Dalam portal berita sinarharian.com dengan tajuk berita 'Sekali tanam, tiga kali tuai' yang disiarkan pada 18 Januari 2024 wajar dikongsikan. Media laporkan dimana tagline atau konsep 'sekali tanam, tiga kali tuai' kini sudah menjadi fokus utama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bagi tujuan meningkatkan industri nanas negara tahun ini. Pengerusi LPNM, Sheikh Umar Bagharib Ali nyatakan dimana tagline ia bertepatan dengan sasaran yang digariskan LPNM dalam kerangka merealisasikan tanaman nanas sebagaisalah datu 'sumber kekayaan baharu' dalam sektor pertanian. Apa pun tagline 'Sekali tanam, tiga kali tuai' juga membawa maksud tiga peringkat tuaian tanaman nanas. Pertama adalah buah, keduanya pula ialah benih dan ketiga, sisa. Kini ada ramai pengusaha nanas yang hanya menumpukan kepada tuaian pertama dan kedua sahaja. Sekiranya tuaian peringkat ketiga diambil kira (tuaian sisa) maka ini sebenarnya pekebun nanas mampu memperolehi pendapatan tambahan yang tidak kurang lumayan. Hasil laporan kajian Bahagian Strategik LPNM dimana pekebun mampu meraih sehingga RM37,000 setiap hektar hasil daripada jualan sisa nanas. Penulis blog yang juga pakar dalam bidang teknologi tanaman nanas memang tidak menyangkal laporan ini. Data dari LPNM menyatakan dimana satu ekar tanaman nanas boleh mengeluarkan sehingga lebih 50 tan sisa manakala bagi perkiraan kasar pula, satu tan sisa nanas boleh dijual pada kadar sehingga RM500 setiap tan. Apa pun jika kos pengurusan penanaman semula nanas untuk 0.4 hektar pada harga RM1.50 setiap pokok maka anggaran hasil jualan sisa tadi sahaja pun sudah mampu menampung kos penanaman semula. Dengan erti kata lain, dimana kos dapat dikurangkan, keuntungan dapat dilipat gandakan. Saya cukup yakin, usaha ini mampu dilaksanakan. Pihak LPNM akan meningkatkan usaha untuk memberikan pendedahan serta menarik minat pemain industri nanas yang baharu dan sedia ada untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi industri ini. Tambahan pula dengan kemunculan variety baharu SG1 misalnya, yang terbukti mampu menampung kepadatan tanaman nanas pada kadar minimum 22,000 pokok setiap ekar, akan menjadi 'game changer' untuk masa depan industri nanas di Malaysia. Sulur atau benih nanas yang dikeluarkan dari pokok induk yang merupakan 'tuaian kedua' dimana ia boleh menjana pendapatan buat pekebun nanas. Selain itu lazimnya tempoh tuaian lebih singkat SG1 pada kadar sembilan bulan berbanding purata 14 bulan bagi nanas MD2 misalnya, mampu melipat gandakan pengeluaran hasil nanas tanah air. Dilaporkan pada awal tahun 2024, varieti nana SG1 yang mula diperkenalkan di Sarawak akan mula dibawa masuk ke Semenanjung tanah air untuk rangka perluasan tanaman dan juga produk hiliran. Beberapa varieti nanas dengan segala potensi dan peluang yang terbentang luas ini, LPNM yakin dan percaya hasrat permintaan eksport negara. Sebagai rekod dimana kini kadar eksport nanas Malaysia pada ketika ini ialah 800 kontena setiap tahun berbanding keseluruhan permintaan 4,000 kontena. Adalah diharapkan agar LPNM akan memenuhi permintaan eksport sehingga 1,000 kontena seperti mana dilontarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Apa pun penting ada kesungguhan menjadikan industri nanas sebagai salah satu daripada empat fokus utama tahun 2024 amat kami hargai dan LPNM sebagai agensi KPKM bertekad untuk terus berkerja kuat bagi menjayakan misi ini.
Menarik juga laporan dalam BH.com bertajuk 'LPNM sasar tingkat nilai ekonomi tanaman nanas' dimana ia berkaitan dengan tajuk artikel. juga disiarkan pada 18 Januari 2024. Pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) terkini menyasarkan untuk meningkatkan nilai ekonomi tanaman pokok nanas kepada RM50 sepokok menjelang tahun 2025. Kenyataan ini di nyatakan oleh pengerusi LPNM Sheikh Umar Bagharib Ali yang mana ada pelbagai pendekatan agronomi harus diterokai lembaga itu bagi mencapai sasaran yang bakal memberi pulangan lumayan kepada pekebun nanas seluruh negara itu. Foto disebelah menunjukkan penulis blog memegang benang nanas iaitu produk sisa daun anans yang boleh di komersilkan. Apa un dinyatakan sekiranya penanam nanas mengambil kadar purata tanaman nanas varieti MD2 sebanyak 15,000 pokok satu ekar (0.4 hektar) maka pekebun nanas mampu meraih hasil pendapatan kasar sebanyak RM750,000, jika nilai ekonomi tanaman pokok nanas itu meningkat kepada RM50 sepokok. Bagaimanapun, sekarang ini, nilai tersebut adalah di antara RM20 -RM30 (sepokok) sahaja dan ia bergantung kepada produk akhir yang dihasilkan seperti produk buah segar dan jus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sementara itu dilaporkan konsep 'Sekali Tanam, Tiga Kali Tuai' yang diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu baru-baru ini, dilihat bertepatan dengan sasaran LPNM dalam kerangka merealisasikan tanaman nanas sebagai sumber kekayaan baharu sektor pertanian. Konsep ini yang melibatkan tiga peringkat tuaian daripada buah, sulur (benih) dan sisa, mampu meningkatkan pendapatan tambahan kepada pekebun nanas. Apa pun hasil kajian oleh Bahagian Strategik LPNM, pekebun mampu meraih sehingga RM37,000 bagi satu hektar (tanah) hasil daripada jualan sisa nanas. Kini dengan kemunculan varieti baharu Sarawak Gold (SG1) yang berpotensi menjadi pengubah industri nanas negara, akan mula dibawa masuk ke Semenanjung untuk rangka perluasan tanaman dan produk hiliran. Tempoh tuaian SG1 yang lebih singkat iaitu pada kadar sembilan bulan berbanding purata 14 bulan bagi nanas MD2 dijangka mampu melipat gandakan pengeluaran hasil nanas negara. LPNM yakin dengan segala peluang yang ada dalam meningkatkan industri nanas negara, komoditi tersebut mampu untuk mencapai sasaran eksport sehingga 1,000 kontena setahun jika hendak dibanding hanya sebanyak 800 kontena setahun sebelum ini.
Merujuk akhbar nstp.com dengan kisah bertajuk 'Tanam cendawan guna sisa nanas' sangat sesuai di tulis semula. Dilaporkan oleh portal ini dimana kalau dulu habuk kayu getah yang sukar diperoleh dan dijual pada harga tinggi dimana ini menjadikan media bongkah cendawan daripada sisa nanas antara pilihan alternatif terbaik sebagai inovasi baharu dalam penghasilan tanaman itu. Dilaporkan dimana sduah ada bongkah cendawan daripada sisa nanas itu sangat sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis cendawan seperti cendawan tiram kelabu, kukur dan ganoderma (lingzhi). Apa pun inovasi inilah diguna pakai usahawan cendawan dari Parit Hassan, Benut, Pontian sejak akhir 2021 bagi mengurangkan kebergantungan kepada media cendawan sedia ada. Kini menurut Noorsaiful Amri Suloh (38 tahun) dimana cara penghasilan bongkah cendawan daripada sisa nanas dibuat dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Dulu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengalami kesukaran mendapatkan habuk kayu getah. Johor adalah pengeluar terbesar nanas. Dakwanya dimana memang adaa banyak ladang nanas diusahakan petani dan apabila mahu memulakan proses menanam nanas yang baharu, mereka akan membakar sisa nanas daripada batang dan daun nanas. Jadi petani memanfaatkan sisa nanas yang dibakar ini lebih mesra alam sekitar dan selamat. Sisa nanas ini diambil LPNM dan diproses dengan menghancurkannya bagi menggantikan habuk kayu getah dan kosnya lebih rendah berbanding habuk kayu getah diambil dari luar Johor. Dakwanya lagi dimana sebenarnya kos habuk kayu getah terlalu tinggi sehingga meningkat hampir 50% selepas PKP. Kini dia gunakan sisa nanas berkualiti dimana didakwa hasil pengeluaran bongkah cendawan menggunakan media sisa nanas adalah berikan jumlah hasil yang sama. Baiknya dilaporkan dimana kandungan nutrisi dan mineral cendawan yang menggunakan sisa nanas lebih baik berbanding penggunaan habuk kayu getah. Hasil kajian makmal juga mendapati protein cendawan lebih tinggi dengan pengunaan sisa nanas. Selepas dibuat kerjasama dengan LPNM dimana ada banyak kajian dicuba termasuk pelbagai kaedah seperti dengan cara menggunakan hampas kacang soya, buluh dan sisa kelapa sawit namun dia tidak mampu menghasilkan kualiti cendawan yang baik. Khasiat cendawan (guna sisa nanas) ini lebih tinggi berbanding getah. Kita sudah tiga kali hantar ke makmal dan keputusannya mendapati khasiat cendawan lebih tinggi dengan sisa nanas berbanding habuk kayu getah. Media itu perlu diperam 45 hari sebelum keluarkan hasil. Dia yang juga bekas kakitangan sebuah Universiti Awam itu berkata, proses pembuatan media cendawan daripada sisa nanas adalah dengan kaedah iaitu menghancurkan sisa nanas seperti serbuk. Ia kemudian dimasukkan ke dalam plastik khas dan diwapkan. Bongkah cendawan berkenaan akan disuntik dengan benih dan diperam selama 45 hari sebelum ia mengeluarkan hasil. Sisa nanas diperoleh daripada usahawan nanas sekitar Pontian, sebelum diproses. Selepas diwapkan, bongkah cendawan akan disuntik dengan benih dan diperam selama 45 hari, sebelum pengeluaran hasil. Untuk satu bongkah tahan sehingga tiga bulan dengan enam hasil tuaian cendawan. Bagi bongkah sudah luput kami akan jadikan ia sebagai baja organik dimana dia pernah menerima Anugerah Emas Inovasi Teknologi Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Anugerah Peneraju Inovasi Agromakanan (MARDI) Peringkat Negeri Johor untuk Inovasi Cendawan Nanas pada 2022. memang kegunaan n=sisa nanas berikan pulangan baik kepada industri nanas. Kesimpulannya penulis blog setuju dengan saranan Pengerusi LPNM yang menggunakan tagline 'sekali tanam, 3 kali tuai' memang boleh dilakukan dengan syarat ada kemahuan, bahan mentah mencukupi, teknologi sesuai dan paling penting kualiti produk dan peluang pasaran. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK NANAS... DIAMBIL BUAHNYA ...
KUTIP BENIH... MAHAL JUGA HARGA...
SISA NANAS.. DIPROSES AKHIRNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Rejab 1445H).