Support My Blog

Tuesday, November 14, 2023

FAKTA TENTANG ANGSA YANG MENARIK

HAIWAN ANGSA
(Cygnus spp atau Coscorba spp) adalah haiwan dari keluarga Anatidae yang sama dengan haiwan seperti Itek dan Swan. Haiwan ini terdapat di seluruh dunia dan mampu terbang terdiri daripada beberapa jenis seperti Angsa Toulouse, Angsa Afrika, Angsa Embden, Angsa Norway, Angsa Pilgrim dan juga Angsa China. Bagaimana pun jenis Angsa Putih merupakan jenis yang paling banyak diternak untuk tujuan komersil diseluroh dunia. Angsa di panggil sebagai Goose ; Geese (English), bebek (Indonesia) dan sebagainya. Di Australia banyak jenis angsa hitam dan juga kelabu. Taburan angsa mengikut kawasan geografi seperti jenis Angsa Hitam Australia (Cygnus atratus), Angsa di Eurasia (Cygnus olor), Angsa di Eropah dan Amerika Utara (Cygnus colombianus), Angsa di asia dan Eropaah (Cygnus cygnus) dan juga Angsa di Amerika Selatan (Cygnus melancorypus). Aktiviti menternak angsa di kampong masa dahulu memang menjadi satu aktiviti penting dan ramai suka dengan perangai angsa yang suka kejar kanak-kanak yang menggangunya. Angsa juga merupakan haiwan yang setia kepada tuannya dan mampu menjadi 'Jaga' kawasan rumah selain daripada anjing kerana apabila ada orang datang berkunjung kerumah kita, angsalah yang akan berbunyi dulu memberitahu tuannya. Malahan angsa sangat baik untuk menjadi jaga dimalam hari untuk memberitahu tuannya ada orang hendak mencuri dibelakang rumah kita. Kini tidak ramai kalangan orang kampong yang menternak angsa seperti dulu. Penternakan angsa hanya dijalankan oleh beberapa orang usahawan untuk tujuan pengeluaran daging angsa secara komersil atau Itek Angsa bersama dengan ternakan itek lain. Hasil pengalaman penulis blog mendapati angsa merupakan sejenis haiwan yang sangat tahan dari serangan penyakit berbanding dengan ternakan unggas yang lain. Angsa memang sinonim dengan aie kerana habitatnya memang perlukan air. Walau pun kawasan ternakan angsa dan itek kotor dan lembab tetapi jarang sekali angsa kita sakit. Pemeliharaan angsa sama ada untuk hobi atau komersil perlukan modal membeli anak angsa. Jenis untuk tujuan bagi pengeluaran daging angsa menggunakan baka jenis Angsa Tolouse, Baka Angsa Embden atau Baka Angsa Afrika yang cepat membesar dan boleh dijual selepas 4-6 bulan diternak. Jenis Angsa China agak ringan ukuran berat badannya berbanding jenis diatas. Pengalaman menternak angsa akan menentukan jenis angsa mana yang banyak menghasilkan telur untuk dijadikan telur masin atau dijual sebagai telur angsa segar. Angsa memerlukan kawasan khas untuk menternaknya dimana setiap ekor angsa memerlukan kawasan seluas 1m x m dan untuk bergerak perlukan lagi kawasan seluas 1m x 3-4m kerana angsa sentiasa bergerak dan tidak suka duduk diam dalam reban. Reban angsa diperbuat dari tiang kayu yang berbunbung zink atau atap nipah dan diletakan bekas makanan serta tempat angsa berteduh ketika hujan atau gangguan angin kuat. Bekas minuman sebaiknya diletak berjauhan dari reban untuk mempastikan dalam reban sentiasa kering. Alas rumpai atau kain guni untuk bertelur diletakkan dalam reban untuk persiapan bagi angsa matang bertelur nanti. Anak angsa yang dibeli pastikan daripada sumber pembekal yang dikenalpasti dari baka yang baik dan tulin. Anak angsa perlu dipelihara dalam reban sehingga 3 -4 minggu dann diberi makanan sepenohnya serta bantuan pemanas sebelum cukup sesuai untuk dilepaskan keluar. Artikel pada petang Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta yang menarik mengenai ternakan angsa untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Merujuk kepada portan kompas.com dengan tajuk '
Mengenal Angsa, Haiwan yang Dikenal Anggun dan Tenang' menarik untuk ditulis semula. Dilaporkan nama saintifik angsa adalah Cygnus spp iaitu haiwan yang berasal dari kata Yunani dan Latin untuk angsa. Beberapa spesies angsa yamg terkenal termasuk Angsa hitam, Angsa putih, Angsa whooper, Angsa berleher hitam, Mute swan dan Angsa terompet. Angsa termasuk dalam keluarga unggas air atau Anatidae sama dengan itek dan Swan. Bentuk tubuh angsa selelu ia berbadan besar, leher panjang melengkung, kaki berselaput besar dan warna bulu yang cantik membuat angsa selalu dilihat anggun semasa ia berada di air. Angsa termasuk haiwan yang mana ia terbesar dan terberat dari semua burung air dengan dia warnanya bervariasi dari putih bersih hingga hitam. Selama ini memang ada banyak orang menyamakan angsa dengan warna putih bersih tetapi sebaliknya angsa di tempat lain dunia ini cenderung berwarna coklat atau memiliki warna berbelang. Habitat angsa Angsa bermigrasi dalam formasi diagonal atau formasi V pada ketinggian yang tinggi dimana dilaporkan emang tiada unggas air lainnya yang bergerak secepat angsa di air atau di udara. Angsa merupakan haiwan endemik dengan habitat di kolam, tasek, sungai, muara dan tanah lembab atau tanah berair di seluruh dunia. Sebahagian besar spesies angsa lebih menyukai iklim sederhana atau iklim arktik dan bermigrasi selama musim dingin. Sifat unik mengenai angsa dimana angsa adalah haiwan paling setia di dunia dengan pasangannya Jenis makanan angsa adalah haiwan herbivora yang makan akar, daun, batang, pucuk, dan material tanaman lainnya. Semasa angsa berenang di air selalunya ia memberi makan melalui kaedah yang disebut sebagai 'dabbling' iaitu angsa akan membalik tubuhnya dan menjangkau ke dalam air dengan lehernya yang panjang ke lokasi di dasar danau atau kolam. Angsa juga memang ia boleh naik ke daratan untuk mencari makanan. Perilaku angsa akan terlihat anggun dan tenang dari kejauhan akan tetapi ia boleh menjadi sangat ganas. Angsa boleh sangat agresif jik aberada di sekitar sarang dan anak-anaknya. Kini ramai orang gunakan angsa untuk menjadi 'jaga keselamatan' dimana ia akan mengeluarkan bunyi kuat menandakan ada penceroboh datang. Jika nasib kurang baik maka selalunya angsa mampu menyerang seseorang dengan mengigit dan mengejarnya sehinga mangsa lari lintang pukang.


Penulis blog rasanya baru sekali dua memakan daging angsa itu pun ada rakan yang membawanya ke pejabat lama dahulu. Memang daging angsa ini aga kurang popular berbanding dengan daging itek dipasaran. Kalay rendang daging itek memang selalu penulis blog dapat ujirasa. Kandungan zat didalam permakanan daging angsa manyamai dengan itek dimana dilaporkan ia mengandungi sebanyak 
354 kcal tenaga, Protein (16.4 gram), Lemak (31 gram), Kalsium (15 miligram), Posforus (188 miligram) dan juga Zat Besi (2 mg). Angsa juga mengandung zat vitamin seperti vitamin A dan vitamin B yang bagus untuk kesihatan. Khasiat angsa untuk kesihatan ada banyak diperkatakan pengguna. Haiwan unggas yang beratnya boleh sehingga 26 kg ini memiliki daging yang baik untuk kesihatan walau ada yang dakwa ia kurang baik juga. Hasil kajian mendapati daging angsa memiliki kandungan protein dan juga memiliki struktur daging seperti minyak zaitun. Protein dalam daging angsa boleh dikatakan lebih banyak dibandingkan jenis unggas lainnya. Protein dalam angsa mencapai 16. 4 gram diman memakan daging angsa baik untuk protin yang tinggi dari daging angsa juga baik untuk menjaga kesihatan jantung. Apa pun bukan hanya dagingnya akan tetapi telur angsa juga memberikan khasiat yang baik untuk kesihatan dimana kandungan protein dalam telur angsa lebih tinggi sekitar 20 gram serta ada zat besi dan vitamin A yang baik untuk menjaga kesehatan mata. Telur angsa juga memiliki kandungan kolesterol yang dapat memenuhi semua keperluan yang diperlukan seharian. Telur angsa juga mengandungi asid folate yang baik untuk menjaga kesihatan kandungan bagi ibu sedang hamil. Memakan telur angsa yang direbus juga dapat mempercepatkan proses tumbesaran janin dan membantu otak janin agar tidak mendapat gangguan semasa kehamilan berlangsung. Dalam pada itu putih telur angsa dapat menjaga kelembapan kulit secara semulajadi. Amalan menggunakan putih telur angsa sebagai masker didakwa dapat membantu menghindarkan wajah daripada kes timbulnya jerawat. Sedangkan kulit telur angsa juga banyak digunakan sebagai bahan untuk membuat kraftangan.


Menarik fakta dalam hmetro.com bertajuk 'Berbaloi bela angsa Australia' oleh Mek Nor yag memelihara angsa baka White Africa Lionhead yang berharga RM3,000 sepasang. Fakta ini dilaporkan dari Besut, Terengganu apabila seorang warga emas mencipta kelainan tersendiri apabila menternak pelbagai jenis angsa dan itik baka di rumahnya sekali gus berbeza daripada kebiasaan warga emas lain yang menternak ayam atau itik kampung. bagi Mek Nor Ibrahim (66) iaitu dari Felda Selasih, Jertih menternak angsa baka daripada Australia seperti White Africa Lionhead, Silver Africa Lionhead, Giant Dewlapp Buff dan Emden selain itik Roune atau lebih dikenali sebagai itik kepala hijau. Dia memilih untuk teruskan menternak angsa baka itu berbanding ayam dan itik biasa kerana pulangan daripada menjual ternakan itu lebih berbaloi. Dakwanya dia terpaksa mengeluarkan modal yang besar bagi mengimport angsa dan itik baka dari negara Australia itu.  Bagaimanapun, keuntungan dan hasil yang diperolehi hasil menjual anak angsa baka dan itik dari luar negara itu jauh lebih lumayan. Modal besar dikeluarkan hanya sekali untuk membeli induk-induk angsa dan itik baka itu, selepas itu saya memperoleh keuntungan apabila menjual anak-anak angsa dan itik baka yang cepat membiak itu. kataya dia pernah menjual angsa jenis Giant Dewlapp Buff dengan harga RM12,000 sepasang. Angsa jenis White Africa Lionhead pula saya pernah jual RM3,000 sepasang. Paling banyak jualan anak itik Roune dengan harga RM2,000 sepasang, manakala anak berusia satu minggu berharga RM150 seekor jelasnya lagi. Kini selain lebih 30 ekor angsa dan itik baka dimana dia juga menternak ayam ratu. Paling kurang dia cuma perlu memperuntukkan RM500 sebulan untuk membeli makanan ternakan itu. memang seronok menternak angsa baka kerana ia tidak garang seperti angsa kampung biasa seterusnya boleh dipeluk dan dibelai seperti haiwan kesayangan. Apa pun angsa baka itu tidak garang, namun ia tetap berfungsi sebagai haiwan menjaga rumah kerana akan membuat bising setiap kali melihat kelibat orang yang tidak dikenali. Dia juga merancang untuk membesarkan lagi saiz kandang angsa dan itik bakanya dalam tempoh terdekat seterusnya mengeluarkan lebih banyak anak-anak angsa dan itik baka yang boleh dijual. katanga kini stok angsa dan itik yang sedia dijual tidak mencukupi sehingga ramai pelanggan yang terpaksa membuat tempahan awal untuk mendapatkan angsa dan itik baka itu. 
Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN ANGSA... PANJANG LEHERNYA....
KANAK-KANAK TAKUT... DIKEJARNYA...
BERBUNYI KUAT... SESUAI JADI JAGA...
DIDALAM MEDIA.. ADA BANYAK FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...