Support My Blog

Friday, November 3, 2023

KAWALAN RUMPAI DI KEBUN KOKO (Part 2)

KAWALAN RUMPAI
bagi tanaman koko adalah satu perkara yang penting bagi mempastikan tanaman koko memberikan hasil optima sejak dari mula penanaman. Tanaman Koko (Theobroma cacao) dan industri koko Malaysia berpotensi menyumbang kepada pendapatan eksport negara sebanyak RM6 bilion setahun. Mengikut data daripada Kementerian Industri Utama dimana koko diantara komoditi berpotensi besar untuk dibangunkan menerusi pelaksanaan model perniagaan yang tepat, aktiviti didalam pengkomersialan yang baik dan memperbanyakkan aktiviti hiliran. Sektor koko secara khususnya telah menyumbang sebanyak RM5.55 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2018 dan menyumbang sebanyak RM1.44 bilion atau 0.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jumlah itu peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM1.38 bilion pada tahun sebelumnya. Kerajaan akan terus giat serta akan memperbanyakkan aktiviti hiliran menerusi kerjasama kerajaan dengan pihak swasta bagi mempastikan pencapaian sektor koko kini perlu dipertingkatkan untuk menjadikan yang Malaysia terus bersaing dengan pasaran luar. Malaysia kini tidak boleh hanya menumpukan kepada pasaran tempatan sahaja akan tetapi berusaha untuk ke pasaran global. Dalam pada itu ada pelbagai pendekatan yang boleh digunakan termasuk menggunakan konsep pemasaran digital. Produk koko Malaysia seperti penghasilan coklat telah menyumbang kepada nilai eksport tinggi kepada negara dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan. Nilai eksport coklat lima tahun dahulu berjumlah RM500 juta dan meningkat sehingga RM1 bilion pada tahun 2020. Sebenarnya selain dari penanaman komoditi sawit, Malaysia mungkin boleh kembali kepada penanaman koko yang turut menyumbang kepada sumber pendapatan yang baik. Adalah dianggarkan 20 sehingga 30 teknologi yang akan dikomersialkan bagi menyokong sektor huluan dan hiliran industri koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) dilaporkan dimana setakat ini sudah menjalankan sebanyak 89 projek penyelidikan sejak daripada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM54.4 juta. Sebanyak 19 produk dan teknologi LKM dikomersialkan dan mengenal pasti 63 produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti produk kosmetik, penjagaan diri dan makanan berpotensi untuk dikomersialkan. Produk koko Malaysia kini bukan hanya untuk dipasarkan dalam negara tetapi kini mula menembusi pasaran antarabangsa sdan beberapa negara baharu terutama di ASEAN dan negara Oceania. Malaysia sememangnya sudah memiliki produk koko dan diyakini dari segi teknologinya yang sudah mencapai tahap yang dimahukan. Apa yang penting sekarang ini kerjasama dengan usahawan terpilih untuk mengkomersial dan memasarkan produk berkenaan. Artikel tengahari Isnin dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana amalan agronomi mengenai kawalan rumpai didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Kawalan rumpai di ladang koko dengan meracun merupakan paling popular dilakukan. Semburan racun sama ada didalam estate atau kepada pekebun kecil penting disesuaikan dengan 
Masa Meracun. Selalunya masa sesuai untuk meracun ialah pada awal pagi dan sebelah petang dnn disyorkan agat mengelakkan meracun semasa hujan atau dijangka akan hujan dan jangkaan 5 jam selepas meracun. Dari awal lagi dimana penting aktiviti kawalan rumpai untuk penyediaan kawasan untuk ditanam dengan koko. Kalau keberadaan rumpai terlalu tebal maka semestinya ia ditebas dahulu. Selepas itu gunakan racun jenis sentuhan dan selepas 2-3 minggu apabila rumput tumbuh semula barulah guna racun sistemik (meresap). Penggunaan jenis Racun Pracambah serta jenis racun sistematik akan ia mengambil masa 2-3 minggu untuk mematikan rumpai dan selepas ini racun pracambah boleh digunakan. Kaedah ini boleh mengawal rumpai selama 3 bulan di mana proses penanaman koko boleh dilakukan. Menyembur racun rumpai di kebun koko mempunyai pelbagai cara semburan. Petani boleh amalkan semburan Secara Keseluruhan (blanket spray) dimana dilakukan jika rumpai terlalu tebal gunakan racun sentuh diikuti dengan racun sistemik 2-3 minggu selepas racun sentuh. Sembura racun rumpai juga boleh dilakukan dengan Secara Jalor  dimana cara ini selalunya digunakan dalam lorong tanaman dan racun sentuh adalah digalakkan supaya ia tidak mencederakan tanaman. Untuk meningkat keberkesanan racun sentuh yang digunakan boleh dicampur dengan racun pracambah juga. Semburan boleh dilakukan juga iaitu dengan Secara Bulatan dibawah pokok koko atau dibawah naungan tumbuhan. Ia sesuai jika menggunakan jenis racun sentuh yang dicampurkan dengan pracambah. Seterusnya craa semburan dilakukan dengan kaedah Semburan Spot yang selalunya digunakan untuk mengawal lalang, rumput sambau dan menerong dimana jenis rcun digunakan adalah jenis racun sistemik.


Penting bagi penulis blog menjelaskan bagaimana c
ara racun bertindak terhadap rumai kerana ada dua cara iaitu RACUN SENTUH dan RACUN SISTEMIK. Racun Sentuh adalah jenis racun yang mana penggunaan racun sentuh samalah seperti menebas. Racun sentuh akan membunuh bahagian yang kena dengan racun. Bahagian akar dan mungkin batang yang terlindung akan hidup dan akan tumbuh semula. Ia sangat berkesan pada rumpai daun lebar yang tumbuh semusim. pa pun racun sentuh sesuai digunakan bagi kawasan yang telah ditanam dan disembur secara jalur atau semburan bulatan dibawah kanopi tmbuhan. Untuk ini campuran dengan racun pracambah adalah dicadangkan. Untuk kawalan yang menyeluruh bagi rumpai saka, racun ini perlu digunakan berulang-ulang dalam jangkamasa yang pendek. Tujuannya untuk mengurangkan dan terus menghasbiskan simpanan makanan dalaman dalam tissue yang tidak terkena racun. Secara teorinya adalah jelas seperti gambarajah di bawah. Racun Sistemik sistemik adalah jenis racun yang menyerap kedalam sistem rumpai dan membunuh rumpai dengan mengganggu proses metabolism dalaman rumpai dimana antara jenama popular seperti Round-Up (Sila lihat foto disebelah). Sebagai contoh racun monoron menghalang proses photosynthesis. Lain-lain racun mungkin merosakkan proses pernafasan, metabolism, carbohydrate, lemak dan juga protein. Dengan mengganggu proses metabolism berkenaan, racun rumpai dapat membunuh rumpai dengan lebih berkesan. Selalunya racun jenis ini kesannya terhadap rumpai adalah lambat 2-3 minggu. Setengah-setengah petani mencampur racun sentuh dengan racun sistemik untuk mendapat kesan yang cepat. Ini tidak sesuai dilakukan. Racun sentuh akan membunuh tissue dan apabila tissue mati pergerakan racun sistemik akan terganggu. Menggunakan kepekatan yang tinggi juga tidak sesuai untuk racun ini. Kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kematian pada tissue tertentu dan ini akan menghalang pergerakan racun ke bahagian akar rumpai. 


Sebaiknya dijelaskan juga beberapa jenis-jenis racun rumpai yang ada di Malaysia dan sering digunakan untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Pertama adalah Racun Paraquat dengan bahan 
aktif sebagai Paraquat dichloride 25% w/w. Antara jenama dipasaran masa itu adalah Paraquat, CP Paraquat, Gramoxone PP199, Chemquat, Terquat, CleanKegunaan racun ini iaitu sebagai racun sentuh untuk membunuh rumpai daun lebar dan juga rumput. Perlu disembur secara lenjun kepada rumpai untuk mendapat kesan yang lebih baik. Untuk mendapat kawalan yang berkesan ia perlu disembur dengan kerap pada jangkamasa yang pendek. Bagaimana pun penggunaan racun parqut di Malaysia telah di haramkan mulai 1 Januari 2020. Sila baca beberapa artikel tulisa saya mengenai ini dengan pauta berikut (Sila klik disini)Racun PARAQUAT ini mesti diharamkan mungkin ramai kurang tahu. Penulia akan bentangkan beberapa sebab berdasarkan kepada laporan teknikal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai perkara ini. Pertama sekali adalah dimana racun paraquat diklasifikasikan sebagai racun perosak berbisa iaitu kategor Kelas Ib. Ini bermakna ia jatuh nombor 2 selepas kelas 1a iaitu AMAT BERBISA yang mempunyai label warna hitam. Racun Paraquat mempunyai kod label warna MERAH dengan amaran "Jauhkan daripadan kanak-kanak dan makanan". Ia mempunyai foto tengkorak disebelah label bermakna ia boleh menyebabkan kematian (Sila lihat foto disebelah). Sebab ke 2 adalah kerana racun paraquat amat mudah diserap melalui kulit dan kesannya mengakibatkan iritasi kulit dan mata yang serius. Ini akan menyebabkan bahagian kulit dan mata yang terkena akan racun akan terjejas jika tiada kawalan penggunaan dengan baik. Ke 3 jika berlaku proses pendedahan jangka panjang (Pekerja Ladang) maka ia akan mengakibatkan kerosakan kepada bahagian kuku sehingga mengakibatkan kuku tercabut. Ini bermakna ia meresap kedalam bahagian kuku dan merosakkan sel-sel dibahagian tersebut yang amat teruk kesannya. Ke 4 adalah jika berlaku pendedahan kepada kabus paraquat (mist spraying) ia boleh mengakibatkan pendarahan pada hidung. Kes seperti ini mungkin kurang disedari petani kerana ia disangka perkara biasa sahaja. Ke 5 adalah dimana untuk kesan jangka sederhana ia akan berlaku kejadian sesak nafas, tekanan darah meningkat, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru-paru dan hati. Ini menunjukkan kesan racun paraquat pada manusia amat merbahaya.


Jenis racun dengan nama 
Glyphosate mengandungi bahan aktif iaitu N-(Phosphonomethyl) glycine seperti beberapa jenama di jual adalah Roundup, Ecomax, Touch down dan beberapa lagi. Kegunaan racun Glyphosate adalah racun sistemik untuk rumpai saka dan juga daun lebar. Ia selalunya disembur pada daun rumpai saka seperti lalang, menerong, rumput sambau dan juga rumpai daun lebar. Glyphosate setelah disembur pada daun dan boleh meresap keseluruh rumpai. Tanda-tanda toksiknya boleh dilihat 1-3 minggu setelah disembur. Ia sesuai dicampur dengan 3g racun Ally untuk mendapat kesan yang lebih terutama pada daun lebar. Ancaman dan bahaya racun ini dimana racun ini tidak merbahaya pada mamalia LD50nya ialah 4320g/kg. Untuk menggunakan secara berkesan perlu menggunakan air yang bersih. Glyphosate akan hilang racunnya bila bercampur dengan lumpur. Jenis racun lain adalah Jenis Organic Arsenicals dimana bahan aktif  terdiri dari garam dari cacodylic acid dan methanearsonic dengan jenama seperti  MSMA dan DSMA. Kegunaan racun jenis ini untuk meracun rumput saka. Ia bertindak secara sistemik. Racun ini mengandungi logam Arsenic yang boleh terkumpul dalam tanah dan mencemarkan tanah. Logam Arsenik boleh diserap oleh tumbuhan dan apabila dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan sakit buah pinggang. Ia jarang digunakan pada masakini kerana sebab-sebab di atas. Jenama racun-racun lain termasuk Basta iaitu jenama yang menggunakan glufostinate-ammonium sebagai bahan aktifnya. Ia bertindak secara sistemik. Selain itu ada racun Garlon 250 iaitu jenis racun rumpai sistemik untuk daun lebar seperti kekacang, senduduk dan juga untuk membunuh pokok. Ada juga racun Ally iaitu jenis sistemik untuk daun lebar. Bahan aktifnya ialah metsulfuron-methyl. Sesuai dicampur dengan round-up dan juga paraquat (Sila lihat foto disebelah). Akhir sekali adalah Racun Pracambah iaitu Diuron digunakan sebagai pracambah untuk kawal rumput dan rumpai daun lebar. Biasanya digunakan dengan racun lain. Kegunaan Diuron akan lebih berkesan jika digunakan bersama surfactant. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN KOKO...MASIH ADA DI MALAYSIA...
KELUASAN MENURUN... ADALAH SEBABNYA...
POKOK DIBAJA.. RUMPAI KENA KAWALNYA...
RM6 BILLION SETAHUN.. NILAI EKSPORTNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...