan yang mempunyai peranan penting dalam perekonomian nasional masa ini dimana ia merupakan salah satu komoditi eksport dan penghasil KDNK negara selepas minyak dan gas. Kini dengan ada banyaknya kebun kelapa sawit yang sudah tidak lagi ia menghasilkan buah atau istilahnya tanaman sudah pun tidak menghasilkan tandan atau memasuki tahap penanaman semula telah menjadi salah satu kekuatan bagi usaha industri rumah tangga dalam menghasilkan gula merah dari nira kelapa sawit. Batang sawit dapat menghasilkan nira sawit untuk dijadikan gula merah yang memiliki nilai ekonomi. Oleh kerana itu ada sebahagian kelompok petani di Kobar mulai melakukan usaha pembuatan gula merah dari bahan asas batang kelapa sawit ini. Perkara ini diakui oleh Kepala Dinas Pemberdayaan Masyarakat dan Desa (DPMD) Kobar, Yudhi Hudaya. Menurutnya aktiviti ini setelah selesai beberapa kajian atau penyelidikan dalam pembuatan gula merah dengan memanfaatkan bahan asas nira dari pokok kelapa sawit tua di Pulau Jawa beberapa dahulu. Para petani dari beberapa buah desa di Kobar mulai membuat usaha ini walau pun ia agak unik tetapi pokok sawit ini adalah dari keluarga Arecaceae dan biasa dimanfaatkan buahnya untuk diproses menjadi minyak goreng, margarin, biosolar, bahan asas buat kosmetik dan produk lainnya. Idea membuat gula merah berasaskan nira kelapa sawit berpunca dari jumlah banyaknya batang kelapa sawit tua yang selalu dibuang sebagai sisa yang tidak digunakan. Sebab memang ada banyak batang sawit tua dibiarkan terbuang setelah tidak berbuah. Peranan kerajaan bagi kemasyarakatan desa dan kelompok tani serta koperasi boleh mencuba yang nantinya boleh mengumpulkan nira dari pucuk sawit dan kemudian dimasak sehingga ia akhirnya menjadi gula merah sedia untuk diguna atau dujual menambah pendapatan petani. Proses pembuatan gula merah ber­bahan asas nira kelapa sawit ini hampir sama seperti membuat gula merah berbahan asas dari nira aren, kelapa, lontar, mahupun dari tanaman tebu. Hanya bezanya adalah pembuatan gula merah dari nira kelapa sawit selalu hanya menggunakan pokok sawit berusia di atas 15 tahun dimana selalunya ia sudah tidak lagi produktif berbuah. Walau pun sebenarnya boleh sahaja mengambil nira dari tanaman sawit muda akan tetapi dilaporkan kualiti gula merah dan rasa manis yang dihasilkan tidak sebaik kelapa sawit tua. Dalam pada itu sayang jika mengorbankan tanaman sawit muda hanya untuk diambil niranya saja kerana harga buah sawit cenderung lebih mahal dibandingkan gula merah. Mengenai proses pembuatan gula merah dari kelapa sawit itu sendiri dimana caranya adalah dengan pokok kelapa sawit yang telah tumbang (di kawasan tanah gambut) akan dibelah ba­hagian pucuknya. Kemudian pada bahagian pucuknya ini akan keluar cecari seperti getah yang sebenarnya ia adalah air nira dan akan menitis dengan sendirinya dan dikumpulkan didalam bekas khas (Sila lihat foto disebelah). Dalam keadaan cuaca dan pokok ideal dimana nira kelapa sawit boleh ia terus menetes hingga 30 hari dan lazimnya ia mam­­pu setelah habis menghasilkan tiga liter nira da­­lam sehari. Dari situ kemudian air nira ini ditapis untuk menghilangkan kotor­­an dan kemudian ia di masak dalam kuali besar sehingga menjadi gula. Ada laporan kalangan masyarakat tempatan menyatakan rasa gula merah kelapa sawit lebih enak daripada gula merah lainnya kerana ia lebih manis dengan aromanya yang lebih wangi.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

INOVASI BARU... SUDAH DI INDONESIA...
BATANG SAWIT... DIAMBIL AIR NIRANYA...
PROSES MUDAH.. SEMUA BOLEH CUBA...
GULA MERAH... RM271 SEPOKOK HASILNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Jamadilakhir 1445H).

Friday, December 1, 2023

AKAR POKOK SERUNTUN - APA GUNA?

POKOK SERUNTUN
atau POKOK PATAWALI atau pun BAKAWALI (Tinospora crispa Linn atau Tinospora rumphii Boerl) atau Brotowali (Bahasa Jawa) atau Akar Aliawali dari keluarga Menispermaceae yang menpunyai ciri batang, akar dan daun yang sangat pahit. Bagaimana pun dikampong saya tumbuhan ini dipanggil bakawali sahaja. Tumbuhan ini yang di percayai berasal dari kawasan India, Sri Lanka atau Myanmar juga di panggil juga sebagai 'Guduchi' dikalangan penduduk negara tersebut. Tanaman jenis herba ini tumbuh menjalar atau merayap atau melilit diatas kayu atau pokok sokongan. Saya memang mengenali tumbuhan ini sejak kecil lagi kerana memang ada di tanam di keliling rumah dikampong di Muar, Johor dahulu. Tumbuhan ini mengandungi adaptogenik dan Asid Tinoporik serta kandungan Tinoporone yang sangat pahit. Terdapat kepercayaan penduduk tempatan dengan mengigit batang bratawali boleh menyebabkan nyamuk tidak suka gigit. Pokok seruntun merupakan tumbuhan herba yang mengandungi khasiat perubatan terutama dalam perubatan tradisional India dan China. Kandungan kompaun seperti cordifoliosides A-E, Syringen, Alkoloid Kuning, Berberine, Giloin, Giloininand Mentah didapati untuk tujuan perubatan. Kandungan Glokisol Pahit seperti Polisaccaride termasuk arabinogalactan polysachararide (TSP) , Picrotene dan Bergenis juga ada dalam bratawali. Komponen ini digunakan dalam perubatan AYURVERDA dan pembuatan JAMU TRADISIONAL. Kegunaan tumbuhan ini untuk mengatasi masaalah penyakit hati (Hepar) dari akibat Toksin. Belum ada anyak kajian yang dijalankan untuk tumbuhan herba ini yang sememangnya digunakan dalam perubatan tradisional sejak zaman dahulu. Artikel kali ini saya menulis dan berkongsi maklumat dalam blog teknologi "Anim Agro Technology" mengenai tanaman bratawali berdasarkan pemerhatian, pengalaman untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog diseluruh dunia.


Pokok Akar Seruntuk atau Pokok Patawali atau dikenali juga sebagai Akar Patawali atau nama saintifiknya Tinospora crispa dari famili Menispermaceae merupakan tanaman menjalar berbatang berkerutu dan berdaun lebar seperti daun sirih. Biasanya banyak didapati tumbuh menjalar di pagar-pagar dan kawasan rumah terbiar di kampong-kampong atau tumbuh liar di pinggir hutan. Penulis blog banyak kali jumpa pokok seruntun ini tumbuh subur ditempat bersuhu panas dimana dilihat perdunya memanjat dengan batangnya sebesar jari kelingking, berbintil-bintil rapat dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter pada atiang (Sila lihat foto disebelah). Daun pokok seruntuk dilihat ia adalah jenis tunggal, bertangkai, berbentuk seperti jantung atau bundar seperti telur dengan hujung lancip sepanjang 7-12 cm, lebar 5-10 cm, bunga kecil, berwarna hijau muda. Apa yang penulis blog pasti dimana pokok seruntun ini amat mudah untuk dibiakkan iaitu menggunakan keratan batang. Pokok Seruntun ini boleh dikategorikan sebagai pokok herba kerana ianya banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu serta India dan China dinegara mereka. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini terasa 'sangat pahit' dan dijadikan sebagai ubat reumatik yang dikatakan mampu didalam mengurangkan kandungan gula dalam darah. Ia jug didakwa mampu untuk menurunkan suhu panas badan dan membantu mengurangkan gejala kencing manis kepada mereka yang ada masaalah tersebut. Apa yang penulis blog faham dimana dikalangan masyarakat Melayu dahulu juga percaya dengan pengambilan air rebusan pokok seruntun ini dan ia dapat menghindar dari gigitan nyamuk. Rasanya yang pahit ini juga apabila disapu pada bahagian payudara ibu juga dilaporkan ia akan memudahkan bayi bercerai susu (apa tidaknya kerana rasa pahit itu yang menyebabkan anaknya tidak mahu menyusu lagi!).
 Tanaman ini kaya dengan bahan iaitu kandungan kimia antara lain termasuk Alkaloid (berberina dan kolumbina yang terkandung di akar dan batang, damar lunak, pati, glikosida pikroretosid, zat pahit pikroretin, hars, berberin, palmatin, kolumbin (akar), kokulin (pikrotoksin).


Dilaporkan dimana di Indo-Cina ada laporan iaitu keseluruhan bahagian dari pokok seruntun atau pokok patawali diguna sebagai ubat demam yang dapat menggantikan 'Quinine'. Manakala bagi kalangan masyarakat di Filipina pula menganggap pokok seruntun ini adalah sebagai ubat serba guna sehinggakan dapat digunapakai untuk merawat penyakit mental atau masaalah gila. Melihat batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda, kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin. Selalunya apa yang penulis blog tahu dimana bagi tujuan perubatan perlu gunakan batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang seruntun ini digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis dan juga penyakit kelamin atau juga dikenali sebagai 'Gonorea'. Dilaporkan dimana tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria. Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam). Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang. Kajian saintifik menunjukkan hasil ekstrak rebusan tumbuhan herba akan mengandungi pelbagai bahan termasuk bahan aktif yang akan menghasilkan pelbagai kesan perubatan. Namun dari kajian yang dijalankan juga dipercayai terdapat bahan yang merbahaya atau toksik. Pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Oleh itu dalam apa jua keadaan, pengambilan ekstrak dari sebarang tumbuhan, perlulah mendapatkan pandangan dari pakar perubatan atau pharmasuetikal terlebih dahulu terutama cara pengambilan, kaedah, had dan tempoh pengambilannya agar ianya benar-benar menjadi penyembuh dan bukan pembunuh.


Dalam portal hmetro.com dengan kisah bertajuk '
Hasilkan ubatan farmaseutikal' dari FRIM Kepong amat sesyuai dirujuk faktanya. Pokok patawali atau dikenali juga dengan pokok akar seruntun atau akar patawali dengan nama saintifiknya Tinospora crispa daripada keluarga jenis Menispermaceae ada dikaji di FRIM. Ia adalah tanaman menjalar mempunyai jenis batang berkerutu dan berdaun lebar seperti daun sirih. Biasanya banyak didapati tumbuh menjalar pada pagar dan kawasan rumah terbiar di kampung atau tumbuh liar di pinggir hutan. Hasil kajian FRIM dimana herba ini membantu untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah. Secara tradisinya, air rebusan diminum sebagai minuman kesihatan. Ia dipercayai dapat menghindarkan gigitan nyamuk kerana rasa pahit yang terdapat di dalam tumbuhan ini menyebabkan rasa pahit pada darah. Di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong ini dimana telah dijalankan kajian untuk menghasilkan ubatan farmaseutikal bernilai perubatan tinggi setanding ubat-ubatan sintetik. Ketua Program Inkubasi Teknologi, Bahagian Inovasi dan Komersialisasi FRIM Mohd Shahidan Mohamad Arshad berkata, melalui pengetahuan tradisi turun-temurun, banyak tumbuhan yang berpotensi untuk dikaji bagi dijadikan ubat (Sila lihat foto disebelah). Penyelidikan masa ini di peringkat ekstrak, bahan tanaman serta bahan mentah. Untuk memastikan kemampanan dalam penghasilan produk siap, FRIM menyediakan beberapa kepakaran bagi menghasilkan bahan tanaman dan bahan mentah berkualiti dengan adanya klon patawali. Beberapa kriteria digariskan pakar FRIM untuk menghasilkan klon terbaik ini. Antaranya kajian kimia, genetik, propagasi, sivilkultur dan teknologi pasca tuai. Kriteria ini melengkapkan rantaian untuk penghasilan produk siap yang berkualiti,” katanya ketika ditemui di FRIM, Kepong, baru-baru ini. Mohd Shahidan nyatakan dimana daripada hasil kajian ekstrak menunjukkan ia selamat sehingga 1,000 miligram setiap kilogram. FRIM menyasarkan untuk menghasilkan produk tradisional dengan kerjasama antara FRIM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Syarikat Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga). Dilaporkan dalam jangka masa 10 tahun hasil dari kerjasama ini menyasarkan untuk menghasilkan produk fitoubatan yang dapat menembusi pasaran antarabangsa. Dilaporkan hasil kajian yang dilakukan mendapati pokok ini mudah tumbuh di kawasan semak dan di kawasan penempatan penduduk kerana dipercayai ditanam untuk kegunaan sendiri. Penyelidik FRIM telah menubuhkan plot germplasma apabila 200 lokasi di seluruh negara dikumpulkan untuk kajian seterusnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK SERUNTUN... PATAWALI SAMA...
MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA SAJA...
RASANYA SANGAT PAHIT...IA BERGUNA...
PERLU BANYAK KAJIAN... DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Jamadilawal 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...