Support My Blog

Saturday, November 11, 2023

UMPAN MEMANCING - APA KEHEBATANNYA (Part 3)

MEMANCING IKAN
merupakan suatu kegiatan atau kaedah menangkap ikan yang menggunakan alatan pancing dan umpan dimana ia dijadikan pekerjaan, hobi, olahraga atau kegiatan pertandingan sama ada di tasek, laut, sungai dan perairan lainnya dengan sasaran mendapatkan seekor atau beberapa ekor ikan yang berjaya dinaikkan. Nelayan adalah golongan yang kerjanya menangkap ikan sebagai sumber rezeki dengan mana mereka menggunakan pelbagai jenis alatan menangkap ikan seperti jala, jaring, pukat, lukah, bagan termasuk cara memancing. Penulis blog memang mempunyai hobi memancing di laut dan memancing udang di sungai dahulu dimana mempunyai jadual memancing yang jitu. Paling tidak pun memancing udang di Sungai Endau merupakan satu kegemaran selama beberapa tahun sebelum berpindah kerja kelokasi lain yang jauh. Memancing ikan memerlukan serba kelengkapan daripada kelengkapan asas sehingga kepada kelengkapan canggih yang menelan ribuan ringgit. Alatan memancing ada pelbagai jenis dan juga alatan kelengkapan lain bergantung kepada bajet, kegunaan, buatan, kecanggihan serta kedai yang menjualnya. Salah satu asek penting dalam memancing ikan adalah keperluan UMPAN (Bait) yang digunakan. Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada mata kail (ada juga jenis umpan yang di bubuh pada perangkap dan lain-lain seperti bubu, lukan dan sebagainya) untuk memikat atau menangkap ikan. Kalangan pemancing menetapkan dimana memang tiada masa atau faktur penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan kerana ada banyak perkara menyebabkan ikan memakan pancing atau memasukki perangkap yang dipasang. Bagaimana pun dikalangan yang minat memancing atau digelar sebagai 'Kaki pancing' dimana golongan ini semestinya sudah tahu umpan apa yang istimewa untuk menjadi santapan 'mangsa' dan masa sesuai untuk menggunakannya. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti memancing ini maka mereka perlu banyak membaca atau bertanya kepada kaki pancing yntuk mendapatkan umpan terbaik dan teknik memancing yang paling menggembirakan terutama mendapat ikan. Memang ada banyak jenis umpan boleh di cari atau dibeli sebelum pergi memancing dilokasi pilihan dan mendapatkan hasil yang terbaik. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa jenis umpan serta umpan tiruan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Jenis umpan memancing yang agak unik adalah TELUR KERENGGA (Weaver Ants) dimana ia mudah dicari dan ramai yang menggunakan sebagai umpan memancing. Pengalaman penulis blog semasa bekerja di Melakan mendapati jenis u
mpan ini adalah terbaik untuk menjerat puyu dimana memang telur kerengga adalah umpan paling legend untuk menjinakkan ikan yang memiliki sirip atau ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan. Telur Kerengga merupakan umpan terbaik bagi tujuan memancing IKAN PUYU. Ini kerana umpan telur kerengga ini adalah dilaporkan memang terbaik untuk memancing ikan puyu sepertimana apa yang telah dilakukan oleh orang tua di ceruk mana sekalipun. Sila baca tulisan saya sebelum ini dengan pautan (Sila Klik Disini)KERENGGA (Oceophylla smaradgina) adalah seranggga dengan membina sarang yang berstruktur yang dibina oleh koloni kerengga untuk tempat tinggal. Kerengga adalah sejenis serangga yang mempunyai 6 kaki (3 pasang) dari Keluarga Formacidae yang mudah kita jumpa di Malaysia. Ramai orang Malaysia kenal akan serangga ini yang mana sering mengigit mangsa yang cuba mengganggu koloni tersebut dekat pokok dimana kerengga tinggal atau ia bersarang. Memang mereka yang berpengalaman untuk memancing ikan puyu menyatakan dimana memang telur kerengga adalah umpan legend untuk menjinakkan ikan yang memiliki ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan. Selain ikan puyu lazimnya juga umpan telur kerenggan ini boleh menjadikan sasaran kepada ikan spesis lain sperti ikan sepat dan haruan selain seluang, ikan putih dan sebagainya. Cara digunakan umpan telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar dimana penulis blog dapati kalangan ahli pemancing ada juga yang merebusnya dahulu sebelum menggunakannya. Biasanya cara untuk dijadikan umpan memancing dengan cangkukkan sahaja mata kail bersaiz kecil kepada telur kerangga dan boleh terus memancing. Pastinya kalangan pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama selepas itu dari lubuk puyu. Kalau ada kalangan pemancing yang mahu lebih feeling, maka boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Pengalaman penulis blog di Melaka mendapati dimana sebaik sahaja pelampung tersebut tenggelam maka apa lagi boleh disentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan atau boleh dinaikan. Keseronokan memancing ikan puyu memang tidak boleh di nyatakan semasa menaikan ikan puyu kedaratan dari beberapa lokasi seperti dari parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi serta lubuk ikan yang lain. Ikan lain ada kalanya yang mengena seperti ikan haruan yang tahap rentapnya lebih kuat dan akan ada perlawanan yang lebih menyeronokan lagi. Ikan darat memang enak dimakan kalau tahu cara menyediakannya dengan betul dan masih segar selepas dipancing.


Mencari telur kerengga perlukan kemahiran dan keberanian kerana kerengga akan cuba menyerang sesiapa juga yang akan menganggu sarangnya. Pertama perlu keliling kampung untuk mencari dimana ada kerengga membuat sarangnya. Pada pengalaman penulis blog mendapati dimana ti
dak semua sarang kerengga ada telurnya dan pengalaman akan membantu mana satu sarang yang ada telur. Pertama dilihat dulu sarang berkenaan dimana jika ada sedikit (tiga atau lima helai) daun kering ia amat sesuai diambil. Jika terdapat daun kering melebihi daun hijau ia juga menandakan telur kerangga sudah menetas. Cara kenalpasti kedua adalah dimana jika ingin mengambil telur kerengga maka perlu dilihat bulan Islam iaitu dengan kiraan harus genap di bulan berkenaan. Jika hari berkenaan hari bulan ganjil maka sebaikan atau elok lupakan. Sebaiknya dapatkan sarang dengan memperoleh anak-anak kerengga yang kecil keputihan atau ia diiIstilahkan sebagai 'telur sudah melepas (menetas)'.  Selepas telur diambil perlu ada proses mengasingkan telur kerengga dari daun dan ranting (Sila lihat foto disebelah). Bagi mendapatkan jenis telur kerengga mesti dijolok buluh yang dipasang kerondong seperti tangguk yang diperbuat daripada upeh pinang. Selepas memperoleh telur berkenaan sebaiknya dilakukan dengan cara berhati-hati supaya tidak pecah kerana ia amat sensitif pada tekanan. Bagi mengasingkan telur dengan kerengga yang jatuh bersama di dalam kerondong paling biasa adlaah dengan menggunakan daun kelapa kering yang dibakar sarang kerengga. Telur Kerengga yang diambil itu kemudian direbus bersama daun kunyit dan sedikit garam. Daun kunyit digunakan untuk menimbulkan aroma dan sebagai pemikat ikan. Kebiasaan sebiji telur kerengga untuk umpan seekor ikan puyu dan mata kail yang digunakan harus bersaiz kecil nombor lapan atau sembilan. Umpan ini sesuai untuk memancing jenis ikan Puyu, Ikan Sepat atau Ikan Haruan. Cara menggunakan umpan ini dimana telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar dimana ada juga pemancing yang merebusnya. Untuk memancing boleh dicangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing dimana pastinya pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama. Apa pun cara memancing umpan ini sebaiknya dipasang tali pancing dengan sebiji pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Ini kerana sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan. Umpan ini sesuai digunakan dilkasi seperti di kawasan parit yang ada kiambang, kangkung air dan juga dalam tali air sawah padi.


Seterusnya adalah jenis umpan SOTONG dan UDANG yang memang menjadi bahan umpan utama memancing di banyak lokasi sama ada di dalam air tawar, air payau atau air masin. Kedua-dua jenis umpan ini memang paling di sukai ramai pemancing terutama jika memancing di laut untuk banyak jenis ikan yang ingin didapatkan. Penulis blog yang dulu selalu memancing di laut di Mersing, Johor memang selalu menggunakan umpan sotong dan udang. Jenis umpan ini adalah u
mpan paling famous selain anak ikan belanak jika memancing di kolam air masin. Ia juga dianggap umpan favourite bagi semua jenis ikan yang ada dimana sahaja. Spesies demersal di laut juga tidak sesekali akan menolak jika terjumpa umpan ini. Udang sungai gantung pula sesuai umpan untuk menaikkan apa sahaja ikan yang yang mendiami lokasi berkenaan khususnya memancing di sungai pergunungan dan juga tasik. Antara jenis sotong yang selalu penulis blog gunakan adalah seperti Sotong Kurita dimana di sesetengah tempat atau perairan mungkin sotong kurita tidak selaris sotong cumit jika dijadikan umpan jenahak. Namun di sesetengah tempat terutamanya di perairan Mersing dan Endau serta dikepulauan dimana sotong kurita merupakan umpan paling hebat dan boleh dibawa sekiranya ingin memancing jenahak. Kini harga sotong kurita sudah pun melambung sehingga RM20 seekor. Sotong kurita sangat berkesan digunakan ketika hidup sama ada dengan menggunakan tentakel (tangan) sahaja atau seekor. Jika menggunakan seekor, mata kail perlu disangkut tidak terlalu dalam pada bahagian kepalanya. Umpan Udang Lipan atau pun Udang Mentadak merupakan umpan alternatif sekiranya tidak berjaya mendapatkan sotong cumit atau sotong kurita. Udang lipan sebenarnya merupakan umpan yang hebat jika digunakan ketika ia masih hidup. Namun jika sudah mati dia dimana selalunya ia sudah hilang keberkesanannya untuk menggoda jenahak atau spesies lain. Justeru ia haruslah disimpan di dalam bekas yang terdapat air masin (laut) dan udara mengalir masuk ke dalamnya. Manakala bekas simpanan udang lipan pula sebaiknya tertutup atau tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Penulis blog juga pernah menggunakan Udang Putih (hidup) dulu. Memang jenis umpan udang putih juga sangat berkesan untuk memikat jenahak ketika ia masih hidup. Apabila sudah mati ia lebih merangsang selera ikan-ikan lain yang merupakan bukan ikan sasaran seperti duri dan seangkatan dengannya. Pada kebiasaannya juga udang hidup lebih sesuai untuk memburu jenahak diperairan cetek sekitar 30 kaki dan ke bawah. Ia mungkin sesuai dengan habitat udang yang tidak berada di perairan dalam. Namun jika ingin mencari jenahak di muka kuala atau muara sungai, udang hidup sememangnya umpan terbaik. Umpan ini boleh mencari jenis ikan Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui atau ketutu (air tawar). Cara digunakan dengan mencangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing. Pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan. Umpan ini sesuai digunakan dalam kolam air masin, muara, laut atau dalam sungai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
BANYAK JENIS UMPAN... BOLEH DI GUNA...
UMPAN HIDUP... DIGUNAKAN SEJAK LAMA...
CACING DAN KATAK...BELALANG PUN ADA...
UMPAN TIRUAN... SUDAH RAMAI YANG SUKA..

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...