Support My Blog

Showing posts with label BUDU DAN FAKTANYA. Show all posts
Showing posts with label BUDU DAN FAKTANYA. Show all posts

Wednesday, June 3, 2026

BUDU DAN FAKTANYA (Part 2)

BUDU adalah sejenis sos ikan atau pekasam yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam selama beberapa bulan sehingga hancur. Makanan tradisional yang berasal dari negeri Kelantan dan Terengganu ini mempunyai rasa masin, lemak, dan 'umami' yang unik, serta popular dijadikan pencicah ulam-ulaman dan nasi. Budu dilaporkan sebagai sejenis makanan jenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia juga merupakan makanan tradisional yang popular di Malaysia dimana ia memang berasal dari Kelantan. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol dan kini sudah ada budu yang dijual diatas talian. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis serta tempoyak. Apa pun semasa penulis melawat negara Filipina, Thailand dan beberapa negara Asia lain terdapat makanan seperti budu dibuat dengan menjalani proses sama terutaman di kawasan perkampongan yang berhampiran dengan laut sebagai sejenis makanan lokal. Penemuan pakar dalam bidan nutrisi makanan tempatan baru-baru ini membuktikan kandungan produk budu memiliki sejenis bahan iaitu Gluthaione iaitu ia sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai jenis penyakit merbahaya dan menghalang masaalah kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap sebagai sejenis 'makanan kampong yang kuno' akan tetapi kini sudah menjadi makanan superfood yang sudah di banggakan ramai. Budu juga didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan dapat mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti apa yang disebut sebagai aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh manusia berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan didakwa ia mampu untuk dapat  menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta membantu ramai menyembuhkannya dalam waktu singkat. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta menarik tentang budu untuk bahan rujukkan dan bacaan pembaca semua.


Dilaporkan dimana budu merupakan makanan tradisi yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam dan kemudian di botolkn untuk dijadikan penyedap makanan. Apa pun di sebalik rasanya yang masin dan masam dimana ia sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat tersembunyi jika diambil dengan betul dan bersesuaian. Dalam beberapa laporan dimana antara kelebihan utama mengambil budu sebab ia Kaya Dengan Probiotik yang terjadi semasa proses fermentasi dimana ini menghasilkan bakteria baik yang sangat bagus untuk kesihatan usus dan sistem pencernaan. Probiotik adalah bakteria hidup dan yis (mikroorganisma baik) yang bertindak menjaga kesihatan sistem pencernaan manusia. Ia berfungsi menyeimbangkan bakteria di dalam usus, melawan kuman jahat serta membantu menyerap nutrisi makanan dengan lebih optimum. Budu dilaporkan ia sebagai Sumber Protein dan juga Sumber Mineral seperti ia dilaporkan mengandungi protein, omega-3 dan pelbagai mineral penting yang diperlukan oleh badan. Lazimnya jeis 'Protein Baik' adalah protein berkualiti tinggi yang mudah diserap oleh badan untuk membina otot, membaiki tisu dan mengekalkan kesihatan. Temuan saintis terkini dimana budu dapat Membantu Bagi Kesihatan Otak apabila ada kehadiran probiotik dan nutrien lain dalam budu dikatakan dapat membantu meningkatkan kecerdasan dan kesihatan otak. Kesihatan otak merujuk kepada fungsi optimum otak dalam aspek kognitif (untuk berfikir dan daya mengingat), motor (pergerakan), emosi dan deria. Ia bukan sekadar bebas daripada penyakit, tetapi melibatkan keupayaan mental untuk menjalani kehidupan seharian dengan produktif dan mengawal tindak balas emosi. Budu juga berkhasiat sebab ia Bersifat Anti-bakteria dan Anti-kanser dimana beberapa kajian ada menunjukkan ia berpotensi melawan bakteria penyebab cirit-birit dan mempunyai sifat anti-kanser. Walaupun berkhasiat perlu di beritahu jika makanan budu mengandungi kandungan garam (sodium) yang tinggi. Individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang memang mereka dinasihatkan untuk mengambilnya secara berpada-pada. Perlu di kongsikan akan Aspek Ancaman utama makan budu berpunca daripada kandungan garamnya yang tinggi dan risiko alahan bagi sesetengah individu. Sesiapa yang mengambil budu secara berlebihan diancam masaalah seperti
Tekanan Darah Tinggi sebab dengan pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan darah tinggi. Mereka juga diancam dengan isu Masalah Buah Pinggang sebab beban kerja buah pinggang meningkat apabila terdapat terlalu banyak natrium atau garam di dalam badan. Paling jarang di perkatakan adalah ancaman berkait dengan Kes Kerapuhan Tulang apabila kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan kalsium dan meningkatkan risiko penyakit batu karang. Bagi sesetengah orang pula ada isu Reaksi Alahan terutama bagi individu yang mempunyai alahan seperti resdung (rhinitis) atau sensitif terhadap makanan laut dimana produk budu boleh dilaporkan ia menyebabkan kegatalan dan keradangan. Walaupun budu mengandungi probiotik yang baik untuk usus, pengambilan harian perlu dikawal (sebagai pencicah dan bukan diminum atau dimakan dalam kuantiti banyak).


Kalangan umum tahu jika budu ialah sejenis sos perasa atau pekasam tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam. Ia sangat popular di Pantai Timur Malaysia (terutamanya Kelantan dan Terengganu) dan ia biasanya dimakan bersama ulam-ulaman, nasi panas dan ikan rebus. Dalam membuat analisa tetang harganya ia bergantung pada jenama dan saiz dimana anggaran harga ia biasanya dijual antara RM2.50 - RM5.00 sebotol bergantung kepada saiz (biasanya 150ml hingga 200ml). Dilaporkan diman jika membuat pembelian Borong sekitar sedozen (12 botol) maka harganya sekitar RM18.00 hingga RM23.00. Ada jug ajenis pek atau terdapat juga budu dalam bentuk tiub yang lebih mudah dibawa (sekitar RM8 untuk 4 pek) di pasaran. Makanan budu ialah sejenis sos perasa atau pekasam ikan bilis tradisional yang sangat popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Rasanya masin, berlemak, dan sedikit manis. Ia biasanya dimakan bersama nasi panas, ulam-ulaman, dan ikan bakar untuk membangkitkan selera. Cara penyediaan untuk makan budu yang lebih sedap dan menyelerakan maka peminatnya perlu mencampurkannya dengan bahan-bahan tertentu. Pertama adalah menuang budu secukupnya ke dalam piring kecil dan dipotong cili atau ia dihiris atau picit beberapa tangkai cili padi (cili burung) ke dalam budu.  Kemudian boleh potong dan perahkan sedikit jus limau nipis atau limau kasturi untuk memberikan rasa masam yang segar dan menghilangkan bau hanyir. Kalangan peminatnya ada yang suka menambah bahan lain (pilihan) bagi berikan rasa yang lebih mantap dengan memasukkan hirisan bawang merah, hirisan mangga muda atau seulas dua isi buah durian.  Cara memakan dengan menggaulkan semua bahan di dalam piring tadi. Budu ini paling enak dimakan dengan mencicah ulam-ulaman (seperti ulam raja, pegaga, atau kacang botol) atau isi ikan bakar bersama nasi panas. 
Makan budu paling enak dinikmati di restoran masakan tradisional Pantai Timur. Hidangan ini sangat membuka selera jika digandingkan dengan nasi panas, pelbagai ulam-ulaman segar, sambal belacan, dan lauk-pauk seperti ikan singgang atau ikan goreng.


Menarik kisah dimana 'Mat Ismail gigih komersialkan produk budu' iaitu sebagai pemilik Perusahaan Budu Warisan Ketereh apabila Ismail Jusoh turut membantu pekerja-pekerjanya menyiapkan botol-botol yang telah diisi dengan budu sebelum dihantar ke pengusaha kedai makan dan kedai runcit. Kisah dari Tumpat, Kelantan dimana pengalaman tidak dibenarkan menaiki pesawat komersil untuk ke China dua tahun lalu gara-gara membawa sebotol budu berjaya memberi inspirasi kepada pengusaha makanan berkenaan dimana dia bertekad untuk mengkomersialkan produk keluarannya. Jika sebelum ini kilangnya yang terletak di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor yang hanya mengeluarkan produk budu dalam botol, kini selepas melalui transformasi, pakej baru budu berasaskan kiub berjaya dihasilkan. Ia dilihat lebih cantik, boleh bawa ke mana-mana termasuk ke luar negara dan kini sudah dapat idea macam mana nak komersilkan produk terbaru. DIa yang memulakan perniagaan berkenaan secara kecil-kecilan pada 1984 boleh berasa bangga atas usahanya apabila hasil jualan budunya bukan saja mendapat permintaan tinggi dalam negara, malah akan dieksport ke luar negara dalam tempoh terdekat. Kini permintaan budu banyak apabila produk keluarannya juga dijual didalam negara iaitu terutama dari Terengganu dan Kuala Lumpur yang sangat menggalakkan selain masyarakat setempat. Dengan kira-kira 5,000 dozen atau 60,000 botol budu dihasilkan kilangnya setiap hari maka jumlah keluaran tahunan mencecah lebih 10 juta botol. Sekarang di kilang ini ada 80 pekerja yang hari-hari buat budu. Perniagaan ini juga berjaya membantu masyarakat setempat terutama anak muda mencari rezeki dan mencari pendapatan. Ada dua produk utama dihasilkan kilang Mat Ismail iaitu Budu Botol pelbagai perisa yang dijual pada harga RM10 bagi setiap dozen atau RM0.80 sebotol serta Budu Kiub atau pati ikan bilis pada harga RM13 bagi setiap dozen atau RM1 untuk satu kiub. Menceritakan rahsia kejayaannya dengan nama gelarannya 'Pok Wil' di kalangan penduduk setempat berkata kerja kuat, jujur, tidak sombong dan amanah menjadi resipi kejayaan beliau selama ini. Bagi memastikan produknya kekal lama, Pok Wil berkata bahan utama iaitu ikan bilis perlu dipastikan segar sebelum diproses bersama garam, cili, asam jawa dan air manisan untuk menjadi budu. Dia juga berusaha untuk memasarkan produk berkenaan ke beberapa negara termasuk Arab Saudi, Dubai serta Singapura, termasuk sedia menyediakan pinjaman melalui SME Bank. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan di baca kesemuanya untuk menambah info. Semuga artikel ini memberi maklumat berfaedah kepada para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PRODUK BUDU...BERKHASIAT DIA...
PROSES PENAPAIAN...IKUT JENAMA...
PENYEDAP MAKANAN...KENA CUBA...
BACA ARTIKEL..MERASA BANGGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Zulhijjah 1447H).

Tuesday, June 2, 2026

BUDU DAN FAKTANYA (Part 1)

BUDU
adalah
 sejenis sos ikan atau pekasam yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam selama beberapa bulan sehingga hancur. Makanan tradisional yang berasal dari negeri Kelantan dan Terengganu ini mempunyai rasa masin, lemak, dan 'umami' yang unik, serta popular dijadikan pencicah ulam-ulaman dan nasi. Budu dilaporkan sebagai sejenis makanan jenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia juga merupakan makanan tradisional yang popular di Malaysia dimana ia memang berasal dari Kelantan. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol dan kini sudah ada budu yang dijual diatas talian. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis serta tempoyak. Apa pun semasa penulis melawat negara Filipina, Thailand dan beberapa negara Asia lain terdapat makanan seperti budu dibuat dengan menjalani proses sama terutaman di kawasan perkampongan yang berhampiran dengan laut sebagai sejenis makanan lokal. Penemuan pakar dalam bidan nutrisi makanan tempatan baru-baru ini membuktikan kandungan produk budu memiliki sejenis bahan iaitu Gluthaione iaitu ia sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai jenis penyakit merbahaya dan menghalang masaalah kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap sebagai sejenis 'makanan kampong yang kuno' akan tetapi kini sudah menjadi makanan superfood yang sudah di banggakan ramai. Budu juga didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan dapat mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti apa yang disebut sebagai aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan juga beberapa masaalah kesihatan lain peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensiBudu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh manusia berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan didakwa ia mampu untuk dapat  menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta membantu orang ramai menyembuhkannya dalam waktu singkat. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas beberapa fakta menarik tentang budu untuk bahan rujukkan dan bacaan pembaca semua.


Budu adalah sejenis makanan sebagai sos penapaian (pekasam) ikan bilis yang sangat popular di Pantai Timur Malaysia khususnya Kelantan dan Terengganu. Ia biasanya dimakan sebagai pencicah bersama ulam-ulaman, nasi panas, dan ikan bakar serta sebagai komponen penting didalam resepi Nasi Kerabu. 
Nasi Kerabu ialah hidangan tradisional popular dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan uniknya nasi ini berwarna biru (dihasilkan daripada bunga telang) dan dihidangkan bersama ulam-ulaman yang dihiris halus, kelapa parut goreng (kerisik), sambal belacan, budu, dan lauk-pauk seperti ayam percik atau ikan goreng. Komponen Utamanya adalah 'Nasi Biru' iaitu sejenis nasi yang dimasak atau digaul bersama ekstrak kelopak bunga telang untuk memberikan warna biru semula jadi yang unik. Ditambah dengan ulam-ulaman: dari pelbagai jenis sayuran dan herba yang dihiris halus seperti bunga kantan, daun kaduk, kacang panjang dan timun. Ada lagi tambahan iaitu Kerisik dan Sambal serta kelapa parut yang disangai bersama rempah dan ditumbuk, digandingkan dengan sambal belacan. Jenis lauk-pauk ia lazimnya dimakan bersama ayam percik, daging bakar, ikan celup tepung, telur masin, dan keropok keping. Apa pun tidak lupa Sos Pembuka Selera iaitu Budu (sos ikan bilis yang ditapai) adalah menjadi pelengkap wajib bagi memberi rasa masin dan berlemak. Penulis blog kongsikan akan jenis-jenis budu berdasarkan perbezaan ikan yang digunakan dan jenama popular di pasaran. Pertama Jenis Budu Berdasarkan Ikan dimana ada banyak kepelbagaian jenis budu banyak bergantung kepada jenis ikan yang digunakan dan tempoh peramannya. Jenis Budu Ikan Bilis dilaporkan sebagai jenis yang paling asli dan original dimana ia mempunyai rasa masin, manis dan umami yang seimbang. Kedua ada Jenis Budu Ikan Parang sebagi jenis budu yang lebih eksklusif dimana ia  biasanya dihasilkan secara tradisional dengan isi ikan yang lebih manis. Ketiga ada Jenis Budu Ikan Tamban dimana budu jenis ini ia mempunyai tekstur dan rasa kuahnya sedikit berbeza, mempunyai peminatnya yang tersendiri. Keempat ada Jenis Budu Ikan Sardin dan kelima ada Jenis Budu Ikan Kembung dimana ia ada turut digunakan sebagai alternatif dalam pembuatan budu untuk memberikan aroma dan rasa sedikit berbeza. Paling penduduk lokal kenal mungkin Jenis Budu Mengikut Ciri atau Mengikut Jenama sebab di pasaran peminat budu ia boleh menjumpai beberapa jenama utama dengan sedikit perbezaan dari segi kepekatan dan ramuan termasuk Jenis Budu Original (atau Budu Asli) dimana jenis ini ia mempunyai warna coklat gelap semulajadi, rasa lebih pekat dan tulen. Kedua ada Jenis Budu Manis atau Jenis Budu Merah dimana resepinya ia biasanya ditambah dengan sedikit gula melaka atau nisang. Ia kurang masin dan lebih digemari oleh mereka yang baru mencuba budu. Dalm tinjuan dimana antara jenama Budu Komersial Paling Popular adalah seperti Budu Cap Ketereh, Budu Cap Limau dan Budu Cap Ikan yang ada di jual sehingga dalam supermarket.


Dalam lawatan penulis blog semasa bertugas dahulu kebeberapa perusahaan budu di Kelantan memang melihat ada terdapat persamaan cara-cara asas bagi memproses budu. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat budu adalah seperti ikan bilis, Garam kasar secukupnya, Asam Jawa (isi sahaja), Nisæ, Gula melaka atau manis lain. Mulanya ikan bilis dibersihkan dan kemudian ditoskan. Seterusnya kita bahagikan garam kepada 5 bahagian sebelum ia ditaburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas untuk memerap budu). Kebanyakan pengusaha atau seeloknya di pakai bekas tembikar atau bekas porselin yang bersih dan tahan. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Kemudian ia dibahagikan kepada 4 bahagian. Proses seterusnya adalah memasukkan nisæ atau gula melaka dan gaul rata. Langkah berikutnya adalah ditaburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis semua bahan tersebut. Pastikan ia dibuat berlapis-lapis sehingga akhirnya adalah lapisan garam. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu (bagi tujuan mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah bekas budu tadi kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Tetapi jangan di kacau. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. Simpan budu ini didalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. 
Cara Membuat Budu trdisional dan moden ia akan bermula dari proses penyediaan Ikan dengan membersihkan ikan bilis dan toskan. Seterusnya adalah Proses Peraman dimana ia digaul rata ikan bilis bersama garam kasar dan juga Proses Penyimpanan iaitu memasukkan campuran tersebut ke dalam tempayan atau bekas kedap udara. Proses Penapaian (Fermentasi) dengan menutup bekas dengan kemas dan biarkan ia terperap selama sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan untuk membolehkan ikan hancur dan sebati dengan garam. Akir sekali adalah Proses Penapisan dimana selepas tempoh peraman maka hasilnya ia ditapis campuran tersebut untuk memisahkan cecair budu daripada sisa tulang dan hampas ikan dan di botolkan sebelum di makan atau di jual.


Budu merupakan makanan yang mempunyai vitamin B yang paling banyak seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Ia juga merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria jenis Klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin. Vitamin B12 ini hanya ada pada budu dan tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain daripada laporan saintifik. Fungsi vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah dimana kekurangan boleh menyebabkan penyakit anemia perisiosa (pucat) atau sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan juga magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat seperti antioksidan yang baik untuk kesihatan. Mungkin orang pantai timur yang banyak makan budu adalah jenis orang yang sihat dan bijak. 
Budu ialah sos perasa tradisional popular di Pantai Timur Malaysia (terutamanya Kelantan). Ia dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi ikan bilis segar dan garam kasar untuk tempoh berbulan-bulan di dalam bahan tempayan. Khasiat budu dilaporkan ia didakwa pakar dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya  kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan kemudian akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K. Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.Budu dan mempelam. Kadar vitamin B12 dalam budu/(ikan bilis) adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram ikan bilis/budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan di baca kesemuanya untuk menambah info. Semuga artikel ini memberi maklumat berfaedah kepada para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PRODUK BUDU...BERKHASIAT DIA...
PROSES PENAPAIAN...IKUT JENAMA...
PENYEDAP MAKANAN...KENA CUBA...
BACA ARTIKEL..MERASA BANGGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Zulhijjah 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...