BUNGA TELANG (Clitoria ternatea) juga dikenali dengan pokok kacang telang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (Kekacang) yang sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Bunga Telang ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', 'Blue-Pea' dan juga 'Cprdofan-pea'. Saya dapati bunga telang di sebelah Kelantan lebih popular dengan nama bunga untuk membuat nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru yang saya kira agak unik (Baca artikel Nasi Kerabu - Sila klik disini). Bunga telang ini juga dilaporkan ia memberikan warna biru yang cantik dimana ia digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Didalam aplikasi genarasi dahulu, selain dari bahagian bunga, kadang-kadang bahagian daun pokok bunga telang ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau (Apakah agaknya nama untuk nasi yang warna hijau ini?). Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan kerana ia adalah jenis kekacang. Paling manarik ialah tumbuhan ini memberikan warna bunga menarik dan sesuai juga dijadikan sebagai tanaman hiasan dikawasan taman bunga atau dihalaman rumah. Tumbuhan ini juga boleh diambil bahagian pucuknya untuk dibuat sayur atau ulam jika mahu. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain atau tiang pagar atau kayu sokong yang disediakan oleh penanamnya. Dalam keadaan liar semulajadi, tumbuhan ini menjalar dengan melilit apa juga tumbuhan disekelilingnya. Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3-4 meter bergantung kepada lilitan pada sokong. Tumbuhan ini mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Tanah yang subur dengan banyak bahan organik dan mempynyai saliran baik sangat sesuai untuk tumbuhan ini/. Bagaimana pun ia kurang sesuai pada tanah yang mudah tenggelam air dan sangat asidik. Daunnya berbentuk simpel sama ada Epiliptik atau Obtuse dengan warna hijau pada susunan bertentangan. Bunganya keluar dari celah ketiak daun dengan warna biru kuat (vivid deep blue flowers) berukuran 4 cm panjang dan 3 cm lebar. Dibahagian tengah bunga terdapat warna putih kekuningan. Kajian mendapati terdapat juga varieti bunga telang yang berwarna putih walau pun jarang ditanam dinegara kita. Bagi penulis blog dimana bunga Telang adalah tumbuhan menjalar yang terkenal dengan kelopak bunga biru terang dimana ia sering digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan semula jadi (contohnya untuk nasi kerabu) dan dijadikan teh herba. Beberapa ciri dan kelebihan utamanya seperti digunakan sebagai 'Pewarna Asli' bagi menggantikan pewarna tiruan untuk kuih-muih dan masakan diman ia juga amat kaya Antioksidan serta bahan antosianin yang membantu kesihatan tubuh. Bunga telang ada digunakan secara tradisional dimana ia dipercayai membantu melancarkan pencernaan dan merawat masalah kulit. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai bunga telang sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog ini semua.
Merujuk beberapa sumber dimana tidak ada statistik rasmi yang merekodkan jumlah pengeluaran atau nilai eksport global yang khusus untuk jenis bunga telang (Clitoria ternatea). Apa pun di laporkan di peringkat antarabangsa, bunga ini dikategorikan di bawah industri herba, teh dan dimana fungsi utamanya adalah ia dijadikan sebagai bahan pewarna semula jadi yang mana pengeluarannya bertumpu di kawasan Asia Tenggara (termasuk Malaysia dan Thailand), India dan juga di laporkan ada disebahagian Afrika.
Di peringkat tempatan seperti di kawasan di Malaysia dimana aktiviti penanaman bunga telang biasanya diusahakan secara kecil-kecilan oleh pekebun sayuran atau pemilik rumah atau oleh pihak suri rumah. Pokok bunga telang ini dilaporkan yang ia boleh menghasilkan kira-kira 1,000 kuntum bunga segar sehari daripada pokok yang di tanam dan di jaga baik. Ada rekod dimana hasil basah bunga telang segar adalah beratnya sekitar 1.5 kg hingga 2.0 kg dimana jumlah ini ia menyamai satu auns (28.3 grams) sahaja apabila bunga ini sudah siap dikeringkan. Ia mendapat permintaan tinggi untuk industri pewarna makanan, teh herba, dan produk kosmetik. Menarik fakta tentang produk Bunga Telang Kering dipproses dari bahagian kelopak bunga telang yang telah dijemur sehingga kering untuk tahan lebih lama dan di pasaran tempatan ia di hargakan sekitar RM110 - RM160 sekilogram. Ia digunakan secara meluas sebagai pewarna biru semula jadi dan teh herba yang kaya dengan antioksidan. Fakta dimana selalunya bunga telang kering dimana kegunaan utamanya adalah untuk di jadikan bahan masakan seperti kuihmuih dia ia juga ada digunakan secara tradisional di Malaysia untuk mewarnakan nasi (seperti Nasi Kerabu) dan pelbagai kuih tradisional Nyonya seperti pulut inti. Selain itu ia juga dijadikan sebahai bahan asas Minuman Teh Herba sebab bila ia direndam dalam air panas ia akan menghasilkan cecair berwarna biru terang. Jika dicampur dengan bahan berasid seperti jus lemon atau limau, air tersebut akan bertukar menjadi warna ungu. Dari aspek nilai khasiat kesihatan bahan ini memang ia Tinggi Antioksidan serta ia kaya dengan antosianin (antocyanin) yang membantu melawan radikal bebas. Didakwa khasiatnya juga ia akan Melegakan Tekanan dan ia dipercayai dalam rawatan perubatan tradisional untuk membantu mengurangkan stres, merawat masalah tidur (insomnia), dan meningkatkan fungsi kognitif. Apa pun penulis blog kongsikan cara penyediaan asas
iaitu untuk mengekstrak warna biru dari bunga telang hanya perlu merendam segenggam bunga telang kering ke dalam secawan air panas selama beberapa minit. Warna daripada kelopak tersebut akan meresap ke dalam air dengan mudah dan ia sedia di gunakan. Merujuk sumber lain di laporkan dimana bunga telang yang dipercayai ia berasal dari kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia dan benua kecil India. Dinyatakan jika negara pengeluar dan pengeksport utama dunia bagi bunga ini tertumpu negara berada di rantau Asia Pasifik iaitu dengan peneraju utamanya ialah Thailand, Vietnam, India dan Indonesia. Dilaporkan juga negara seperti Thailand dan Vietnam masih unggul sebagai peneraju utama dalam penanaman komersial serta pembuatan teh bunga telang (butterfly pea tea) dan pewarna makanan semula jadi untuk pasaran antarabangsa. Dalam pada itu negara India juga masih menjadi pengeluar utama yang turut menggunakan tumbuhan ini secara meluas dalam perubatan Ayurveda. Bagi negara Indonesia dan Malaysia dimana tumbuhan ini meliar dan kurang ditanam secara meluas sama ada untuk kegunaan tradisional seperti pewarna nasi kerabu dan kuih-muih.
Menarik juga jika di kupas akan beberapa kepercayaan dan mitos mengenai bunga telang sebagai salah satu fakta menarik yang sesuai di kongsikan. Bunga telang (Clitoria ternatea) berkait rapat dengan pelbagai mitos, legenda dan kepercayaan tradisional di seluruh dunia mengikut kepercayaan masyarakat tempatan. Mitos yang pertama adalah Mitos Hindu dengan Ayurveda yang berlaku di India apabila bunga ini sangat suci dan dikaitkan dengan Dewi Aparajita yang bermaksud sebagai 'wanita yang tidak terkalahkan'. Apa pun sudah lazim jika bunga teang ini akan ia digunakan dalam upacara keagamaan untuk melambangkan kesucian, cinta, keamanan dan perlindungan. Dalam mitos Hindu dilaporkan yang ia dikatakan sebagai sejenis tumbuhan kayangan yang dibawa turun ke bumi. Apa pun kaitan bunga telang dengan penganut Hindu adalah ia sebagai simbol suci bila bunga ini dianggap keramat dan sering dipersembahkan kepada dewa-dewi Hindu terutamanya untuk Dewa Vishnu dan Dewa Shiva. Kelopak yang berwarna biru gelap pada bunga telang sering dikaitkan dengan warna kulit Dewa Hindu yang melambangkan keagungan dan keluasan seperti langit atau lautan. Dalam perubatan Ayurveda ia digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dan dipercayai antaranya ia boleh menenangkan minda serta membantu meningkatkan daya ingatan. Selain upacara keagamaan, bunganya digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi untuk hidangan seperti nasi dan kuih-muih. Mitos kedua adalah ada Legenda dan Penamaan Botani apabila tumbuhan ini yang berasal dari Pulau Ternate di Indonesia (nama saintifiknya adalah Clitoria ternatea) yang diberikan oleh ahli botani berdasarkan bentuk kelopaknya yang menyerupai organ intim kepada wanita. Ketiga dilaporkan ada Mitos Kecantikan dimana di Thailand yang bunga ini dikenali sebagai 'Anchan' dimana ada terdapat kepercayaan tradisional bahawa menyapu kelopak bunga telang pada kening bayi baru lahir akan menjadikan kening tersebut lebat dan hitam dan ini menjadikan seseorang akan jadi cantik. Keempat pula ada Mitos Kepercayaan Perubatan Purba diman aia dipercayai turun-temurun oleh pengamal perubatan Ayurveda dan herba tradisional bahawa bunga ini adalah penawar racun dan mampu merangsang kecerdasan minda serta daya ingatan. Kelima dilaporkan ada Mitos Magis Perubahan Warna dimana dilaporkan secara sains, warna biru bunga ini disebabkan oleh pigmen antosianin yang sensitif kepada pH dimana apabila bunga ini diperah dengan bahan berasid (seperti jus limau) maka kesannya air minuman ini ajaibnya berubah daripada biru kepada warna ungu atau merah jambu pula.






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.