Support My Blog

Friday, November 17, 2023

PERAHU PAPAN BERMUAT INTAN

Menarik peribahasa atau Bahasa Rakyat di bumi Melayu ini yang berbunyi 'PERAHU PAPAN BERMUAT INTAN' dimana ia memang agak jarang didengar atau digunakan masa kini oleh masyarakat tempatan. Penulis blog sendiri pun memang tidak pernah lagi gunakan peribahasa ini sejak dibangku sekolah lagi. Kiasan digunakan dalam peribahasa ini adalah 'perahu atau sampan papan' iaitu sejenis perahu yang dibuat dari kayu papan yang dianggap murah, mudah dibuat dan kecil sahaja saiznya. Kini semakin kurang ahli pakar membuat perahu papan ini lagi kerana lebih mudah dan senang jaga serta tahan lasak jika membeli perahu fiberglass. Nelayan sungai dan nelayan pesisir pantai sudah menggunakan perabu atau bot fiberglass yang mudah dipasang injin sangkut dibelakangnya. Maka mungkin masih ada sedikit lagi nelayan sungai tradisional yang masih menggunakan perahu papan dan mengayuh menggunakan pendayung untuk mencari ikan atau udang di beberapa sungai di Malaysia. Orang dulu-dulu yang tahu akan ketahanan dan keselamatan perahu papan ini kemudan kiaskan dengan peribahasa menarik 'perahu papan membawa intan' yang membawa maksud sebagai '
Sesuatu yang tidak pada tempatnya'. Penulis blog juga merujuk dimana antara peribahasa lain yang sama makna dengan peribahasa ini seperti 'Penyapu diikat sutera', 'Permata lekat di pangkur', 'Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera' dan juga 'Seperti sapu diikat dengan benang sutera' yang serupa cara kiasanan dan menggunakannya. Dalam pada sumber lain menyatakan maksud peribahasa ini juga bermaksud 'Orang yang kehidupannya terlalu miskin itu jika dia menyatakan mempunyai harta banyak tentulah orang tidak percaya; atau maknanya juga sesuatu layak dijodohkan'. Bagi membuatkan ayat contoh atau kisah sebenar yang dilaporkan beberapa akhbar tempatan dirujuk berita bertajuk 'Di sita tinggalkan loti ditepi jalan' yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan. Seorang pemandu lori nekad untuk meninggalkan kenderaannya di tepi jalan dengan enjin yang masih hidup, semata-mata mengelak ditahan penguat kuasa berikutan membawa muatan berlebihan. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan nyatakan lori muatan tanah itu dikesan di Kampung Berangan, Tumpat dalam Op Khas Lebih Muatan. Pemandunya telah pun melarikan diri dan kemudian hasil pemeriksaan mendapati lori itu membawa muatan tanah berlebihan. Ada sebanyak lapan saman serta notis dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010). Operasi ini menumpu kepada kenderaan yang membawa muatan bahan binaan berlebihan  agar tidak membahayakan pengguna jalan raya lain. Kisah ini seakan peribahasa 'perahu papan membawa intan'. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kiasan peribahasa ini dalam aspek teknologi pertanian untuk bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog istilah 
Perahu atau Sampan atau Bot (boat) merupakan sejenis kenderaan air yang biasanya lebih kecil dari kapal. Sesetengah perahu boleh dibawa di atas kapal atau darat menggunakan treler malah salah satu pengertian perahu ialah sejenis lancang air yang boleh dibawa oleh kapal. Apa pun cara membuat perahu atau pemberian nama perahu ini berbeza-beza di seluruh Asia Tenggara kerana masyarakatnya memang ahli didalam menggunakan perahu untuk mencari ikan, berdagang dan merantau ejak turun temurun. Mereka pandai membuat perahu atau kapal dengan kepakara belayar sejauh mana di darat dan lautan. Sebelum proses membuat perahu bermula sebaiknya alat kelengkapan telah disediakan dan gunakan hanya papan kayu mesti kering. Proses pertama ialah membuat lunas bersama dabal dalam. Dilantur di tempat khas membuat perahu dimana selepas itu barulah proses menaikkan buris pertama. Buris pertama ini ialah memasang papan kayu di kedua-dua belah bertujuan untuk mencorak ‘kebisaian’ perahu. Selepas itu proses memasang jiak (dinamakan menjiak satu) dihadapan diman selepas selesai memasang jiak kemudian barulah dilakukan proses selanjutnya iaitu menaikkan buris kedua. Selepas selesai menaikkan buris kedua, barulah memasang jiak (digam) dan kondisi (tempat menyangkutkan enjin). Selepas selesai barulah menaikkan tunggul ketiga (sehinggalah seterusnya mengikut tempahan). Setelah habis buris maka proses lain seterusnya adalah meratakan buris. Selepas itu proses memasang tajuk di kiri dan kanan diikuti dengan proses menghalusi bahagian dalam kemudian barulah dicat (ikutlah citarasa penempah perahu papan). Selepas itu proses memasang Linggi barulah memasang kayu panjang iaitu kayu perantaraan memasang lantai dan seterusnya proses untuk memasang papan tong tangki mengikut besar tangki yang digunakan dan akhir sekali adalah proses memasang lantai. Kemudian adalah roses memasang tutup (tutup caruk seterusnya tutup siring) barulah memasang dinding angin. Setelah selesai dilakukan proses memasang tempat duduk barulah proses menutup tangki kemudian proses memanci paku disaluti dengan gam. Selepas itu proses menghalusi baru proses memvarnish dan kemudian proses dimana perlu diterbalikkan perahu untuk menyaluti gam diantara perapatan buris dan lepas proses menghalusi dilakukan lagi. Sebelum proses mencat dilakukan periksa dulu ke atas perahu tersebut untuk memastikan semua perapatan disaluti dengan gam untuk mengelakkan air masuk ke dalam perahu. Selepas selesai periksa baru dicat perahu itu dan memasang besi dan kemudian diterbalik kembali dan setelah semuanya selesai barulah menguji diatas air.


INTAN atau BERLIAN (diamond) merupakan perkataan yang berasa dari bahasa Perancis yang bermakna adalah 'bersinar' dimana ia dilaporkan iaitu sebenarnya merupakan bahan galian berbentuk kristal atau pun 
karbon allotrop (termasuk grafit dan fullerena). Ia juga merupakan galian yang paling terkenal dan berguna di antara 3,000 jenis mineral yang diketahui dengan harga yang sangat mahal jika berkualiti. Batu ini paling didambakan diinginkan ramai kerana mutu fizikalnya yang hebat terutamanya ciri kekerasan dan sifat optik iaitu keupayaan menyelerakkan cahaya. Ciri-ciri ini dan yang lain menjadikan berlian digemari sebagai barangan perhiasan dan pelbagai kegunaan pengilangan. Kebanyakan berlian sedia ada yang dilombong daripada lohong luahan gunung berapi daripada isi perut bumi yang berkedalaman sehingga150 km jauh dalam Bumi, di mana adanya tekanan dan suhu sesuai galian ini terhasil secara semulajadinya. Kebanyakan batu ini dilombong dari tengah dan selatan Afrika, namun sejumlah besarnya turut dijumpai di Kanada, Russia, Brazil dan juga di Australia. Sekitar 130 juta karat (26,000 kg) berlian dilombong setiap tahun iaitu sama dengan jumlah keseluruhan hampir USD9 billion. Hampir empat kali ganda daripada jisim itu dihasilkan manusia secara sintetik. Galian ini dikatakan mula dikenali dalam ketamadunan India sejak penemuan bahan sebegini yang dikaji wujud sepanjang sungai-sungai Penner, Krishna and Godavari dari seawal 3 - 6 alaf intan berlian ini ada dipakai dalam hiasan patung berhala mereka. Kemajuan teknologi melombong serta menggilap bahan ini sehingga memenuhi kehendak pasaran dunia yang semakin meningkat beserta pengiklanan dan pemasaran bahan ini yang berkesan menjadikan batu galian ini sangat direbutkan sejak abad ke-19. Dilaporkan dimana sebanyak 80% jumlah intan berlian yang dilombong (bersamaan kira-kira 135,000,000 carat (27,000 kg) setahun) tidak sesuai dipilih untuk tujuan perhiasan kerana tidak memenuhi kriteria tertentu (seperti penampakkan permukaan yang kusam atau ada cela; namun masih boleh dipakai dalam perindustrian kerana sifat kekerasannya yang paling tinggi berbanding batu-batu lain; malah batu intan ini mampu digunakan untuk memotong batu yang mengandungi intan sendiri dalam perlombongan galian sejenis. Mata berlian turut digunapakai dalam gerudi, gergaji ataupun bahan empelas. Batu ini mampu menahan pengaliran suhu yang tinggi dimana iaia mampu digunakan sebagai bahan penyimpan haba (heat sink) dalam penghasilan litar bersepadu elektronik. Daya tahan intan dilaporkan ia juga mampu dipergunakan dalam tujuan eksperimen atau tujuan penyelengaraan insystri penting dunia. 


Pencerobohan nelayan asing terutama Nelayan Vietnam di perairan Malaysia bagaikan 'perahu papan bermuat intan' ada selalu dilaporkan dalam media utama. Dilaporkan seramai 24 nelayan warga Vietnam ditahan bersama empat bot oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana dikesan menangkap ikan secara haram di perairan negara beberapa kali. Menurut Pengarah APMM Kelantan laporkan semua mereka ditahan pada kedudukan antara 90 hingga 106 batu nautika dari Muara Tok Bali. APMM beritau dimana bot pertama ditahan kira-kira 6.52 petang manakala tiga lagi telah dikesan antara 9.52 malam hingga 10.24 malam. Kejadian semua bot masih enggan memberi kerjasama dan cuba melarikan diri ke sempadan negara apabila kapal penguatkuasa memberi arahan berhenti untuk menghentikan bot memang terjadi. Kapal Maritim (KM) Jujur APMM terus bertindak memintas dan melakukan 'force boarding' untuk menghentikan bot berkenaan sehingga mereka mengalah dan akur memberi kerjasama,” katanya pada sidang media di Pejabat APMM Tok Bali. APMM dakwa yang pihaknya menganggarkan empat bot itu termasuk peralatan menangkap ikan dan 1,200 liter bekalan minyak diesel bernilai RM1.66 juta. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 315(1)(a) kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan negara. Dilaporkan ada empat tekong terlibat juga disyaki melanggar Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985. Menurutnya dimana kesemua kru akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Jika sabit kesalahan bagi kes perikanan, tekong boleh dihukum denda sehingga RM6 juta manakala RM600,000 ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pera pembaca blog anim agro technology yang ke 7,746 kali ini. Wasallam!!!...
PERAHU PAPAN... SEMAKIN PUPUS DIA...
MEMBAWA INTAN... MEMANGLAH TIADA....
KALAU TAK SESUAI...SESUATI DITEMPATNYA..
PERLU DIPASTIKAN...CARA MELAKUKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Rabiulakhir 1445H).
Posted from,
Desaru, Kota Tinggi, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...