BUDU adalah sejenis sos ikan atau pekasam yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam selama beberapa bulan sehingga hancur. Makanan tradisional yang berasal dari negeri Kelantan dan Terengganu ini mempunyai rasa masin, lemak, dan 'umami' yang unik, serta popular dijadikan pencicah ulam-ulaman dan nasi. Budu dilaporkan sebagai sejenis makanan jenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia juga merupakan makanan tradisional yang popular di Malaysia dimana ia memang berasal dari Kelantan. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol dan kini sudah ada budu yang dijual diatas talian. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis serta tempoyak. Apa pun semasa penulis melawat negara Filipina, Thailand dan beberapa negara Asia lain terdapat makanan seperti budu dibuat dengan menjalani proses sama terutaman di kawasan perkampongan yang berhampiran dengan laut sebagai sejenis makanan lokal. Penemuan pakar dalam bidan nutrisi makanan tempatan baru-baru ini membuktikan kandungan produk budu memiliki sejenis bahan iaitu Gluthaione iaitu ia sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai jenis penyakit merbahaya dan menghalang masaalah kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap sebagai sejenis 'makanan kampong yang kuno' akan tetapi kini sudah menjadi makanan superfood yang sudah di banggakan ramai. Budu juga didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan dapat mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti apa yang disebut sebagai aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh manusia berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan didakwa ia mampu untuk dapat menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta membantu ramai menyembuhkannya dalam waktu singkat. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta menarik tentang budu untuk bahan rujukkan dan bacaan pembaca semua.
Dilaporkan dimana budu merupakan makanan tradisi yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam dan kemudian di botolkn untuk dijadikan penyedap makanan. Apa pun di sebalik rasanya yang masin dan masam dimana ia sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat tersembunyi jika diambil dengan betul dan bersesuaian. Dalam beberapa laporan dimana antara kelebihan utama mengambil budu sebab ia Kaya Dengan Probiotik yang terjadi semasa proses fermentasi dimana ini menghasilkan bakteria baik yang sangat bagus untuk kesihatan usus dan sistem pencernaan. Probiotik adalah bakteria hidup dan yis (mikroorganisma baik) yang bertindak menjaga kesihatan sistem pencernaan manusia. Ia berfungsi menyeimbangkan bakteria di dalam usus, melawan kuman jahat serta membantu menyerap nutrisi makanan dengan lebih optimum. Budu dilaporkan ia sebagai Sumber Protein dan juga Sumber Mineral seperti ia dilaporkan mengandungi protein, omega-3 dan pelbagai mineral penting yang diperlukan oleh badan. Lazimnya jeis 'Protein Baik' adalah protein berkualiti tinggi yang mudah diserap oleh badan untuk membina otot, membaiki tisu dan mengekalkan kesihatan. Temuan saintis terkini dimana budu dapat Membantu Bagi Kesihatan Otak apabila ada kehadiran probiotik dan nutrien lain dalam budu dikatakan dapat membantu meningkatkan kecerdasan dan kesihatan otak. Kesihatan otak merujuk kepada fungsi optimum otak dalam aspek kognitif (untuk berfikir dan daya mengingat), motor (pergerakan), emosi dan deria. Ia bukan sekadar bebas daripada penyakit, tetapi melibatkan keupayaan mental untuk menjalani kehidupan seharian dengan produktif dan mengawal tindak balas emosi. Budu juga berkhasiat sebab ia Bersifat Anti-bakteria dan Anti-kanser dimana beberapa kajian ada menunjukkan ia berpotensi melawan bakteria penyebab cirit-birit dan mempunyai sifat anti-kanser. Walaupun berkhasiat perlu di beritahu jika makanan budu mengandungi kandungan garam (sodium) yang tinggi. Individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang memang mereka dinasihatkan untuk mengambilnya secara berpada-pada. Perlu di kongsikan akan Aspek Ancaman utama makan budu berpunca daripada kandungan garamnya yang tinggi dan risiko alahan bagi sesetengah individu. Sesiapa yang mengambil budu secara berlebihan diancam masaalah seperti
Tekanan Darah Tinggi sebab dengan pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan darah tinggi. Mereka juga diancam dengan isu Masalah Buah Pinggang sebab beban kerja buah pinggang meningkat apabila terdapat terlalu banyak natrium atau garam di dalam badan. Paling jarang di perkatakan adalah ancaman berkait dengan Kes Kerapuhan Tulang apabila kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan kalsium dan meningkatkan risiko penyakit batu karang. Bagi sesetengah orang pula ada isu Reaksi Alahan terutama bagi individu yang mempunyai alahan seperti resdung (rhinitis) atau sensitif terhadap makanan laut dimana produk budu boleh dilaporkan ia menyebabkan kegatalan dan keradangan. Walaupun budu mengandungi probiotik yang baik untuk usus, pengambilan harian perlu dikawal (sebagai pencicah dan bukan diminum atau dimakan dalam kuantiti banyak).
Kalangan umum tahu jika budu ialah sejenis sos perasa atau pekasam tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam. Ia sangat popular di Pantai Timur Malaysia (terutamanya Kelantan dan Terengganu) dan ia biasanya dimakan bersama ulam-ulaman, nasi panas dan ikan rebus. Dalam membuat analisa tetang harganya ia bergantung pada jenama dan saiz dimana anggaran harga ia biasanya dijual antara RM2.50 - RM5.00 sebotol bergantung kepada saiz (biasanya 150ml hingga 200ml). Dilaporkan diman jika membuat pembelian Borong sekitar sedozen (12 botol) maka harganya sekitar RM18.00 hingga RM23.00. Ada jug ajenis pek atau terdapat juga budu dalam bentuk tiub yang lebih mudah dibawa (sekitar RM8 untuk 4 pek) di pasaran. Makanan budu ialah sejenis sos perasa atau pekasam ikan bilis tradisional yang sangat popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Rasanya masin, berlemak, dan sedikit manis. Ia biasanya dimakan bersama nasi panas, ulam-ulaman, dan ikan bakar untuk membangkitkan selera. Cara penyediaan untuk makan budu yang lebih sedap dan menyelerakan maka peminatnya perlu mencampurkannya dengan bahan-bahan tertentu. Pertama adalah menuang budu secukupnya ke dalam piring kecil dan dipotong cili atau ia dihiris atau picit beberapa tangkai cili padi (cili burung) ke dalam budu. Kemudian boleh potong dan perahkan sedikit jus limau nipis atau limau kasturi untuk memberikan rasa masam yang segar dan menghilangkan bau hanyir. Kalangan peminatnya ada yang suka menambah bahan lain (pilihan) bagi berikan rasa yang lebih mantap dengan memasukkan hirisan bawang merah, hirisan mangga muda atau seulas dua isi buah durian. Cara memakan dengan menggaulkan semua bahan di dalam piring tadi. Budu ini paling enak dimakan dengan mencicah ulam-ulaman (seperti ulam raja, pegaga, atau kacang botol) atau isi ikan bakar bersama nasi panas. Makan budu paling enak dinikmati di restoran masakan tradisional Pantai Timur. Hidangan ini sangat membuka selera jika digandingkan dengan nasi panas, pelbagai ulam-ulaman segar, sambal belacan, dan lauk-pauk seperti ikan singgang atau ikan goreng.

Menarik kisah dimana 'Mat Ismail gigih komersialkan produk budu' iaitu sebagai pemilik Perusahaan Budu Warisan Ketereh apabila Ismail Jusoh turut membantu pekerja-pekerjanya menyiapkan botol-botol yang telah diisi dengan budu sebelum dihantar ke pengusaha kedai makan dan kedai runcit. Kisah dari Tumpat, Kelantan dimana pengalaman tidak dibenarkan menaiki pesawat komersil untuk ke China dua tahun lalu gara-gara membawa sebotol budu berjaya memberi inspirasi kepada pengusaha makanan berkenaan dimana dia bertekad untuk mengkomersialkan produk keluarannya. Jika sebelum ini kilangnya yang terletak di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor yang hanya mengeluarkan produk budu dalam botol, kini selepas melalui transformasi, pakej baru budu berasaskan kiub berjaya dihasilkan. Ia dilihat lebih cantik, boleh bawa ke mana-mana termasuk ke luar negara dan kini sudah dapat idea macam mana nak komersilkan produk terbaru. DIa yang memulakan perniagaan berkenaan secara kecil-kecilan pada 1984 boleh berasa bangga atas usahanya apabila hasil jualan budunya bukan saja mendapat permintaan tinggi dalam negara, malah akan dieksport ke luar negara dalam tempoh terdekat. Kini permintaan budu banyak apabila produk keluarannya juga dijual didalam negara iaitu terutama dari Terengganu dan Kuala Lumpur yang sangat menggalakkan selain masyarakat setempat. Dengan kira-kira 5,000 dozen atau 60,000 botol budu dihasilkan kilangnya setiap hari maka jumlah keluaran tahunan mencecah lebih 10 juta botol. Sekarang di kilang ini ada 80 pekerja yang hari-hari buat budu. Perniagaan ini juga berjaya membantu masyarakat setempat terutama anak muda mencari rezeki dan mencari pendapatan. Ada dua produk utama dihasilkan kilang Mat Ismail iaitu Budu Botol pelbagai perisa yang dijual pada harga RM10 bagi setiap dozen atau RM0.80 sebotol serta Budu Kiub atau pati ikan bilis pada harga RM13 bagi setiap dozen atau RM1 untuk satu kiub. Menceritakan rahsia kejayaannya dengan nama gelarannya 'Pok Wil' di kalangan penduduk setempat berkata kerja kuat, jujur, tidak sombong dan amanah menjadi resipi kejayaan beliau selama ini. Bagi memastikan produknya kekal lama, Pok Wil berkata bahan utama iaitu ikan bilis perlu dipastikan segar sebelum diproses bersama garam, cili, asam jawa dan air manisan untuk menjadi budu. Dia juga berusaha untuk memasarkan produk berkenaan ke beberapa negara termasuk Arab Saudi, Dubai serta Singapura, termasuk sedia menyediakan pinjaman melalui SME Bank. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan di baca kesemuanya untuk menambah info. Semuga artikel ini memberi maklumat berfaedah kepada para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PROSES PENAPAIAN...IKUT JENAMA...
PENYEDAP MAKANAN...KENA CUBA...
BACA ARTIKEL..MERASA BANGGA...
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Zulhijjah 1447H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.