Support My Blog

Saturday, November 18, 2023

JENIS LAMPU SESUAI UNTUK TANAMAN

TEKNOLOGI GUNA CAHAYA LAMPU untuk tanaman sudah pun banyak diperkatakan didalam sektor pertanian moden dimana ia perlu dilakukan bagi aktiviti penanaman di dalam bangunan atau pun pencahayaan diguna pada malam hari. Keperluan Malaysia untuk menambahkan lagi pengeluaran makanan tempatan semakin kritikal apabila di nyatakan nilai Import Makanan pada tahun 2022 meningkak kepada RM75 billion semasa perasmian HPPNK Kebangsaan 2023 di Ipoh, Perak oleh Perdana Menteri. Oleh itu pelbagai cara perlu dilakukan bagi Malaysia dapat meningkatkan pengeluaran makanan tempatan dan mengurangkan import. Teknologi menanam tanaman didalam bangunan dan menjalankan aktiviti pertanian di malam hari sudah di fikirkan untuk dilakkan. Perlua ada teknologi baru leibatkan penggunaan cahaya lampu untu tuumbuhan hidup subur. Teknologi penggunaan mentol lampu khas sudah agak lama di lakukan tertama di beberapa negara maju yang mana ia disesuaikan untuk penghasilan tanaman makanan terutama di musim sejuk (winter). Kini di pasaran di Malaysia sudah ada ada lampu tanaman LED yang dijual dan ia dapat disesuaikan dengan spektrum tanaman khususnya bagi memberi tanaman cahaya yang setanding dengan cahaya matahari. Dilaporkan dimana ia juga mampu meningkatkan kecekapan didalam proses fotosintesis tanaman. Bagaimana pun bagi tujuan untuk mengatasi  keadaan persekitaran yang berbeza ini melalui teknologi dalam menyediakan tanaman dengan persekitaran cahaya yang ideal untuk fotosintesis serta untuk dapat ianya mempromosikan pertumbuhan tanaman pada tahap yang berbeza boleh dilakukan. Warna cahaya putih yang sejuk dilaporkan ia  sesuai untuk menambah cahaya bagi tumbuhan jenis succulents dan bunga kecil. Secara amnya dilaporkan dimana jenis lampu LED adalah yang paling sesuai digunakan kerana ia mempunyai kelebihan penggunaan watt rendah dan juga ia menggunaan tenaga letrik yang rendah. Semasa membeli lampu jenis ini perlu teliti dengan tidak membeli mentol yang berharga murah sebab tidak dapat mencapai kesan cahaya tambahan. Lampu tumbuhan LED adalah mentol yang berikan kesan cahaya khas dengan panjang gelombang spektrum tertentu yang dirancang untuk menggantikan fungsi cahaya matahari. Lampu LED dapat mengawal panjang gelombang spektrum dengan baik dimana ia dapat memenuhi aspek keperluan tanaman untuk cahaya. Panjang gelombang spektrum yang diperlukan untuk fotosintesis tumbuhan biasanya dalam lingkungan 400 ~ 720nm. Dilaporkan jenis Lampu biru mempunyai gelombang 400 ~ 520nm dan cahaya merah dengan gelombang 610 ~ 720nm menyumbang paling banyak kesan fotosintesis tumbuhan. Panjang gelombang merah dan biru lampu tumbuhan LED berada dalam julat ini dimana ia dapat memberi tanaman panjang gelombang spektrum yang sesuai bagi pertumbuhan tanaman. Lampu LED juga mempunyai sifat yang baik seperti ketahanan kelembapan, saiz kecil dan jangka hayat yang panjang (lebih daripada 30,000 jam). Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" di kongsikan mengeai beberapa jenis mentol atau lampu yang sesuai untuk untuk tumbesaran tanaman terutama di malam hari menjurus kepada aktiviti indoor planting dan juga 'night farming' yang efektif.



Dalam pada itu penggunaan cahaya tiruan berubah mengikut teknologi yang ada mengikut perkembangan semasa. Begitu juga hasil kajian yang dilakukan mengikut kemampuan peralatan yang ada pada masa tersebut pula. Suatu masa dahulu, manusia tidak dapat mengukur spektrum cahaya dan menyangka bahawa tumbuhan hanya memerlukan cahaya sahaja. Setelah kita mampu mengukur spektrum cahaya ini barulah kita dapati bahawa cahaya matahari mengandungi pelbagai komponen daripada pelbagai spektrum cahaya untuk pelbagai tujuan kepada tumbuhan. Terdapat  beberapa jenis lampu yang biasa digunakan untuk tujuan pencahayaan tiruan tanaman di dalam bangunan seperti berikut:


(1) High Intensity Discharge Lamp (HID)
Jenis ini ia merupakan jenis yang biasa digunakan kerana mempunyai intensiti cahaya yang tinggi. Mentol lampu jenis HID terdiri daripada beberapa jenis lampu termasuk wap merkuri, metal halide, high pressure sodium (HPS) dimana ia juga adalah jenis 'conversion bulbs'. Mentol HID mempunyai spektrum cahaya yang besar namun menggunakan kuasa (Watt) yang tinggi daripada sumber menyebabkan kos agak mahal untuk bayar bil. Namun begitu lampu HID ‘mercury vapor’ dimana sebagai contoh ia akan memberikan hasil tanaman yang kurang memuaskan. Jneis ini agak jarang digunakan di kebun pada malam hari atau pun didalam bangunan untuk tanaman.

(2) Metal Halide Lamp (MH)
Jenis Mentol Metal Halide menghasilkan cahaya pada spektrum biru dan violet yang menyerupai spektrum cahaya pada musim bunga. Ia memberikan hasil penanaman yang lebih baik berbanding beberapa lampu HID yang lain. Namun ia perlu diganti setiap tahun berbanding lampu HPS yang mampu bertahan lebih lama. Spektrum cahaya biru dikatakan membantu tumbuhan untuk membentuk akar yang kuat, ketahanan tinggi ke atas penyakit dan pertumbuhan yang lebih sekata. Metal halide boleh didapati dengan beberapa spektrum daripada cool white (7000 K), warm white (3000 K) dan juga ultraviolet-heavy (10,000 K).



(3) Ceramic Metal Halide 
     (CMH, CDM, LEC) 
 merupakan antara jenis lampu HID terbaru yang turut dikenali dengan beberapa nama lain dalam teknologi penanaman seperti ceramic discharge metal halide (CDM), ceramic arc metal halide dan juga light emitting ceramic (LEC). Lampu hortikultur CDM yang dihasilkan oleh Philips misalnya telah terbukti sebagai sumber cahaya tiruan yang membantu pertumbuhan tanaman untuk aplikasi berkuasa sederhana.


(4)  Combination MH and HPS 
      ("Dual arc")
Lampu ini adalah gabungan HPS/MH iaitu high pressure sodium dan juga metal halide di dalam satu lampu bagi membekalkan spektrum cahaya merah dan biru di dalam satu lampu. Lampu ini boleh digunakan pada setiap peringkat pertumbuhan tanaman dari percambahan sehinggalah kepada peringkat berbunga.


(5) High-Pressure Sodium (HPS)
Jenis lampu High-pressure Sodium merupakan lampu yang lebih efisyen berbanding lampu HID yang lain. Lampu HPS menghasilkan cahaya pada spektrum kuning/merah termasuk sejumlah kecil spektrum cahaya yang lain. Cahaya dari HPS menggalakkan pertumbuhan daun dan juga berbuah. Ia biasa digunakan sebagai bantuan bagi cahaya siang matahari. Terdapat pelbagai kuasa HPS yang dibekalan daripada: 150W, 250W, 400W, 600W and 1000W.


(6) Conversion Bulbs
Jenis Lampu Conversion Bulbs merupakan lampu yang boleh digunakan bersama dengan ballast untuk lampu MH ataupun HPS. Ini kerana ballast yang digunakan untuk lampu HPS adalah sedikit berbeza. Maka conversion bulb biasanya diperlukan untuk tujuan ini.


(7) Switchable ballasts
Jenis Switdhhable Ballast ini pula merujuk kepada pertukaran ballast bagi MH dan HPS pada Watt yang sama. Pertukaran ini biasanya dilakukan pada tahap-tahap tertentu pertumbuhan tanaman.


(8) LEDs (Light Emitting Diodes)
Jenis LEDs (Light Emmiting Diodes) merupakan sumber cahaya yang lebih popular kerana mudah dikendalikan. Mampu menyediakan lebih banyak spektrum cahaya dengan tanpa kaedah penukaran lampu yang rumit. Cahaya yang dihasilkan oleh lampu-lampu LED ini mudah dikawal dari segi keamatan cahaya mahupun spektrumnya. Kos pengendalian juga adalah lebih menjimatkan. Buat masa ini kos lampu LED untuk tanaman adalah sedikit mahal dan semakin menurun digunakan mengikut masa. Lampu LED dalam kajian penanaman kentang oleh NASA.


(9) Compact Fluorescent Lights 
     (CFLs).
Lampu jenis ini paling popular dipasaran dimana lampu jenis Fluorescent Light ini merupakan jenis lampu-lampu juga biasa digunakan untuk tujuan penanaman dalaman. Ia mampu menghasilkan spektrum cahaya dalam julat antara 2700 K ke 10,000 K. Kesemua jenis lampu fluorescent boleh digunakan samada dari jenis tiub panjang mahupun compact fluorescent lights (CFLs). Lampu-lampu digunakan mengikut jumlah kuasa (Watt) dan juga keamatan cahaya yang mampu dihasilkan (Lumens). Memang ada banyak perkara perlu diperhatikan dengan menggunakan cahaya tiruan dalam penanaman ini. Ini kerana tumbuhan bukanlah memerlukan cahaya yang terang tetapi komponen di dalam cahaya tersebut yang membantu mereka di sepanjang proses tumbesaran tersebut. Keperluan ini sama juga seperti baja yang menjadi sumber nutrient kepada tumbuhan tersebut.  Namun ini bukanlah satu perkara yang mustahil bagi manusia mempelajari dan memenuhi keperluan tersebut. Apa yang menjadi persoalannya adalah dalam membekalkan sumber cahaya tersebut, dengan kos yang lebih efektif. Bagi yang menceburi bidang ini, kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi menghasilkan tanaman yang kompetitif di pasaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTOL LAMPU... BANYAK JENISNYA...
UNTUK TANAMAN.. PILIH YANG MANA...
ADA YANG SESUAI... BERAPA HARGA...
PENTING... KEBERKESANANNYA JUGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 235, Grand Daruk Makmur Hotel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(29 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...