Kegunaan Utama Kapas asasnya adalah pelbagai dimana selain daripada industri pakaian dan fesyen yang menyerap sebahagian besar pengeluaran kapas juga digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor lain. Dalam industri tekstil dan pakaian dimana kapas diguna dalam pembuatan fabrik seperti denim, baju-T dan seluar dan daalam produk perubatan ia dijadikan kapas pembalut dan swab steril. Apa pun ada juga dalam industri lain dimana bijinya digunakan untuk dijadikan minyak biji kapas dan makanan haiwan. Proses kapas menjadi kain melibatkan beberapa langkah utama daripada fasa pertama iaitu menuai, membersih dan memisahkan gentian kapas (ginning), menyikat dan meluruskan gentian (carding), memintal gentian menjadi benang (spinning), serta menenun atau mengait benang menjadi helaian kain. Fasa Menuai iaitu mengutip bebola kapas yang telah matang dikutip dari ladang dan ia kemudian dimasukkan ke dalam mesin pemisah untuk menyingkirkan sisa daun, kotoran, dan biji kapas. Gentian kapas yang bersih ini akan dipadatkan menjadi blok besar yang dipanggil bal dalam kilang (Sila lihat foto disbelah). Fasa Penyikatan (Carding) dimana blok kapas dimasukkan ke dalam mesin untuk dileraikan dan disikat supaya semua gentian tersusun selari serta membuang sisa kotoran halus yang tertinggal dimana hasilnya adalah jidar kapas yang lembut (dikenali sebagai sliver). Fasa Pemintalan (Spinning) pula dimana gentian kapas ditarik dan dipintal dengan kuat sehingga menjadi lembaran benang yang panjang dan kuat. Pada Fasa Tenunan dan fasa Kait (Weaving/Knitting) dimana benang-benang ini kemudian dimasukkan ke dalam mesin tenun. Benang menegak (warp) dan benang melintang (weft) akan disilang-selang dan dijalin untuk membentuk helaian fabrik atau kain. Pada Fasa Kemasan (Finishing) dimana selepas siap ditenun, kain akan melalui proses cucian, pelunturan, pewarnaan, atau rawatan khas (seperti kalis air atau anti-kedut) sebelum sedia dipotong dan dijahit menjadi pakaian. Penulis blog merujuk beberapa sumber dimana harga kapas bergantung kepada jenis yang berlainan. Beberapa isu dalam industri kapas dimana pengeluaran kapas tradisional sering dikritik kerana memerlukan penggunaan air dan racun serangga yang intensif. Sudah ada terdapat peningkatan dalam permintaan untuk kapas organik yang lebih mesra alam dan mengekalkan kesihatan tanah. Isu berkait dengan rantaian bekalan antarabangsa, seperti kontroversi buruh di wilayah pengeluaran utama seperti Xinjiang didakwa ia juga memberi kesan kepada pasaran kapas dunia. Di Malaysia dimana secara am dimana produk akhir kapas untuk tujuan kegunaan muka dan kosmetik berharga sekitar RM2.00 hingga RM20.00 bergantung pada jenama dan kuantiti. Produk Kapas Muka (Cotton Pad) yang ada dijual di Guardian, Watsons, atau Mr DIY) ia biasanya berharga RM3.00 hingga RM7.00 untuk satu pek (100 keping), atau promosi seperti RM10 untuk 3-4 pek.
Kapas secara umumnya terbahagi kepada beberapa jenis utama dimana ia bergantung kepada sama ada ia merujuk kepada tumbuhan atau gentian kapas, kain pakaian (cotton), atau kapas muka (keperluan harian). Lazimya jenis-jenis kapas boleh di kategorikan kepada Jenis Gentian atau Jenis Tumbuhan Kapas (Bahan Asal) yang di hasilkan dari pokok kapas Upland (Gossypium hirsutum) iaitu spesis kapas yang paling popular yang menyumbang kira-kira 90% daripada pengeluaran kapas dunia. Gentiannya agak pendek tetapi sangat kuat dan mudah ditanam. Jenis kedua pula ada Jenis Kapas Pima atau Jenis Kapas Mesir (Gossypium barbadense) yang dikenali sebagai kapas gentian panjang dengan ia mempunyai kualiti kapas yang lebih mewah, lembut, tahan lasak dan sering digunakan untuk pakaian premium (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya ada Jenis Kapas Organik yang ditanam tanpa menggunakan baja kimia sintetik atau racun perosak, menjadikannya lebih mesra alam dan selamat untuk kulit sensitif. Keempat ada Jenis Kapas Kitar Semula iaitu jenis kapas yang diperbuat daripada sisa tekstil atau pakaian lama yang dikumpulkan dan dipintal semula menjadi benang baharu. Ada Kapas Jenis Kain Kapas (jenis untuk dijadikan pakaian dan juga tekstil dikelali sebagai Jenis Cotton Combed atau Carded iaitu jenis kapas yang telah disisir untuk membuang gentian pendek. Combed lebih halus dan licin berbanding carded. Ada juga Jenis Cotton Spandex iaitu produk campuran kapas dan spandeks yang memberikan sifat memeri (stretchable) dan selesa. Ada juga Jenis Kapas Flannel atau fabrik kapas yang sedikit gebu dan tebal dimana ia sesuai untuk pakaian musim sejuk atau baju sejuk. Ada juga Jenis Kapas Denim yang merupakan jenis fabrik kapas tenunan kasar yang lasak serta ia biasanya digunakan untuk seluar jeans. Ada juga Jenis Kapas Poplin iaitu jenis kain kapas yang kukuh, licin dan versatil, popular untuk baju kemeja. Bagi jenis-jenis kapas untuk megunaan penjagaan diri atau kategoru Jenis Kapas Muka dimana dilaporkan ada banyak kategori produk. Pertama ada Jenis Kapas Empat Segi (Square) iaitu produk ka[as yang mana ia berbentuk petak yang nipis dan biasanya lebih menjimatkan toner kerana ia tidak menyerap terlalu banyak cecair. Ada Jenis Kapas Bulat (Round) daan jenis kapas ini ia lebih tebal dan biasanya mempunyai corak bertekstur, sangat baik untuk menanggalkan solekan. Ada juga Jenis Kapas Peeling Pads iaitu produk kapas muka dengan permukaan yang agak kasar sedikit untuk membantu membuang sel-sel kulit mati.
Menarik mengetagui akan penanaman kapas iaitu sejenis pokok renek tropika dari keluarga Malvaceae (sama kumpulan dengan pokok bunga raya dan bendi) yang ditanam untuk mendapatkan gentian lembut. Gentian putih ini digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk menghasilkan benih, kain tekstil, dan pelbagai produk harian. Tanaman kapas iaitu pokok ini bersaiz rendah, tumbuh sekitar 1 hingga 2 meter tinggi perlukan kaedah amalam teknologi dimana bunga kapas pada awalnya berwarna putih atau kuning akan ia bertukar merah jambu iaitu fasa sebelum gugur dan digantikan dengan buah yang dipanggil boll. Dilaporkan pabila matang, buah tersebut akan pecah dan mendedahkan gumpalan serat putih gebu dimana ada jenis gentian ini dipisahkan dari biji dan dipintal menjadi benang. Kegunaan utama gentian digunakan untuk pakaian dan tekstil manakala bijinya diproses untuk mendapatkan minyak makan. Penanaman kapas memerlukan penyediaan tanah yang subur, benih yang berkualiti serta kawasan ladang ua mesti mendapat pendedahan penuh kepada cahaya matahari. Tumbuhan ini benihnya akan mengambil masa antara 7 - 10 hari untuk bercambah dan sesuai ditanam di kawasan beriklim panas. Proses penanaman kapas boleh dilakukan dengan mudah melalui langkah-langkah awal iaitu Kerja Penyediaan Tanah dengan menggunakan tanah yang perlu digemburkan dengan trekter dan bersaliran baik. Seterusnya adalah proses pembajaan basal (baja asas). Setelah benih di tanam perlu di basahkan tanah secara berkala (pastikan ia lembap tetapi tidak bertakung) dan letakkan di kawasan yang mendapat cahaya matahari mencukupi. Pembajaan kapas menggunakan baja kimia dan baja organik bagi membantu pokok kapas yang merupakan tumbuhan renek (setinggi 1 hingga 2 meter) membesar dengan sihat.Lazimnya kerja penuaian boleh di lakukan selepas beberapa bulan apabila pokok kapas akan mula ia mengeluarkan bunga yang kemudiannya bertukar menjadi buah (dikenali sebagai boll). Apabila buah ini matang dan mula merekah dimana gumpalan kapas putih bersama bijinya boleh dipetik dengan tangan (sepokok dua) atau dengan jentera menuai kapas secara estet.
Di sembangkan akan Jenis Kapas Asli berbanding dengan Jenis Kapas Sintetik atau Kapas Tiruan. Jenis Kapas asli adalah gentian semula jadi yang diperoleh daripada pokok kapas manakala jenis kapas sintetik adalah gentian buatan manusia (seperti poliester atau rayon) yang dicipta untuk meniru sifat kapas. Kapas asli lebih selesa dan mesra kulit, sementara kapas sintetik lebih murah dan tahan lasak. Menarik kupas apan perbezaan utama antara kedua-duanya merangkumi aspek berkaitan dimana bagi jenis Kapas Asli ia adalah berasal dari tuaian buah pokok kapas sebenar. Jenis ini memang ia lebih berikan keselesaan cirinya yang sangat lembut, boleh bernafas dan menyerap peluh dengan baik. Kapas alsi memangia sesuai untuk kulit sebab ia bersifat hipoalergenik dan kurang menyebabkan alahan atau iritasi kulit dan kapas asli ia memang mesra alam dimana akhirnya ia boleh terurai secara semula jadi. Berlainan dengan Jenis Kapas Sintetik yang mana ia dihasilkan di makmal atau kilang menggunakan bahan kimia atau produk dari petrokimia. Ciri ketahanan didkwa ia lebih kuat dan cepat kering serta ia tidak mudah renyuk. Aspek pengudaraan kapas sintetik sebenarnya ia amat kurang menyerap haba dan mungkin memerangkap haba dimana ciri ini ia membuatkan pemakai berasa lebih panas. Bagaimana pun jenis kapas sintetik ini ia senang atau mudah di jaga serta mudah dibasuh dan tidak mengecut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PENGELUAR UTAMA..NEGARA INDIA....
ADA KAPAS ASLI... LEMBUT CIRINYA...
KAPAS SINTETIK.. ADA KELEBIHANNYA...
By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Zulhijjah 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.