MONYET BELANDA (Nasalis larvatus) atau juga di kenali sebagai 'Bekantan' atau 'Bayau' atau 'Probosis Monkey' adalah sejenis spesies monyet hidung panjang yang unik bentuknya dan ia endemik di pulau Borneo. Monyet Jantan dikenali dengan ia mempunyai ciri unik berhidung besar, merah dan menjuntai dimana selalunya ia digunakan untuk panggilan mengawan. Ia juga adalah jenis haiwan terlindung dan terancam yang mana hanya mendiami kawasan hutan bakau, hutan pantai dan sungai. Bagi penulis blog yang pernah melawat monyet ini di Sabah dulu mendapati Monyet Belanda mempunyai bentuk hidung unik dimana monyet jantan mempunyai hidung yang sangat besar dan panjang manakala betina mempunyai saiz hidung yang lebih kecil. Habitat asalnya adalah ia berada dan hanya ditemui di Borneo sama ada di Sabah, Sarawak, Brunei, dan di beberapa lokasi Kalimantan. Apa pun diet makanannya adalah terdiri sebagai haiwan pemakan daun, buah-buahan, dan biji-bijian yang berada disekelilingnya. Walau pun ia hanya seekor monyet akan tetapi di laporkan ia memang pandai berenang dan menyelam dalam air di sungai berhampiran habitatmya. Bagaimana pun is sudah di istiharkan sebagai berstatus Spesies Haiwan Terancam *Endangered Species) yang mana ia dilindungi sepenuhnya dibawah undang-undang dan pesalahnya boleh di hukuk jika sabit kesalahannya. Dikongsikan bagaimana gelaran 'Monyet Belanda' ini yang diberikan oleh kalangan penduduk tempatan zaman dahulu kerana atau berpunca ia mempunyai bentuk dan saiz hidung besar dan perut buncit mereka yang dikatakan menyerupai penjajah Belanda pada waktu itu. Ia adalah spesies monyet yang mempunyai ciri fizikal yang sangat unik, terutamanya hidungnya yang besar dan panjang. Haiwan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti. Perlu di ketahui jika spesies haiwan ini adalah endemik di Pulau Borneo yang maknanya ia tidak boleh dijumpai secara semulajadi di tempat lain di dunia keccuali jika di simpan didalam zoo. Ia biasanya tinggal di kawasan hutan bakau, paya dan kawasan juga selalu habitatnta adalahberhampiran sungai. Selalu ia kelihatan mempunyai bulu berwarna coklat kemerahan dan perut yang agak buncit. Keunikan dan kehebatan melihat monyet belanda ini.
Dilaporkan dimana Monyet Belanda (Proboscis) di Borneo terutamanya memakan pucuk daun muda, buah-buahan yang tidak manis atau mentah (seperti timun), biji benih dan kadang-kala serangga menjadikan kos permakannya memang mudah. Di kawasan santuari seperti Labuk Bay dimana mereka diberi makan buah-buahan yang sesuai di platform khas terutamanya dalam persekitaran habitat paya bakau yang pelancong suka melihatnya, Pemakanan atau diet semulajadi pula adalah pucuk daun, buah-buahan mentah (bukan manis), biji benih dan ia juga memakan serangga. Apa pun dilaporkan sistem pencernaan dimana ia mempunyai perut berpetak besar yang mengandungi bakteria khas untuk mencerna daun dan makanan lain. Habitat monyet ini ia sangat bergantung kepada kawasan hutan paya bakau iaitu termasuk pokok perepat. Haiwan ini ia dikenali tempatan sebagai bayau adalah spesies terancam yang endemik di Borneo (Sarawak dan Sabah) dimana taburan di sepanjang persisir pantai dan hutan bakau. Pembiakan mereka berlaku dalam kumpulan yang dipimpin oleh jantan dominan (sering dipanggil 'playboy' kerana mempunyai daya tarikan bagi monyet betina dimana haiwan ini dilindungi sepenuhnya. Monyet Belanda membiak dan hidup di kawasan hutan bakau, paya nipa, dan hutan tebing sungai dimana untuk pembiakan monyet ini sudah terancam akibat pembukaan hutan untuk pembangunan dan pertanian. Bagaimana pun terkini sudah ada sebuah pusat konservasi Pusat seperti Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary di Sandakan membantu melindungi spesies ini dan menarik perhatian pelancong. Apa pun tindakan terhadap Monyet Belanda sebagai spesis yang dilindungi sepenuhnya di Malaysia kerana habitat mereka terancam oleh pembangunan giat di jalankan.
Monyet Belanda (Proboscis Monkey) terus berdepan ancaman serius terutamanya risiko dilanggar kenderaan akibat dari kehilangan habitat dan pemecahan hutan. Menurut laporan Utusan Borneo dan Facebook ada banyak kes-kes kecederaan akibat perlanggaran sering berlaku berhampiran kawasan perlindungan, menuntut usaha pemuliharaan yang lebih giat oleh pihak berkuasa seperti Sarawak Forestry Corporation (SFC). Ancaman terhadap Monyet Belanda di Borneo yang paling serius adalah berpunca dari Pemusnahan Habitat Hutan Paya Bakau dan menebang kawasan hutan dimana ini telah memaksa monyet belanda dan haiwan lain akan melintas jalan meningkatkan risiko perlanggaran kenderaan sehingga cedera atau kes kematian (Sila lihat foto disebelah). Banyak juga dilaporkan kes monyet Belanda cedera atau mati dilanggar kenderaan dilaporkan, termasuk kejadian terutama di kawasan sekitar taman negara dimana walau pun sudah ada tindakan oleh Pasukan Tindakan Cepat Hidupan Liar (SWAT) daripada kerajaan dimana mereka sering turun padang untuk menyelamatkan haiwan yang tercedera. Haiwan ini mempunyai status perlindungan dimana sebagai spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 berlaku ancaman terhadap habitat mereka membawa kesan jangka panjang kepada populasi mereka. Kempen untuk pihak berkuasa yang sentiasa menasihatkan orang awam untuk berhati-hati dan melaporkan sebarang kejadian melibatkan hidupan liar ini giat di lakukan. Selain itu ancaman kepupusan monyet belanda di Borneo berpunca daripada aktiviti manusia yang membuka tanah hutan untuk aktiviti pertanian komersial terutama menanam kelapa sawit dimana ini yang menyebabkan habitat asal mereka di kawasan bakau dan hutan tepi sungai semakin mengecil. Projek Pembangunan Infrastruktur terutamanya membuat jalan raya yang merentasi hutan dan kawasan rayau semula jadi mendedahkan mereka kepada bahaya fizikal. Terdapat kes monyet belanda ditemui cedera atau mati akibat dilanggar kenderaan semasa cuba melintas jalan. Isu Konflik dengan Manusia dimana asas kehilangan sumber makanan semula jadi memaksa haiwan ini memasuki kawasan perumahan atau kedai untuk mencari makanan akhirnya penduduk lokal akan buat penangkapan dan ada yang membunuhnya. Selain itu kepupusan monyet belanda berpunca dari ancaman oleh pemangsa dan ancaman dari alam sekitar. Sebagai haiwan yang sering berada di tepi air dimana ia memang amat terdedah kepada serangan buaya. Selain itu terkini dilaporkan berlaku isu pencemaran sungai juga boleh menjejaskan dalam ekosistem tempat mereka bergantung hidup. Dilaporkan monyet belanda merupakan spesies unik yang hanya terdapat di kepulauan Borneo dan kini dikategorikan sebagai spesies terancam yang dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang hidupan liar di Sarawak dan Sabah
Kisah dalah sinarharian.com laporkan dimana 'Pokok perepat adalah talian hayat monyet belanda' wajar di kongsikan faktanya. Keunikan monyet proboscis atau monyet belanda yang memiliki hidung bersaiz besar dan menjulur panjang antara tarikan utama di Sungai Nahaba Weston di Beaufort. Haiwan yang turut dikenali sebagai monyet bangkatan atau bayau bagi penduduk setempat hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo dan ekosistemnya adalah di kawasan hutan bakau di daerah ini. Monyet proboscis merupakan haiwan herbivor yang menjadikan pucuk dan bunga muda serta buah yang belum matang sebagai sumber makanan utama dimana diantara spesies tumbuhan yang dikenal pasti menjadi makanannya ialah pucuk muda pokok perepat yang tumbuh meliar di kawasan bakau atau sepanjang Sungai Nahaba. Dalam merujuk ke internat penulis bog dapati dimana Pokok Perepat (Sonneratia alba) atau dikenali sebagai 'Apple mangrove' adalah spesies pokok bakau perintis yang tumbuh di pesisir pantai berlumpur atau berkarang dimana ia terkenal dengan akar nafas berbentuk kon (pneumatofor). Ia dilihat mempunyai buah berbentuk epal yang boleh dimakan dan kayu yang tahan air laut dan ia sering digunakan dalam pembinaan bot. Pokok perepat ini tumbuh di kawasan pasang surut, berpasir, dan berlumpur dengan capai ketinggian sehingga 16 meter, berdaun hijau pekat dan mempunyai akar napas coklat yang menjulang keluar dari tanah. Buahnya yang berbentuk seperti epal kecil (diameter 3.5-4.5 cm) dengan rasanya masam dan ada digunakan dalam masakan atau dimakan mentah. Kegunaan pokok ini dimana kayunya keras, tahan lama dalam air laut, dan sesuai untuk geladak, rusuk perahu, atau cerucuk rumah. Faedah lain adalah dimana daun muda boleh dijadikan lalapan, manakala pokok ini berfungsi menstabilkan pantai dan mencegah hakisan sungai.Apa pun kini dilaporkan dimana pokok itu mula dilihat semakin berkurangan kerana ia adalah satu-satunya tumbuhan yang menjadi sumber makanan utama bagi haiwan itu di kawasan tersebut. Kempen menanam anak pokok perepat sebagai salah satu usaha mengekalkan ekosistem dan habitat monyet proboscis di sepanjang Sungai Nahaba, Weston, Beaufort patut di puji. Projek ini dilaksanakan kerana kebanyakkan pokok perepat dilihat telah musnah disebabkan kekurangan makanan bagi monyet proboscis yang banyak didapati di kawasan sungai bakau di daerah ini. Aktiviti penanaman semula pokok perepat ini akan menyediakan makanan kepada monyet proboscis serta haiwan lain dalam tempoh enam ke lapan tahun akan datang selepas ia matang. Tujuan lain penanaman semula pokok ini juga adalah untuk mengelak berlakunya hakisan tebing sungai dan dalam masa sama ia dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat. Apa pun di laporkan apabila sungai menjadi indah dan tidak rosak akibat hakisan kesannya haiwan seperti monyet proboscis yang memang menjadi tarikan pelancong akan dapat dikekalkan habitat mereka di kawasan ini. Direkodkan dimana jumlah anggaran kasar adalah ia kurang 6,000 ekor monyet proboscis di Sabah dan dibimbangi tanpa usaha mengekalkan habitat haiwan ini akan menyebabkan berlakunya kepupusan di masa akan datang.

Dalam bharian.com di laporkan kisah 'Pelancongan berasaskan konservasi hidupan liar jadi tarikan di Sandakan' memang sesuai dengan tajuk artikel ini. Ada foto fimana kelihatan pelancong asing merakam gambar dengan beberapa ekor lotong atau silver leaf monkey di Pusat Santuari Monyet Proboscis Labuk Bay. Dilaporkan konsep pelancongan dengan berasaskan konservasi hidupan liar menjadi tarikan kepada pengunjung dari luar khususnya pelancong asing dan domestik ke daerah ini. Satu daripada tarikan itu adalah Pusat Santuari Monyet Belanda Labuk Bay terletak dalam ladang kelapa sawit persendirian di kawasan paya bakau Semawang, kira-kira 48 kilometer dari pusat bandar Sandakan. Ia menjadi tumpuan pelancong asing dan domestik yang ingin melihat lebih dekat Monyet Belanda yang diketahui memiliki rupa paras yang berlainan dari monyet yang wujud di dunia. Pusat santuari ini dibina hasil inisiatif pemilik ladang sawit yang melihat adanya monyet tinggal di hutan bakau persisiran laut dalam kawasan ladang itu dan seterusnya pihak pengurusan mendapatkan nasihat dari pihak berkaitan dan membuat prasarana khusus supaya kumpulan monyet terus kekal mendiami kawasan itu. Lokasi pusat yang terletak kira-kira 48 kilometer dari pusat bandar Sandakan itu menjadi antara tempat kunjungan wajib pelancong untuk melihat wajah monyet berhidung besar yang terdapat di kepulauan Borneo. Ada dilihat dua pelantar kayu dalam kawasan paya bakau dibina untuk meletakkan makanan berupa belahan timun dan lempeng tawar. Waktu pemberian makanan kepada monyet belanda di santuari ini ialah pada jam 9.30 pagi dan 2.30 petang untuk pelantar A dan pelantar B pada jam 11.30 pagi dan 4.30 petang. Terdapat dua pelantar A dan B yang dipisahkan jarak antara dua kilometer kerana mengambil kira kumpulan monyet yang dominan di sesuatu kawasan bagi mengelakkan pergaduhan antara kumpulan dalam mendapatkan makanan. Apa pun diberitahu yang monyet belanda memakan pucuk pohon pokok sekitar kawasan itu terutamanya di hutan bakau. Di sini makanan yang diberikan di santuari ini hanyalah makanan tambahan diet kepada mereka dan tiada jaminan monyet akan datang ke pelantar semata-mata untuk mendapatkan makanan dan dapat dilihat oleh pengunjung. Dilaporkan kebiasaannya monyet belanda ada di kawasan itu dan pelancong tidak akan kecewa walau pun para pengunjung diingatkan dan dilarang dari menyentuh haiwan liar ini walaupun sekiranya ia mendekati mereka. Apa pun memang pusat ini dilengkapi kemudahan seperti kandang hutan besar untuk menyediakan persekitaran semula jadi, sesuai dengan keperluan dan kebajikan beruang madu serta memudahkan pemulihan hidupan liar itu kembali ke dalam hutan. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kalii ini.
Wasallam dan Selamat Berpuasa Ramadan!.
ADA DI BORNEO... HABITAT LUAS DI SANA...
BANYAK ANCAMAN...KURANG JUMLAHNYA...
PELANCONG DATANG...SUKA MELIHATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(14 Ramadan 1447H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.