Tanaman sawi lazimnya mengikut kehendak pasaran dimana jenis sawi yang popular di tanam di Malaysia adalah seperti Sawi Hijau, Kailan, Sawi Jepun, Sawi Putih, PakChoy dan yang kurang di tanam termasuk Sawi Kerinting, Sawi Pagoda dan beberapa lagi. Bentuk dan ukuran jenis sawi ini berlainan walau pun ciri asasnya tetapi cara amalan agronomi penanaman sawi tidak banyak bezanya. Secara umumnya tanaman sawi mempunyai bentuk daun yang lonjong, halus, tidak berkrop dan tidak berbulu. Sawi meliputi beberapa spesies Brassica yang kadang-kadang mirip satu sama lain. Di Malaysia sebutan 'sawi' biasanya merujukkepada Jenis Sawi Hijau (Brassica rapa var parachinenis) iaitu jenis kumpulan parachinensis yang juga disebut juga sawi caisin. Pada penulis blog berdasarkan klasifikasinya dimana sawi termasuk dalam genus Brassica dan satu famili dengan Cruciferous atau kobis dan juga berkerabat dengan brokoli, kale dan kobis bunga dimana kandungan nutrisinya tidak jauh berbeza. Paling di kenli adalah jenis SAWI HIJAU (Brassica rapa) yang mempunyai wana daun yang hijau dan berbatang lurus. Bahagian daunnya berwarna hijau akan tetepi bahagian tulang daunnya berwarna hijau keputihan. Semakin ke hujung bentuk daunnya dimana dilihat tulang daunnya semakin akan mengecil dengan warna seakan sama sahaja. Secara marfologi dimana selalu akarnya berada di hujung batang-batang yang saling terhubung. Sawi hijau punya rasa yang agak pahit, namun di beberapa lokasi tertentu didakwa dimana rasa pahit tersebut dapat dihilangkan dengan cara ianya dimasinkan sedikit dengan garam dalam masakkan, Di sesetengah lokasi ada pengusaha yang ingin memproses sawi hijau menjadi sawi jeruk yang dimasinkan dengan garam. Sawi Hijau merupakan jenis sawi yang mudah ditanam dengan amalan agronomi yang mudah dijaga berbanding dengan jenis sawi lain.
Jenis sawi yang kedua popular di tanam di Malaysia adalah jenis Sawi KAILAN (Brassica alboglabra Linn) adalah sejenis sayuran daun dari keluarga Cruciferae yang diusahakan secara komersil oleh petani di Malaysia. Ia tergolong dalam beberapa banyak keluarga sawi dan ditanam untuk kegunaan masakan Thailand khususnya resepi "Kailan Ikan Masin" yang sangat popular dihidangkan di Restoren Ala-Thai dengan makanan tomyam, ikailan ikan masin, telur goreng dan sebagainya. Kailan merupakan sejenis sayuran daun memaparkan daun tebal dan berwarna hijau gelap, rata, berkilat biru-hijau dengan batang tebal dan sebilangan kecil kepala bunga kecil serupa brokoli. Kailan dituai dalam masa 25-35 sahaja hari lepas diubah keladang. Penuaian dijalankan dengan memotong pangkal batang menggunakan pisau tajam. Kemudian sayuran ini dikumpul dan di basuh dengan air mengalir sebelum di masukkan kedalam bakul. Harga ladang di Sengkang, Muar, Johor semasa tijauan oleh penulis blog 10 tahun dulu lingkungan RM 1.50 - RM 2.00 sekilogram sahaja tetapi kini sudah meningkat kepada RM4.00 sekilogram bergantung kepada cuaca dan pasaran. Kajian mendapati potensi hasil kailan sebanyak 8 -10 mt/ha (bergantung kepada kepadatan tanaman dimana ia sangat sesua ditanam diatas tanah gambut dan tanah pasir juga. Sayur Kailan merupakan diantara jenis sawi yang mudah diserang dengan serangga perosak dan penyakit dimana amalan agronomi yang baik perlu dibuat untuk mempastikan tanaman kailan berhasil dan berkualiti. Kailan berwarna lebih gelap seperti brokoli yang pekat. Bahagian batangnya mirip kangkung dengan cabang yang dilengkapi satu daun yang letaknya bertingkat seperti kangkung. Cirii batang kangkung bagaimana pun ia berongga akan tetapi batang kailan tidak. Sama seperti pok choy dimana sawi kailan memiliki batang pendek dan daun yang lebar serta lebar dimana kailan memiliki bentuk daun seperti pok choy akan tetapi bahagian batangnya kecil seperti caisin.
Pada penulis blog memang suka makan sawi putih yang di masak lemak. Sawi Putih juga dikenali dengan nama lain sebagai sayur 'Petsai' atau 'Sawi Cina' dimana ia memang paling mudah dikenali semasa membeli di pasar basah atau pasaraya. Kelainan sawi putuh adalah dimana ia mempunyai sai batang yang lebih besar berwarna putih dengan daunnya berwarna hijau dengan urat daun juga berwarna purih (Sila lihat foto disebelah). Nama latin Sawi Putih atau 'Petsai' adalah sebagai Brassica rapa var pekinensis (Pekinensis Group). Pada penulis blog dpati memang bentuk dan warnanya juga amat berbeza dengan sawi lain dimana seperti dinyatakan bentuk sawi putih juga sangat menarik. Daunnya memiliki warna bertahap dimana pada bahagian bawahnya hijau keputihan dan bahagian atasnya pula berwarna hijau terang. Tekstur daunnya bergelombang tidak rata mengikuti tulang daun dengan tepi yang juga tidak rata. Batangnya yang berwarna putih dengan bentuk lebar, berserat dan memberikan rasa lembut rangup apabila dimasak. Kini sayur sawi putih boleh di beli di Lazada secara online sahaja (untuk Daerah Muar) dengan harga RM4.07 untuk kuantiti sebanyak 550 gram. Penulis blog tahu sayur sawi putih memang luas di tanam di kawasan Kelompok Sayuran Komersil, Sengkang, Bukit Gambir, Johor iaitu dikawasan tanah gambut. Walau pun sawi putih paling sering di masak Masak Lemak Putih akan tetapi ia sering juga enak di masak Tumis Pedas, Sup Sawi Putih dan dijadikan ramuan didalam masakan mee goreng atau mihun goreng. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SAWI HIJAU... PALING RAMAI KENALNYA...
SAWI PUTIH... KAILAN IKAN MASIN ADA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU KHASIATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Muharram 1445H).
Posted from,
Taman Cendana, Bandar Melaka, Melaka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.