Salah satu cara utama dalam pengairan pertanian meningkatkan hasil tanaman adalah dengan menyediakan bekalan air yang stabil dimana ia dipercayai termasuk jika ada kes yang berlaku akan kekurangan hujan. Di banyak kawasan kekurangan hujan yang konsisten boleh menyebabkan kegagalan tanaman atau pengurangan produktiviti. Penulis blog pernah terlibat didalam isu kegagalan atau masalah dalam penuaian padi yang mana ia berpunca daripada sistem pengairan biasanya disebabkan oleh gangguan jadual pengairan, masalah sistem saliran, kemarau atau paras air yang tidak menentu. Banyak usaha perlu dilakukan oleh pesawah dan pihak berkuasa seperti pihak IADA (Agensi di bawah Kementerian Pertanian Malaysia yang menjaga Skim Jelapang Padi di Malaysia iaitu untuk mengatasi masaalah kekurangan air di sawah padi (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kini dengan menggunakan sistem pengairan seperti pengairan titisan, sistem sprinkler atau pengairan permukaan dimana para petani yang menanam tanaman makanan seperti sayur-sayuran, tanaman kontan dan buah-buahan boleh memastikan tanaman mereka mempunyai akses kepada air dengan tanpa mengira keadaan cuaca luaran seperti waktu hujan atau semasa musim kemarau. Kebolehpercayaan ini adalah penting untuk mengekalkan kesihatan tanaman dan juga bagi ianya membantu proses pertumbuhan tanaman yang konsisten dalam menjadikan dasar jaminan makanan negara terus di capai dan mencukupi sepanjang masa. Siatem pengairan membolehkan petani mengairi tanaman pada masa yang paling sesuai dimana paling kritikal semasa peringkat awal pertumbuhan dan pada masa ia mula berbunga dan berbuah. Isu jika ada kalangan petani yang hanya bergantung kepada bantuan hujan yang tidak menentu yang sukar di ramalkan walau pun ada dilihat mendung dan gerimis berlalu namun air tidak mencukupi untuk tumbesaran tanaman. Kalau hujan turun pun ia hanya sekejap sahaja dimana ini mungkin tidak selaras dengan jumlah dalam keperluan tanaman untuk diserap dan menjejaskan aktiviti tumbesaran pokok dan menganggu ghasilnya. Bagaimana pun jika petani bermodal dan berilmu memasang sistem pengairan di kebun mereka maka air akan diapat di bekalkan kepada tanaman mengikut keperluan sebenar sama ada petani dapat menggunakan sistem pegairan titis, sistem pengairan sprinkler dan lain-lain sistem dengan lebih terpercaya.
Penulis blog sering belajar da mengajr petani konersil di banyak lokasi dimana sebenarnya Tahap Keupayaan untuk membekalkan air semasa fasa pertumbuhan tanaman adalah masa yang paling kritikal seperti Fasa Berbunga dan Fasa Pembentukkan Buahnya. Ini secara langsung menyumbang kepada hasil tanaman yang lebih tinggi atau berkurangan dan juga aspek kualiti hasinya kelak. Pengairan yang diberikan pada masa yang sesuai juga membantu meminimumkan tekanan air, memastikan tanaman berkembang sepenuhnya. Pengalaman penulis blog dalam memberi khidmat kepakaran teknikal tanaman durian kepada penanam durian komersil mendapati dimana isu keperluan air bagi pokok durian boleh ia berubah mengikut peringkat masa tumbesaran dan sangat kritikal terutamanya pada peringkat awal penanaman dan semasa proses pembungaan (Sila lihat foto disebelah). Semasa peringkat pembungaan dimana lazimnya pokok durian memerlukan pengurangan air secara drastik (hanya 20% - 50% daripada keperluan biasa) untuk mengelakkan bunga daripada gugur. Petani durian perlu menghentikan siraman 3 hingga 4 minggu sebelum bunga mula mekar bagi merangsang proses pembungaan. Antara panduan terperinci pengurusan air untuk diikuti peringkat pembungaan durian adalah sebelum Berbunga (3-4 minggu) perlu dihentikan siraman sepenuhnya (biarkan tanah kering) untuk menggalakkan pembentukan kudup bunga. Kedua dimana semasa Bunga Mula Kembang maka diberikan air minimum atau siraman ringan sahaja dan mesti elakkan daripada menyiram terlalu banyak. Ketiga adalah tahap selepas Bunga Mekar atau masa proses Pembentukan Putik dimana perlu ditingkatkan jumlah siraman secara beransur-ansur (kira-kira 6-8 liter sehari bagi setiap pokok muda, atau ikut kesesuaian saiz pokok) untuk menyokong tumbesaran putik. Ingatan dimana pada Musim Hujan iaitu jika hujan lebat berterusan perlu dipastikan sistem saliran dan perparitan di ladang masih ia berfungsi dengan baik bagi mengelakkan air bertakung kerana akar durian sangat sensitif dan mudah rosak (akar reput) jika terendam. Keperluan ini adalah untuk pokok durian matang di mana keperluan air harian biasanya adalah sekitar 100 liter -150 liter sehari bergantung kepada saiz pokok durian dan varieti durian serta keddukan kebun.
Penting di kongsikan info bagaimana pengairan akan dapat membantu memaksimumkan produktiviti atau hasil tanaman di kebun. Pertama dengan kesan Meningkatkan Penggunaan Tanah apabila di kawasan kebun di mana air adalah terhad atau hujan adalah tidak konsisten maka bantuan pengairan dalam pertanian membolehkan kesemua petani memaksimumkan potensi tanah mereka. Salah satu sebab bagaimana putik durian gugur adalah berpunca daripada kekurangan air selain dari isu lain termasuk cuaca panas, kekurangan nutrien dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Selalunya tanpa pengairan baik ia akan menyebabkan isu pengeluaran hasil tanaman akan terhad terutamanya di kawasan beriklim kering dimana kaedah seperti menyediakan sistem pengairan maka kemudian petani boleh membajak lebih banyak tanah dan menanam tanaman ikut perancangan serta ini akan meningkatkan pengeluaran hasil dan punca pendapatan mereka. Pengurusan air yang cekap juga akan memastikan tanaman dapat berkembang di atas jenis tanah kurang subur walau pun asalnya ia tidak sesuai untuk pertanian dimana pengairan akan membawa kepada penggunaan sumber yang ada dengan lebih baik. Kehebatan pengairan kedua adalah akan terjadi Musim Tumbuh yang Lebih Panjang apabila sistem pengairan pertanian adalah pelanjangan musim tumbuh dimana di banyak kawasan, isu kemarau atau corak hujan yang tidak sekata mengurangkan panjang musim tumbuh secara ketara. Walau bagaimanapun kini dengan menyediakan bekalan air yang sekata dimana sistem pengairan boleh memanjangkan musim pertumbuhan yang membolehkan tanaman akan boleh matang sepenuhnya. Tempoh yang dipanjangkan ini meningkatkan peluang untuk mencapai hasil yang lebih tinggi kerana tanaman mempunyai lebih banyak masa untuk berkembang tumbuh dan mencapai potensi penuh tanaman tersebut. Kehebatan pengairan ketiga adalah pengairan Meningkatkan Kualiti Tanaman dengan cara memastikan pengagihan air yang sekata. Petani hebat aan ada keupayaan untuk mengawal pengagihan air di kebun dimana ciri ini ia merupakan kelebihan utama dalam sistem pengairan pertanian. Pengairan yang sekata membantu memastikan bahagian tanaman menerima jumlah air yang sama, mempercepatkan pertumbuhan yang sihat di seluruh ladang lebih seragam. Pengairan yang tidak mencukupi atau tidak sekata boleh membawa kepada pertumbuhan tanaman yang lemah dan kualiti yang berkurangan dan tidak seragam di kebun. Sistem pengairan membolehkan penghidratan yang konsisten dimana kes ini ia secara langsung memberi kesan kepada kualiti tanaman dengan memastikan tanaman akan dapat tumbuh secara sekata dan mencapai tahap optimum dari segi saiz, warna, dan kandungan nutrisi.
Dilaporkan sistem pengairan tanaman akan Mengurangkan Tekanan pada Tanaman apabila tekanan air merupakan salah satu punca utama berlakunya hasil tanaman yang rendah dan kualiti yang tidak memuaskan. Apabila tanaman tidak diair dengan betul, mereka menghadapi kesukaran untuk menyerap nutrien yang diperlukan dari tanah, seterusnya menyebabkan pertumbuhan yang terbantut dan hasil yang tidak berkualiti. Pengairan pertanian mengurangkan risiko tekanan air dengan mana ia menyediakan aras air yang konsisten dan optimum kepada tanaman. Tanaman yang sihat dan cukup air lebih rintang terhadap penyakit dan perosak, menghasilkan hasil yang berkualiti tinggi. Penanaman tomato di Malaysia sesuai diusahakan di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands, serta menggunakan kultivar di tanah rendah yang ditanam kawasan seperti Johor dan Selangor. Tempoh matang adalah sekitar 100 hari selepas disemai dimana dengan hasil purata boleh mencapai sehingga puluhan tan sehektar bergantung pada teknologi termasuk sistem pengairan, penjagaan penyakit dan pembajaan sempurna (Sila lihat foto disebelah). Ia juga akan Menyokong Amalan Pertanian Mampan melalui kecekapan dan pemuliharaan Air apabila amalan pertanian berkelanjutan semakin menjadi keutamaan apabila sumber air global semakin terbatas. Sistem pengairan pertanian direka dengan mengambil kira pemuliharaan air. Apa pun teknik seperti pengairan titisan dan hos penyerap menyampaikan air terus ke zon akar tumbuhan yang mana ini akan meminimumkan penyejatan dan aliran air. Cara ini ia juga menggunakan kurang air dan menyasarkan sistem akar tumbuhan dan sistem ini mengurangkan pembaziran dan menjadikan pertanian lebih cekap penggunaan air. Ini bukan sahaja memulihara sumber air yang berharga tetapi juga mengurangkan kos kepada petani dalam jangka masa panjang. Pengairan sempurna akan membantu Pengurangan kesan alam sekitar sebab sistem pengairan yang cekap membantu mengurangkan kesan persekitaran daripada penjajahan. Pengairan berlebihan boleh menyebabkan tanah terendam, hakisan tanah dan kehabisan nutrien. Walau pun begitu penulis blog dapati dengan pengairan yang betul maka jumlah air digunakan secara tepat di mana ia diperlukan ia akan mengelakkan air berlebihan daripada mempengaruhi struktur tanah. Ini mengurangkan risiko degradasi tanah dan membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem. Selain itu, dengan mengurangkan aliran air, sistem pengairan membantu menjauhkan baja dan pestisid daripada mencemarkan badan air berdekatan, memastikan persekitaran yang lebih bersih.
Seterusnya sistem pengairan di lihat ia mempunyai Kelebihan Ekonomi untuk Petani dan Meningkatan Keuntungan sebab akan berlaku peningkatan hasil tanaman memberi kesan ekonomi yang ketara. Hasil yang lebih tinggi bermaksud lebih banyak produk untuk dijual, yang memberi keuntungan yang lebih tinggi kepada petani. Sistem pengairan selalu ia membolehkan petani memaksimumkan produktiviti tanah mereka, terutamanya di kawasan di mana bekalan air adalah terhad. Pelaburan permulaan dalam infrastruktur pengairan akan berbaloi dalam jangka panjang melalui peningkatan kecekapan dan output tanaman yang lebih tinggi. Pengairan sangat kritikal dengan penanaman jagung (Zea mays) sebab tanpanya hasil jagung akan berkurangan dan rendah kualiti (Sila lihat foto disebelah) iaitu ladang jagung di Jalalabad Research Center, Pakistan. Apa pun sellaunya kesannya terhadap Kos Penggunaan Sistem Pengairan Moden diperingakat permulaan untuk memasang sistem pengairan boleh menjadi tinggi sebab sistem moden menawarkan pulangan pelaburan yang tinggi. Apa pun teknologi seperti pengawal automatik dimana petani boleh menguruskan penggunaan air dengan lebih cekap iaitu dengan cara mengurangkan pembaziran dan menjimatkan bil air. Selain itu selalunnya sistem pengairan ini akan membantu usaha bagi mengurangkan keperluan kerja pengairan secara manual yang meletihkan, seterusnya menjimatkan kos operasi keseluruhan. Dalam jangka panjang dipercayai keberkesanan kos sistem pengairan menjadikannya aset bernilai kepada petani yang ingin memaksimumkan hasil dan keuntungan. Pengairan pertanian menyediakan bekalan air yang konsisten dan terkawal, memastikan tanaman memperoleh keperluan penghidratan yang mencukupi sepanjang kitaran semasa pertumbuhannya. Ia akan mengurangkan tekanan air dan memberikan air pada masa yang optimum, sistem pengairan mempromosikan pertumbuhan tanaman yang lebih sihat dan cepat, seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran. Jenis sistem pengairan pertanian yang paling biasa digunakan termasuk pengairan titisan, sistem perimek dan pengairan permukaan. Pengairan titisan menghantar air terus ke akar tumbuhan, manakala sistem perimek mengagihkan air melalui kepala perimek di atas. Pengairan permukaan melibatkan pengaliran air secara terkawal di atas permukaan tanah. Apa pun di kawasan yang sering dilanda kemarau dimana sistem pengairan memastikan tanaman menerima bekalan air yang sekata, walaupun hujan tidak mencukupi. Ia menyediakan sumber air alternatif, pengairan mengurangkan pergantungan kepada hujan semulajadi, membolehkan pengeluaran tanaman yang stabil dan hasil yang lebih tinggi. Bagi penulis blog dimana sistem pengairan moden seperti pengairan titisan dan pancuran boleh diselaraskan untuk memberikan jumlah air yang sesuai, meminimumkan pembaziran. Teknologi seperti sensor kelembapan tanah dan alatan pengawal automatik membolehkan petani mengoptimumkan penggunaan air, memastikan kecekapan dan pemuliharaan. Semuga artike ini memberi info berguna kepada seua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TINGKATKAN HASIL... BAGAIMANA CARA...
BANYAK SISTEM ...PETANI GUNAKANNYA...
BACA ARTIKEL .. TEKNOLOGI DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Dzulkaedah 1447H).
Kemaskini pada 23 Zulhijjah 1447H.







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.