Bagi sesetengah generasi millenium ini mungkin ramai yang tidak pernah melihat atau mengenali kemenyan lagi dimana mereka lebih tahu mengenai Handphone dan Internet. Apa pun kemenyan (atau benzoin) merupakan getah atau resin kering yang diperoleh daripada pelbagai spesies pokok genus Styrax spp dari keluarga Styraxceae yang banyak terdapat di hutan Asia Tenggara seperti di Malaysia dan Indonesia walau pun ia juga ada spesis lain di negara lain. Apa pun lazimnya kalangan masyarakat dimana kemenyan ia sering dibakar untuk dapat mengeluarkan asap beraroma harum dan digunakan secara meluas dalam aromaterapi atau didalam beberapa upacara keagamaan tertentu serta ada di gunakan didalam industri wangi-wangian. Perlu di kongsikan fakta dimana secara amnya ada terdapat dua kategori utama kemenyan di pasaran tempatan iaitu kategori kemenyan Berdasarkan Kepada Warna iaitu Jenis Kemenyan Putih dan Jenis Kemenyan Hitam. Jenis Kemenyan Putih ia dikenali dengan tekstur yang lebih bersih dan mengeluarkan aroma yang lebih lembut dan menenangkan dimana lazimnya ia sangat digemari untuk meditasi dan aromaterapi harian. Kemenyan putih pada asasnya ialah getah (resin) kering daripada pokok genus Styrax (seperti Styrax benzoin) atau Boswellia (kemenyan Arab) yang diproses dan ia berbeza daripada kemenyan hitam melalui warna, bentuk dan campuran bahan di dalamnya. Jenis Kemenyan Putih Styrax (Benzoin) adalah ia berasal dari pokok hutan di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan juga dari Indonesia. Resin ini berwarna jernih hingga putih kekuningan dimana ia mempunyai bau manis seperti vanila dan sering digunakan dalam perubatan tradisional, aromatherapy, dan pembuatan minyak wangi. Ada Jenis Kemenyan Putih Paal Sambrani yang manan jenis ini ia sangat popular dalam tradisi masyarakat India. Ia biasanya berbentuk serbuk putih atau ketulan kecil yang diadun bersama herba wangi lain untuk upacara keagamaan dan meditasi. Ada juga Jenis Kemenyan Arab Putih (Frankincense) didapatkan dari getah dari pokok Boswellia. Ia berwarna putih atau jernih kekuningan dimana ia mampu mengeluarkan aroma sitrus atau bau kayu yang agak mewah apabila dibakar dan telah digunakan sejak zaman purba. Kedua adalah Jenis Kemenyan Hitam dimana ia memang mempunyai tekstur yang lebih gelap dan aroma yang lebih pekat dan kuat. Kemenyan hitam ialah sejenis getah kayu (resin) aromatik daripada spesies pokok Styrax yang menghasilkan bau sangat wangi, berat dan tahan lama apabila dibakar. Jenis ini ia berbeza daripada kemenyan putih yang manan ia biasanya lebih pekat, berwarna gelap atau berwarna kehitaman dan kerap digunakan sebagai bahan asas wangian (minyak wangi), aromaterapi, serta pelbagai upacara khas atau acara tradisional. Kemenyan hitam dan pelbagai jenis kemenyan lain digunakan untuk tujuan dalam rawatan seperti aromaterapi dan sebagai haruman seperti ia mengharumkan ruang, mengurangkan tekanan dan memberi ketenangan. Ia juga ada digunakan sebagi kaedah perubatan tradisional seperti dijadikan ekstrak untuk melegakan sengal-sengal dan merawat masalah angin dalam badan. Di Malaysia dan juga dalam pasaran tempatan biasanya boleh menemui dua jenis kemenyan hitam sama ada Jenis Kemenyan Hitam Cecair (atau pekat) dimana ia kerap didatangkan dalam botol dengan kepekatan bau yang sangat kuat dan juga Jenis Kemenyan Hitam Ketulan (seperti batu). Seterusnya kemenyan boleh di kelaskan mengikut Kategori Berdasarkan Spesies Pokok (Wilayah) seperti Jenis Kemenyan Toba (Styrax sumatrana atau Styrax paralleloneurum) yang tumbuh dan berasal dari Sumatera Utara dimana ia adalah antara jenis yang paling berkualiti tinggi dan mahal di dunia kerana keharuman resin balsamiknya yang kuat. Ada juga Jenis Kemenyan Siam (Styrax tonkinensis) yang mana ia berasal dari kawasan Indochina (seperti Laos dan Thailand) dimana jenis ini ia sangat popular dalam industri minyak wangi antarabangsa kerana baunya yang manis seperti vanila. Ada juga Jenis Kemenyan Bulu (Styrax benzoin) dimana spesies ini juga banyak terdapat di rantau Nusantara dan digunakan untuk menghasilkan damar kemenyan tradisional. Dalam kes lain di laporkan dimana selain kemenyan asli (resin) ada terdapat juga jenis-jenis lain seperti Jenis Kemenyan Arab (Bukhoor) dan Jenis Kayu Gaharu yang turut dikategorikan sebagai bahan wangi-wangian berasap.
Mendapatkan Kemenyan yang mana ia diekstrak daripada getah atau resin kering pokok genus Styrax (terutamanya Styrax benzoin) yang keluar bila kulit pokok ini di cederakan (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini biasanya tumbuh di kawasan hutan telal di tropika dan proses pengeluarannya dilakukan melalui suatu kaedah penyadapan kulit kayu (mirip menyadap pokok getah) oleh kalangan petani atau pengusaha kemenyan. Cara dalam proses pengekstrakan kemenyan memerlukan proses yang rumit dan memenatkan. Proses pertama adalah petani peru tahu didalam Proses Pemilihan Pokok dimana hanya pokok kemenyan yang cukup matang dan berumur antara 7 hingga 10 tahun sahaja akan dipilih untuk disadap. Kalau pokok tersebut tinggi maka petani menggunakan tangga daripada tangga buluh atau tangga tali atau tangga lain untuk panjang setinggi yang mampu untuk mengekstraknya. Proses kedua petani perlu Melukis atau Menoreh Kulit pada pokok kayu tersebut dimana cara torehan ini akan melukai bahagian kulit dengan cara menggunakan alat khas (seperti alatan tajam) untuk merangsang pokok mengeluarkan getahnya. Getah ini akan mengalir pada kulit pokok dengan lembik dan kemudian akan mengeras sebelum ia di kutip. Seterusnya pula adalah Proses Penyimpanan dan Pengerasan dimana getah yang berwarna putih yang keluar akan dibiarkan melekat pada batang dan mengeras akibat terdedah kepada udara dimana dilaporkan ia pada kebiasaannya mengambil masa kira-kira 3 hingga 6 bulan lamanya. Jadi kalau kulit kayu ini ia di toreh pada bulan Januari makan ia akan mengeras pada bulan April sehingga Jun. Seterusnya adalah Proses Penuaian (Keros) iaitu semua getah yang telah keras dan berbentuk gumpalan akan dikikis atau dikerok atau diambil dari batang pokok kemenyan ini adalah seterusnya perlu diproses. Apa pun kualiti kemenyan biasanya ditentukan oleh warna geta dimana penulis blog pernah melihat dengan gred yang paling tinggi berwarna putih kemudian ia diikuti dengan getah yang berwarna kuning dan yang berwarna hitam.
Proses penting didalam menyediakan produk kemenyan adalah semua kutipan atau tuaian getah kemenyan mentah iaitu merupakan getah atau resin kering yang diperolehi dari pokok kemanyan (jenis pokok Styrax) yang apabila dibakar ia akan dapat menghasilkan aroma wangi yang khas. Hasil kemenyan ini ia merupakan sejenis komoditi tradisional yang digunakan secara meluas sebagai aromaterapi dan sebagai bahan asas industri wewangian mewah (perfume) dan keperluan keagamaan atau kerohanian beberapa komuniti keagamaan. Mengenali akan fakta iaitu ciri utama kemenyan mentah dimana ia selalunya adalah mempunyai bentuk yang berupa bongkahan kristal padat atau dalam bentuk butiran batu atau ia kadang kala adalah berupa serpihan getah. Di pokok dimana ada beberapa jenis hasil kemenyan mentah yang umumnya ia dibezakan kepada kemenyan putih, kemenyan hitam dan kemenyan Arab (Luban). DIseluruh dinia dimana kegunaan kemenyan ini ia sering di gunakan dan di proses kemenyan menjadi minyak pati untuk industri perfume atau minyak wangi premium yang berjenama dan dalam industri farmasi serta beberapa produk yang mewah. Apa pun di pasaran tempatan Malaysia dimana produk kemenyan mentah atau batu kemenyan ia mudah didapati di kedai-kedai runcit tradisional atau platform e-dagang dengan harga sekitar RM5.00 -RM25.00 satu set bergantung pada gred dan kuantiti. Jenis kemenyan mentah adalah getah kering daripada pokok Styrax yang diproses menjadi pelbagai produk bernilai tinggi seperti aromaterapi, minyak wangi, dan bahan farmasi. Selalunya semasa Proses Pembersihan dan Penggredan perlu di asingkan kemenyan mentah daripada sisa kulit kayu atau kotoran dimana gred kemenyan kepada beberapa kualiti (gred putih adalah yang paling berkualiti dan mahal, diikuti kuning dan hitam). Ada juga aktiviti seperti Pemprosesan Asas (Serbuk Kemenyan) yang mana ia ada yang perlu di kisar atau di tumbuk dari ketulan kemenyan mentah sehingga menjadi serbuk yang sangat halus dan mudah di gunakan dan di pasarkan. Ia di tapis serbuk tersebut untuk mendapatkan tekstur yang sekata bagi tujuan pembuatan colok, dupa atau serbuk aromaterapi. Ada juga produk kemenyan dalam bentuk Pengekstrakan Cecair (Minyak Kemenyan untuk Aromaterapi) dengan kaedah iaitu mencampurkan serbuk kemenyan dengan pelarut seperti etanol (alkohol gred khas) dan tapis. Apa pun bagi tujuan industri mewah boleh di lakukan cara penyulingan wap (steam distillation) digunakan bagi mengekstrak produk pati minyak kemenyan tulen. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca keduanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
DARI POKOK...DI TOREH KERAS JADINYA...
BANYAK DIGUNA... RAMAI TAK PERCAYA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA JUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Muharam 1448H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.