Support My Blog

Sunday, February 5, 2012

TERNAK AYAM KAMPONG

AYAM KAMPONG?  Mana nak beli atau nak pelihara kalau tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jawabnya kena cari pasar borong yang berhampiran. Harganya...memang mahal sekitar RM 15.00/kg dan seekor mencapai lebih RM 20.00 atau RM 25.00. Itu pun kalau ada stok digerai jualan ayam kampong, akan tetapi kenapa ayam kampong mahal?...Dulu memang saya duduk kampong dan puas makan ayam kampong sejak kecil lagi kerana terdapat banyak ekor ayam kampong berkeliaran dikawasan rumah begitu juga dengan ternakan kambing kampong yang masuk reban setiap petang. Rasanya ayam kampong menjadi hidangan istimewa zaman dulu ketika duduk kampong kerana tidak selalu kita dapat makan daging ayam tidak macam hari ini mudah sahaja untuk membeli ayam daging atau orang kampong panggil 'ayam karen'. Dinihari ini jam 2.00 pagi ini sambil menghadap Sungai Mersing (Dari bilik di Hotel Timothel) saya menulis mengenai ternakan ayam kampong untuk pengetahuan kita bersama.


Apakah istimewanya AYAM KAMPONG berbanding dengan AYAM DAGING MODEN?... Memang banyak bezanya dari kaedah penternakan, cara memberi makan, jenis ayam dan juga harganya. Ayam kampong ada banyak jenis yang boleh diternak dari jenis tempatan sehingga jenis moden (Diimpot - seperti Perancis, Siam, Vietnam dan banyak gelaran lagi). Boleh dikatakan ayam kampong adalah jenis ayam organik kerana makan apa sahaja serta bebas dan bergerak liar dikawasan rumah dan kebun. Mereka memakan apa sahaja yang ada diatas tanah seperti serangga, daun, tanah, sisa makanan, buah-buahan yang gugur dan juga benda tu...lepas kita melepas (dulu dikawasan kebun je). Ayam kampong pandai mengkais-kais tanah untuk 'exercise' dan cari makan. Ayam kampong tidak memerlukan penjagaan yang rumit kerana kita hanya menyediakan reban ayam yang mudah sahaja daripada kayu dan bumbung dan lantai serta tangga untuk ayam naik sendiri. Pastikan reban mempunyai ruangan yang cukup dimana seekor ayam perlukan 1 kaki persegi dan kalau ada 10 ekor sediakan 10 kaki persegi. Dulu saya tidak buat macam itu memadai dengan buat beberapa tingkat kayu dalam reban kecil dan tinggi dimana ayam akan bertenggek diatas palang-palang kayu yang disediakan.


Bagusnya ayam kampong adalah kerana kita boleh pelihara dan tuai sepanjang tahun tidak mengira musim panas atau musim hujan. Ayam kampong pandai cari makan sendiri dan merayau-rayau dikeliling rumah dan kebun untuk mencari makanannya. Bila dah petang ayam kampong akan pulang sendiri kedalam reban untuk tidur. Kalau ada musuh yang mengancamnya seperti biawak, musang, ular dan sebagainya di waktu siang atau malam maka ayam kampong akan mengeluarkan bunyi bising dan memberitahu tuannya musuh sedang mengancamnya. Lalu tuan rumah akan ambil senapang dan ...Bang....bunuh musuh yang datang. Kadang-kadang pasang perangkap sahaja. Ayam kampong juga akan mengawan dan bertelur dimana kita akan gunakan telur untuk makan atau dibiarkan ditetaskan oleh induknya menjadi baka anak ayam kampong agar terus banyak bilangan ayam kita. Ayam kampong juga memang handal memelihara anak-anaknya sehingga mampu berdikari. Sesiapa sahaja yang mendekati anak ayam kampong pasti ibunya akan garang dan mengejar kita!


Kalau hendak pelihara ayam kampong perlu ada Ayam Jantan seekor untuk sekitar 10 ekor ayam betina agar dapat mengawan dan bertelur. Pilih ayam jantan (AYAM JAGO) yang besar , aktif dan mempunyai bulu yang canti disamping kuat tenaganya. Ini kerana untuk proses mengawan , ayam jantan akan mengejar ayam betina keliling rumah sambil mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga selesai mengawan. Ayam betina yang hendak bertelur akan berbunyi kuat berketak-kokok untuk memberitahu tuan rumah yang dia hendak bertelur dan mencakar-cakar kawasan untuk bertelur. Perlulah disediakan tempat khas untuk ayam betina bertelur seperti kotak kayu, tin atau sudut khas yang diberi alas kain buruk, rumput, lalang, kertas yang lembut untuk ayam bertelur dan proses mengeram telur. Kalau tidak disediakan maka ayam betina akan bertelur diatas tanah atau rumput secara berselerak dan akan dimakan musuh terutamanya biawak air. Ayam betina mampu menghasilkan sebanyak 15 biji telur dalam masa 21 hari.


Menternak ayam kampong paling ditakuti adalah isu serangan penyakit Ayam terutama Penyakit Sampar Ayam (ND) yang boleh membunuh ayam kampong. Penyakit ayam lain seperti Penyakit Gumboro (IBD), Penyakit Puru, Salmonellosis, Pasteurlosis dan sebagainya. Antara tanda-tanda ayam kampong sakit apabila dilihat ayam kurang nafsu makan, tidak aktif atau Monyok (berdiri diam sahaja dan tidak aktif), pucat, bersin dan keluar hingus dari hidung, muka bengkak, berak cair dan berdarah serta berlaku serangan saraf dimana badannya lemah atau kepala bengkok dan macam-macam lagi. Kalau belum mati lagi biasanya ayam akan disembelih dan dibuat lauk tetapi lazimnya akan diberitahu kepada orang kerajaan (JPH agaknya) dan mereka akan membuat operasi suntikan ayam dikampong secara percuma dulukala.


Kawalan penyakit ayam perlu diikuti oleh semua penduduk kampong dengan mempastikan reban ayam sentiasa bersih, pilih anak ayam yang sihat sahaja, kurung dikawasan khusus sahaja dan elakkan bercampur dengan ayam orang lain (kalau kita beri makan cukup ayam tidak pergi jauh), berikan rawatan segera kalau dah nampak tanda dan musnahkan ayam yang telah mati diserang penyakit dengan membakarnya (jangan makan ayam mati - merbahaya).  Bagaimana pun pencegahan adalah lebih baik dengan membuat suntikan seperti pada umur 1 hari dengan suntikan Sampar ayam 'F' dan pada umur 3-4 minggu disuntik lagi dengan cacar ayam dan Sampar 'F', kemudian pada umur 6-8 minggu disuntik sekali lagi dengan Sampar 'S'. Ini lebih menjamin ayam kampong kita tahan apabila berlaku serangan kelak.


Ayam kampong adalah lebih sedap daripada 'ayam pencen' dan 'ayam hutan', apa lagi jika dibandingkan dengan 'ayam karen' (ayam daging). Ini kerana dagingnya pejal dan enak kerana sumber makanan dan merupakan ayam yang aktif bergerak serta tidak banyak lemak. Ayam hutan agak liat dan ayam pencen banyak lemak dan pilihan paling tepat untuk menjaga kesihatan dan menyelerakan adalah makan ayam kampong. Antara menu masakan ayam kampong paling popular dikampong adalah Ayam Masak Kicap, Ayam Masak Ungkep, Ayam Masak Rendang, Ayam Kmpong Goreng Berempah dan juga Masak Kari atau buat Sup ayam Kampong. Kalau untuk Nasi Ambeng ayam kampong akan di buat 'ENGKONG' dimana seekor ayam kampong dibubuh rempah dan digoreng sebelum diletakkan dibahagian paling atas dalam dulang nasi ambeng. Inilah sahaja artikel saya dah jam 2.45 pagi nak tidor...
Marilah kita kenang kembali penternakan ayam kampong zaman dulu dan kini ayam kampong telah dikomersilkan... tungu artikan akan datang untuk menyelongkat teknologi menternak ayam kampong moden pula...Salam.


TERNAK AYAM KAMPONG...AMBOI SYOKNYA...
AYAM LEPAS BEBAS...TAHU BALIK SARANGNYA...
BILA DAN BANYAK...JUAL ATAU MAKANNYA....
MEMANG SEDAP, LAZAT...DAN ENAK RASANYA...
DAH DI BANDAR KINI...MANA NAK CARINYA...
KALAU ADA PUN...PASTI MAHAL HARGANYA...


By,
M Anem
Rool 218, Hotel Timothel,
Mersing Kanan, Mersing,
Johor , Malaysia.
(14 Rabiulawal 1433H)

Saturday, February 4, 2012

MAJOR TROPICAL FRUIT

TROPICAL FRUIT industry has an expected production to reach 65 million tonnes in 2012 from only 63 million tonnes in 2010. From international report showing that the trend of tropical fruit production increase gradually from major producing country and new area. Developing countries contribute about 98% of world total production whereby the developed country contribute only 2% (because of the geographic and climate reason.  From my study shown that Asia and Pacific region contribute 56% of the global tropical fruit, Latin America and Caribbean about 30% and Africa Region about 11% in 2011. USA, Europe and Oceania only contribute less than 1% in this industry. The temperate fruit are produce mainly from developed country such as in Europe, USA, China and other temperate country.  Developing Country continues to expand and produce tropical fruits from only 96% in 2000 to 99% in 2011. This morning article I would like to share my knowledge about Major Tropical Fruit in this Industry.


The five (5) major tropical fruit produced and grown are BANANA, MANGO, PINEAPPLE, PAPAYA and AVOCADO. The next four in the listing were CITRUS, DURIAN, RAMBUTAN and JACK FRUIT. In economic categories few other tropical fruit are included such as LYCHEES, PASSION FRUITS and GUAVAS. FAO projection in 2014 indicate annual increase in export volume by 1.4% for mango,  1.7% for pineapples, 2% for avocado and 5.6% for papaya. World largest tropical fruit tree are Mango followed by Papaya and Avocado.  Overall, import demand for tropical fruits for the next decade is expected to increase, thus import volume is also projected to expand. The US, European Community and Japan remain the largest import markets for tropical fruits.



Numerous edible fruit species are found over the archipelagoes, offering wide variation of nutritional quality, taste, flavor and seasonal availability. Some 400 species of fruits and nuts are grown in Southeast Asia. Ninety percent (or 360 species) are woody plants; the rest are herbaceous species (banana, papaya and pineapple). 250 are fruit trees, 227 (or 90%) of which are indigenous to Southeast Asia .Some of fruit species (underutilized crops) have become commercial, but have not been explored optimally e.g jackfruit, breadfruit, etc. Recently, market potential of tropical fruits, both for foreign as well as domestic market, increased significantly due to population growth, better living condition, and promotion of international tourism.

Asian contribution to world production of tropical fruits:

•  Asia supplies > ½ of total world production of Banana (53%)
•  Leading producer  India contributes 24% of the  world total 
   (70.89 million tons in 2004)
•  Brazil and Ecuador rank 2nd  and 3rd  contributing 9.3% and 8.5% respectively
•  China, Philippines, Indonesia, and Thailand rank 4th , 5th , 6th and 9th  respectively

Mangoes (most important tropical fruit) in terms of production followed by  pineapple by 2010.

Asia & the Pacific account for the largest share of world production (46% ) for processing rather than fresh fruit export.
Like banana – mangoes are predominantly produced in India (45% out of the 24.34 million ton world production in 2004). Other key producers are Thailand and Mexico, each supplying 7% in 2004. Pakistan, Indonesia, and the Philippines ranked 4th, 5th and 6th, respectively. Asia’s contribution totaled 74% of world mango production. Costa Rica (major supplier of fresh pineapple exports) from Latin America and the Caribbean & so also Africa (16% of the global total; Côte d’Ivoire - dominant exporter.

The declining trend in pineapple production in developed countries such as United States is expected to continue; too large to be offset by gains in Australia and South Africa, resulting in an overall annual decline of 2.1% from 2002-04 to 2014. World production of pineapple was 15.48 million tons in 2004 with 2.8% increase over the previous year. Nearly half of the total produce came from Asia, notably the Philippines, Thailand and ChinaOther major producers are China (8.5%) and India (7.8%). India is the major producer of papaya (31%), followed by Brazil (19%)

Avocadoes mostly come from Mexico (32%), Indonesia (8%) and the US (6%). Other tropical fruits produced in smaller volumes, including inter alia durians, guavas, rambutans, carambolas, jackfruits, longans and passion fruits, are referred to as minor tropical fruits. Production of avocado fruits in Malaysia are few due to not many local farmers and consumers know the potential of this fruits. Avocado only planted in few agriculture station for observation and need more promotion to expand this fruit in Malaysia. 




By,
M Anem
Melaka
Malaysia
(12 RabiulAwal 1433H)

Friday, February 3, 2012

CARAMBOLA AGRONOMIC PRACTICES



CARAMBOLA (Averrhoa carambola) among popular tropical fruits in Malaysia for domestic and export market. This fruit considered 'Minor Tropical Fruits' from 26 categories. Carambola total export range between 40,000 -46,000 metric ton annually  to Singapore, Europe, Hong Kong and few Middle East Regions. Production of carambola in Malaysia increase from 1,244 hectare (8,572 metric tons of fruit) in 2000 to 1,318 hectare ( 12,934 metric tones ) in 2010. Selangor is the largest carambola producers in 2010 with 6,590 metric tons of fresh carambola fruits  in 2010 from 487 hectares of commercial farms. This morning I would like to share some agronomic practices in carambola farming.


PEST MANAGEMENT
Fruits are attacked by several insects including two species of Fruit flies ( Bactrocera carambolae)  and Bactocera papayae, and two species of lepidopteran borers namely Homona sp. and Cryptophlebia sp. The flowers are commonly infested by the flower moth Diacrotricha fasciola Zeller. (Pterophoridae). Mites (Tetranychus sp.) are occassionally a problem in prolonged hot dry weather. Carambola is relatively free of any serious diseases. Occasionally however, during prolonged wet weather in conjunction with dense canopy conditions, the young stems and shoots succumb to thread blight while Cercospora leaf spot causes defoliation as well as spotting on young fruits. The use of chemical and Integrated Pest Management considered the best to control this problems.  


Fruitfly Management
To minimize the economic impact of fruitflies, several measures are taken by the growers to control this important pest. Control programs are based on the use of methyl eugenol, insecticide sprays, poisoned protein hydrolysate bait, and the bagging of fruit. Bagging of fruits is usually done when the fruit reaches a length of 4-5cm, at a stage, which is well before any onset of fruitfly, attack can take place. In the packing-house, holes in the packing boxes are covered with a mesh to prevent fruitfly infestation. Fruits are also inspected twice for symptoms of fruitfly infestation, once during harvest in the farm, and again during the packing and grading processes.
Page 6

Weed Control
Weeds compete with the crop for nutrients, water and light. They may harbour pests such as thrips, but can also be useful to support pollinator populations. For small farms located near edges of vegetation, complete clearing is preferred to facilitate human movement and sanitation. In large farms, selective weeding is carried out to maintain some vegetation for pollinators to tide over the low-flowering season. Use of herbicides such as glufosinate-ammonium and glyphosate is the most common method, and can be applied before and after planting.


MATURITY AND HARVEST
The Carambola tree normally begins to flower a few months after planting. However, it is advisable to allow the plant to reach the age of two years to bear fruits. The ideal production for carambola is from 3 - 8 years of age with proper agronomic practices. From my observation in major carambola commercial farms the yields of carambola normally will produce about 300 fruits per tree at the age of 2 years. Production will increase from year to year until 9 years and above where the production stabilise (about 1200 fruits/tree). The average weight of the carambola fruit is between 17-66 tons/ha for the period of 20 years. In term of seasonality the Carambola tree flowers all throughout the year. But there are 2 main fruiting seasons and 2 small seasons in a year. The two main fruiting seasons are April - June and October - December of each year. One important activity in the farms are 'Fruit Thinning' in which a number of fruits should be thinned out in order to get good quality fruits and to ease the process of wrapping the fruits. Only one fruit is allowed to each spike. About the harvesting Indices the fruits can be harvested after 45-90 days after flower anthesis and this depends very much on the weather and the clones. Clone B10 needs 60-65 days to reach the colour index 3, whereas B17 needs 77-90 days after the anthesis. During rainy days, the fruits will ripen 2-3 days earlier compared to hot weather. I hope the information able benefit the readers . Thanks.


By,
M Anem
LPP Headquaters, Ipoh,
Perak, Malaysia.
(9 RabiulAwal 1433H)

Thursday, February 2, 2012

KOMEN PEMBACA

Ada beberapa komen pembaca yang dihantar melalui beberapa artikel dalam 'Anim Agro Technology'. Beberapa komen ada yang dapat dijawab melalui ruangan 'comments' dan ada yang dijawab melalui cara lain. Saya berterima kaseh kepada mereka yang memberikan komen untuk meningkatkan lagi kualiti kandungan artikel yang akan datang. Antara komen yang terkini seperti berikut :-
Assalamualaikum...saya mahasiswa UiTM yang mengambil kursus perladangan 
dan agroteknologi, saya ingin mendapatkan bekalan biji benih remayong...
adakah pihak encik boleh membekalkan biji benih remayong?diharap 
encik dapat membantu...terima kasih
By wajihah on REMAYONG on 1/24/12
Bolehkah encik memberi contoh nama kedai yg menjual benih2 tersebut? 
kawasan lembah klang.
By Si Kodeng on BENIH SAYURAN (PART 2) on 1/22/12
Assalamualaikum En Anim, banyak info menarik di dalam blog Encik, Tahniah 
and tq for the info, sgt menarik. Buat pengetahuan Encik, sy b'minat untuk 
melawat kilang2 VCO disekitar Johor sptmana yg dmaklumkn didalam blog ini. 
Jika tidak keberatan, mohon diberikan nama/alamat/no tel orang yg patut/
boleh hubungi. Jasa baik Encik amat saya hargai. TQVM -Sue-
By SERI CAHAYA on KELULUT on 1/19/12
Apa Khabar? mohon share gambar buah-buahan paling atas artikel anda. 
Terima kasih. 12 Keys Economic Area for Malaysia, 4 relevant to Sabah.
By sabaheco on DAFTAR VARIETI BUAH2AN on 1/16/12
http://lailagak-syok.blogspot.com/2010/06/dabai-vs-engkalak-tebulus.html ;)
By Mulu View on BUAH DABAI on 1/12/12
buah engkalak tu lain buahnya bro. yang tu berwarna pink kalau dah matang. 
hijau keputihan ketika muda. cara memasaknnya juga hampir serupa 
dengan dabai.
By Mulu View on BUAH DABAI on 1/12/12
boleh bantu saya dalam mendapatkan projek? berkaitan pembungkusan.
Boleh saja minta pandangan....gunakan email sahaja
By M Anem on Teknologi LADA HITAM on 1/10/12
saya ada membekalkan oligo, chitosan yang amat sesuai dalam 
bidang pertanian...
Salam to you Anim, Saya baru memasuki blog anda dan dapati maklumat pertanian 
yang begitu banyak dan berfaedah. Saya sedang membuat kajian untuk menceburi \
alam pertanian dan memerlukan panduan dan nasihat dari ahli pertanian seperti 
anda. Boleh kah saya menghubungi Cik Anim untuk berkongsi maklumat tentang 
rancangan pertanian saya. Terima kasih, HAIRANAH AHMAD Singapura
blog yang sgt informative. nak mintak tolong cari gambar pokok kemanyax 
(bahasa kedah). species menerung jugak. orang kedah buat tali dari pokok ni. 
tali untuk ikat ikan kat market dulu dulu.
Hai M. Anem, Thanks for the valuable info pasal kacang tanah. Saya tengah 
mencari info pasal kacang tanah sebab sekarang tengah tulis proposal untuk buat 
projek tanaman kacang tanah bersama dengan orang kampung di kawasan Pitas, 
Sabah. Nanti pasti akan jenguk2 lagi ke sini untuk cari info lebih kanjut. Selamat 
Tahun Baru 2012!!! -- Rose Ragai
By Rose Ragai on Kacang Tanah on 1/3/12
Selamat tahun baru En Anim! Saya juga ingin ucapkan terima kasih atas info 
uptodate encik mengenai pertanian di Malaysia sebab susah nak jumpa yang 
berbahasa Melayu. Juga saya harapkan kebenaran daripada encik untuk saya 
masukkan isi kandungan blog encik ini dalam wikipedia edisi BM agar terus 
dapat dikongsikan bersama yang lain. Saya juga berharap encik dapat letakkan 
sumber rujukan agar mudah untuk pengunjung seperti saya ni melakukan kajian
lebih mendalam mengenai apa yang encik Anim katakan. Saya doakan agar 
semoga blog ni terus menjadi wadah untuk rakyat Malaysia khususnya mencari 
maklumat pertanian terbaru.
Boleh saya dptkan no tel ah tee... berminat membeli kelapa dari nya utk 
perusahan saya. Tqvm.
By khalid on Kelapa Pandan on 12/29/11
sgt2 informative...sya mmg suka kemangi...wangi!
By watie on DAUN KEMANGI on 12/29/11
Salam, saya dah lama mencari benih pokok jambu mawar ni. Dulu depan 
rumah kat kampung ada tanam tapi kena tebang pasal habis lantai retak. 
En. Anem ada ke benih pokok? Kalau ada saya memang nak beli. 
Contact saya di             016-9988797      . Jeffri
By Biskut on Jambu Mawar on 12/22/11
saya ada satu lagi soalan. adakah buah jambu ini tergolong dalam syzygium 
samangenese ataupun tidak? terima kasih.
By ayahanuna on Jambu Air Merah on 12/21/11
Racun rumpai air Ada x..Ada kesan pd ikan x. Nak Palau racun apa?
By anuar on RACUN RUMPAI on 12/17/11
   Spam   |   Delete   |   Remove Content
Juga dikenali sebagai lebah lalat.
By I wong (依之汉) on LEBAH KERAN on 12/16/11

By,
M Anem
Putrajaya
Jam 4.50 pagi
(8 Rabiulawal 1433H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...