Penulis blog belum jumpa artikel rasmi bagi Teknologi Menanam Pokok kekabu (Ceiba pentandra) oleh mana-mana pihak setakat ini. Bagaimana pun pokok ini adalah pokok tropika bersaiz besar yang popular untuk penghasilan gentian pengisi bantal dan tilam. Ia memerlukan kawasan yang luas kerana boleh tumbuh sehingga lebih 20 meter tinggi dan ia memerlukan banyak cahaya matahari yang penuh. Penulis blog kogsikan berdasarkan kepakaran dan pengalaman sebagai Senior Agronomist Expert berkaitan kaedah menanam pokok kekabu. Pertama menentukan lokasi kebun penanaman (tanah sesuai) dan juga cara penyediaan Anakbenih Kekabu. Sebenarnya pokok kekabu boleh dibiakan dengan dua cara iaitu dari Kaedah Keratam Batang dan Kaedah Semaian Biji Benih yang disemai biji benih kekabu di dalam polibeg berisi campuran tanah yang kaya dengan bahan organik (seperti nisbah 40% tanah taman dan bahan reput) dan dari Kaedah Keratan Batang atau Tut lebih popular dimana ia boleh dilakukan dan lebih cepat berhasil. Bagi penulis blog cara biakkan pokok kekabu dengan Kaedah Keratan Batang adalah cara yang paling disyorkan dimana ia menjamin anak pokok mempunyai ciri genetik yang sama seperti pokok induk dan cepat mengeluarkan hasil. Pelru di pilih dahan atau batang yang matang (berkayu keras), sihat dan saiznya berdiameter sekurang-kurangnya sebesar lengan. Perlu dipotong dahan sepanjang 45 - 60 cm dan pastikan potongan serong dan bersih untuk mengelakkan jangkitan kulat. Semai keratan di dalam polibeg besar yang mengandungi campuran media sesuai seperti tanah peroi, tanah campuran, tanah organik dan ia bersaliran baik. Perlu disiram secara berkala (1-2 minggu sekali jika sudah matang kan tetapi pastikan tanah sentiasa lembap pada peringkat awal tanpa bertakung). Letakkan di kawasan separa teduh sebelum dipindahkan ke tempat terbuka. Bagi Kaedah Semaian Biji Benih perlu dapatkan biji benih daripada buah kekabu yang matang dan telah kering sepenuhnya. Semai biji benih di dalam tapak semaian atau dulang khas dan ditimbus dengan lapisan tanah nipis. Anak benih akan bercambah dalam masa beberapa minggu dan ia sesuai dipindahkan anak pokok ke dalam polibeg yang lebih besar apabila ia mencapai ketinggian 15 - 20 cm. Kawasan kebun untuk menanam pokok kekabu perlukan kawasan lapang dengan baik sebab pokok kekabu memerlukan cahaya matahari terenuh sepanjang hari untuk tumbuh dengan subur. Jenis tanah sesuai adlah jenis tanah yang poros dan ianya mempunyai saliran air yang sangat baik kerana air bertakung boleh membusukkan akar pokok. Cara pokok kekabu di kawasan tanah terbuka dengan menggali lubang bersaiz 60 cm × 60 cm × 60 cm dengan jarak tanaman 10m x 10 m. Bubuh sedikit baja organik atau kompos di dasar lubang dan ditimbus dan padatkan tanah di sekeliling pangkal pokok kekabu dengan lembut dan kemudian siram dengan air yang secukupnya. Siram pokok dengan kerap pada peringkat awal pertumbuhan. dimana pokok kekabu yang matang agak tahan lasak namun memerlukan kelembapan. Berikan baja organik atau sebatian lengkap sebanyak 2 kali setahun iaitu pada awal dan akhir musim tengkujuh. Perlu dibuang dahan-dahan mati atau ranting yang terlalu padat bagi mengelakkan penyakit. Lazimnya pokok kekabu biasanya mula berbuah dan boleh dituai selepas berumur 4 - 5 tahun selepas di tanam dimana buahnya akan hasilkan gentian kekabu dikutip daripada buah yang gugur atau dipetik apabila cukup matang.
Pernah ada kempen di Malaysia untuk petani menanam pokok kekabu secara komersil di jalankan. Pokok kekabu sering terdapat di kampung berdekatan rumah kerana tumbuhan ini amat berguna. Pokok kekabu memang dikenali oleh penduduk Malaysia, terutamanya bagi penduduk luar bandar. Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa. Pokok Kekabu ia mempunyai ketinggian sehingga 30m akan tetapi dilaporkan ia akan dapat mencapai sehingga 40m di benua Amerika. Pokok kekabu berasal dari bahagian tropika benua Amerika dan tidak tumbuh liar di Malaysia berbeza dengan jenis kekabu liar di dalam hutan Malaysia ada kekabu hutan tetapi dinamakan ‘Bombax’ sedangkan keluarga kekabu ialah ‘Bombacaceae’. Pokok kekabu sesuai dalam cuaca jenis monsun iaitu bermusim kemarau dan tengkujuh yang nyata. Di Semenanjung Malaysia dilaporkan dimana pokok kekabu paling banyak terdapat di negeri Perak dan tidak banyak terdapat dibahagian selatan Semenanjung. Pokok kekabu dilaporkan ia banyak ditanam di India, Myanmar, China, Indochina dan Asia Tenggara. Pada masa penjajahan Belanda dilaporkan yang pokok kekabu ditanam dalam barisan di tepi jalan dan dijadikan sebagai tiang untuk talian telefon. Fakta menarik dimana banir pokok kekabu adalah besar kerana ia berdekatan dengan tanah manakala bahagian tengah pula berbentuk tirus dan bulat. Bahagian dahan pula tumbuh secara mendatar dan tersusun bertingkat-tingkat dimana ada diukur diameter banirnya berukuran daripada sebasar 1 - 2 meter. Apabila pokok berumur dan matang dan di lihat dimana kulitnya merekah-rekah dan juga ada jenis sesetengahnya jenis yang berduri. Marfologi bunganya berukuran 4cm lebar, bewarna putih kekuningan, mempunyai bentuk yang cantik dan dihasilkan dalam jambak pada hujung ranting. Bunga kekabu kembang lebih kurang 20 minit sahaja dimana bunga yang berbau susu ini disukai oleh kelawar dan keluang pada waktu malam. Fakta unik bagi buan kekabu ialah sejenis buah pepisang dan ukuran buahnya dapat mencapai 15cm panjang atau lebih, tergantung seperti timun pada hujung ranting. Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah menjadi perang hingga hitam apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. Buah ini terbahagi kepada 5 bahagian dimana ia mampu mencapai saiz maksimum dalam masa 30 hari tetapi mengambil masa tiga bulan untuk masak. Dalam pada itu ciri daunnya tumbuh rapat pada hujung ranting dan gugur serentak dimana selalu dilihat daunnya luruh tidak tentu masa. Ada masanya daunnya luruh serentak dan selalu juga di lihat ia kadang-kadang meninggalkan dahan kosong satu bahagian panjang. Penulis blog suka meneliti dimana pada setiap kuntum bunganya ada salut bunga yang pecah lima dengan rangginnya berwarna putih dan berbulu di sebelah luar. Bulu-bulu ini adalah lebih kurang 1 cm panjang dan ia berbunga apabila daunnya telah habis gugur. Bunganya kecil berwarna putih merah jambu dan ia berjambak-jambak lebih kurang 20 - 30 cm dengan kulitnya berwarna coklat dan tajam hujung pangkal. Dalamnya terdapat kekabu putih atau kekuningan dan biji-biji hitam yang hampir serupa dengan biji kapas. Fakta penting dimana kualiti kekabu bergantung kepada cara dan proses mengasingkannya daripada biji dan empulur. Kekabu sering digunakan untuk membuat tilam dan bantal. Kekabu juga disebut sebagai kapuk. Hasil daripada pokok kekabu ialah serabut yang juga disebut sebagai kapuk. Kapuk digunakan untuk membuat bantal, tilam, kusyen, jeket pengapung dan sebagainya. Kekabu masih digunakan lagi sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun akan tetapi ia perlu dijauhkan dari air dan sebaiknya ia dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
Penting di kongsikan akan fakta khasiat dan kegunaannya dari pokok kekabu. Pertama adalah Biji Kekabu (seeds) yang mana di laporkan ia mengandungi sehingga 25% minyak dan dilaporkan minyaknya diperolehi daripada biji kekabu dan hampas bijinya dijadikan makanan haiwan. Hampas biji kekabu yang sudah di analisa dilaporkania mengandungi didalam minyak biji kekabu sesuai digunakan untuk membuat sabun dan bahan api. Ciri-ciri minyak kekabu ianya hampir menyamai ciri-ciri minyak biji kapas. Biji kekabu tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana akan menyenakkan perut dan jarang di makan. Kedua adalah Bahagian Kayu Kekabu (wood) dimana kayu kekabu dalah dari jenis kayu lembut dan digunakan untuk membuat sampan, kotak, kayu mancis dan sebagainya. Bekalan kayu kekabu memang sukar didapatkan sebab pemilik pokok kekabu tidak akan menebang pokok kekabunya selagi ia menghasilkan buah. Dalam pada itu di laporkan Produk Gam boleh diperolehi daripada pokok kekabu dimana jenis gam ini larut dalam air semasa segar dan sebaliknya tidak larut apabila keras. Seterunya adalah bahagian Kulit Pokok Kekabu juga yang dilaporkan ia ada digunakan sebagai pewarna merah coklat pada kain dimana di Mexico kulit pokok kekabu yang ditumbuk hingga lumat ditampal pada luka dan air rebusan isi kulit pokok kekabu digunakan sebagai perangsang muntah, mengubati spasma, luka pada kaki, buasir, gonorea, perangsang haid dan menjadi perangsang pengeluaran plasenta wanita selepas bersalin. Air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai jenis ubat bagi penyembuh asma dan demam untuk kanak-kanak. Di Filipina pula di laporkan yang air rebusan kulit pokok kekabu ada ia digunakan sebagai penguat tenaga batin dan ubat demam panas dan cirit birit. Kegunaan Bahagian Akar Kekabu ia juga dilakukan dimana air rebusan akar kekabu diminum sebagai diuretik, iaitu perangsang menghasilkan air kencing. Air rebusan akar kekabu, buah muda atau gam digunakan sebagai ubat disentri, cirit-birit, edima, dropsi dan perangsang kencing. Seterusnya adalah Bahagian Daun Kekabu dimana air rebusan daun diminum dan digunakan untuk mandi. Ada dilaporkan dikalangan orang Trinidid turut menggunakan air rebusan daun kekabu untuk mandi dan mengubati bengkak pada kaki. Di Malaysia daun kekabu yang sudah diramas dan direndam didalam air panas atau direbus kemuidan ia diminum sebagai ubat demam panas, sifilis dan selepas bersalin. Ada juga di laporkan di aman di Singapura pula satu cara untuk mengubati batuk adalah dengan menumbuk daun kekabu dengan campuran bawang merah dan kunyit dam ia kemudian direndam di dalam air. Air ini diminum untuk mengubati batuk, masalah kerongkong, sakit usus dan sakit saluran kencing sementara di India ada orang sana yang ambil daun muda digunakan sabagai ubat gonorea. Wallahualam!. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
NAMA KEKABU.... ADA DI MALAYSIA...
GENTIAN LEMBUT...PUTIH WARNANYA...
DIDALAM BANTAL....LAMA TAHANNYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT FAHAM FAKTA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya
Malaysia.
(7 Muharam 1448H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.