Support My Blog

Showing posts with label BUNGA TELANG DAN FAKTA PENTING. Show all posts
Showing posts with label BUNGA TELANG DAN FAKTA PENTING. Show all posts

Sunday, June 28, 2026

BUNGA TELANG DAN FAKTA PENTING (PART 3)

BUNGA TELANG (Clitoria ternatea) juga dikenali dengan pokok kacang telang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (Kekacang) yang sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Bunga Telang ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', 'Blue-Pea' dan juga 'Cprdofan-pea'. Saya dapati bunga telang di sebelah Kelantan lebih popular dengan nama bunga untuk membuat nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru yang saya kira agak unik (Baca artikel Nasi Kerabu - Sila klik disini). Bunga telang ini juga dilaporkan ia memberikan warna biru yang cantik dimana ia digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Didalam aplikasi genarasi dahulu, selain dari bahagian bunga, kadang-kadang bahagian daun pokok bunga telang ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau (Apakah agaknya nama untuk nasi yang warna hijau ini?). Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan kerana ia adalah jenis kekacang. Paling manarik ialah tumbuhan ini memberikan warna bunga menarik dan sesuai juga dijadikan sebagai tanaman hiasan dikawasan taman bunga atau dihalaman rumah. Tumbuhan ini juga boleh diambil bahagian pucuknya untuk dibuat sayur atau ulam jika mahu. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain atau tiang pagar atau kayu sokong yang disediakan oleh penanamnya. Dalam keadaan liar semulajadi, tumbuhan ini menjalar dengan melilit apa juga tumbuhan disekelilingnya. Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3-4 meter bergantung kepada lilitan pada sokong. Tumbuhan ini mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Tanah yang subur dengan banyak bahan organik dan mempynyai saliran baik sangat sesuai untuk tumbuhan ini/. Bagaimana pun ia kurang sesuai pada tanah yang mudah tenggelam air dan sangat asidik. Daunnya berbentuk simpel sama ada Epiliptik atau Obtuse dengan warna hijau pada susunan bertentangan. Bunganya keluar dari celah ketiak daun dengan warna biru kuat (vivid deep blue flowers) berukuran 4 cm panjang dan 3 cm lebar. Dibahagian tengah bunga terdapat warna putih kekuningan. Kajian mendapati terdapat juga varieti bunga telang yang berwarna putih walau pun jarang ditanam dinegara kita. Bagi penulis blog dimana bunga Telang adalah tumbuhan menjalar yang terkenal dengan kelopak bunga biru terang dimana ia sering digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan semula jadi (contohnya untuk nasi kerabu) dan dijadikan teh herba. Beberapa ciri dan kelebihan utamanya seperti digunakan sebagai 'Pewarna Asli' bagi menggantikan pewarna tiruan untuk kuih-muih dan masakan diman ia juga amat kaya Antioksidan serta bahan antosianin yang membantu kesihatan tubuh. Bunga telang ada digunakan secara tradisional dimana ia dipercayai membantu melancarkan pencernaan dan merawat masalah kulit. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai bunga telang sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog ini semua.


Merujuk beberapa sumber dimana tidak ada statistik rasmi yang merekodkan jumlah pengeluaran atau nilai eksport global yang khusus untuk jenis bunga telang (Clitoria ternatea). Apa pun di laporkan di peringkat antarabangsa, bunga ini dikategorikan di bawah industri herba, teh dan dimana fungsi utamanya adalah ia dijadikan sebagai bahan pewarna semula jadi yang mana pengeluarannya bertumpu di kawasan Asia Tenggara (termasuk Malaysia dan Thailand), India dan juga di laporkan ada disebahagian Afrika. 
Di peringkat tempatan seperti di kawasan di Malaysia dimana aktiviti penanaman bunga telang biasanya diusahakan secara kecil-kecilan oleh pekebun sayuran atau pemilik rumah atau oleh pihak suri rumah. Pokok bunga telang ini dilaporkan yang ia boleh menghasilkan kira-kira 1,000 kuntum bunga segar sehari daripada pokok yang di tanam dan di jaga baik. Ada rekod dimana hasil basah bunga telang segar adalah beratnya sekitar 1.5 kg hingga 2.0 kg dimana jumlah ini ia menyamai satu auns (28.3 grams) sahaja apabila bunga ini sudah siap dikeringkan. Ia mendapat permintaan tinggi untuk industri pewarna makanan, teh herba, dan produk kosmetik. Menarik fakta tentang produk Bunga Telang Kering dipproses dari bahagian kelopak bunga telang yang telah dijemur sehingga kering untuk tahan lebih lama dan di pasaran tempatan ia di hargakan sekitar RM110 - RM160 sekilogram. Ia digunakan secara meluas sebagai pewarna biru semula jadi dan teh herba yang kaya dengan antioksidan. Fakta dimana selalunya bunga telang kering dimana kegunaan utamanya adalah untuk di jadikan bahan masakan seperti kuihmuih dia ia juga ada digunakan secara tradisional di Malaysia untuk mewarnakan nasi (seperti Nasi Kerabu) dan pelbagai kuih tradisional Nyonya seperti pulut inti. Selain itu ia juga dijadikan sebahai bahan asas Minuman Teh Herba sebab bila ia direndam dalam air panas ia akan menghasilkan cecair berwarna biru terang. Jika dicampur dengan bahan berasid seperti jus lemon atau limau, air tersebut akan bertukar menjadi warna ungu. Dari aspek nilai khasiat kesihatan bahan ini memang ia Tinggi Antioksidan serta ia kaya dengan antosianin (antocyanin) yang membantu melawan radikal bebas. Didakwa khasiatnya juga ia akan Melegakan Tekanan dan ia dipercayai dalam rawatan perubatan tradisional untuk membantu mengurangkan stres, merawat masalah tidur (insomnia), dan meningkatkan fungsi kognitif. Apa pun penulis blog kongsikan cara penyediaan asas
iaitu untuk mengekstrak warna biru dari bunga telang hanya perlu merendam segenggam bunga telang kering ke dalam secawan air panas selama beberapa minit. Warna daripada kelopak tersebut akan meresap ke dalam air dengan mudah dan ia sedia di gunakan. Merujuk sumber lain di laporkan dimana bunga telang yang dipercayai ia berasal dari kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia dan benua kecil India. Dinyatakan jika negara pengeluar dan pengeksport utama dunia bagi bunga ini tertumpu negara berada di rantau Asia Pasifik iaitu dengan peneraju utamanya ialah Thailand, Vietnam, India dan Indonesia. Dilaporkan juga negara seperti  Thailand dan Vietnam masih unggul sebagai peneraju utama dalam penanaman komersial serta pembuatan teh bunga telang (butterfly pea tea) dan pewarna makanan semula jadi untuk pasaran antarabangsa. Dalam pada itu negara India juga masih menjadi pengeluar utama yang turut menggunakan tumbuhan ini secara meluas dalam perubatan Ayurveda. Bagi negara Indonesia dan Malaysia dimana tumbuhan ini meliar dan kurang ditanam secara meluas sama ada untuk kegunaan tradisional seperti pewarna nasi kerabu dan kuih-muih. 


Menarik juga jika di kupas akan beberapa kepercayaan dan mitos mengenai bunga telang sebagai salah satu fakta menarik yang sesuai di kongsikan. Bunga telang (Clitoria ternatea) berkait rapat dengan pelbagai mitos, legenda dan kepercayaan tradisional di seluruh dunia mengikut kepercayaan masyarakat tempatan. Mitos yang pertama adalah Mitos Hindu dengan Ayurveda yang berlaku di India apabila bunga ini sangat suci dan dikaitkan dengan Dewi Aparajita yang bermaksud sebagai 'wanita yang tidak terkalahkan'. Apa pun sudah lazim jika bunga teang ini akan ia digunakan dalam upacara keagamaan untuk melambangkan kesucian, cinta, keamanan dan perlindungan. Dalam mitos Hindu dilaporkan yang ia dikatakan sebagai sejenis tumbuhan kayangan yang dibawa turun ke bumi. Apa pun kaitan bunga telang dengan penganut Hindu adalah ia sebagai simbol suci bila bunga ini dianggap keramat dan sering dipersembahkan kepada dewa-dewi Hindu terutamanya untuk Dewa Vishnu dan Dewa Shiva. Kelopak yang berwarna biru gelap pada bunga telang sering dikaitkan dengan warna kulit Dewa Hindu yang melambangkan keagungan dan keluasan seperti langit atau lautan. Dalam perubatan Ayurveda  ia digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dan dipercayai antaranya ia boleh menenangkan minda serta membantu meningkatkan daya ingatan. Selain upacara keagamaan, bunganya digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi untuk hidangan seperti nasi dan kuih-muih. Mitos kedua adalah ada Legenda dan Penamaan Botani apabila tumbuhan ini yang berasal dari Pulau Ternate di Indonesia (nama saintifiknya adalah Clitoria ternatea) yang diberikan oleh ahli botani berdasarkan bentuk kelopaknya yang menyerupai organ intim kepada wanita. Ketiga dilaporkan ada Mitos Kecantikan dimana di Thailand yang bunga ini dikenali sebagai 'Anchan' dimana ada terdapat kepercayaan tradisional bahawa menyapu kelopak bunga telang pada kening bayi baru lahir akan menjadikan kening tersebut lebat dan hitam dan ini menjadikan seseorang akan jadi cantik. Keempat pula ada Mitos Kepercayaan Perubatan Purba diman aia dipercayai turun-temurun oleh pengamal perubatan Ayurveda dan herba tradisional bahawa bunga ini adalah penawar racun dan mampu merangsang kecerdasan minda serta daya ingatan. Kelima dilaporkan ada Mitos Magis Perubahan Warna dimana dilaporkan secara sains, warna biru bunga ini disebabkan oleh pigmen antosianin yang sensitif kepada pH dimana apabila bunga ini diperah dengan bahan berasid (seperti jus limau) maka kesannya air minuman ini ajaibnya berubah daripada biru kepada warna ungu atau merah jambu pula.


Sebenarnya kepentingan bunga telang semakin mendapat permintaan global dalam kegunaan khusus di industri makanan atau industri perwarna. Dalam pada itu penulis blog dapat menganalisa akan harga bunga telang di Malaysia dimana ia banyak bergantung kepada bentuk (segar atau kering) dan kuantiti. Di pasaran Malaysia dimana bunga telang kering biasanya dijual sekitar RM4.00 hingga RM15.00 untuk pek berskala kecil (15g hingga 100g) semantara bagi tujuan  pembelian pukal kering dilaporkan yang harganya boleh mencecah RM170 hingga RM200 sekilogram. Pernah membuat rujukkan untuk menanam bunga telang dimana harga biji benih Bunga Telang ada dijual sekitar RM1.00 untuk satu pek benih.  Belum ujirasa produk Jus Dr Norman yang dijual dengan harga RM20 sebotol yang ada dijual secara on-line (Sila lihat foto disebelah). Bunga telang popular digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi yang menghasilkan warna biru yang cantik dimana lazzimnya diantara resipi paling popular di Malaysia ialah MakananLokal Nasi Kerabu atau 'Nasi Biru' dimana beras akan dimasak bersama air rebusan bunga telang, serai, daun limau purut, dan santan. Nasi kerabu ialah hidangan nasi tradisional yang berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang mana ia popular terutamanya Kelantan dan Terengganu dan antara ciri keistimewaannya terletak pada nasi yang berwarna biru (daripada bunga telang), dimakan bersama pelbagai ulam-ulaman, kerisik, sambal dan lauk-pauk. Bunga telang juga ada digunakan dalam Membuat Kuih Tradisional dimana ia akan digunakan untuk mencorakkan kuih kuih lompang, kuih seri muka dan pulut tai-tai. Kuih Lompang Bunga Telang adalah variasi tradisional kuih lompang yang menggunakan air rebusan bunga telang sebagai pewarna biru semula jadi (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ia dilihat akan menghasilkan warna biru yang cantik dan semula jadi dan jika ia dapat  digandingkan dengan rasa kuih yang lembut dan ada sedikit kenyal yang sesuai untuk dimakan bersama kelapa parut.  Kuih ini ia berwarna biru terang atau biru lembut tanpa pewarna tiruan, dengan aroma harum semula jadi daripada bunga telang. Mempunyai tekstur yang lembut dan uniknya di tengahnya seakan ia mempunyai 'lesung pipit'. Apa pun bahan utama di perlukan adalah seperti tepung beras, tepung ubi, gula, air rebusan bunga telang, dan sedikit kapur makan. Ia selalunya akan dihidangkan dengan digaul atau dicicah bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. Jenis kuih kedua adalah Kuih Agar-Agar Bunga Telang dimana ia dibuat agar-agar lapis santan bunga telang atau agar-agar jeli jernih dengan nata de coco. Jenis kuliner yang ada kaitan dengan bunga telang adalah Teh Bunga Telang dimana bunga yang direndam menghasilkan teh biru dan jika diperah sedikit lemon maka warnanya bertukar menjadi warna ungu yang menyelerakan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan untuk di baca keemuanya. Seyga tulisan teknikal ini emberi maklumat berguna kepada semua para pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA TELANG... BIRU WARNANYA...
MUDAH DI TANAM...DI PAGAR SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PEMBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...BAGUS FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Muharam 1448H).

Saturday, June 27, 2026

BUNGA TELANG DAN FAKTA PENTING (PART 2)

BUNGA TELANG (Clitoria ternatea) juga dikenali dengan pokok kacang telang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (Kekacang) yang sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Bunga Telang ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', 'Blue-Pea' dan juga 'Cprdofan-pea'. Saya dapati bunga telang di sebelah Kelantan lebih popular dengan nama bunga untuk membuat nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru yang saya kira agak unik (Baca artikel Nasi Kerabu - Sila klik disini). Bunga telang ini juga dilaporkan ia memberikan warna biru yang cantik dimana ia digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Didalam aplikasi genarasi dahulu, selain dari bahagian bunga, kadang-kadang bahagian daun pokok bunga telang ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau (Apakah agaknya nama untuk nasi yang warna hijau ini?). Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan kerana ia adalah jenis kekacang. Paling manarik ialah tumbuhan ini memberikan warna bunga menarik dan sesuai juga dijadikan sebagai tanaman hiasan dikawasan taman bunga atau dihalaman rumah. Tumbuhan ini juga boleh diambil bahagian pucuknya untuk dibuat sayur atau ulam jika mahu. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain atau tiang pagar atau kayu sokong yang disediakan oleh penanamnya. Dalam keadaan liar semulajadi, tumbuhan ini menjalar dengan melilit apa juga tumbuhan disekelilingnya. Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3-4 meter bergantung kepada lilitan pada sokong. Tumbuhan ini mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Tanah yang subur dengan banyak bahan organik dan mempynyai saliran baik sangat sesuai untuk tumbuhan ini/. Bagaimana pun ia kurang sesuai pada tanah yang mudah tenggelam air dan sangat asidik. Daunnya berbentuk simpel sama ada Epiliptik atau Obtuse dengan warna hijau pada susunan bertentangan. Bunganya keluar dari celah ketiak daun dengan warna biru kuat (vivid deep blue flowers) berukuran 4 cm panjang dan 3 cm lebar. Dibahagian tengah bunga terdapat warna putih kekuningan. Kajian mendapati terdapat juga varieti bunga telang yang berwarna putih walau pun jarang ditanam dinegara kita. Bagi penulis blog dimana bunga Telang adalah tumbuhan menjalar yang terkenal dengan kelopak bunga biru terang dimana ia sering digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan semula jadi (contohnya untuk nasi kerabu) dan dijadikan teh herba. Beberapa ciri dan kelebihan utamanya seperti digunakan sebagai 'Pewarna Asli' bagi menggantikan pewarna tiruan untuk kuih-muih dan masakan diman ia juga amat kaya Antioksidan serta bahan antosianin yang membantu kesihatan tubuh. Bunga telang ada digunakan secara tradisional dimana ia dipercayai membantu melancarkan pencernaan dan merawat masalah kulit.  Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai bunga telang sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog ini semua.


Bagaimana pun akan lebih seronok jika kita mempunyai maklumat berkaitan fakta  dan  manfaat bunga telang dimana penulis blog anim agro technology percaya masih ramai yang tidak tahu. Khasiat pertama didakwa bunga telang ini mampu dalam mengatasi masalah sembelit. Caranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum. Dalam pada itu ada petua dimana bunga telang mampu untuk menguruskan badan. Paling mudah mencapai tujuan ini dengan minum selalu teh herba bunga telang (Sila lihat foto disebelah). Ia juga didakwa boleh membantu anda melalui proses 'detox' untuk menguruskan badan. Caranya minum air bunga telang setiap pagi untuk detox dengan menyediakannya sendiri dari bunga yang dipetik dari kawasan rumah sendiri atau membelinya (jika ada). Bunga telang juga didakwa mampu dalam meningkatkan kewanitaan seseorang. Ini kerana bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita dan dilaporkan mengambil nama latin dari genus ‘Clitoria’ atau pun dari perkataan ‘clitoris’. Didakwa dimana bunga ini mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tumbuhan ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran pada kes menstruasi (haid) dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual. Terdapat juga kepercayaan dulu-dulu yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan dari kes keguguran sebaiknya batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan yang sedang mengandung. Sama ada berkesan atau tidak didakwa petua ini tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu untuk membetulkan kitaran haid sila ambil akar dan bunganya kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum ketika suam.


Penulis blog pernah mendapat petua daripada rakan dari Terengganu yang juga seorang penternak kelulut aktif bagaimana dia mengamalkan mengambil madu kelulut dan teh bunga telang untuk kesihatan. Beliau akan bercerita minuman kegemarannya kepada sesiapa yang datang melawat kawasan penternakan kelulut dikawasan yang dikelilingi dengan pokok akasia. Dakwa beliau teh ini boleh disediakan dengan mudah dengan menggunakan bahan asas iaitu Segenggam Bunga Telang, Segelas Air Panas, Gula secukup rasa dan jangan lupa akan 1/2 biji limau nipis. Katanya cara membuat teh bunga telang ii dengan memasukkan segenggam bunga telang ke dalam gelas. Kemudian perlu masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 - 7 minit dimana setelah airnya bertukar warna biru pekat maka di tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali perlu di masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa yang amat menyegarkan. Dia dakwa bunga telang boleh mengecutkan jerawat dengan cara mengambil beberapa helai daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada muka yang berjerawat. Ia perlu dibiarkan selama 30 minit kemudian bersihkan. Apa yang seronok bila dinyatakan bunga telang mampu untuk melebat dan menghitamkan rambut. Dakwanya lagi kacang telang dipercayai amat bermanfaat untuk melebat dan mampu untuk menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut serta dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya adalah dengan meramas bunga telang didalam segayung air dan kemudian lakukan mencuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.


Dalam beberapa kejutan dinyatakan beliau dimana tumbuhan ini mampu untuk menghilangkan sakit kepala. Bunga telang juga dikatakan mampu merawat dan mengurangkan sakit kepala dengan cara mengambil beberapa keping bunga telang kemudian di masukkan dalam kain sehingga membentuk bantal dan ianya boleh digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur. Dalam testimoni lain didakwa ari rebusan bunga telang mampu mencuci darah kotor. Ini dilakukan dengan cara mengamalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik untuk diamalkan untuk mencuci darah yang kotor. Selain itu khasiatnya adalah bagi merawat cirit-birit dengan mengamalkan minum air rebusan bunga telang setiap hari selama seminggu. Kepada mereka yang bermasaalah dengan selera dilaporkan khasiat bunga ini termasuk untuk membuka selera makan. Kepada semua pembaca blog anim agro technology yang tiada selera makan boleh mengamalkan memakan daun telang bersama nasi didakwa ia akan membuka selera makan anda. Hebatnya dimana tumbuhan ini mampu merawat ulser mulut dengan cara merendam bunga dan kacang telang air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Bagaimana pun jika pembaca blog ini tidak sembuh juga akan masaalah ulser mulut disyorkn mendapat rawatan dari doktor kerana berkemungkinan ada komplikasi lain. Apa pun hasil beberapa kajian dan berdasarkan testimoni dimana bunga telang kaya dengan antioksidan (antosianin) dan bersifat antiradang adalah ia berkhasiat untuk mengawal gula dalam darah, meningkatkan fungsi memori, mengurangkan stres, serta menyihatkan kulit dan rambut.  Antara kajian tentang bunga telang yang telah dibuktikan adalah untuk tujuan kesihatan atau kecantikan dimana antaranya ia akan mampu bantu Meningkatkan Fungsi Otak seperti dapat meningkatkan memori dan melindungi sistem saraf. Ia dikaitkan juga didalam Mengawal Gula Darah dengan cara menstabilkan paras gula dan mengurangkan risiko diabetes. Bunga telang yang kaya dengan antioksidan membantu dalam Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Ia di laporkan adkan bantu bagi Menyihatkan Kulit dan juga rambut sebab ada sifat antioksidan dan antiradang membantu merawat masalah keguguran rambut dan menyamarkan kedutan. Ia didakwa akan mrangsang aspek Ketenangan sebab ia bersifat adaptogenik yang membantu tubuh melawan tekanan serta mengurangkan simptom kerisauan (anxiety). I ajuga akan Melegakan Keradangan iaitu degnan cara membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, dan menurunkan demam secara tradisional. Paling pasti dimana bunga telang mampu Melancarkan Penghadaman dimana ia bertindak sebagai julap semula jadi dan membantu merawat masalah cirit-birit. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan untuk di baca keemuanya. Seyga tulisan teknikal ini emberi maklumat berguna kepada semua para pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA TELANG... BIRU WARNANYA...
MUDAH DI TANAM...DI PAGAR SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PEMBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...BAGUS FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Muharam 1448H).

Friday, June 26, 2026

BUNGA TELANG DAN FAKTA PENTING (PART 1)

BUNGA TELANG
(Clitoria ternatea) juga dikenali dengan pokok kacang telang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (Kekacang) yang sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Bunga Telang ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', 'Blue-Pea' dan juga 'Cprdofan-pea'. Saya dapati bunga telang di sebelah Kelantan lebih popular dengan nama bunga untuk membuat nasi kerabu. Ini kerana bunga ini digunakan dalam mewarnakan nasi kerabu menjadi biru yang saya kira agak unik (Baca artikel Nasi Kerabu - Sila klik disini). Bunga ini juga dilaporkan ia memberikan warna biru yang cantik dimana ia digunakan sebagai pewarna biru untuk mewarnakan mengkuang dan kain putih. Didalam aplikasi genarasi dahulu, selain dari bahagian bunga, kadang-kadang bahagian daun pokok bunga telang ini juga ada digunakan bagi mewarnakan makanan menjadi hijau (Apakah agaknya nama untuk nasi yang warna hijau ini?). Buah Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan kerana ia adalah jenis kekacang. Paling manarik ialah tumbuhan ini memberikan warna bunga menarik dan sesuai juga dijadikan sebagai tanaman hiasan dikawasan taman bunga atau dihalaman rumah. Tumbuhan ini juga boleh diambil bahagian pucuknya untuk dibuat sayur atau ulam jika mahu. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain atau tiang pagar atau kayu sokong yang disediakan oleh penanamnya. Dalam keadaan liar semulajadi, tumbuhan ini menjalar dengan melilit apa juga tumbuhan disekelilingnya. Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3-4 meter bergantung kepada lilitan pada sokong. Tumbuhan ini mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Tanah yang subur dengan banyak bahan organik dan mempynyai saliran baik sangat sesuai untuk tumbuhan ini/. Bagaimana pun ia kurang sesuai pada tanah yang mudah tenggelam air dan sangat asidik. Daunnya berbentuk simpel sama ada Epiliptik atau Obtuse dengan warna hijau pada susunan bertentangan. Bunganya keluar dari celah ketiak daun dengan warna biru kuat (vivid deep blue flowers) berukuran 4 cm panjang dan 3 cm lebar. Dibahagian tengah bunga terdapat warna putih kekuningan. Kajian mendapati terdapat juga varieti bunga telang yang berwarna putih walau pun jarang ditanam dinegara kita. 
Bagi penulis blog dimana bunga Telang adalah tumbuhan menjalar yang terkenal dengan kelopak bunga biru terang dimana ia sering digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan semula jadi (contohnya untuk nasi kerabu) dan dijadikan teh herba. Beberapa ciri dan kelebihan utamanya seperti ia akan digunakan sebagai 'Pewarna Asli' bagi menggantikan pewarna tiruan untuk kuih-muih dan masakan diman ia juga amat kaya Antioksidan serta bahan antosianin yang membantu kesihatan tubuh. Bunga telang ada digunakan secara tradisional dimana ia dipercayai membantu melancarkan pencernaan dan juga merawat masalah kulit. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting mengenai bunga telang sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog ini semua.


Dilaporkan dimana bunga telang (spesies Clitoria ternatea) boleh dibezakan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada ciri warna dan bentuk kelopak. Memang kalangan mereka yang ada menanam tanaman ini boleh menentukan apakah jenis atau varieti bunga telang sesuai dengan kegunaan dan keperluannya. Varieti utama bunga talang yang pertama adalah Jenis Bunga Telang Biru (Single Blue) dimana penulis blog dapati jenis ini merupakan jenis atau varieti yang paling popular di tanam di Malaysia dengan mempunyai kelopak tunggal berbentuk seperti cengkerang atau kupu-kupu berwarna biru terang. Jenis ini dilaporkan ia sering digunakan sebagai pewarna makanan semula jadi (seperti nasi kerabu). Bagi penulis blog yang sedrhana suka makan n
asi kerabu iaitu ia adalah sejenis hidangan nasi tradisi yang berasal daripada Pantai Timur Semenanjung Malaysia (terutamanya Kelantan dan Terengganu). Nasi ini terkenal dengan warna birunya yang asl dimana warna ini ia dihasilkan daripada rendaman kelopak bunga telang diman aia sesuai dimakan bersama ulam-ulaman segar, lauk-pauk, kerisik, budu dan sambal. Kedua ada Jenis Bunga Telang Biru Ganda (Double Blue) dimana jenis ini ia dilihat mempunyai susunan kelopak yang berlapis-lapis (lebat) sehingga bentuknya kelihatan lebih kembang dan besar (Sila lihat foto disebelah). APa pun ia di kenali juga dengan nama 'Double Blue Butterfly Pea' dengan kelopak berlapis dimana ia terkenal juga sebagai pewarna makanan semula jadi untuk Nasi Kerabu serta teh herba kaya antioksidan yang boleh berubah warna menjadi ungu apabila ditambah jus lemon berbanding jenis biasa. Ketiga ada Jenis Bunga Telang Putih (White/Alba) di mana uniknya pada kelopaknya berwarna putih bersih. Ia sering digunakan dalam perubatan tradisional berbanding masakan. Jenis ini kelopaknya berwarna putih sepenuhnya, berbanding warna biru atau ungu gelap yang lebih biasa ditemui dimana ia dipercayai mempunyai nilai perubatan yang lebih tinggi dan ia sering digunakan dalam perubatan tradisional berbanding sebagai pewarna makanan juga. Keempat ada Jenis Bunga Telang Ungu (Purple/Lilac) dimana jenis ini bunganya menghasilkan suati rona warna campuran ungu atau merah jambu lembut dimana jenis ini ia sering dipengaruhi oleh tahap keasidan tanah.Akhir sekali yang kelima ada Jenis Bunga Telang Merah Jambu (Pink) dimana ia adalah varieti yang lebih jarang ditemui dengan bunga berwarna merah jambu terang dan kurang maklumat mengenai jenis ini.


Menanam pokok Bunga Telang (Butterfly Pea) bagi penulis blog ia sangat mudah dan sesuai dengan iklim di Malaysia. Panduan ringkas dan langkah demi langkah untuk menanam pokok bunga telang boleh di kongsikan dimana langkah pertama adalah Proses Pemilihan Biji Benih dari pokok induk sihat dimana mendapatkan biji benih yang matang iaitu dari lenggai atau pod buah kering berwarna coklat) atau keratan batang (Sila lihat foto diebelah). Biji ini boleh di keluarkan dari pod dengan memecahkannya dimana ia bersaiz kecil dengan warna kehitaman. Proses seterusnya adalah merendam bijibenih bunga telang ini kedalam air suam selama 12 hingga 24 jam untuk tujuan melembutkan kulit dan mempercepatkan proses percambahan (break dormancy). Seterusnya adalah peringkat semaian dimana biji terpilih ini perlu disemai di dalam dulang semaian yang mengandungi media peatmoss atau boleh ia terus ditanam ke dalam pasu dengan kedalaman 1 hingga 2 cm di tengahnya. Seterusnya adalah aktiviti menyiram dimana sebaiknya lokasi penanaman bung telang adalah kawasan yang menerima cahaya matahari selama 6 - 8 jam sehari sepenuhnya untuk jadikan prestasi pertumbuhan dan pembungaan yang terbaik. Penyiraman ini sebaiknya dilakukan 1 hingga 2 kali sehari tetapi jangan terlalu berlebihan untuk elakkan pokok mati lemas. Sebaiknya ia diberikan dan disediakan kayu sokongan (pancang) atau boleh di jalarkan pada pagar rumah kerana ia adalah sejenis pokok menjalat yang cebat tunbuh.  Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain atau tiang pagar atau kayu sokong yang disediakan oleh penanamnya. Dalam keadaan liar semulajadi, tumbuhan ini menjalar dengan melilit apa juga tumbuhan disekelilingnya. Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3-4 meter bergantung kepada lilitan pada sokong. Ia mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. Tanah yang subur dengan banyak bahan organik dan mempynyai saliran baik sangat sesuai untuk tumbuhan ini. Bagaimana pun ia kurang sesuai pada tanah yang mudah tenggelam air dan sangat asidik. Daunnya berbentuk simpel sama ada Epiliptik atau Obtuse dengan warna hijau pada susunan bertentangan. Bunganya keluar dari celah ketiak daun dengan warna biru kuat (vivid deep blue flowers) berukuran 4 cm panjang dan 3 cm lebar. Dibahagian tengah bunga terdapat warna putih kekuningan (Lihat foto diatas sekali). Kajian mendapati terdapat juga varieti bunga telang yang berwarna putih walau pun jarang ditanam dinegara kita. 
Daripada penelitian saya mendapati buah tumbuhan ini dalam bentuk lengai (Pod) berukuran 5-7 cm panjang dan 1-1.5 cm lebar yang pipih. Setiap lengai mengandungi antara 6 - 10 biji benih berwarna kehitaman yang memang boleh di makan sebagai kekacang. Lengai atau 'pod' ini ia terbentuk selepas proses pendebungaan berlaku dan lengai adalah berwarna hijau ketika masih muda. Kebiasaanya tanaman bunga telang adalah ditanam menggunakan biji benih. Biji benih memang boleh didapati dari buah kacang telang yang telah merekah. Pilih biji benih yang elok daripada pokok induk yang subur, tidak berpenyakit dan banyak bunga dan buahnya. Jika hendak menanam boleh sediakan lokasi penanaman yang sebaiknya mendapat cahaya matahari yang banyak. Benih diletak dalam lubang dulang semaian atau menanam sebanyak 2 biji satu lubang. Apa pun bergantung kepada sistem penanaman, jika ditanam diatas batas dalam 2 barisan jarak yang sesuai adal 1m x 1 m. Pasangkan kayu sokong atau para mengikut kesesuaian sistem tanaman. Siram selalu sehingga tumbuhan menjalar dan berikan baja organik dengan kadar sesuai.



Penulis blog memang ada pernah menanam beberapa pasu dahulu pokok bunga telang semasa tinggal di beberapa daerah di Johor dan bertugas disana. Bunga telang yang merupakan tumbuhan mudah dijaga dimana amalan agronominya perlu di fahami. Apa pun sebenarnya tumbuhan ini mudah ditanam melalui keratan batang atau dari biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman dalam pasu. Bunganya yang cantik berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun tanpa musim (Sila lihat foto disebelah). Cara menyemainya ialah biji benih perlu direndam dalam air selama 3 - 4 jam sebelum disemai dalam pasu atau tapak semaian. Biasanya benih bunga telang ini mengikut pengalaman penulis akan mula bercambah selepas 7 - 14 hari. Cara untuk menanam dari keratan batang pula ialah dimana anda perlu semai dalam pasir yang lembap dan pastikan sentiasa lembab. Tumbuhan ini perlu selalu dicantas atau dibuat 'pruning' untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut. Bagi tujuan amalan agronomi sebaiknya penggunaan baja organik (baja tahi ayam proses) dan baja NPK diberikan mengikut jadual. Penyiraman air beras atau penggunaan pproduk EM mampu meningkatkan prestasi tanaman lebih subur dan menghasilkan banyak bunga. Ada sesekali penulis blog akan menggunakan baja bunga komersil yang ada dijual di kedai nurseri dan memang baik sekali kesannya. Penting di kongsikan fakta akan masalah utama tanaman Bunga Telang dimana ia sering diancam oleh pelbagai isu agronomi dimana ada yang melibatkan daun kuning atau layu akibat masalah air dan cuaca, serangan serangga perosak dan jangkitan kulat. Bagi isu ini iaitu ancaman atau serangan Penyakit Daun Layu dan isu Daun Menguning (akibat Stres Air atau keadaan Cuaca) dimana bila keadaan cuaca terlalu panas atau terlebih siram boleh buat pokok layu, daun bertukar kuning dan kering. Cara mudah untuk atasinya adalah dengan mempastikan tanah bersaliran baik dan elakkan daripada air bertakung. Boleh disiram secara konsisten iaitu ia bergantung pada kelembapan di lingkungan dan juga faktur cuaca. Ada ancaman Penyakit Bintik Putih atau Bintik Kekuningan yang berpunca dari serangan jenis serangga seperti kutu daun (aphids) diman ada jenis serangga perosak lain suka menghisap cecair daun yang mengganggu tumbesaran dan kesihatan pokok. Kawalan adalah dengan memangkas mana-mana bahagian daun yang rosak teruk dan sembur pokok dengan racun serangga organik seperti minyak neem untuk mengawal populasi perosak. Seterusnya ada ancaman Masaalah Pucuk dan Daun Menjadi Hitam yang  berpunca dari serangan kulat seperti Choanephora spp. yang menyebabkan dilihat bahagian pucuk, kudup atau bunga jadi kehitaman dan gugur. Cara kawalan dengan membuang dan lupuskan bahagian yang berpenyakit dan elakkan menyiram terlalu lebat pada waktu malam dan pastikan pokok mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Ada juga masaalah dimana Pokok Lemah atau Terbantut disebabkan pembajaan yang tidak tepat sama ada ia terlebih baja yang mana ia boleh merosakkan akar atau mungkin kurang baja buat pokok kurus dan daun nipis. Cara penyelesaian sebaiknya dengan cara menggnakan baja yang seimbang di bubuh dengan kuantiti dan kekerapan yang tepat. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan untuk di baca keemuanya. Seyga tulisan teknikal ini emberi maklumat berguna kepada semua para pebaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA TELANG... BIRU WARNANYA...
MUDAH DI TANAM...DI PAGAR SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PEMBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...BAGUS FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Muharam 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...