Support My Blog

Friday, November 24, 2023

GULA MERAH BATANG SAWIT - FAKTA DI MEDIA

GULA MERAH
atau GULA MELAKA atau GULA JAWA adalah sejenis gula yang di hasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti dari keluarga Arecaceae termasuk pokok lelapa, nipan dan terkini daripada kelapa sawit pula. Bagi orang Malaysia dimana Gula Merah atau sering juga disebut sebagai Molases yang ada dijual dipasaran 
merupakan satu produk hasil sampingan daripada proses membuat gula tebu yang memang sering digunakan dalam penyediaan makanan, serta sektor pertanian lain seperti penternakan dan banyak lagi. Ramai orang mungkin agak keliru antara Gula Merah, Molases, Gula Melaka, Gula Melaka Tiruan, Gula Kabong, Gula Arem, Gul Jawa dan beberapa produk lagi. Gula merah merupakan bahan yang banyak tenaga (energy) yang diperlukan kaya dengan tenaga. Sila baca tulisan saya mengenai gula merah yang di posting pada tahun April 2015 dengan pautan berikut (Sila Klik Disini)Gula merah dari gula tebu mengandungi 25-40% sukros yang boleh dijadikan sumber tenaga tetapi rendah kandungan protein iaitu sekitar 3% sahaja. Kajian makmal menunjukkan kandungan abu adalah sebanyak 8-10% yang terdiri daripada Kalium (K), Kalsium (Ca), Klorin dan juga garam Sulfat. Walau pun ia nampak lembap tetapi lazimnya kandungan air dalam gula merah sekitar 25% sahaja. Nama gula mesti dikaitkan dengan kemanisan yang boleh diukur dengan unit Brix (diunit dalam % kemanisan). Bergantung kepada kualiti kadar kemanisan gula melaka sekitar 7 - 16 %Brixs dan sering digunakan sebagai penyedap makanan seperti kuih muih atau makanan untuk ternakan haiwan (ruminan). Bagaimana pun kadar kemanisan dan kualiti gula merah sangat berbeza mengikut sumber asas semasa pembuatan gula merah. Kita di Malaysia sering kenal dengan gula merah daripada kilang tebu dan agak jarang jumpa molases dari jagung, soya, beet, citrus dan bijirin lain. Gula Merah atau Molases yang dihasilkan daripada tebu mengandungi antara 25 0 40% kandunga gula sukrosa dan kandungan protin hanya 3% tetapi mempunyai kandungan bakteria sekitar 8 - 10%. Lazimnya kandungan air pula sekitar 25% sahaja. Ia merupakan sumber bahan mineral yang baik seperti kandungan Ca, K, Cl dan Garam Sulfat tetapi kandungan vitamin yang rendah sahaja. Tahap kemanisan molases ini berbeza-beza mengikut sumber bahan tetapi untuk molases dari tebu adalah sekitar 15% Brix (Unit digunakan untuk mengukur tahap kemanisan). Bagi molases daripada bahan lain seperti jagung dsb julat perbezaan adalah sekitar 1.5 - 1.9% sahaja. Molases ini merupakan sumber terbaik didalam penyediaan makanan ternakan dimana ia memberikan rasa manis kepada Silaj (silage) yang disediakan dan haiwan ternakan terutamanya jenis ruminan amat menyukainya. Ia diberikan kepada ternakan seperti lembu, kambing , arnab, ayam dan sebagainya. Ia juga digunakan sebagai makanan haiwan dalam bentuk pelet sekitar 15% kandungan dalam formulasi tersebut. Kilang memproses makanan haiwan memang menjadikan molases sebagai salah satu bahan penting dalam penyediaan makanan haiwan. Apa pun kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan inovasi membuat gula merah daripada batang pokok kelapa sawit untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua. 


Merujuk kepada sebuah laporan di portal khabarmedan.com yang bertajuk 'Gula Merah dari Kelapa Sawit, Bagaimana Boleh?' amat menarik ditulis semula dan dikongsikan. Media ini laporkan dimana jika t
erlepas dari pro atau kontra terhadap kelapa sawit dimana tidak boleh dipercayai bahawa masih ada banyak produk lain darinya yang belum dimanfaatkan. Bahkan sudah pokok sawit yang sudah tumbang pun ia masih boleh digunakan lagin dan mampu ia memberi nilai tambah bagi pekebun sawit. Perkara ini dibukktikan oleh petani di Serdang Bedagai sejak lima tahun yang lalu. Lokasi ini di Desa Pegajahan, Sukasari dan Melati Kentuk di Kecamatan Pegajahan dilaporkan ada terdapat sekitar 200 orang petani hasilkan gula merah dengan mereka ‘membeli’ batang sawit milik pekebun sawit yang sedang diusahakan untuk di keluarkan air niranya kemudian dimasak selama enam jam untuk dijadikan gula merah. Menurut Pegawai Sekjend Asosiasi Petani Kelapa Sawit Indonesia (APKASINDO) Sumatera Utara iaitu M. Sofyan Daulay jelaskan bagaimana cara prosesnya iaitu dengan cara membersihkan batangnya yang jika dikupas warnanya putih cerah dan bentuknya menyerupai rebung bambu (Sila lihat foto disebelah). Dilihat dimana pada bahagian tersebut memiliki kandungan air cukup banyak dimana dari sebatang sahaja ia boleh menghasilkan air sebanyak 15 liter/hari dengan ia menitis pada pagi hingga petang. Namun setelah diproses akhirnya air tersebut hanya akan menghasilkan sebanyak 1-2 kg gula merah. Hasil kajian di Sumatera Utara dimana proses air kelapa sawit untuk ia dijadikan gula merah pertama kali dilakukan di Kawasan Serdang Bedagai. Ia kemudian diikuti di KawasanAsahan dan Rantau Parapat. Dua kabupaten terakhir dilakukan oleh para pengusaha berada di Serdang Bedagai dimana ada banyak lagi lokasi berpotensi kebun kelapa sawit sangat luas ditanam dalam provinsi ini. Dilaporkan ada seluas 1,256 juta hektar sawit ditanam di propinsi ini dimana menghasilkan sebanyak 19.513 metrik tan buah sawit. Seluas 14,000 hektar sawit akan ditanam semula setahun dimana jika ada 130 pokok sehektar makan akan ada 1.82 juta pokok sawit akan ditebang. Pada masa ini teknologi memproses gula merah yang dilakukan oleh 200 pengusaha ini masih secara manual. Jika ingin lebih komersil maka perlu ada teknologi moden yang lebih cekap untuk pemproses gula merah dari batang sawit. Sebaiknya dimana teknologi baru seakan sebuah kilang yang bergerak (monile factory) dimana dihantar ke lokasi untuk kawasan penanaman semula sawit untuk lebih komersial. Bagaimana pun perlu disediakan garispanduan untuk kualiti gula merah seperti Piawaian atau Standard Nasional Indonesia (SNI) sebagai prasyarat jika produk gula merah dapat dieksport ke luar negara. Penting piawaian ini kerana belum ada produk gula merah dari pokok sawit sebelum ini dan ia masih tidak dikenali lagi dikalangan pengguna.


Jika dilakukan dengan cara komersial dijangka produk gula merah dari pokok kelapa sawit akan boleh dijadikan produk kegunaan domestik dan eksport. Bagi kalangan pekebun sawit atau usahawan lokal pastinya aktiviti m
embuat gula merah dari kelapa sawit ini akan menjadi nilai tambah bagi pendapatan petani kelapa sawit maupun pengusaha masih kecil bilangannya akan tetapi akan berkembang dan kemudian mampu uuntuk memberi manfaat kepada masyarakat sekitar. Kerjasama dari pihak kerajaan seperti APKASINDO, petani dan pengusaha memang sangat diperlukan. Seandainya petani kelapa sawit atau masyarakat lainnya juga berkeinginan membuat gula merah, maka harus ada latihan teknikal atau workshop untuk memberikan kemahiran ilmu dan teknologi pembuataaan gula merah yang tinggi kualitinya. Karena itu perlu ada proh=gram khusus seperti ilmu pengatahukan dan bantuan peralatan sesuai yang berskala komersil serta kemudahan serta juga teknik pembungkusan dan pemasaran dengan sistematik. Hasil daripada 'pilot projects' yang di analisa menunjukkan dimana aktiviti memproses air nira dari batang pokok kelapa sawit untuk dijadikan gula merah adalah sangat berpotensi. Aktiviti ini bukan sahah dapat menambah pendapatan ahli masyarakat tetapi untuk membantu petani kelapa sawit dalam menangani serangan hama dan kulat (seperti ganoderma).  Jika air pada batang sawit yang di proses ini sudah habis atau mengering, maka selalunya serangga perosak atau pun kulat (fungi) tidak akan ia mahu datang lagi kerana sudah tidak ada yang boleh dijadikan makanannya. Dengan cara yang sedemikian maka setidak-tidaknyanya akan ada dua jenis keuntungan yang boleh didapati iaitu hasil produk gula merah dan tidak adanya lagi serangan perosak dan kulat yang akan datang. Lazimnya jenis serangga perosak yan akan muncul selepas penebangan batang sawit adalah Kumbang Badak atau Oryctes rhinoceros. Ciri fisikal kumbang badak yang dilihat berwarna cokelat gelap sampai hitam berkilat ini dan ia mempunyai tanduk pada bahagian kepala dengan ukuran saiz panjang badan mencapai 35-50 mm dan lebar 20-23 mm. Jika dilihat dimana perbezaan diantara kumbang jantan dan betina dimana ia tidak boleh dilihat dari ukuran panjang tanduk akan tetapi pada adanya rambut-rambut halus pada bahagian hujung abdomen (perut) yang hanya dimiliki oleh kumbang betina sahaja. Bagi kumbang tanduk jantan rerambut ini memang tidak ada. Selain itu umur kumbang betina lebih panjang dari kumbang jantan iaitu sekitar jangkamasa hidup selama 6-9 bulan (sempat bertelur). Kumbang tanduk akan bertelur dan membiak pada bahan-bahan organik seperti longgokan tandan kosong, batang kelapa sawit yang telah mereput, sisa chipping batang sawit dan batang tanaman yang telah diracun atau menyerang pokok rodak disebabkan kulat Ganoderma. Aktiviti memanam tanaman penutupbumi (cover crop) seperti Mucuna sp. juga dapat mempercepatkan lagi terjadinya pereputan bahan organik yang mendokong proses perkembangan larva kumbang Oryctes. Kalau batang sawit ini sudah batangnya kering karena habis di tuai airnya maka tentunya kumbang dan kulat tidak akan datang lagi.


Penulis blog merujuk sebuah lagi artikel daripada portal riaumandiri.com yang bertajuk '
Potensi Batang Sawit Buat Gula Merah' dan ditulis semula dalam Bahasa Malaysia. Dilaporkan dimana batang kelapa sawit ternyata oleh ia menghasilkan bahan untuk gula merah iaitu dengan cara mengambil nira dari umbut kelapa sawit yang sudah ditumbang. Penemuan ini dilihat boleh memecahkan permasalahan ekonomi bagi petani sawit semasa masa penanaman semula sawit (replanting). Dilaporkan di Kabupaten Siak dimana pengambilan air nira kelapa sawit diproses menjadi gula merah ini sudah dilakukan di dua lokasi dan di buat kajian kali pertama dilakukan di Kg Perawang dimana kemudian dikembangkan di Kampung Seminai, Kecamatan Kerinci Kanan. Ramai orang masih lagi  rasa bingung dan takut akan kehilangan penghasilan semasa kebun kelapa sawitnya di tebang untuk tanam semula. Kalau membuat gula merah ini praktikal maka ia akan mampu bagi menyelesaikan pendapatan mereka. Dilaporkan bagi setiap batang kelapa sawit ia boleh diusakan selama 1 bulan (30 hari) dengan analisa perkiraan pendapatan dimana pada hari pertama boleh hasilkan sebanyak 1 kg gula merah dan hari ke 10 boleh dapat 10 kg gula merah. Kajian menunjukkan dimana kemuncaknya adalah pada hari ke 15 apabila baldi pemungut air nira boleh sampai penuh dan kemudian pada hari berikutnya dilihat air niranya mulai menyusut. Dari segi analisa ekonomi dilaporkan inovasi ini sangat positif dan menjanjikan pendapatan. Kini harga pasaran gula merah adalah sekitar Rp15,000/kg (RM4.51/kg) dimana satu batang kelapa sawit mampu menghasilkan lebih dari 50 kg gula merah (RM225.50 sepokok). Rata-rata dalam satu kebun dengan purata keluasan 2 hektar kebun kelapa sawit terdapat sebanyak 275 batang dan jika diusahakan semuanya dijangka ia akan menjana pendapatsn kasar sebanyak Rp200 juta (RM60,125.15). Dengan jumlah pendapatn sebanyak ini dilaporkan pekebun sawit boleh menggunakannya untuk menunggu sehingga tanaman kelapa sawit berbuah dalam masa 3 tahun lagi.  Pada peringkat awal dengan kaedah dan mengusahakan sebanyak 50 pokok sawit dimana setelah pokok sawit ditumbangkan dan kemudian pelepah kelapa sawit dikupas hingga sampau jumpa bahagian umbutnya dan dihujung umbut ini ditinggalkan sekitar 70 cm garispusat. Kemudian dari bahagian hujung umbut inilah maka air nira akan menitis keluar dan ditadah dengan baldi plastik. Apa pun perlu dilakukan menyadap (menghiris tipis) setiap hari agar air nira terus menitis keluar sehingga 30 hari.


Seterusnya air nira sawit ini diambil dan dikumpulkan dan dibawa ke pusat pemprosesan. Dipusat ini perlu disediakan alatan memasak seperti dapur (atau sabak), kuali, pengacau (sudip), kayu bakar (sesuai digunakan kayu nangka, kayu leban dsb), kapur sirih dan juga c
ampuran gula putih semasa memasak. Api di sediakan dengan sederhana. Batang kayu nangka perlu dihiris nipis-nipis dan kemudian ia perlu direndam didalam kedalam air kapur sirih selama satu hari. Tujuannya adalah kayu nangka ini akan dijadikan bahan pewarna gula merah kelak. Kemudian setelah adunan air nira ini dengan kapur sirih dan kayu nangka sedikit dimasukkan ke dalam bekas baldi yang akan digunakan untuk menampung nira kelapa sawit. Sebenarnya fungsi adunan ini adalah untuk menjadikan nira tidak cepat basi. Di kebun dimana setelah hujung umbut sawit dihiris nipis maka diletakkan baldi atau besen bagi menampung air menitis dibawahnya dan sesuai ditutup bahagian umbut yang dihiris dengan pangkal pelepah kelapa sawit muda. Setelah air nira ini terkumpul banyak maka ia dibawa untuk dimasak. Memasaknya hanya perlukan bahan campuran gula pasir, 70 liter air nira perlu guna 1 Kg gula pasir. Gula pasir ini hanya untuk tujuan mengikat sahaja agar gula merah yang jadi kental dan keras. Semasa memasak proses memasaknya terus di kacau selalu sehingga air nira kental dan mengeras dan elakkan keras didasar kuali (kerak). Untuk menguji tahap kelikatan maka diambil sedikit adunan dalam kuali dan masukkan ke dalam air dimana jika tidak langsung larut dan mengeras, maka nira yang dimasak sudah menjadi dan siap dicetak mengunakan bekas cetak buluh atau aluminium yang sesuai (Sama seperti membuat gula melaka). Proses mencetaknya juga tidak lama iaitu sekitar 5 sampai 10 minit gula ini sudah keras dan boleh ia dibuka dari cetaknya. Hasil kajian makmal dilaporkan gula merah sawit ini sesuai di pasarkan kerana kualitinya menyamai gula merah lain.


Penulis blog akhirnya merujuk portal lain iaitu elais.com yang bertajuk '
Pesanan Gula Merah Sawit Terus Datang, Petani Girang' sesuai ditulis semula. Kisah dari Bnda Aceh ini laporkan dimana sudah setahun terakhir Agus Salim, anggota DPW Asosiasi Petani Kelapa Sawit Indonesia (APKASINDO) Aceh, dan sejumlah rekannya menjalankan bisnes gula merah sawit produksi sendiri di Aceh Tamiang. Usaha mereka makin berkembang setelah didukung koleganya dari Jakarta yang memiliki sebuah gudang di Aceh Tamiang. mereka kini menjual terus gula merah sawit kepada pelanggan. Selama ini dia dan rakan-rakannya membuat gula merah gunakan bahan nira sawit dicampur gula pasir dan kemudian menjualnya di pasar lokal di kisaran harga sekitar Rp 18.000/kg (RM5.41/kg). Beberapa hari terakhir semangat Agus dan rakan semakin seronok bila ada sebuah kelompok usahawan dari Provinsi Lampung meminta mereka memasukkan produk gula merah sawit tanpa campuran gula pasir sebagai gula merah tulin.  Kemudian kedua belah pihak sepakat harga pembelian di kisaran Rp 12.000/kg (atau sekitar RM 3.61/kg). Pemborong dari Lampung itu dilihat sebenarnya mereka juga menghasilkan gula merah sawit tanpa gula pasir untuk memenuhi keperluan sebuah kilang perusahaan yang bergerak di bidang 'consumer goods' atau barang makanan siap guna. Keadaan ini menyebabkan mereka akan menghasilkan gula merah sawit yang ada  campuran gula pasir dan tanpa gula pasir. Gula merah tanpa gula pasir adalah produk baru akan datang. Dari hasil berbagi pengalaman dengan pelaku usaha lainnya, mereka dapat informasi bahwa pengganti gula pasir yang paling bagus adalah bahan pengawet alami yang biasa digunakan di industri makanan yang disebut sodium metabisulfit. Didakwa kalau mereka pakai gula pasir komposisinya 40-60, 40% adalah komponen gula pasir dan 60% adalah komponen air nira sawit. Maka jadilah gula merah sawit yang kuat dan tidak mudah cair setelah dijual Apa pun jika memakai bahan Sodium dimana dari 100 kilogram nira sawit, maka akan didapatkan sekitar 12 kilogram gula merah sawit non gula pasir dimana kualiti produknya juga bagus. Semuga artikel uang panjang lebar ini dan belum banyak artikel ini ditulis di Malaysia diharap pembaca blog anim agro technology kali ini akan seronok membacanya dan akan ada usahawan di Malaysia yang membuatnya. Wasallam!!!..
BATANG SAWIT.. DI SADAP UMBUTNYA...
AIR NIRA KELUAR.. DI KUMPULKANNYA...
DI MASAK LAMA.. DI CETAK GULANYA...
PENDAPATAN DI TAMBAH... GEMBIRANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...