Support My Blog

Sunday, November 12, 2023

VARIETI KELAPA SAMPOORNA (CN19) - APA DIA?

KELAPA VARIETI SAMPOORNA
merupakan sejenis varieti kelapa yang baru diluluskan pendaftarannya didalam senarai varieti tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dimana mungkin masih ramai petani yang belum mengetahuinya. Penulis blog ada menerima banyak pertanyaan mengenai varieti ini dan udah berhubung dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk mendapatkan maklumat kelapa ini yang didaftarkan pada Oktober 2022 lalu (sudah setahun lebih ia didaftarkan). Dalam membuat rujukkan kepada suyarikat pendaftar kepada kelapa ini iaitu di lamanweb iaitu pada  https://deejayfarm.com/ dimana mereka dilihat ada mendakwa 
Deejay Sampoorna® Hybrid Coconut merupakan hasil biakbaka mereka selama 25 tahun. Tujuan utama syarikat adalah untuk menghasilkan anakbenih kelapa hibrid yang berkualiti. Pokok ini (F1) telah didakwa ia akan berbunga selepas 3 tahun ditanam dengan potensi purata buah sebanyak 250 biji sepokok setahun (didakwa ada sesetengah petani yang mendapat lebih dari jumlah tersebut) dengan umur pokok mencecah 6 tahun. Penanam dilaporkan mengamalkan amalan agronomi baik mengikuti pakej teknologi DCG (Deejay Cultivation guidance). Pengambilan buah kelapa muda yang berumur 6.5 - 7 bulan dimana dilaporkan hasil pokok kelapa ini akan meningkat sebanyak 30% melebihi 400 biji sepokok setahun. Perkara ini berlaku kerana apabila kelapa dipetik muda maka ia akan mengurangkan bebanan kepada tandan dan pokok kelapa sedia ada dan membantu proses untuk jadikan tempurung kelapa dan minyak kelapa didakwa ia membolehkan lebih banyak buah dihasilkan setiap  setandan. Bagaimana pun penulis blog kurang dapat maklumat mengenai proses mendapatkan anak benih hibrid kelapa ini (kalau benar hibrid sebaiknya akan dinyatakan lebih jelad apakah dia varieti pokok induknya dan kaedah prosedur membuatnya). Pada penulis blog walau pun varieti ini sudah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian akan tetapi masih belum ramai tahu akan sumber bekalan benih dan harganya serta ramai kalangan penanam kelapa yang masih belum lagi percaya dengan varieti baru ini. Kehadiran varieti kelapa baru seperti ini amat baik untuk industri kelapa negara yang masih mengimport antara 100 - 150 juta biji kelapa setahun dari Indoensia dan jika ada varieti kelapa baru yang sesuai untuk dikomersilkan maka ia seharusnya disokong. Semasa artikel ini ditulis dimana Presiden Jokowi dari Indonesia keluarkan kenyataan larangan eksport kelapa termasuk ke Malaysia Tahun 2024. Sehingga artikel ini ditulis pada Oktober 2023 penulis blog belum dapat peluang membuat tinjauan peribadi keatas pokok varieti kelapa baru ini tetapi kepakaran dalam bidang tanaman kelapa banyak membantu saya menulis artikel ini. Mungkin ramai dari pembaca yang keliru dengan nama kelapa ini iaitu 'Sampoorna' dan ia bukannya bandar 'Semporna' di Sabah yang seakan-akan sama sahaja bunyinya. Nama Sampoorna adalah sebenarnya didalam bahasa India. Artikel khas pada pagi Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya saya kutip maklumat mengenai kelapa varieti Sampoorna untuk dijadikan bahan rujukan bagi pembaca blog semua.


Penulis blog menerima banyak pertanyaan rakan dan petani setelah viral dalam tiktok mengenai tanaman 'Kelapa Sampoorna' yang agak panjang tulisannya. Dalam tiktokpula ada tersebut Dan dijelaskan bagaimana pokok kelapa jenis ini sudah berbuah dengan baik dan dibuat diujirasa air kelapa muda serta ketebalan isinya yang tebal. Memang menarik tiktok mengenai kelapa ini yang mungkin di buat di Perak atau di Sabah kerana kurang jelas cara penerangan yang diberikan. Beberapa petani juga ada upload menanam kelapa ini yang mendapatkan bekalan benihnya daripada pendaftar disenaraikan diatas. Kemudian merujuk kepda lamaneb Jabatan Pertanian Malaysia iaitu pautan kegemaran pvpbkkt.doa.gov mendapati sudah ada dua (2) varieti kelapa ini yang didaftarkan iaitu pada 6 Oktober 2022 lalu dengan nombor pendaftarannya CN19 dan CN20. Varieti pertama didaftarkan dengan nama diluluskan Varieti 
DEEJAY SAMPOORNA GREEN (CN19) oleh Syarikat Maleya Trading (M) Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot 1465, Simpang 3 Rungkup, Batu 24 1/2 Rungkup, 36100 Rungkup Perak. Kemudian varieti kedua yang diluluskan pendaftarannya adalah Varieti DEEJAY SAMPOORNA GOLDEN (CN20) juga oleh Syarikat Maleya Trading (M) Sdn. Bhd. juga dengan amalat yag sama. Nombor fail pendaftaran kelapa ini ada PVK003/21 sebagai tanaman kelapa (Cocos nucifera) dengan nama varieti adalah Deejay Sampoorna Green.


Bagaimana pun didalam senarai tersebut tidak ada penjelasan lain mengenai pencirian varieti kelapa ini yang dapat saya rujuk untuk dikongsikan bersama pembaca semua. 
 
Penulis blog telah merujuk kepada beberapa sumber lain termasuk beberapa pegawai di Jabatan Pertanian sehingga mendapat maklumat pencirian pendaftaran kelapa varirti Sampoorna ini untuk dikongsikan bersama pebaca semua. Menyentuh mengenai maklumat umum sumber benih adalah asal benih dari kacukan induk dari Deejay Farm Private Limited, Madurai, India. Cara pembiakan dinyatakan sebagai hibrid (tidak diketahui jumlah benih yang ada di Malaysia bagaimana mendapatkannya). Bilangan tanaman atau pokok sebanyak 10,000 pokok dengan umur pokok diperiksa sudah 5 tahun. Ciri pokok dimana ada di lihat bentuk batang 'tapak gajah' dengan purata ukurlilit batang tapak gajah adalah169 cm dan purata tinggi batang 86.6 cm serta purata ukuran lilitan batang adalah 141.2 cm.  Pemeriksaan mendapati ciri daun pelapah adalah dimana tiada kehadiran sayap, panjang pelepah (161.8cm), purata ketebalan keratan rentas (3.48cm), purata lebar pelepah (7.76 cm), mempunyai sifat daun baway yang 'kebawah', purata panjang daun rakis (403.2cm), purata bilangan lai daun (210 unit), purata panjang lai daun (210cm), purata panjang ank daun (128.2 cm), purata lebar lai daun (6.22 cm) dan akhirnya intensiti warna daun adalah Hijau Gelap.


Seterusnya pemulis blog jelaskan hasil pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian mengenai Jambak Bunga dan Buah Kelapa Varieti Sampoorna. Bagi ciri Jambak Bunga dimana ciri purata lebar pedunkel adalah 4.2cm, purta panjang paksi tengah (47.6 cm), purata bilangan spikelet (44 unit), purata bilangan spikelet yang mempunyai bunga betina (40 unit) dan purata panjang spikelet yang mempunyai bunga betina pertama (53.4 cm). Seterusnya hasil pemeriksaan mencirikan Buah Kelapa Muda dimana jumlah bilangan buah setandan sebanyak 18 biji, warna buah muda adalah hijau muda (no rujukkanRHS143B atau Dark Green), Bentuk buah adalah Epiliptik dan ciri kehadiran puting pada hujung buah adalah 'tiada'. Mengenai ciri buah kelapa matang dimana  bentuk buahnya adalah 'Obovat' dengan purata ketebalan tempurung adalah 4.2 cm dan purata ketebalan isinya adlah setabal 13.934 mm (1.39 cm) yang memang memuaskan. Apa pun ciri ini sudah cukup untuk kelapa varieti sampoorna ini diluluskan pendaftarannya pada 6 Oktober 2022. 


Paling menarik merujuk portal dari  sabahgazette.com dengan berita bertajuk '
Penanaman Kelapa Hibrid Seluas 500 Ekar Di Kudat' berkait dengan varieti kelapa ini.  Dari Kota Kinabalu, Sabah dilaporkan dimana ada 500 ekar tanah milik Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA) di Kudat akan ditanam dengan kelapa hibrid. Pengurus Besarnya, Bahrul Razha Chuprat berkata, ia adalah projek percubaan Mingxi Plantation Sdn Bhd dan merupakan projek pertama seumpama itu dijalankan di Sabah. Dilaporkan SAFODA akan dapat menjana pendapatan baharu daripada usaha niaga ini.  Apa pun dii bawah usaha sama itu, Mingxi Plantation Sdn Bhd akan menyewa tanah daripada SAFODA untuk tempoh penyewaan selama 30 tahun.  Kelapa hibrid yang akan ditanam berasal daripada genus Sampoorna yang khusus. menurut ketua Pegawai Eksekutif Mingxi Plantation Sdn Bhd (Mingxi) Datuk Wira Richard Lau berkata pihaknya berharap dapat bekerjasama rapat dengan SAFODA dalam usaha itu dan berharap dapat mengembangkan kawasan untuk perladangan pada masa hadapan. 
Mereka yang hadir pada sidang media yang diadakan di hotel Hyatt Kinabalu dekat sini baru-baru ini difahamkan bahawa Mingxi mampu menanam 70 pokok setiap ekar tanah dan setiap pokok mula berbunga dalam tempoh 24 bulan dan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 200 biji. Mingxi juga bercadang untuk menjalankan pemprosesan hiliran kelapa yang dihasilkan sambil turut menjual air kelapa. Pada mulanya pihak Mingxi berharap dapat memenuhi permintaan tempatan dan bergantung kepada keluasan, merancang untuk mengeksport ke Semenanjung Malaysia. Sementara itu, pada majlis sama, Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (KAVSB) membayar dividen kepada pemegang sahamnya iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB), SAFODA dan kerajaan Sabah. Pengarah Urusan KAVSB Syaheddrul Joddari berkata mereka mula beroperasi pada 2010 dengan memfokuskan kepada ladang kelapa sawit di Keningau. Ini adalah dividen pertama yang dibayar kepada pemegang saham mereka. Tambahnya, KAVSB telah menanam 5,000 hektar daripada 8,000 hektar dengan kelapa sawit, dan merancang untuk menceburi kilang komersil bagi kawasan selebihnya kerana ia tidak sesuai untuk kelapa sawit. SAFODA menerima bayaran dividen RM1,050,000 daripada KAVSB, manakala SLDB menerima RM1,800,000 dan kerajaan Sabah menerima RM150,000. Semuga artikel ini dapat menjawab beberapa soalan dari ramai orang dan petani yang pernah bertanya kepada penulis blog sebelum ini. Diharap pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA VARIETI BARU...IA SAMPOORNA...
DIKATAKAN HIBRID... ASALNYA DARI INDIA...
SUDAH DIDAFTARKAN... CN19 DAN CN20 DIA...
SESIAPA BERMINAT... CARI BENIH ASLINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...