Support My Blog

Friday, May 31, 2024

KOSTING TANAMAN SERAI 2023

KOSTING TANAMAN SERAI (Cymbopogon citratus) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani yang ingin memulakan tanam dan ingin membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Tanaman Serai dari keluarga Poaceae di Malaysia pada tahun 2023 dimana dilaporkan seluas 1,719 hektar dengan hasil sebanyak 16,993 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Terdapat dua jenis serai yang biasa ditanam di Malaysia iaitu jenis SERAI BIASA (Cymbopogon citratus) dan juga jenis SERAI WANGI  (Cymbopogon nardua). Serai biasa selalu digunakan dalam masakan sementara serai wangi akan diekstrak patinya dan dijadikan ubatan serta kegunaan lain. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan input lainnya mulai menigkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman kunyit semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Gelaran seperti Serai Peha Gajah diberi kepada serai makan yang bersaiz besar dimana antara keistimewaan serai paha gajah ialah saiz yang besar berbanding serai jenis lain dan hasil pengeluaran juga lebih cepat. Biasanya hanya 10 hingga 12 batang serai paha gajah sudah mencapai berat sekilogram berbanding serai kampung yang memerlukan kira-kira 30 batang sekilogram. Dalam tempoh lima hingga tujuh bulan, serai paha gajah yang batangnya besar dan umbi tegap mampu mengeluarkan hasil antara enam hingga tujuh tan di kawasan seluas 0.4 hektar (1 ekar). Proses menanam dan penjagaan juga tidak rumit tetapi perlu menjaga rumput bagi memastikan pengeluaran hasil yang banyak. Seawal lima bulan serai sudah boleh dijual dan usia paling cantik ialah dalam tempoh lima hingga tujuh bulan. Ketika proses menuai serai paha gajah juga, ia mudah dibersihkan dan dalam sehari seorang mampu membersihkan sehingga 100 kilogram. Dalam pada itu ada serai yang dipanggil sebagai Serai Peha Ayam yang mana ia mempunyai batang yang besar serta umbi yang tegap, namun kurang digemari kerana aromanya tidak seharum serai biasa. Bagi penggemar serai tentu dapat membezakan dengan serai kampung walaupun kadang-kadang mata lebih tertarik dengan kegemukan serai peha ayam, tentu menyangka serai kampung telah cukup dari segi pembajaannya. Apa yang pasti diana serai paha ayam menjadi pilihan untuk ditanam. Biasanya dalam satu ekar petani boleh menanam lebih kurang 10,000-15,000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Penanaman secara integrasi kita boleh menanam antara 5,000 - 8,000 rumpun serai seekar. Biasanya dalam serumpun serai paha ayam pula boleh menghasilkan purata 3 kg yang siap proses. Pada keadaan tanah yang subur penggunaan baja boleh boleh mencapai sehingga sekitar 9 kg serumpun.



KOSTING TANAMAN SERAI (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman     : SERAI (Citrullus lunatus)

2. Varieti Ditanam      : SERAI MAKAN TEMPATAN

3. Kepadatan Pokok  : 20,000 pokok/hektar/musim

4. Jarak Tanaman      : 0.5 m x 1.0 m

5. Jangkahayat          : Sekitar 8 bulan untuk semusim

6. Intensiti tanaman setahun : 1 kali (8 bulan)

 

ALIRAN WANG MASUK (Semusim/  5 tahun):

                                            SEMUSIM           5 TAHUN

7. Hasil Tanaman (Kg/ha)        23,000            115,000 

8. Harga Ladang (RM/kg)        2.50                   2.50

9. Pendapatan Kasar (RM)     57,500             287,500

10. Pendapatan Bersih (RM)   8,433.50       32,552.50


ALIRAN WANG KELUAR (Semusim/ 5 tahun):

                                               SEMUSIM            5 TAHUN

11. Kos Pembangunan (RM)      21,600                 3,280

12. Kos Bahan Input (RM)         16,110                63,750

13. Kos Tenaga Kerja (RM)       28,800              144,000

14. Kos Pelbagai (RM)               1,820                  10,600

15. Kos Luar Jangka (10%)       2,336              11,993.50

16. Jumlah Kos Pengeluaran   49,066.50        251,947.50


ANALISA KEWANGAN (UNTUK 5 TAHUN):

17. IRR (Internal rate of Return) : 46%

18. NPV (Net Present Value)      : RM 21,777.50

19. BC Ratio (Benefit Cost)        : 1.14 

20.  Titik Pulang Modal              : RM 2.19 

21. Tempoh Pulang Modal         : Tahun ke 2 


Dalam portal sinarharian.com dilaporkan 'Raih RM164,000 hasil tanam serai' di Baling, Kedah wajar dikongsikan.  
Projek Tanaman Serai melalui Program Rakan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melibatkan keluasan 7.7 hektar di daerah ini mampu meraih hasil sebanyak 82 tan metrik dengan nilai mencecah RM164,000 semusim. Projek membabitkan 8 peserta dari Kampung Charuk Bakung seluas 3.44 hektar, Kampung Baru seluas 1.72 hektar, Kampung Seberang (0.86 hektar) dan Kampung Weng Dalam (1.72 hektar) mampu meningkatkan pembangunan sosioekonomi penduduk. Program dari inisiatif baharu KPLB melalui kerjasama 14 rakan strategik termasuk syarikat korporat dan swasta serta pelaksanaan agensi bawah KPLB. Turut terlibat adalah Jabatan Pertanian, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Kerjasama ini turut dibangunkan di Pulau Langkawi, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar. Usaha ini dilihat sangat membantu masyarakat luar bandar kerana mudah untuk diusahakan dan tidak perlu penjagaan rapi seperti tanaman fertigasi lain, contohnya cili dan sebagainya. Produk serai kini sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam pasaran yang membawa hasil agak baik kerana harga jualan mencecah lebih kurang RM2 sekilogram. Pihak KPLB terus berusaha membantu masyarakat luar bandar, khususnya dari segi ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan, antaranya penubuhan Maktab Rendah Sains Mara, UniKL, German-Malaysian Institute serta pelbagai institusi pendidikan dimana selain ia memfokuskan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan ekonomi penduduk. Ketua Projek Penanaman Serai Mohd Hassan juga dakwa penanaman serai melibatkan 2 peserta dari Kampung Weng Dalam dan 6 lagi peserta dari tiga kawasan lain berada dalam Kampung Dalam Wang. Dilaporkan kalau sebelum ini ada peserta hanya memperoleh pendapatan tidak menentu sekitar RM500 sebulan tetapi kini boleh mencecah RM7,000 semusim sekiranya serai mencapai tempoh matang dan boleh dijual. Bagi seorang bekas tentera En Ratna dakwa dimana kebun serai yang diusahakan bersama adik dan bapa itu melibatkan 80,000 pokok serai dan mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM SERAI...ILMUNYA DI PERLUKAN...
MODAL PERMULAAN...BENIH DIADAKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Zulkaedah 1445H).
Posted from,
Desaru, Johor.

Thursday, May 30, 2024

FAKTA KETERJAMINAN MAKANAN DAN ISU BERKAIT

KETERJAMINAN MAKANAN
(food security) kini sudah pun menjadi satu 'tagline' di banyak negara didunia termasuk di Malaysia. Pada penulis blog dimana 'Keterjaminan Makanan' memang sudah menjadi kebimbangan di peringkat nasional dan juga di peringkat global. Menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) diman dilaporkan iaitu pada tahun 2022 sahaja sudah dilaporkan antara 691 - 783 juta orang di seluruh dunia mengalami isu kelaparan dimanan majoritinya merupakan penduduk di kawasan Asia, manakala 425 juta orang di Asia dianggarkan mengalami kes termasuk kekurangan zat makanan. Apa pun di Malaysia meskipun ia merupakan antara negara pengeluar minyak sawit dan beras tertinggi di Asia namun penulis blog dapati ia masih lagi ada menunjukkan arah aliran yang tidak stabil dalam keterjaminan makanan. Berdasarkan Indeks Makanan Keterjaminan Global (GSFI), pada tahun 2022 Malaysia menduduki tempat ke- 41 daripada 113 negara iaitu penurunan sebanyak tujuh tangga (7) berbanding kedudukan tahun 2021. Kerajaan sudah pun merangka beberapa dasar komprehensif dimana salah satu yang ada pada nama adalah bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) telah lama di tukar namanya kepada nama yang berkait dengan isu ini iaitu menjadi nama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan terkini adalah sebagai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Penjenamaan ini adalah untuk menangani isu keterjaminan makanan dimana kemuidan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memperkenalkan dua dasar iaitu Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025 dan Dasar Agro-Makanan Negara 2021-2030. Dilaporkan dimana kedua-dua dasar yang ada tersebut menekankan tiga aspek penting yang boleh meningkatkan keterjaminan makanan Malaysia iaitu dengan cara mengurangkan tahap import dan eksport makanan, meningkatkan pertanian domestik dan meningkatkan pengeluaran komoditi. Walaupun Malaysia melaksanakan dua dasar yang komprehensif untuk menangani isu atau masalah keterjaminan makanan namun dilaporkan Malaysia masih mengalami penurunan tujuh anak tangga daripada tahun sebelumnya dalam penarafan GSFI sebanyak 7 anak tangga kepada kedudukan ke 41 dunia. Mengikut laporan oleg GFSi dimana ada terdapat tiga aspek penting untuk menambah baik GSFI Malaysia dan mengurangkan isu keterjaminan makanan. Dinyatakan dimana strategi pertama ialah mengurangkan import makanan pada produk terpilih. Sebagai contoh, produk ayam. Nisbah sara diri (SSR) telur ayam Malaysia adalah lebih daripada 100 peratus dimana hampir 100 peratus untuk daging ayam. Meskipun mempunyai SSR yang tinggi akan tetapi jumlah ayam yang diimport meningkat sebanyak 30% daripada 7,800 tan pada Mei kepada 10,200 tan pada Jun 2022 selepas permit kebenaran import dimansuhkan. Dalam erti kata lain dilaporkan dimana memang  rakyat Malaysia makan ayam lebih dari yang sepatutnya. Artikel pada tengahari Jumaat ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan isu berkait dengan tajuk keterjaminan makanan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Dalam isu mengenai urusniaga import termasuk import bahan makanan dimana ia akan melibatkan mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) dan mata wang asing dimana berlaku situasi yang kadar pertukaran mata wang bakal meningkat. Apabila Malaysia aktif melakukan urusniaga import maka akan berlau kes pertukaran mata wang yang tinggi juga berlaku dimana aliran mata wang Ringgit Malaysia keluar adalah lebih tinggi. Perkara ini akan mengakibatkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia secara berperingkat iaitu berbanding semua mata wang lain. Antara barang makanan yang diimport termasuk jagung bijirin dan soya (diguna untuk makanan ternakan), Bawang (bawang merah dan bawang besar), Kentang, Susu, Daging, Sayuran Temperate, Beras (Beras kualiti import premium), input pertanian (baja kimia dan racun) serta pelbagai makanan siap proses. Malaysia perlu pastikan kebergantungan produk import ini dapat di kurangkan dengan cara menanam atau menghasilkannya dalam negara dengan apa juga cara malahan kelak akan mampu untuk dapat mengeksport barang-barang ini. Kemudian strategi kedua ialah mengurangkan eksport makanan. Ia berkait dengan beberapa jenis barang makanan yang di eksport termasuk ke SIngapura dan beberapa negara jiran lain. Walau pun ini baik untuk menjana kemasukkan matawang asing akan tetapi aspek kecukupan dan keterjaminan makanan dalam negara perlu di perkukuhkan. Sebagai contoh apabila bagi tanaman padi penting untuk keterjaminan makanan Malaysia kerana nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia perlu kurangkan memakan beras premium yang mahal dan diimport seperti beras wangi, beras basmati dan sebagainya dan menggunakan beras tempatan atau beras biasa sahaja. 


Hasil kajian pihak Institut Penyelidikan Khazanah dilaporkan rakyat Malaysia mengambil purata 2.5 pinggan nasi setiap hari. Akibatnya laporan tersebut nyatakan dimana sejak dari tahun 2000 hingga 2016 didapati dimana status pengeluaran beras negara hanya meningkat sebanyak 1.6 peratus. Bagaimanapun dilaporkan yang penggunaan beras Malaysia sentiasa mengatasi pengeluaran beras. Pengalaman penulis blog semasa mempengerusikan Mesyuarat JK CCS Padi dulu mendapati dimana nisbah SSR bagi produk beras di Malaysia juga menunjukkan penurunan iaitu 62.90% pada tahun 2022 berbanding 71.60% pada tahun 2014. Apa pun dilaporkan yang Malaysia masih mempunyai jumlah eksport padi yang tinggi iaitu sekitar USD41.6 juta. Semasa kerajaan Malaysia memperkenalkan Rancangan Malaysia Ke-8 yang memberi tumpuan kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan dimana arah aliran pengurangan pengeluaran padi menjadi lebih ketara. Ini mengakibatkan keterjaminan makanan berada pada paras yang kurang memuaskan dimana negara Malaysia terpaksa mengurangkan eksport untuk tujuan meningkatkan pengeluaran padi bagi memenuhi penggunaan tempatan. Apa pun strategi ketiga tertumpu kepada sistem bandar dan teknologi tinggi untuk meningkatkan produktiviti makanan. Berdasarkan GSFI dilaporkan negara Singapura berada pada kedudukan ke-28 walaupun keluasan tanahnya yang jauh kecil berbanding Malaysia. Sebagai perbandingan dan analisa dimana walau pun keluasan Singapura hanyalah 719 kilometer persegi sahaja iaitu lebih kecil daripada keluasan negeri Perlis yang mempunyai keluasan 819 kilometer persegi. Namun pada 2019 dimana di Singapura mereka telah melancarkan kempen 30 hingga 30. Ini adalah satu usaha untuk meningkatkan kapasiti sektor makanan pertanian bagi memenuhi 30 peratus permintaan pemakanan global secara mampan menjelang 2030. Matlamatnya adalah untuk dapat menubuhkan pusat teknologi pertanian bandar. Antara strategi dalam inisiatif 30 hingga 30 adalah pencahayaan LED berbilang tingkat dalaman dan sistem akuakultur peredaran semula, Ladang Ikan Terapung Pintar Teknologi Akuakultur Singapura yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan pertumbuhan dan kesihatan ikan, dan Sky Greens yang menggunakan sistem berasaskan peringkat berputar yang mengoptimumkan penyerapan cahaya dan air untuk menghasilkan sayur-sayuran berdaun. Dengan adanya sistem bandar berteknologi tinggi ini boleh meningkatkan pengeluaran agromakanan.


Kalau membaca media arus perdana dimana di Malaysia turut meluncurkan inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran agromakanan mengunakan teknologi tinggi. Dalam satu majlis peluncuran Ekonomi Madani dimana PMX telah menyatakan komitmen kerajaan untuk menyediakan geran sebanyak RM200 juta melalui Agrobank bagi membantu menyediakan kemudahan pembiayaan khususnya bagi aplikasi teknologi moden pertanian. Dilaporkan juga bagaimana pihak Khazanah Nasional Bhd menganjurkan Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) 2023 yang bertemakan, “Menangani Cabaran Iklim demi Keterjaminan Makanan di Malaysia”. Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd berkata melalui KIIC 2023 ini, Khazanah Nasional dapat menawarkan sokongan yang diperlukan dan ini merupakan salah satu platform bagi menarik modal untuk menjana penyelesaian yang inovatif dan mampan. Sebaiknya dalam menangani isu keterjaminan makanan di Malaysia, kerajaan harus mengkaji semula dasar keterjaminan makanan semasa dan mempertimbangkan bagaimana import, eksport dan sistem teknologi tinggi bandar boleh membantu. Apa pun sebagai tambahan kepada tiga aspek utama dilihat adalah penting untuk menarik pakar yang juga komited mengenai sektor pertanian. Tanpa pakar yang hebat bagi membuat pelaburan untuk setiap sektor memang ia akan gagal dimana isu ini sama seperti pelaburan yang lain. Pada umumnya kerajaan perlu memberi inspirasi dan menarik minat generasi muda supaya mereka bekerja bersama dan mengenali potensi sektor pertanian. Apabila lebih ramai petani mendapat keuntungan daripada operasi pertanian mereka, mereka akan meningkatkan produktiviti pertanian dan seterusnya menangani masalah keterjaminan makanan. Dilihat dimana d
i sebalik pengukuhan dan kerjasama strategik giat dijalankan kerajaan dalam mempromosikan minyak kelapa sawit secara global ada isu keterjaminan makanan yang mana ia berkait dengan bahan makanan utama rakyat Malaysia seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan hasil laut masih kurang diberi perhatian. Isu kekurangan bekalan makanan diligat menunjukkan dimana negara masih berdepan isu keterjaminan makanan. Semua perlu sedar isu keterjaminan makanan wujud apabila rakyat tidak mempunyai akses fizikal dan ekonomi kepada makanan selamat serta berkhasiat mencukupi selain memenuhi keperluan diet untuk kehidupan aktif lagi sihat. Terkini selain harga beras naik dimana didapati harga sayur-sayuran dan buah-buahan di pasaran meningkat antara 50 sen hingga RM4 sekilogram (kg). Penjual menyatakan kenaikan harga ini berikutan kekurangan pengeluaran sehingga tidak dapat menampung permintaan tinggi. Jabatan Perangkaan menggunakan petunjuk kadar sara diri (SSR) untuk melihat keupayaan sesuatu pengeluaran bahan makanan bagi sesebuah negara mencukupi bagi memenuhi keperluan domestik. Apa pun dilaporkan dimana trend penurunan SSR untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai nilai penggunaan per kapita tinggi di Malaysia seperti limau nipis (2021 atau 82.4% kepada 2022 - 75.9%), sawi (2021 dari 97% kepada tahun 2022 - 95.9%), Pisang (2021 -102.6% kepada 2022 - 99.3%), Nanas (2021 -104.3% kepada 2022 - 102.5%), Betik (2021 - 146.9% kepada 2022 - 142.3%) dan buah Tembikai (2021 - 139.5% kepada 2022 -131.9%). Apabila berlaku penurunan SSR dimana pengeluaran domestik tidak dapat menampung permintaan domestik dan ia mengakibatkan kenaikan harga di pasaran, seterusnya memberi impak kepada rakyat. Jika status SSR ini berterusan menunjukkan ketidakstabilan dalam jangka panjang ia akan memberi impak kepada permintaan domestik dan seterusnya menyebabkan rakyat kekurangan zat serta makanan.


Sebaiknya perlu di t
ambah baik dasar kejertaminan makanan di Malaysia dimana sudah ada tiga strategi penting boleh digunakan untuk menambah baik dasar keterjaminan negara dalam usaha meningkatkan SSR dan seterusnya mengurangkan isu keterjaminan makanan Malaysia. Pertama adalah meningkatkan penanaman dan ternakan bersasar untuk produk tanaman, ternakan dan hasil laut mempunyai nilai purata penggunaan per kapita tinggi, seperti limau nipis, daging lembu dan ikan tenggiri. Usaha meningkatkan tanaman bawang merah mempunyai nilai purata penggunaan 17kg setahun. Namun peningkatan tanaman dan ternakan produk bersasar lain seperti limau nipis, sawi, pisang dan nanas juga perlu dilakukan untuk menampung permintaan domestik. Kaedah  kedua perlu ada sistem pelarasan tanaman dan pengaktifan tanah ladang perlu dilakukan. Dengan wujudnya sistem ini, petani akan lebih fokus dan teratur menyusun tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran untuk setiap musim. Maka, tanah hasilan petani tidak akan terbiar untuk musim tertentu dan sentiasa aktif dalam penanaman. Mengambil contoh negara Taiwan dimana ada sistem ini yang dipanggil 'Adjusting the Cropping System and Revitalizing Farmland'. Dalam sistem ini para petani mereka diwajibkan memenuhkan tanaman untuk satu tahun musim penanaman dan mereka hanya dibenarkan mengosongkan tanah tanaman mereka selama satu musim tanaman untuk tempoh setahun. Dengan wujudnya sistem ini pada 2011 dimana negara Taiwan telah mendapati pengurangan sebanyak 41% untuk tanah terbiar tanpa tanaman pada 2015. Strategu yag ketiga adalah dengan memberi penekanan kepada pembinaan kapasiti untuk penyimpanan hasil tanaman dan ternakan supaya ia dapat menampung permintaan domestik. Pelan pembinaan kapasiti silo untuk bijirin telahpun dilaksanakan China dan Taiwan. Dilaporkan di negara China mereka guna pakai konsep 'menyembunyikan bijirin dalam tanah dan menyembunyikan bijirin dalam teknologi'. Yakni, mereka menekankan kepentingan pembinaan kapasiti simpanan tanaman dan bukan hanya menumpukan pada sasaran pengeluaran bijirin. Dengan itu tiada permasalahan dari segi penyimpanan hasil tanaman atau kekurangan pengeluaran sewaktu musim banjir. Dilaporkan di Taiwan meereka ada guna pakai silo bersuhu rendah untuk menyimpan bijirin menunjukkan peningkatan simpanan bijirin sebanyak 7.8% setahun. Sebaiknya bagi isu bagaimana cara untuk menangani isu keterjaminan makanan di Malaysia, kerajaan harus mengkaji semula dasar keterjaminan makanan semasa dan mempertimbangkan peningkatan tanaman serta pengeluaran untuk produk bersasar mempunyai nilai purata penggunaan per kapita tinggi, mewujudkan sistem pelarasan tanaman dan pengaktifan tanah ladang dan memberi penekanan kepada pembinaan kapasiti untuk penyimpanan hasil tanaman dan ternakan. Sebagai tambahan kepada tiga strategi utama dilihat adalah penting untuk melihat faktor pertumbuhan populasi rakyat Malaysia. Menurut Jabatan Perangkaan dimana jumlah penduduk Malaysia pada 2023 ialah 33.4 juta dimana jika dibandingkan dengan 2022 ialah 32.7 juta. Kajian menunjukkan pertumbuhan populasi memberikan impak kepada keterjaminan makanan Malaysia. Salah satu faktor menyebabkan pertumbuhan populasi rakyat Malaysia adalah disebabkan peningkatan bilangan bukan warganegara sebanyak 20 peratus pada 2023, berbanding tahun sebelumnya. Apa pun dalam menangani isu keterjaminan makanan, menyekat pertumbuhan populasi adalah satu langkah tidak wajar, tetapi rakyat perlu mengubah cara penghasilan dan pengambilan makanan. Diet berasaskan tumbuhan dapat mewujudkan populasi lebih sihat dan membantu menangani perubahan iklim serta persekitaran. Pihak kerajaan juga perlu mengambil kira aspek pertumbuhan populasi akan meningkatkan permintaan domestik. Justeru, peningkatan SSR adalah penting bagi mencapai permintaan domestik dan seterusnya menangani isu keterjaminan makanan Malaysia. Kerajaan dan institusi berkaitan perlu berganding bahu menyelesaikan isu ini. Semuga tulisan ini ada info berguna untuk pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
KETERJAMINAN MAKANAN... APA BENDA....
BANYAK STRATEGI... MEMANG DI RANGKA...
MAKANAN MENCUKUPI... MURAH HARGA....
CUKUP MAKAN... RAKYATNYA SEJAHTERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Syawal 1445H).
Posted from,
Desaru, Johor.

Wednesday, May 29, 2024

BAJA ORGANIK DAN PERTANIAN ORGANIK

PERTANIAN ORGANIK (Organic Farming) pada penulis blog merupakan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik dimana ia menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Sistem ini dilihat menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang iaitu dengan mengambil kira keadaan persekitaran atau wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa sumber organik yang boleh dengan amalan agronomi melalui kaedah mekanikal dan biologikal diman akonsepnya adalah ia dilihat bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik (bahan kimia) bertujuan untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem pertanian organik. Lazimya ada dua jenis tujuan jangka masa iaitu jangka masa panjang (long term) dan jangka masa pendek (short term) untuk memajukan pertanian. Apa pun dilihat melalui kaedah holistik semula jadi dimana lazimnya pertanian organik mnyatukan kepelbagaian bio liar (wild), kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah serta membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskan penggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma diubahsuai genetik (GMO). Kesannya adalah ini bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia akan tetapi penulis blog percaya ia juga menambahbaik flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik akhirnya akan menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan cara pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio. Pada penulis blog percaya dimana beberapa prinsip untuk pertanian organik ada dibincangkan di peringkat antarabangsa melalui Persekutuan Antarabangsa Pergerakan Pertanian Organik (IFOAM) dimana mereka telah menyatakan beberapa prinsip yang patut ada bagi sebuah pertanian organik. Prinsip tersebut termasuk dalam penghasilan makanan, serat dan produk-produk lain yang berkualiti serta mencukupi melalui cara kerja yang serasi. Ini mengambilkira aspek kitaran semulajadi dan sistem hidup melalui tanah, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam satu sistem penghasilan mengenali kesan sosial dan ekologi yang luas dalam penghasilan organik dan sistem penghasilan. Isu pencemaran pertanian yang disebabkan kesan negatif seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional sudah semakin ia menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Isu-isu seperti 'Eutrophication' dimana tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat boleh berlaku akibat dari ledakan alga kemudian ia akan membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Untuk bahan organik apa yang diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar. Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. Kempen seperti 'Mencegah lebih baik dari mengubati’ perlu dikukuhkan melalui beberapa dasar kerajaan terhadap pertanian dimna ia perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pengguna melalui pendekatan pertanian organik. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kepentingan baja organik dalam pertanian organik untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Negara Malaysia adalah sebuah negara di mana pertanian memainkan peranan penting dalam ekonomi. Walau begitu penulis blog dapati dimana amalan pertanian konvensional yang digunakan oleh ramai petani di Malaysia telah membawa kepada cabaran alam sekitar dan ekonomi yang teruk, menjadikannya perlu untuk meneroka alternatif yang lebih mampan. Salah satu alternatif terseb dimana isu baja organik, yang menawarkan banyak faedah kepada alam sekitar dan petani. Apa dan mengapa baja organik adalah penting untuk diketagui oleh semu apihak terutama kalangan petani. Baja Organik adalah sejenis baja yang khusus diperbuat daripada tumbuhan semulajadi atau bahan haiwan. Proses didalam membuatnya juga belainan dengan pembuatan jenis baja sintetik dimana baja organik diperbuat daripada sumber yang boleh diperbaharui dan mengandungi mikroorganisma berfaedah yang membantu meningkatkan kesihatan dan kesuburan tanah. Baja organik juga dikenali untuk tujuan asas memperbaiki struktur dan tekstur tanah, menjadikannya lebih mudah bagi tumbuhan untuk menyerap nutrien dan air. Ini kerana baja organik melepaskan nutrien perlahan-lahan dari masa ke masa, menyediakan bekalan nutrien yang stabil kepada tumbuh-tumbuhan. Apa pun faedah lain baja organik ialah ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Bagi tujuan perbandungan di mana penulis blog faham iaitu bagi baja sintetik selalunya ia mengandungi tahap garam dan bahan kimia lain yang tinggi yang boleh membahayakan tumbuh-tumbuhan dan kelestarian alam sekitar. Pembaca blog ini pastinya pernah mendengar 'Pertanian Lestari' iaitu sistem pertanian dengan konsep pendekatan pertanian yang bertujuan untuk mengimbangi faktor ekonomi, sosial dan alam sekitar. Pertanian lestari menggunakan kaedah yang mampu dalam meningkatkan pengeluaran makanan, melindungi alam sekitar, dan menyokong komuniti tempatan. Apa pun penulis blog yang beberapa kali beri ceramah mengenai isu ini dimana salah satu prinsip utama pertanian lestari ialah penggunaan sumber semula jadi dengan cara yang bertanggungjawab dan cekap. Ini termasuk penggunaan baja semula jadi seperti baja organik. Dengan menggunakan baja organik maka petani boleh meningkatkan kesihatan dan kesuburan tanah tanpa merosakkan alam sekitar. Satu lagi prinsip pertanian lestari ialah penggunaan putaran tanaman. Putaran tanaman adalah amalan menanam tanaman yang berbeza dalam bidang yang sama pada musim yang berbeza. Ini membantu mencegah hakisan tanah, mengurangkan masalah perosak dan penyakit, dan meningkatkan kesuburan tanah.


Amalan Agronomi seperti 'Penggiliran Tanaman' atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Intercropping' adalah satu lagi amalan yang digunakan dalam pertanian lestari. Intercropping adalah satu amalan menanam dua atau lebih tanaman bersama-sama dalam bidang yang sama. Ini selalunya akan dapat membantu memaksimumkan penggunaan tanah dan mengurangkan risiko kegagalan tanaman. Penanaman padi akan di gabungkan dengan atau digilirkan dengan tanaman bawang merah, jagung manis, umbisi, kacang soya dan sebagainya mengikut jadual tanaman yang diaturkan. Secara keseluruhan dimana pertanian lestari adalah pendekatan penting untuk pertanian yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran makanan, melindungi alam sekitar, dan yang penting juga ia akan menyokong masyarakat tempatan dalam mempelbagaikan makanan. Dengan menggunakan baja semulajadi seperti baja organik selalunya ramai petani boleh meningkatkan kesihatan dan kesuburan tanah tanpa ianya akan merosakkan alam sekitar. Penelitian mengenai isu sektor pertanian di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran seperti yang paling serius adalah bencana alam seperti banjir, kemarau, serangan perosak dan penyakit dan juga harga hasil ladang berterusan. Di ladang menyentuh dengan amalan agronomi dimana isu utamanya disebabkan oleh amalan pertanian konvensional yang sangat bergantung kepada baja sintetik atau mudahnya di panggil sebagai 'Baja Kimia' dan pelbagai jenis bahan kinia racun perosak, racun rumpai, racun kulat, racun hama dan sebagainya. Walaupun amalan ini telah digunakan selama beberapa dekad dan telah jelas ia sudah menghasilkan hasil yang tinggi pada mulanya akan tetapi untuk kesan lain dimana akan berlaku kesan jangka panjang telah memudaratkan tanah dan alam sekitar. Sejak dulu amalan Pertanian Konvensional memang ia melibatkan akan penggunaan baja sintetik dan racun perosak untuk tujuan dalam meningkatkan hasil tanaman. Walaupun ia boleh menghasilkan hasil yang tinggi pada mulanya kini kajian mendapati ia menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada tanah, menjadikannya kurang subur, kurang produktif, dan lebih terdedah kepada hakisan. Ini disebabkan oleh fakta bahawa baja sintetik dan racun perosak tidak menyediakan nutrien yang diperlukan ke tanah yang baja semulajadi lakukan dimana ini akan membawa kepada pengurangan mineral dan nutrien penting dari masa ke masa. Apa pu dipercayai dimana penggunaan baja sintetik dan racun perosak boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan kepada racun perosak boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk kanser, masalah pernafasan, dan gangguan neurologi.


Penggunaan baja sintetik dan racun perosak dalam amalan pertanian konvensional telah membawa kepada pelbagai masalah alam sekitar dan ekonomi. Bagi membeli baja sintetik dan racun kimia memang mudah dari kedai pertanian dengan pembungkusan dan kemasan jelas bersama labelnya untuk digunakan (Sila lihat foto disebelah). Banyak kajian dilakukan dimana input sintetik ini sebenarnya menyebabkan kemerosotan tanah, pencemaran air bawah tanah dan kehilangan biodiversiti adalah beberapa masalah alam sekitar yang disebabkan oleh amalan pertanian konvensional. Kemerosotan tanah berlaku apabila tanah kehilangan keupayaannya untuk memegang air dan nutrien, yang membawa kepada penurunan hasil tanaman dan peningkatan hakisan. Pencemaran air bawah tanah berlaku apabila bahan kimia yang digunakan dalam amalan pertanian konvensional meresap ke dalam air bawah tanah, mencemarkannya dan menjadikannya tidak selamat untuk kegunaan manusia. Dalam pada itu sebaliknya yang baja dan racun perosak mahal dimana isu ini menjadikannya sukar bagi petani berskala kecil untuk membelinya  yang membawa kepada hasil yang rendah dan pendapatan yang lemah. Ini telah mengakibatkan penurunan bilangan petani berskala kecil di Malaysia dan telah menyumbang kepada penumpuan pemilikan tanah di tangan beberapa perniagaan tani berskala besar. Sebaiknya bagi menangani cabaran-cabaran ini dilihat masih terdapat minat yang semakin meningkat dalam amalan pertanian lestari di Malaysia. Amalan pertanian lestari ini akan melibatkan penggunaan baja semula jadi dan kaedah kawalan perosak, seperti putaran tanaman, intercropping dan juga cara penggunaan serangga yang bermanfaat. Amalan pertanian lestari bukan sahaja meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pencemaran alam sekitar, tetapi juga memberi manfaat ekonomi kepada petani. Dengan mengurangkan keperluan baja sintetik dan racun perosak yang mahal, amalan pertanian lestari dapat meningkatkan hasil tanaman dan mengurangkan kos, yang membawa kepada keuntungan yang lebih tinggi bagi petani. Amalan pertanian lestari boleh meningkatkan jaminan makanan di Malaysia dengan menggalakkan penggunaan tanaman tempatan dan tradisional yang lebih disesuaikan dengan keadaan tempatan dan lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim.


Sebenarnya ada beberapa kebaikan Baja Organik untuk pertanian di Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai sektor pertanian yang kukuh, dan baja organik menawarkan penyelesaian kepada cabaran alam sekitar dan ekonomi yang sedang dihadapi oleh pertanian Malaysia. Berikut adalah beberapa faedah menggunakan baja organik pertama ia akan dapat Meningkatkan Kesihatan Tanah dan Kesuburan tanah. Baja organik mengandungi tahap bahan organik yang tinggi, yang meningkatkan kesihatan dan kesuburan tanah. Bahan organik dalam baja organik meningkatkan struktur tanah iaitu dengan cara menggalakkan pengekalan air dan menyediakan nutrien penting untuk tanaman. Ini menghasilkan tanah yang kaya dengan nutrien dan lebih mampu untuk menyokong dalam pertumbuhan tumbuhan. Selain itu dilaporkan dimana baja organik juga mengandungi mikroorganisma yang bermanfaat seperti bakteria dan kulat, yang membantu memecahkan bahan organik dan menjadikannya lebih mudah diakses oleh tumbuh-tumbuhan. Ini membawa kepada tanah yang lebih sihat, yang seterusnya membawa kepada tanaman yang lebih sihat. Baja organik adalah dapat ia meningkatkan kualiti dan hasil dengan menyediakan nutrien penting kepada tanaman. Tidak seperti baja sintetik dimana baja organik selalunya akan melepaskan nutrien perlahan-lahan dari masa ke masa. Cara ini akan memastikan tanaman mempunyai bekalan nutrien yang berterusan sepanjang musim yang semakin meningkat. Ini membawa kepada tumbuh-tumbuhan yang lebih sihat, hasil yang lebih tinggi, dan kualiti tanaman yang lebih baik. Baja Organik membantu meningkatkan rasa dan nilai pemakanan tanaman, menjadikannya lebih menarik bagi pengguna. Penggunaan baja organik dilaporkan akan mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Baja organik diperbuat daripada bahan semula jadi akan menjadikannya lebih selamat untuk alam sekitar. Baja organik tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mencemarkan air bawah tanah atau merosakkan hidupan liar. Di samping itu, penggunaan baja organik menggalakkan biodiversiti, yang penting untuk kesihatan ekosistem. Dengan menggunakan baja organik, petani boleh membantu melindungi alam sekitar dan memelihara sumber semula jadi untuk generasi akan datang.


Walau pun masih ramai yang sangsi dengan penggunaan baja organik dimana pihak lain dakwa antara kelebihannya adalah ia mempunyai kelebihan ekonomi untuk petani. Penggunaan baja organik boleh memberi kelebihan ekonomi kepada petani. Baja organik diperbuat daripada bahan yang mudah didapati, menjadikannya lebih murah daripada baja sintetik dalam jangka masa panjang. Di samping itu, baja organik meningkatkan kesihatan tanah, yang membawa kepada hasil yang lebih tinggi dan kualiti tanaman yang lebih baik, menyebabkan keuntungan yang lebih tinggi bagi petani. Dengan menggunakan baja organik, petani juga boleh mengurangkan pergantungan mereka kepada baja sintetik mahal, yang boleh menjadi perbelanjaan yang besar bagi banyak petani. Apa pun di percayai dimana penggunaan baja organik menawarkan banyak manfaat untuk pertanian Malaysia. Dengan meningkatkan kesihatan dan kesuburan tanah, meningkatkan kualiti dan hasil tanaman, mengurangkan kesan alam sekitar, dan memberikan kelebihan ekonomi kepada petani, baja organik adalah pilihan terbaik bagi petani yang ingin menanam tanaman yang sihat dan mampan. Apakah dia sumber dan jenis Baja Organik yang ada dipasaran Malaysia boleh di gunakan?. Kini konsep pertanian organik telah mendapat populariti di Malaysia sebagai cara yang mampan dan mesra alam untuk menanam tanaman. Salah satu komponen utama pertanian organik ialah penggunaan baja organik. Baja ini berasal dari sumber semula jadi dan bebas daripada bahan kimia berbahaya dimana ia menjadikannya selamat untuk alam sekitar dan kesihatan manusia. Antara pelbagai sumber dan jenis baja organik yang boleh digunakan oleh petani di Malaysia termasuk Jenis Baja Organik berasaskan Haiwan dimana jenis ini diperbuat daripada sisa haiwan seperti baja, makanan tulang, dan emulsi ikan. Baja ini kaya dengan nitrogen, fosforus, dan kalium, menjadikannya sesuai untuk meningkatkan kesuburan tanah. Di samping menyediakan nutrien penting kepada tanaman, baja berasaskan haiwan juga meningkatkan struktur tanah dan kapasiti pengekalan air. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menggunakan baja ini secara sederhana kerana penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan nutrien dan pencemaran air. Jenis kedua adalah Jenis Baja Organik berasaskan tumbuhan yang selalunya ia diperbuat daripada bahan tumbuhan seperti kompos, baja hijau, dan rumpai laut. Baja ini menambah bahan organik ke tanah, memperbaiki struktur tanah, dan menyediakan nutrien penting untuk tanaman. Pengkomposan adalah kaedah yang popular untuk menghasilkan baja berasaskan tumbuhan, di mana sisa organik seperti sisa makanan, daun, dan keratan rumput dipecahkan kepada kompos yang kaya dengan nutrien. Baja hijau, sebaliknya, melibatkan penanaman tanaman tertentu seperti clover dan alfalfa dan kemudian sehingga mereka kembali ke dalam tanah untuk meningkatkan kesuburan tanah. Rumpai Laut adalah satu lagi sumber baja berasaskan tumbuhan yang sangat baik kerana ia kaya dengan mineral seperti kalium, magnesium, dan kalsium. Ketiga adalah Jenis Baja Organik berasaskan Mineral yang diperbuat daripada mineral seperti batuan fosfat dan gipsum. Baja ini melepaskan nutrien perlahan-lahan dari masa ke masa, menyediakan bekalan nutrien penting yang berterusan untuk tanaman. Mereka amat berguna untuk tanaman yang memerlukan bekalan nutrien yang mantap dalam tempoh masa yang panjang. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diperhatikan bahawa baja berasaskan mineral bukanlah sumber nutrien yang lengkap dan harus digunakan bersama-sama dengan baja organik lain. Petani perlu bijak kerana enting untuk memilih jenis baja organik yang betul berdasarkan keperluan khusus tanaman dan tanah. Menggunakan gabungan pelbagai jenis baja organik boleh membantu menyediakan bekalan nutrien yang seimbang dan meningkatkan kesihatan tanah dalam jangka masa panjang. Penulis blog berpendapat baja organik merupakan penyelesaian mampan kepada cabaran alam sekitar dan ekonomi yang dihadapi oleh pertanian Malaysia. Penggunaan baja organik menggalakkan kesihatan dan kesuburan tanah, meningkatkan kualiti dan hasil tanaman, mengurangkan kesan alam sekitar, dan memberikan manfaat ekonomi kepada petani. Sudah tiba masanya petani Malaysia mengamalkan amalan pertanian yang lebih mampan dan organik yang akan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN ORGANIK... PERKARA LAMA...
KONSEP DI GUNA... RAMAI PETANI LUPA...
TIDAK GUNAKAN... BANYAK BAHAN KIMIA...
HASILNYA DIJAMIN... KESIHATAN DIJAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia,
(7 Zulkaedah 1445H).

Tuesday, May 28, 2024

TEKNOLOGI AGROVOLTAIC DAN FAKTA

TEKNOLOGI AGROVOLTAIC
atau Sistem Agrivoltaic atau Sistem PV Pertanian menggunakan bersama kawasan tanah yang sama sama bagi menghasilkan tenaga suria fotovoltaik mahupun untuk aktiviti pertanian menghasilkan bahan-bahan makanan. Teknologi baru ini menjanjikan untuk meningkatkan pengeluaran makanann dan cara penggunaan air yang lebih rendah dimana masa sama ia juga mendapatkan tenaga letrik aebagai pendapatan tambahan kepada petani. Apa pun memang ujud hubungan tiga faktor asa iaitu tiga elemen yang paling penting untuk kehidupan manusia di bumi dengan lebih moden dengan adanya Makanan, Air dan Tenaga Letrik. Panel Suria dilihat dengan cara susunan yang disesuaikan akan membolehkan tanaman mendapatkan jumlah sinaran cahaya matahari yang tepat serta mencukupi untuk melakukan proses fotosintesis dan tumbuhan mampu hidup subur serta berhasil. Selebihnya cahaya yang diterima dari sinar matahari dapat di tuai oleh panel suria dan disimpan dalam bateri untuk menjadi tenaga letrik di perbaharui. Agrivoltaics adalah satu bentuk hubungan simbiosis di mana panel suria dan tanaman atau ternakan yang dilakukan dimana kewujudan sistem ini dilihat ia saling membantu agar mendapatkan pulangan dan penggunaan tanah yang maksima disatu lokasi. Terdapat banyak penyelidikan di jalankan sejak beberapa dekad dulu dimana kebanyakannya adalan memberikan impak positif teknologi agrovoltaic ini dilaksanakan di masa hadapan. Baberapa negara di garisan khatulistiwa dan tropika iini dilihat mempunyai kelebihan kerana menerima cahaya matahari yang cukup banyak speanjang tahin berbanding negara yang mempunyai 3 iklim. Merujuk kepad hasi kajian olej saintis Perancis bernama  Christophe Dupraz dan pasukannya menyatakan dimana Sistem Agrivoltaik meningkatkan produktiviti tanah global dari cuma 35% kepada sebanyak 73% setelah mengamalkan sistem agrovoltaic ini. Kajian oleh pakar daripada Institut Fraunhofer di Perancis juga berjaya melaporkan dimana bagi tenaga suria boleh diperbaharui turut melihat kelebihan lain dengan menggabungkan radiasi matahari dan tanaman makanan yang dibuat dimana sesuai ia digunakan. Penyelidikan lain yang dijalankan di Tasek Constance yang berbatasan dengan tiga buah negara iaitu Switzerland, Jerman dan Austria selama setahun dengan menggunakan 720 panel suria (bi-facial) yang cukup bagi kebun seluas 0.25 hektar. Hasilnya mereka dapati dimana tanaman menerima jumlah sinaran matahari yang hampir sama dimusim panas seolah-olah tanaman tersebut mampu tumbuh secara semulajadi. Di Malaysia sudah ada usaha dan cadangan perlaksanaan sistem agrovoltaic ini sebagai salah satu pendekatan yang strategik untuk dapat hasilkan tenaga letrik dan bahan makanan. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kongsikan mengenai inovasi teknologi agrovoltaic dan juga benerapa fakta menarik untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca. 


Wajar di jelaskan apakah dia 
Agrovoltaic dalam masa akan datang sebagai 'future modern agriculture' and 'renewable energy' yang efektif. Agrovoltaic adalah suatu sistem penggunaan tanah yang mengintegrasikan diantara penanaman tanaman pertanian dengan sistem panel solar yang mampu menghasilkan tenaga letrik. Dalam sistem agrovoltaic dimana akan di susun panel solar di atas kawasan tanah pertanian sama ada tanah kosong atau tanah sedia ada yang sedang digunakan untuk bercucuk tanam (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya sistem agrovoltaic mesti ia dirancang untuk dapat mengoptimalkan penggunaan tanah dan memanfaatkan sumber alam sediaada secara lebih cekap dan efisien. Selain itu dijangka teknologi agrovoltaic juga dapat memberikan manfaat terbaik seperti mengurangkan isu emisi gas rumah kaca dan membantu menjaga bekalan bahan makanana dan tenaga letrik. Mungkin ramai yang masih kurang tahu apakah sebenarnya dakwaan Sistem Agrovoltaic kerana ia masih baru di Malaysia dan negara membangun yang lain. Pertama perkara ini akan mengoptimakan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan lebih efisien. Agrovoltaic mengoptimalkan penggunaan tanah secara efisien dengan mengintegrasikan sistem solar panel yang hasilkan tenaga letrik dengan kebun ataupun aktiviti pertanian. Tanah yang sama dapat digunakan untuk penanaman tanaman pertanian, penternakan haiwan ruminan dan juga sebagai lokasi penghasil tenaga letrik suria yang cekap. Ini seterusnya akan meningkatkan produktiviti dari satu lokasi dimana tanaman dapat terlindungi dari sinar matahari yang berlebihan dan suhu yang terlalu tinggi. Apa pun ia akan dapat meningkatkan produktiviti beberapa jenis  tanaman terpilih dan kualiti hasil tanaman yang di tuai. Dalam pada itu sistem agrovoltaic juga mempastikan kelestarian bekalan makanan dan bekalan tenaga letrik dengan lebih suatainable dan cekap. Sistem agrovoltaic membantu usaha perkebunan secara lebih baik untuk jangkamasa panjang. erkelanjutan. Ia juga dikaitkan dengan kemampuannya mengurangkan perlepasan gas rumah kaca yang menjadi salah satu isu global. Ini kerana penggunaan tenaga yang diperbaharui ini termasuk dari panel solar dalam sistem agrovoltaic dapat mengurangkan isu emisi gas rumah kaca dimana ianya akan kurangkan kesan dari isu perubahan iklim yang semakin menakutkan. Jika projek ini di jalankan dikawasan tanah milik dipunyai petani maka hasilnya mereka akan mendapat pendapatan tambahan iaitu dari jualan tenaga eletrik dan produk hasil pertanian yang dijalankan. Apa pun Malaysia dilihat memang mempunyai potensi amat besar dan luas jika hendak memperbanyakkan sistem agrovoltaik di seluruh negara. Pada penulis blog percaya Malaysia yang mana terletak di kawasan tropika dan menerima banyak sinaran matahari sepanjang tahun amat strategik untuk ia dilaksanakan dimasa sekarang dan akan datang.


Penulis blog merujuk kepada sebuah Buku Garispanduan Perancangan Pembangunan Ladang Solar oleh Kementerian Tenaga Solar Tenaga Solar diterbitkan oleh PLANMalaysia dimana ia merupakan salah satu cabang Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara selain daripada biomass, biogas dan hidro elektrik. Umumnya dinyatakan dimana kaedah pengumpulan tenaga solar terbahagi kepada dua (2) kaedah iaitu (a) Solar Photovoltaic (PV) di mana cahaya matahari ditukar kepada tenaga elektrik menggunakan sel solar dan juga (b) Solar Thermal yang merupakan proses penjanaan tenaga elektrik melalui haba yang dikumpul daripada cahaya matahari. Di Malaysia dilaporkan dimana industri tenaga solar tertumpu kepada kaedah penjanaan elektrik melalui Solar Photovoltaic (PV). Lokasi Malaysia yang strategik iaitu berdekatan dengan garisan khatulistiwa dan mempunyai intensiti cahaya matahari tinggi sepanjang tahun dianggarkan mampu menjana sehingga 6,500 MW tenaga elektrik setahun. Ini menjadikan tenaga solar sebagai salah satu sumber TBB yang amat berpotensi dan ekonomik untuk dibangunkan di negara ini. Di Malaysia ada 4 jenis dasar atau strategi mengenai perkara ini. Pertama adalah (
a) Kegunaan Sendiri atau Self Consumption (SELCO) dimana pihak  Suruhanjaya Tenaga telah memperkenalkan program penjanaan tenaga melalui pemasangan panel solar PV pada bangunan bagi kegunaan sendiri atau dikenali sebagai SELCO. Kerajaan menggalakkan pengguna individu, komersial dan industri untuk memasang PV solar bagi kegunaan sendiri dan bukan untuk dieksport ke Grid Nasional sekiranya ada lebihan tenaga. Kedua adalah (b) Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM) dimana Net Energy Metering (NEM) adalah satu skim yang diperkenalkan Kerajaan sebagai pemangkin kepada perkembangan tenaga boleh baharu di Malaysia. NEM membolehkan pengguna menjana elektrik dari sumber tenaga boleh baharu seperti solar di mana pengguna akan menggunakan tenaga tersebut untuk kegunaan sendiri (self consumption). Sekiranya ada tenaga yang berlebihan, ia akan dijual kepada syarikat pembekal elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Skim ini dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia sebagai agensi pelaksana (Rajah 2). Pelaksanaan NEM telah membuka ruang dan peluang kepada pemilik bangunan domestik, komersial dan industri serta bangunan-bangunan kerajaan untuk turut serta dalam penjanaan TBB melalui pemasangan panel PV pada bumbung serta dinding bangunan. Selain dapat mengurangkan bil elektrik dan menikmati lebih penjimatan, usaha ini juga turut menyumbang kepada penjanaan sendiri tenaga bersih dan mengurangkan pelepasan karbon yang seterusnya menyokong usaha Kerajaan ke arah penggunaan tenaga yang lebih mampan dan lestari. Ketiga adalah (c) Program Tarif Galakan atau Feed in Tariff (FiT) Skim FiT iaitu adalah satu mekanisme baharu di bawah Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu dan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 bagi menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu sehingga 30MW. FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik dijana daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) oleh pemaju bebas dan individu untuk dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Empat (4) sumber bagi menghasilkan TBB adalah PV, biogas, biomass dan hidrokuasa kecil. Tenaga elektrik yang dihasilkan dijual ke Grid Nasional dalam tempoh tertentu iaitu 21 tahun bagi tenaga daripada janaan solar dan hidrokuasa manakala 16 tahun bagi janaan daripada biomass dan biogas. Jenis ke empat adalah (d) Solar Berskala Besar atau Large Scale Solar (LSS) dimana Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai agensi pelaksana pembangunan solar telah memperkenalkan Program Solar Berskala Besar atau LSS merupakan program pembidaan untuk menurunkan Penyamarataan Kos Tenaga (LCOE) bagi membangunkan loji PV solar berskala besar (LSS). Kuota solar ditawarkan melalui proses bidaan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan pembangunan ladang solar adalah tertakluk kepada kuota yang ditetapkan. Sebanyak lima (5) program telah ditawarkan sejak ia diperkenalkan.


Paling menarik hasil kajian dimana teknologi Agrovoltaic ini mampu  untuk 
mengoptimalkan kecekapan penggunaan tanah sehingga 186%!. 
Apa pun dilaporkan jumlah penduduk di seluruh dunia kian mengalami kadar peningkatan di setiap saat apa lagi disetiap tahun sehingga lebih 8 billion.  Peningkatan penduduk berbanding terbalik dengan isu akan ketersediaan kawasan pertanian untuk pengeluaran makanan yang terus susut dan berkurangan. Minimnya kawasan pertanian yang tersedia untuk hasilkan bahan makanan adalah kritikal bersaing dengan beberapa sektor ekonomi yang lain. Bagaimana pun denganTeknologi Agrivoltaic atau Sistem Agrovoltaic dimana konsep penggabungan di antara pertanian dan solar panel yang hasilkan tenaga ketrik kini dilihat sebagai pendekatan yang terbaik untuk masa akan datang. Usaha ini dengan memanfaatkan sumber energi yang tidak pernah habis di dunia apalagi kalau bukan matahari (sun). Sistem Agrivoltaic dilaporkan mampu untuk membantu mengatasi kedua masalah ini dengan isu kawasan tanah pertanian yang terus berkurangan. Penulis blog ringkaskan 5 fakta penting mengenai Agrivoltaic untuk lebih di fahami. Pertama dimana Agrivolatic menggabung industri pertanian dan industri tenaga boleh diperbaharui. Sektor Pertanian dan tenaga ini adalah kedua aspek yang memakan banyak kawasan tanah luas namun sangat penting untuk kehidupan manusia. Sistem Agrivolatic mengkombinasikan pertanian dan energi dalam satu lokasi dimana diatasnya dipasang banyak solar panel yang agak tinggi dimana dibawahnya sesuai dijalankan aktiviti pertanian seperti tanaman, ternakan dan mungkin juga ternakair (ikan dalam tangki). Apa pun dilihat dimana Sistem Agrivolatic menghasilkan simbiosis yang ideal yang dimanafaatkan dimana ia merupakan satu cara penyelesaian yang menguntungkan di kedua belah pihak. Antara sumber tenaga letrik dengan pertanian dilihat yang keduanya terlibat simbiosis secara positif yang akhirnya akan menguntungkan dikedua pihak. Bagi pertanian dimana dengan Agrivoltaic mengurangkan isu penguapan akibat panas matahari terlalu terik sehingga mengurangkan isu berlaku kekuranga air yang boleh mematikan tanaman akibat suhu panas atau kekeringan. Sistem Agrovoltaic juga mampu atasi masalah kekurnagan air dimana keberadaan panel suria ini akan mengurangkan kos pengurusan. Apa pun perlu dirancang teliti dimana sistem Agrovoltaic mempertimbangkan beberapa faktor utama seperti pemilihan jenis tanaman yang ditanam. Setiap tanaman memiliki keperluan amalan agronomi dan ciri yang berlainan kerana ada tanaman yang perlukan banyak cahaya matahari, keperluan sederhana dan ada banyak jenis tanaman yang kurang perlukan cahaya matahari. Secara asasnya ada 3 jenis sistem yang sesuai dilaksanakan iaitu cara peletakan Ground Mounted, Elevated dan Solar Greenhouse. Kaedah Ground Mounted sesuai untuk skala besar disusun panel solar yang letaknya senget sehingga ia boleh menjadikan tanaman dapat sinar matahari berlebihan. Kaedah Elevated pula solar panel akan disusun dengan sistem lebih renggang dan jarak lebih jauh antara panel solar dimana biasanya sistem ini digunakan untuk tanaman yang ukuran lebih besar. Kaedah Solar Greenhouse pula adalah merupakan sistem yang mengabungkan diantara panel solar dengan greenhouse. Greenhouse boleh menggunakan energi dari panel solar ini untuk keperluannya seperti bagi tujuan untuk pencahayaan, pompa, mengatur suhu dan untuk siistem pengairan.


Bagaimana pun ada banyak cabaran dan isu jika ingin menggunakan teknologi agrovaltaic ini walau pun manafaat positifnya amat banyak. Pertama sekali sudah pasti teknologi ini adalag SANGAT MAHAL. Kos paling tinggi tentunya kos pembelian panel solar yang harganya memang cukup makal, bateri untuk menyimpan tenaga letrik, sistem pendawaian dan struktur binaan serta sistem eletronik dan pagar keselamatan. Kos penyelenggaraan juga merupakan amat tinggi dibandingkan dengan sistem lain penyediaan tenaga letrik. Bagi projek yang sederhana saiznya kos
 pemasangan dan instalasi yang mahal adalah menjadi kekangan yang serius dimana mungkin tidak ada petani yang mampu memlakukannya sendiri. Semuanya perlu di beli daripada syarikat yang berkelayakan dan diiktiraf oleh pihak berkuasa mengikut garispanduan disetiapp negara. Dari segi amalan pertanian perlu di pastikan pemilihan JENIS TANAMAN yang tepat dan perlu di lakukan sistem penggiliran tanaman yang sesuai dengan persekitara. Penulis blog pernah diberitahu jika ada ternakan dibawah solar panel dimana haiwan ini akan buang tahi dan air kencingnya di kawasan tiang yang mudah karat seterusnya menjejaskan ketahanan struktur tersebut. Kerja-kerja penyelenggaraan permukaan panel solar juga perlu dijalankan mengikut jadual dimana jika ada tanaman yang tidak di jadualkan dengan baik akan sukar untuk dilakukannya. Panel solar yang kotor dilaporkan ia akan mengurangkan kecekapan tuian tenaga letrik kelak. Apa pun masa sekarang masih ramai petani biasa yang mana masih KURANG FAHAM dengan teknologi ini dimana mereka masih kurang percaya akan status tanahnya jika di pasang panel solar diatasnya untuk satu tempoh perjanjian yang terlalu lama. Di beberapa negara maju seperti yang berada di benua Eropah, USA, Jepun, Korea Selatan dan Cina dilaporkan mereka telah berhasil menggunakan sistem agrovoltaic ini.  Sistem Agrovoltaic merupakan salah satu teknologi masa hadapan yang dilihat sesuai untuk masa hadapan dan perlu di usahakan untuk dilaksanakan di Malaysia secara terancang dangan keberadaan lebih ramai pakar-pakar yang berada dalam industri ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AGROVOLTAIK... APA BENDANYA...
PANEL SOLAR...DISUSUN ATASNYA...
PERTANIAN.. DIBUAT DI BAWAHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAM JUGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Zulkaedah 1445H).
Posted from,
Desaru, Johor.

Monday, May 27, 2024

KEMAMPANAN TANAMAN KELAPA DI MALAYSIA (Pt 2)

KEMAMPANAN INDUSTRI KELAPA
(Cocos nucifera) di Malaysia adalah satu perkara serius yang perlu di ambil kira didalam mempastikan tanaman ini tidak semakin berkurang dan bekalan tidak mencukupi. Tanaman kelapa semakin berkurangan saban tahun di Malaysia daripada lebih 200,000 hektar sekitar tahun 1980'an hanya seluas 84,936 hektar pada tahun 2023 dengan jumlah penghasilan sebanyak 640,200 metrik tan dengan nilai pengeluaran sekitar RM960,391 juta (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan di Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Malaysia masih mengimport diantara 100 - 150 juta biji kelapa setahun daripada Indonesia untuk keperluan pemprosesan di kilang kelapa. Pada penulis blog dimana kelapa adalah komoditi yang terkenal disebabkan permintaannya bagi kegunaan segar dalam industri pemprosesan makanan yang meningkat menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport kelapa dari negara jiran seperti Indonesia. Antara varieti kelapa yang masih berhasil adalah varieti Malayan Tal (Cn1), Matag (CN13,CN14, CN15), Kelapa Pandan (CN5), MRD, MYD dan beberapa lagi. Umum tahu dimana rakyat Malaysia seawal pagi menikmati nasi lemak, tengah hari masak lemak cili api menggunakan santan sehingga ke malam dihidangkan dengan kuih koci (inti kelapa), serawa, bubur kacang durian, kuih tradisional begitu juga makanan pada waktu malam. Ini belum diambil kira semasa hari raya apabila kegunaan kelapa sehingga permintaan kelapa tua untuk dibuat santan pada hari raya Aidilfitri kali ini bukan sahaja meningkat dan bekalannya tidak mencukupi sehingga perlu di import 34% menurut Jabatan Statistik Malaysia DOSM (2020). Penulis blog yang sudah meulis lebih 500 artikel megenai kelapa mendapati memang ada banyak cabaran dihadapi industri kelapa pada masa kini yang menyumbang kepada pengurangan hasil dimana di antaranya produktiviti rendah dan pengurangan keluasan bertanam. Beberapa sumber menyatakan dimana kini Kadar tahap SSL (Self Sufficient Level) semasa kelapa di Malaysia adalah 66.6%. Sebaiknya bagi meningkatkan SSL daripada 66.6% kepada 80% menjelang tahun 2040 dimana kerajaan melalui jabatan dan agensi pertanian perlu melihat polisi guna tanah penanaman bagi menambah kawasan bertanam kelapa sebagai satu strategi yang terbaik. Apa pun keperluan ini adalah bagi memelihara kawasan guna tanah dari sebarang penukaran kepada status aktiviti pembangunan dan aktiviti pertanian lain. Selain itu penggunaan varieti kelapa yang berkualiti dan berhasil tinggi seperti Matag akan dapat meningkatkan pengeluaran kelapa di samping memberi keuntungan kepada pengusaha tambah beliau lagi. Jika ada pun isu-isu seperti penukaran status tanah penanaman kelapa kepada aktiviti lain seperti penanaman kelapa sawit dan juga ancaman pembangunan telah menyebabkan berlakunya penurunan keluasan bertanam kelapa di Malaysia perlu di rancang dengan baik. Artikel pada tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya membincangkan aspek kritikal mengenai isu kemampanan industri tanaman kelapa di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Penulis blog melihat dimana penanaman kelapa di Malaysia telah pun bermula sejak sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada awal abad ke-19 dimana tanaman kelapa merupakan komoditi utama sebagai bahan mentah untuk penghasilan lemak dan minyak sayuran. Perdagangan kelapa dunia berkembang dengan ketara disebabkan permintaan lemak dan minyak sayuran yang tinggi. Kelapa merupakan satusatunya bahan asas untuk penghasilan lemak dan minyak pada waktu tersebut. Dilaporkan bahawa jumlah keluasan tanaman kelapa merosot dengan ketara sehingga kurang satu pertiga daripada keluasan asal dahulu rentetan persaingan komoditi gantian seperti jagung, kacang soya dan yang paling ketra dengan meluasnya penanaman kelapa sawit. Jumlah penanam kelapa juga berkurangan separuh daripada penanam asal iaitu 102,000 penanam di mana ia semakin berkurangan. Penulis blog semasa awal tahun 1980'an pernah mendengar laporan kajian berkaitan tanaman kelapa yang diibaratkan sebagai 'Tanaman Orang Miskin' atau pun kurang menguntungkan oleh PM masa itu. Apa pun dalam 10 tahun kebelakangan ini dilihat industri kelapa telah mula dilihat semula sebagai industri yang mampu memberikan pulangan yang tinggi kepada pengusaha. Penulis blog ingat bagaimana kementerian pertanian telah melancarkan Program Sumber Kewangan Baru (SKB) iaitu bagi tanaman durian, kelapa, nanas dan beberapa lagi untuk dilaksanakan. Pada awal tahun 1980 semasa harga ladang kelapa hanya mampu mencecah RM0.10 sebiji akan tetapi pada tahun 2021 harganya mencecah sehingga RM1.25 sebiji (Sumber: Laporan Harga FAMA 2021). Beberapa buah syarikat dan pengusaha kelapa sawit juga telah mula menanam kelapa secara intensif menggambarkan masa depan industri yang lebih cerah dimana mereka ada yang menerima bantuan kerajaan melalui Jabatan Pertanian. Di Malaysia industri kelapa merupakan tanaman industri keempat terbesar selepas kelapa sawit, getah dan padi dengan kebanyakan ladang terdapat di Sabah dan Sarawak. Malaysia merupakan antara 10 negara pengeluar kelapa di dunia walaupun pengeluaran kelapa menurun antara tahun 2014 dan 2016 (Sumber: Laporan FAO 2020). Kepelbagaian produk berasaskan kelapa kini berjaya menembusi pasaran global bakal meningkatkan lagi pertumbuhan industri hiliran kelapa dengan ketara. Walaupun Malaysia menghadapi defisit hampir RM60 bilion perdagangan makanan dan produk pertanian namun dilihat perkembangan industri hiliran kelapa di dunia amat pesat dengan perkembangan pelbagai produk yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Pada penulis blog mendapati dimana kini Malaysia masih lagi kekurangan bekalan kelapa yang memaksanya mengimport kelapa tua dari Indonesia untuk memenuhi permintaan produk hiliran kelapa. Kebanyakan petani kelapa adalah pekebun kecil yang menanam kurang daripada 4 ha di kawasan luar bandar. Keadaan ini menimbulkan pelbagai cabaran termasuk isu luas atau skala ekonomi yang sedikit atau tiada, isu kekurangan pembiayaan atau latihan dan juga isu rantaian bekalan yang terputus dan sering bergantung kepada orang tengah. Apa pun sebagai sebuah negara yang mempunyai kawasan yang sesuai untuk penanaman kelapa penulis blog fikir Malaysia harus mengambil peluang untuk meningkatkan lagi jumlah tanaman kelapa dan jumlah pengeluaran kelapa dan produk kelapa. Perkara ini adalah selaras dengan permintaan pasaran tempatan dan globa dimana ia secara tidak langsung akan membantu petani kecil meningkatkan taraf hidup mereka melalui sokongan pengeluaran kelapa yang mampan.


Penulis blog amat setuju dengan laporan media bertajuk '
Saiz ladang kelapa yang semakin mengecil beri impak besar kepada harga' dimana ia menunjukkan industri kelapa negara dilihat ia semakin menghadapi kemurungan. Apa pun terus berlaku perubahan saiz ladang yang diusahakan untuk tanaman kelapa di malaysia yang menghadapi cabaran ini seperti apa yang berlaku di kawasan Bagan Datoh, Perak yang ketika ini mengecil kira-kira 60 peratus berbanding dengan jumlah keluasan sedia ada memberikan impak besar kepada harga pasaran kelapa. Apa pun dilaporkan masaalah kekurangan kawasan menyebabkan kurangnya hasil dan pengeluaran dimana ini seterusnya menyebabkan harga bahan itu mendadak naik berikutan permintaan yang tinggi. Menurut seorang penanam dan peraih kelapa bernama Omar Sofian (63) yang membeli hasil pertanian yang sudah lebih 30 tahun terbabit dalam membeli kelapa di Bagan Datoh nystsksn ysng kesan terhadap pengecilan keluasan tanaman sebenarnya memberikan kesan besar yang rsmsi orang masih tidak sedari. Kalau sebelum ini pengusaha berdepan masalah lambakan hingga mengakibatkan harga jatuh dimana jumlah pengurangan hasil pengeluaran kerana skala ladang yang semakin kecil mengakibatkan pengguna terpaksa membayar harga yang tinggi untuk kelapa. Isu ini akan lebih dirasakan menjelang musim perayaan utama serta ketika musim cuti persekolahan di mana banyak majlis kenduri diadakan hingga mengakibatkan permintaan melebihi pengeluaran dan paling ketara adalah ketika musim tengkujuh kerana ia jatuh pada cuti persekolahan. Dia dakwa kira-kira sedekad yang lalu (sekitar tahun 1990'an) dimana kawasan Bagan Datoh ini adalah menjadi antara kawasan pengeluar kelapa utama dalam negara dan menjadi kawasan pengeluaran kelapa keempat terbesar di Malaysia. Dilaporkan keadaan hujan jugatelah mengakibatkan kelapa sukar dikeluarkan manakala pada cuaca panas pula kualiti buah kelapa merosot teruk dan mengecil mengakibatkan hasil terjejas yang mana kebunnya ada di Kampung Sungai Nipah Darat.  Hasil pengeluaran dahulu dan kini juga menurun teruk iaitu daripada sekitar 150,000 hingga 180,000 biji setiap bulan kepada kini dia dapat hanya 30,000 hingga 50,000 biji sebulan dimana penyusutan harga itu amat ketara. Maka tidak hairanlah jika kelapa dijual hingga RM2.50 sebiji kerana kos sebiji kelapa yang dibeli dari ladang oleh peraih sudah mencecah RM1.50 hingga RM1.80 sebiji dan harga tersebut belum ditambah kos pengangkutan dan lain-lain kos sebelum dijual kepada ramai peniaga. Omar yang pernah dianugerahkan sebagai Peladang Jaya Kebangsaan 2016 nyatakan memang perlu campur tangan kerajaan dan pihak berwajib sangat perlu dalam memastikan industri kelapa ini menyinar semula. Apa pun isu kurangnya pengeluaran kelapa tempatan dan meningkatnya permintaan kelapa tua mengakibatkan peraih terpaksalah mengimport bekalan kelapa dari negara jiran yang tidak berkualiti dan terpaksa dijual pada harga mahal berikutan permintaan yang tinggi sedangkan pengeluaran tidak mencukupi. Kalau dulu satu tan kelapa import dijual pada harga RM700 tetapi kini harganya mencecah sekali ganda iaitu kira-kira RM1,400 bagi tiap satu tan metrik dan belum ditambah dengan kerugian kelapa rosak akibat berada lama dalam perjalanan.  Penulis blog setuju agar langkah perlu diambil kerajaan dalam memastikan industri ini menyinar semula, jika agensi yang berkaitan dapat menjalankan kajian terperinci termasuk menghasilkan baka kelapa yang bermutu tinggi dan berkualiti serta mampu dituai dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Jika perkara ini berlaku maka minat petani untuk menanam semula kelapa mungkin berjaya ditingkatkan. beberapa kali di laporkan cadangan penubuhan Lembaga Kelapa Malaysia supaya lembaga ini memantau industri kelapa sebagaimana diwujudkan untuk tembakau, koko, kelapa sawit dan getah yang pernah disuarakan dahulu juga perlu direaliasikan. Perlu langkah yang proaktif dan bersama yang dilaksanakan tidak mustahil maalah kekurangan bekalan dan harga dapat ditangani dengan berkesan.


Isu ini adalah serius dimana bharian.com melaporkan juga bagaimana '
Malaysia bakal berdepan krisis santan dan kelapa' akan berlaku tidak lama lagi. Isu bagaimana Malaysia bakal berdepan krisis kekurangan kelapa dan santan dalam tempoh lima tahun lagi iaitu susulan pengurangan berterusan luas kawasan penanaman kelapa di negara ini yang sudah bermula sejak 30 tahun lalu. Keluasan tanaman kelapa negara merekodkan penurunan drastik setiap tahun, dengan baki 84,936 hektar ketika ini iaiitu berbanding lebih 354,300 hektar sekitar 1980-an. Penulis blog jangka dimana menjelang 2020 dimana kawasan penanaman kelapa negara dijangka menurun hingga kurang daripada 70,000 hektar, sekali gus mengancam rantaian bekalan makanan negara. Apa pun isu ini berkait dimana pengurangan drastik tanaman kelapa berlaku kerana ia diganti tanaman lain seperti kelapa sawit, sayuran serta tanaman kontan, selain memberi laluan kepada pembangunan. Juga ada isu pengurangan minat pekerja tempatan kepada tanaman kelapa dan di samping itu pengusaha gemar menjual kelapa muda berikutan permintaan serta harga yang tinggi dimana perkara menyebabkan kelapa tua bagi penghasilan santan semakin berkurangan. Kini apa yang di laporkan diatas dimana Malaysia perlu mengimport sebahagian besar keperluan kelapa negara dari Indonesia yang mana ia menjadi antara pengeksport kelapa biji dan segar terbesar dunia mellui kawalan keluusan AP (sudah di mansuhkan?). Negara kita mengalami masalah kekurangan kelapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan terpaksa mengimport sebanyak 90 - 150 juta biji kelapa daripada Indonesia berdasarkan lesen pengimport yang dikeluarkan kerajaan untuk di proses dikilang. Kekurangan kelapa kini semakin kronik dalam pasaran apabila pengeluaran hasil tempatan menurun berikutan musim pokok melawas (tidak berbuah) sejak beberapa tahun kebelakangan. Indonesia juga berdepan masalah sama dimana selain isu bekalan kelapa berkurangan ia diburukkan dengan banjir di negara itu. Apa pun sebenarnya Malaysia juga perlu bersaing untuk negara mendapatkan kelapa biji dari Indonesia kerana ia turut menjadi tumpuan Thailand dan China yang menawarkan harga sedikit tinggi dimana ini akan membuatkan ejen di sana lebih gemar melayan tawaran harga itu. Negara mungkin mengalami krisis kekurangan kelapa termasuk santan lima tahun lagi berikutan jangkaan pengurangan lebih banyak kawasan penanaman kelapa. Sehingga kini pelabuhan Barter Trade Batu Pahat di sini adalah lokasi penting kerana mengendalikan kemasukan kelapa biji Indonesia, yang lazimnya diangkut dengan tongkang dari Kepulauan Riau, Indonesia, sebelum diagihkan ke seluruh negara. Penulis blog pernah menbaca laporan dimana Indonesia adakan langkah Himpunan Industri Pengolahan Kelapa Indonesia (HIPKI) yang melobi kerajaan Indonesia agar melarang eksport kelapa biji bagi melindungi industri tempatannya sejak awal tahun 2020 dan ia boleh menyebabkan bekalan untuk negara ini terancam jika dilulus serta dilaksanakan. Apa pun dilaporkan dimana ketika ini 70% keluasan penanaman kelapa berada di Semenanjung, membabitkan Kuala Selangor, Selangor dan Bagan Datuk, Perak, selain beberapa lokasi sekitar Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sabah dan Sarawak pula masing-masing merekodkan 14% dan 16% kawasan kelapa negara dengan keseluruhannya merekodkan tren penurunan 2.8% setahun. Dilaporkan sejak lebih 10 tahun lalu dimana negara Filipina melarang eksport kelapa biji dan hanya membenarkan bekalan yang sudah diproses manakala kos mengimport kelapa dari India agak tinggi berikutan lokasinya yang jauh. Pada penulis blog bagi mengatasi krisis kelapa yang mungkin melanda negara lima tahun lagi, beberapa langkah perlu dilaksanakan segera termasuk meningkatkan zon penanaman kelapa negara ini. Isu kebergantungan kepada import kelapa terutama Indonesia dilihat ia tidak lagi kondusif berikutan polisi baharu termasuk melarang eksport kelapa biji dari negara itu yang mungkin akan diambil hasil berikutan tekanan industri di sana. Selain zon penanaman kelapa di Malaysia perlu ditingkatkan, penanaman kelapa hidbrid iaitu kelapa matag yang mengeluarkan hasil sekali ganda berbanding kelapa biasa perlu diperluaskan serta digalakkan. Namun dilaporkan yang penanaman kelapa juga mengambil masa sehingga lima tahun bermula daripada benih sehingga matang serta mengeluarkan hasil. Apa pun jika krisis kelapa tidak dapat dielakkan berkemungkinan rakyat Malaysia nampaknya perlu menggunakan alternatif lain bagi tujuan bagi mendapatkan santan termasuk menggunakan santan kelapa sawit nanti. memang ada sebanyak 360 produk makanan dan bukan makanan berasaskan kelapa boleh dihasilkan daripada buah,isi, air termasuk sabut, pelepah daun, batang serta tempurung. Malaysia memerlukan sebanyak 1.5 bilion biji kelapa menjelang 2030 untuk keperluan pengguna biasa dan industri dimana hanya 490 juta biji kelapa setahun dikeluarkan dalam Malaysia. Fakta menyatakan keperluan sebanyak 17 biji kelapa kegunaan dan keperluan setiap rakyat Malaysia setahun. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu PArt 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
INDUSTRI KELAPA... BAGAIMANA DI MALAYSIA...
LUASNYA MENURUN...PERMINTAAN TETAP ADA...
DI GUNAKAN HARIAN... MAKANAN BERSANTAN...
INDUSTRI KELAPA ....IA PERLU DIBANGUNKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Zulkaedah 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...