Dalam kuliner tempatan di laporkan yang Makanan Bubur Chacha ini dikategorikn atau ia merupakan jenis makanan pencuci mulut tradisional yang popular. Walaupun resipi asasnya berasaskan santan, gula Melaka dan daun pandan penulis blog dapati memang banyak kepelbagaian jenis atau variasinya yang berpunca daripada kreativiti pembuatnya dan juga ketersediaan bahan-bahan pelengkap yang dicampurkan ke dalam kuah bubur chacha tersebut. Di kongsikan beberapa jenis bubur ini yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Pertama adalah Jenis Bubur Chacha Asas Keledek dan Keladi dimana dilaporkan bubur chacha jenisini adalah versi yang paling klasik atau paling tradisional sebab ia akan selalunya menggunakan potongan ubi keledek pelbagai warna sama ada gunakan keledek Oren (orange), keledek Ungu atau Keledek Kuning bagi mencantikkan bubur chacha tersebut. Bagi penulis blog paling suka memakan bubur chacha yang ada ubi keladi didalamnya yang di rebus lama dan menjadi sangat lembut jua. Jenis bubur chacha klasik ini adalah sejenis bahan pencuci mulut tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan Peranakan (Nyonya) di Malaysia. Ia adalah hidangan manis berlemak yang menggabungkan adunan bebola kenyal (atau jeli) pelbagai warna, keledek (ubi manis), keladi, dan sagu yang dimasak bersama kuah santan, gula Melaka, dan daun pandan. Selalunya jenis ini ia akan menggunakan keledek atau keladi yang dipotong dadu dan kemudian ia dicampur dengan mutiara sagu yang jernih. Apa pun 'Mutiara Sagu' atau 'Sagu Mutiara' adalah butiran kecil kanji berwarna-warni (biasanya jernih atau putih sebelum dimasak) yang bertukar menjadi lutsinar, kenyal dan bertekstur lembut apabila direbus. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan pemekat atau pemanis dalam pencuci mulut. Apa [un secara tradisinya bahan ini iadiekstrak daripada empulur pokok rumbia (pokok sagu). Terkini bahan mutiara sagu komersial di pasaran ia dihasilkan daripada kanji ubi kayu (tapioka) kerana kosnya lebih murah dan memberikan tekstur yang sama. Mutiara sagu ini selepas dimasak, ia kemudian akan menghasilkan bebola kecil yang licin dan kenyal dimana biasanya rasanya adalah 'tawar' dan mudah menyerap perisa kuah yang digabungkan dengannya. Jenis ini dimakan sebaai makanan pencuci mulut atau ia dianggap sebagai sejenis kuih. Bubur cha-cha, kuih tako, dan sagu gula melaka. Apa pun jeli chacha adalah jenis bebola atau kepingan kenyal berwarna-warni yang diperbuat daripada bancuhan tepung (tepung gandum atau ubi kayu). Kuan santan bubur cha-cha ia rasanya berlemak manis yang dimasak dengan santan pekat, sedikit garam (untuk menaikkan rasa lemak), dan diwangi-wangikan dengan daun pandan. Pemanis utamanya menggunakan gula Melaka (gula nira) atau gula pasir. Kedua ada Jenis BuburChacha Bebola Sagu atau Jenis Bubur Chacha Kenyal dimana ia dibuat menggunakan sagu jernih serta bebola jeli (cha cha) berwarna-warni yang diperbuat daripada tepung ubi atau tepung beras. Paling ramai suka di zaman ini adalah Jenis Bubur Chacha Variasi Buah-Buahan dan Jenis Bubur Chacha Kekacang dimana keduanya di buat ia bergantung pada resipi keluarga dimana ia sering ditambah dengan pisang, kacang merah, jagung manis atau kacang mata hitam dan rasanya serta khasiatnya lebih enak.
Makanan bubur Chacha yang didakwa ia amat kaya dengan pelbagai nutrien penting untuk tujuan mengenyangkan dan berikan khasiat tersendiri. Bahan di gunakan seperti jenis Ubi keledek, keladi atau buah pisang merupakan punca utama sebagi sumber jenis karbohidrat kompleks yang memberikan tenaga. Manakala kanji sagu membekalkan tenaga segera dan capat di hadamkan selepas di makan. Apa pun di laporkan yang penggunaan santan pula membekalkan lemak sihat dari bubur chacha dan bahan daun pandan yang kaya dengan antioksidan serta aromanya membantu melegakan stres (tekanan) kepada pemakannya. Di kongsikan beberapa khasiat dari makanan bubur chacha sebagai bahan rujukkan dimana ia berikan Sumber Tenaga Tinggi serta berikan unsur rera dan mineral yang penting. Ini kerana gabungan dari bahan seperti ubi keledek, keladi, dan sagu bukan sahaja memberi rasa yang sedap akan tetapi membekalkan tenaga berpanjangan serta serat yang boleh melancarkan sistem pencernaan. Bubur ini dilaporkan ia Kaya dengan Vitamin terutama dari jenis bubur chacha keledek apabila ubi keledek (terutama yang berwarna oren dan ungu) padat dengan Vitamin A, Vitamin C, dan beta-karotena untuk kesihatan mata serta sistem imunisasi badan. Penulis blog dapati dimana jenis ubi keledek oren dan ungu adalah varieti ubi keledek yang kaya dengan nutrien tetapi dibezakan oleh sebatian pigmen, profil khasiat, dan rasa yang berbeza. Jenis Keledek Oren memang ia bernutrisi iaitu ia kaya dengan beta-karotena (pigmen yang turut terdapat dalam lobak merah) yang ditukar menjadi vitamin A. Ciri kelebihan iaitu ia sangat baik untuk kesihatan mata, penglihatan mata dan meningkatkan sistem imun badan. Mempunyai rasa yang lebih manis dan ia juga mempunyai tekstur yang lembap serta lembut apabila dimasak. Bagi jenis keledek Ungu pula ia memang kaya dengan antosianin (sebatian antioksidan yang memberikan warna ungu gelap). Ciri kelebihannya ia mempunyai kapasiti antioksidan yang lebih tinggi, membantu mengurangkan keradangan, dan melindungi jantung dimana keledek ini ia memberikan rasa agak kurang manis berbanding keledek oren, sedikit berkanji, dan mempunyai rasa seakan kacang (nutty). bubur chacha mengandungi santan mengandungi asid laurik yang bersifat antibakteria dan antivirus, serta mampu meningkatkan kesihatan jantung jika diambil dalam kadar yang sederhana. Di laporkan dimana makanan Bubur Chacha ini masih ada ancaman terutamanya terletak pada kandungan kalori, gula dan lemak yang tinggi akibat penggunaan santan serta gula melaka. Pengambilan berlebihan ububr chacha ini boleh meningkatkan risiko berat badan naik, masalah kolesterol dan lonjakan gula dalam darah. Sebaiknya makan bubur chacha dikawal kadar kekerapannya dengan menikmati pencuci mulut ini secara bersederhana dan elakkan makan setiap hari. Pastikan ia dibuat dengan kurangkan manis iaitu dihadkan penggunaan gula melaka atau gula pasir semasa menyediakannya sendiri. Sebagai gantian santan kelapa dimana pembaca blog anim agro technology juga dia boleh menggantikan santan pekat dengan santan cair (kurang lemak) atau susu rendah lemak.
Dalam beberapa analis di laporkan harga bubur chacha bergantung kepada jenisnya iaitu sama ada membeli peket bahan mentah kering (untuk dimasak sendiri) atau pencuci mulut siap makan dan terus dinikmati. Pengalaman penulis blog yang ingin buat sendiri bubur chacha dengan membeli bahan mentah iaitu Harga Tepung (Pek 200g - 1kg) adalah sekitar RM2.80 hingga RM8.80 bergantung pada jenama dan berat dan bahan-bahan lain mengikut jenisnya. APa pun kalau hendak memebli bubur chacha siap dimasak atau sudah sedia dimakan ia biasanya berharga RM3.50 - RM7.50 semangkuk. Dikongsikan akan Resepi Bubur Chacha tradisional yang sangat mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan asas seperti ubi keledek, sagu, daun pandan, gula Melaka dan santan. Pelru disediakan bahan-bahan utama iaitu 1 cawan biji sagu (direndam seketika), 2 cawan tepung cha cha (dikeringkan), 1/2 cawan keledek (oren, kuning atau ungu, dipotong dadu), 1/2 cawan keladi (dipotong dadu), 1 keping gula Melaka (atau gula nise), 3 sudu makan gula merah, 1 helai daun pandan (disimpul), 1/2 sudu teh garam, 2 kotak kecil santan pekat dna juga bahan air secukupnya. Cara membuatnya dengan merebus sagu dan biji chacha secara berasingan sehingga lembut (kira-kira 15-20 minit) dan kemudian ia ditoskan dan bilas dengan air sejuk. Perlu direndam sagu selama 10 minit kemudian tapis. Selepas itu boleh merebus ubi didalam periuk lain sama ada jenis ubi keledek dan keladi bersama air dan daun pandan sehingga empuk. Seterusnya di masukkan bahan manisan iaitu dimasukkan gula Melaka, gula merah, dan sedikit garam ke dalam periuk ubi. Seterusnya perlu di masukkan santan kelapa dan sagu yang telah ditapis dan santan. Kacau secara perlahan supaya santan tidak pecah dan akhir sekali boleh di masukkan biji chacha yang telah direbus dan dibiarkan mendidih seketika sebelum ia di tutup apinya. Hidangkan semasa suam panas untuk di makan bersama ahli keluarga. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RASANYA MANIS...RASA LEMAK ADA....
MEMBUAT SENDIRI...BAHAN DISEDIA...
SANGAT BERKHASIAT...RAMAI SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Muharram 1448H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.