Support My Blog

Thursday, June 4, 2026

KUIH GANDOS YANG ENAK

KUIH GANDOS
yang mana ia juga dikenali sebagai 'Kuih Sri 
Gandos' atau 'Kuih Gandus' adalah sejenis kuih tradisional masyarakat Jawa yang popular dikalangan masyarakat Jawa khususnya di Johor. Penulis blog amat suka makan kuih gandos ini yang rasanya memang lemak manis dan bertekstur lembut di dalam serta sedikit garing di luar. Zaman kecil dan remaja dulu semasa tinggal di kampong di Gersik, Tangkak, Johor memang sering berpeluang makan kuih gandos ini yang di buat oleh arwah ibu atau semasa hadir majlis kenduri kampong. Apa pun sebenarnya Kuih Gandos adalah sejenis kuih tradisi masyarakat Jawa yang dibuat daripada tepung dan kelapa muda yang diparut dimana memang ianya makanan yang amat mengenyangkan dan enak di makan bila-bila masa sahaja. Teknik masakan kuih gandos ini adalah dibakar dalam acuan khas yang menjadikan bentuknya adalah seragam (Sila lihat foto paling atas sekali). Bagi penulis blog memang suka makan kuih gandus yang panas lagi selepas ia di masak sebab rasa kelazatannya adalah maksimal berbanding dengan memakan kuih gandos yang sudah di masukkan kedalam peti sejuk. Ada juga kalangan orang kampong yang suka makan kuih gandos dengan mencicah dengan sambal tumis atau sambal hijau untuk menambah keenakannya. Apa pun jenis kuih tradisional yang menggunakan bahan utamanya dan ia di perbuat daripada adunan tepung (tepung gandum atau tepung beras), santan atau air, garam dan kelapa parut muda adalah mudah di beli di kedai runcit atau pasaraya. Kuih ini mudah di buat oleh mereka yang selalu membuatnya dan yang beru belajar membuatnya juga dimana ia disediakan dengan cara iaitu menyediakan adunan dimasukkan ke dalam acuan khas yang telah dipanaskan dan dibakar di atas dapur sehingga masak. Acuan ini menyerupai acuan kuih cara atau kuih pukis. Keistimewaan kuih gandos ini yang selalu dijadikan menu sarapan padi atau dijadikan salah satu pilihan penduduk kampong masyarakat Jawa di Muar adalah untuk hidangan semasa ada keramaian atau kenduri atau Hari Raya juga. Ia memang amat sesuai dinikmati sebagai menu minum petang bersama secawan kopi atau teh panas sambil bersantai atau berpiknik di mana sahaja. Artikel pagi Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai sejeni kuih tradisional dari Johor iaitu Kuih Gandos sebagai bahan rujukkan can bacan semua.


Di laporkan dimana Kuih Gandos (atau Kuih Sri Gandus) ia adalah merupakan kuih tradisional masyarakat Jawa yang popuar di Johor. Ia diperbuat daripada bancuhan tepung (gandum atau beras), kelapa parut muda, dan garam, lalu dibakar di dalam acuan khas. Pada asasnya memang didapati iaitu tidak ada variasi yang nyata mengenai jenis kuih gandos ini di mana sahaja iaitu ia mempunyai nama rasmi yang agak ketara akan tetapi kuih ini dikategorikan berdasarkan cara hidangan dan kombinasi perisanya. Jenis pertama yang penulis blog tahu adalah Jenis Kuih Gandos Asli (Versi Manis) dimana ia akan diihidangkan panas dengan taburan gula pasir di atasnya. Apa pun pada kebiasaannya jenis ia memang sesuai dimakan untuk sarapan atau minum petang. Makanan ini memang berkhasiat dan mengenyangkan sama seperti makan nasi juga. Kedua ada Jenis Kuih Gandos Pedas sama ada ia di makan dengan jenis Sambal Hijau Johor atau sesuai juga di makan dengan jenis Sambal Tumis Pedas. Bagi penulis blog sesekali memang akan makan kuih gandos cicah dengan sambal hijau yang memang lebih enak rasanya. Penulis blog sering membuat 
Sambal Hijau Johor iaitu sejenis sambal tradisi masyarakat Jawa di Johor (sering dipanggil sambal ijo). Ia senang di buat daripada gabungan cili hijau, tomato hijau, bawang dan ikan bilis dimana sambal ini sangat popular dimakan bersama hidangan tradisi seperti ubi rebus, kuih gandos, nasi putih dan sebagainya. Sambal ini akan di tumbuh bahan cili padi, bawang merah, bawang putih, tomato hijau, dan ikan bilis goreng dengan cara tumbuk kasar atau dikisar supaya bahan-bahan tidak terlalu hancur. Ia berikan rasa yang pedas menyengat yang digabungkan dengan rasa manis dan sedikit masam dan rasa lemak masin hasil campuran ikan bilis yang di goreng. Biasanya cara buat sambal ini akan dimasak dengan cara menumis semua bahan yang dikisar dengan minyak atau boleh juga disediakan secara rebus untuk versi yang lebih sihat dan tidak menggunakan belacan. Bagi penulis blog mendapati dimana di kawasan Johor dan beberapa negeri lain, kuih gandos yang berlemak ini popular dimakan bersama sambal tumis atau sambal hijau. Gabungan rasa lemak masin kuih dan pedas sambal menjadi pilihan ramai dalam majlis keramaian. Dalam rujukkan lain di laporkan ada varian nama kuih ini disesetengah tempat yang berpunca dari kelainan budaya bergantung kepada citarasa tempatan seperti ada yang memanggilnya sebagai Kuih Sri Gandus, Kuih Apam Jepun, Kuih Cubit, Kuih Takoyaki (kategori acuan yang hampir sama) dan sebagainya. Dalam generasi terkini ada beberapa inovasi kuih gandos yang diletakkan pelbagai inti di dalamnya ketika proses membakar.  


Walau pun jenis makanan Kuih Gandos merupakan salah satu jenis koleksi kuih tradisional masyarakat Jawa yang diperbuat daripada bancuhan tepung beras atau teponggandum, kelapa parut, dan santan, kemudian dibakar dalam acuan khas sehingga rangup di luar dan lembut berkrim di dalam tetapi cara embuatnya ada sedikit kelainan. Penulis blog kongsikan akan akan resipi mudah untuk membuatnya. Bahan-bahan yang perli disediakan adalah 1 cawan tepung gandum, 1 cawan kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja), 1 cawan santan, 1 sudu kecil garam, sedikit mentega atau marjerin (untuk oles acuan) dan juga gula halus (untuk taburan - jika perlu ikut cara hidangan). Cara membuatya dengan membancuh adunan kuih ini. Pertama disatukan tepung gandum, kelapa parut dan garam dan kemudian di masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata supaya tiada adunan yang berketul. Kemudian adalah memanaskan acuan logam kuih gandos ini sehingga cukup panasdiatas dapur dan kemudian oleskan sedikit mentega pada setiap lubang acuan. Seterusnya dengan menggunakan alat sesuai di tuang adunan tepong tadi kedalam acuan dan di biarkan sehingga ia masak. Cara terbaik menuang adunab adelah menuangkan adunan ke dalam acuan sehingga hampir penuh iaitu 3/4 penoh di dalam acuan. Kemudian di tutup atasnya dengan baik untuk ia masak sekata dan tunggu atau dibiarkan ia masak menggunakan api sederhana kecil. Apabila warnanya terutama dibahagian tepi dan bawah kuih kelihatan perang keemasan (atau garing) mama kuih ini sedia untuk di angkat kuih. Cara menghidang kuih ini sebaikny dimanan semasa masih panas terus di makan atau ada yang minat menaburkan sedikit gula halus di atasnya dan sedia untuk dinikmati dengan rasa masis. Penulis blog suka makan yang kosong tanpa apa-apa guna tambahan.


Kuih gandos (juga dikenali sebagai kuih sri gandos) adalah kuih tradisional masyarakat Jawa yang memang ia ada banyak lelebihannya. Dari segi kesihatan dilaporkan dimana ia akan membekalkan tenaga segera dan serat daripada kelapa parut yang ada namun khasiatnya adalah terhad kerana ia tinggi kandungan karbohidrat (tepung) serta gula dan lebih sesuai dinikmati sebagai hidangan santai. Semasa panas di makan ia akan memberikan rasa lemak manis, bertekstur lembut di dalam, dan sedikit rangup di luar apabila dimasak dengan menggunakan acuan khas. Di kampong saya di Gersik, Tangkak, Johor dimana ia biasanya kuih gandos akan dimakan terus dan ada juga orang suka makan bersama sambal tumis atau sambal hijau untuk memberikan rasa pedas dan masin yang unik. Mereka yang kali pertama suka makan kuih gandis ini ii Di beberapa tempat lain dimana ia disajikan sebagai pencuci mulut yang mengenyangkan. Ada juga beberapa kenyataan akan ancaman memakan kuih gandos atau kuih tradisional bersantan yang lain berpunca daripada penggunaan santan atau kelapa parut yang sudah basi dan tercemar. Ini didakwa ia akan mendedahkan kepada risiko keracunan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan. Agak jarang kes seperti ini di laporkan akan tetapi masih ada risiko dan simptom yang perlu diberi perhatian termasuklah kemungkinan dari ancaman bakteria dimana jika menggunakkan santan dan kelapa yang sudah rosak akan ada implikasinya walau pun kuih ini di masak. Makanan yang terdedah pada suhu bilik dimana ia menjadi medium pembiakan bakteria berbahaya seperti Salmonella atau Staphylococcus aureus. Mengetahui akan simptom keracunan makanan (tidak semestinya memakan kuih gandos yang jarang bermasaalah) dimana jika termakan kuih yang telah basi maka mungkin mengalami sakit perut, cirit-birit, loya, muntah-muntah, demam dan badan berasa lemah. Sebaiknya sebelu makan pastikan tiada bau masam atau hamis, tekstur yang berlendir dan rasa yang berubah kepada semua jenis makanan yang dihidangkan. Makanan yang sudah basi sangat bahaya kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak dan warga emas.  Kalau sesiapa pun pergi membeli kuih daripada pengendali premis pastika memeriksa akan aspek kebersihan dan elakkan menyimpan kuih bersantan terlalu lama di luar. Dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika mengalami simptom keracunan makanan yang teruk jika kercunan makanan.


Membuat analisa dan tinjauan akan harga jualan Kuih Gandos (atau juga dikenali sebagai Kuih Sri Gandus) di bbeberapa sumber dimana ia biasanya adalah sekitar RM0.50 (50 sen) hingga RM0.60 (60 sen) bagi setiap biji dari penjual tempatan. Bagaimana pun di laporkan ia juga sering dijual dalam pek kombo seperti 5 biji pada harga RM3.00 satu pek atau membeli secara borong untuk kenduri di rumah dengan harga RM50 satu kotak (ada 100 didalamnya). Harga ini mungkin sedikit berbeza bergantung kepada lokasi gerai dan jenis perisa yang ditawarkan. Kuih gandos adalah kuih tradisional berasaskan tepung dan kelapa parut dimana cara memakan yang paling popular untuk menikmatinya adalah dengan makan terus semasa suam pnas ata ada yang akan mencicahnya ke dalam gula pasir putih supaya ada gabungan rasa lemak manis.  Apa pun selain dicicah dengan gula dimana ada beberapa cara lain yang lazat untuk menikmati kuih ini. Bagi menikmati kuih ini Secara Tradisional (Manis) maka akan di ambil kuih gandos ini dicicah dengan gula merah atau kuah manisan nenas. Kedua bafi memakan Cara Rasa Asli dimana ia sesuai di makan begitu sahaja tanpa sebarang cicahan untuk merasai keenakan dan aroma asli kelapa parut. Satu lagi cara makan kuih gandos yang kini semakin popuar adalah dengan memakan Cara Gaya Pedas apabila semakin ramai yang menggemarinya dengan mencicah bersama sambal tumis pedas atau sambal hijau Johor yang mana ia akan memberikan rasa kepuasan sebenar (Sila lihat foto disebelah). Ia akan berikan rasa lemak, pedas, manis dan masin sekali gus didalam memakan cara ini. 


Beberapa media tempatan laporkan 'TMJ diperkenal kuih gandos, makanan tradisi orang Jawa' di Muar, Johor sebab dilaporkan mungkin ramai generasi muda sekarang tidak mengenali kuih tradisi masyarakat Jawa, kuih gandos, malah ia boleh dikatakan hampir pupus apabila sudah jarang lagi dimasak. Apa pun disebabkan itu demontrasi memasak kuih tersebut dimasukkan dalam aktiviti Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 yang diketuai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Malahan baginda sendiri turut menikmati kuih tersebut hari ini dan menurut tukang masak, Md. Jamil dia harap ada generasi muda berminat meneruskan tradisi itu kerana ia merupakan makanan turun-temurun masyarakat Jawa. Menu istimewa itu dibuat menggunakan acuan khas daripada tembaga dan bahan-bahan terdiri daripada air kelapa, tepung gandum atau tepung beras, kelapa parut serta air sebelum dimasak dengan arang. Walaupun kali ini, hasrat saya untuk mempersembahkan hidangan itu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak kesampaian, tetapi saya berbangga ia menjadi santapan Tunku Ismail. Md. Jamil ditemui ketika KMJ 2023 yang singgah di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam, di sini yang mana konvoi diraja berkenaan menghabiskan masa 90 minit bermesra dengan penduduk setempat. DIa bersetuju memasak selepas melihat acuan berusia lebih 90 tahun yang dibuat daripada tembaga tidak digunakan. Saya cuba membuatnya bersama isteri (Misrupah Buhari) dan tidak sangka ia menjadi. Jika ada majlis tertentu atau kenduri di kawasan Ayer Hitam, Muar ada sahaja yang buat tempahan kuih ini sama ada untuk sarapan atau minum petang. Kuih ini dimerancang akan mempopularkan semula kuih tersebut, namun akan meletakkan dengan nama ‘Takoyaki Jawa’. Konvoi Keluarga Diraja Johor yang singgah di kompleks penghulu itu dan tiba pukul 12 tengah hari itu disambut dengan paluan kompang daripada kumpulan Kompang Seri Sepadan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KUIH GANDOS...MAKANAN ISTIMEWA...
DARI ADUNAN TEPONG...SANTAN JUGA...
ENAK DI MAKAN... KENYANG AGAK LAMA...
ADA DI JUAL... SEMAKIN RAMAI LUPANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Zulhijjah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...