Support My Blog

Monday, January 31, 2022

MUDAHNYA TANAM BENDI

TANAMAN BENDI
(Hibiscus esculentus) merupakan satu aktiviti perkebunan yang mudah dan mampu memberikan pulangan yang baik. Sayuran jenis buah ini juga seringkali dipanggil sebagai 'Kacang Bendi' iaitu tumbuhan daripada keluarga Malvaceae yang mana seluas 3,283 hektar telah di tanam di Malaysia pada tahun 2021 menghasilkan sebanyak 62,796 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Penuis blog mendapati Negeri Perak paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,169 hektar menghasilkan 23,557 metrik tan diikuti dengan Negeri Johor (842 hektar) dan Sarawak seluas 395 hektar. Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman benii juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi. Pertama sekali saya menulis mengenai tanaman bendi adalah diposting pada 29 Disember 2009 iaitu 13 tahun dahulu dengan pautan berikut (Sila klik disini). Artikel pada subuh ini saya terus menulis sekali lagi teknologi tanaman bendi dalam blog "Anim Agro Technology" agar ianya boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Tanaman bendi memerlukan kawasan tanah yang cukup cahaya matahari dimana selalu tanaman ini sesuai dan boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik. Bagaimana pun di Negeri Perak ada terdapat petani yang menanam bendi dikawasan tanah bekas lombong dimana dilaporkan hasilya lebih baik dengan cara pengurusan dilakukan. Dikalangan petani pula ada yang menanam jenis bendi 5 segi dan sebahagian lagi menanam bendi 7 segi. Bagaimana pun kalangan pengguna mereka kurang arif semasa membali bendi jenis yang mana. Penanaman benid dikebun perlu disediakan kawasan sesuai dimana tanah perlu dibajak dan digemburkan sedalam 15 - 22 cm mengikut jenis tanahnya. Pastikan prasarana kebin seperti jalanladang, kolam pengairan. siste perparitan disediakan terlebih dahulu. Pondok Ladang sebagai pusat pengumpulan serta untuk penyimpanan bahan kimia dan input lain dalam setor dikebun sebaiknya juga disediakan jika kebun tersebut luas dan jauh dari rumah. Kerja seterusnya adalah proses pengapuran terutama bagi tanah yang berasid sedikit dan jika perlu mesti dilakukan sekitar 2 minggu sebelum kerja menanam. Tanaman bendi dikebun disyorkan ditanam diatas batas. Oleh itu perlu disediakan batas tanaman setinggi 2-4 inci dengan panjang mengikut kontour kebun dan infra jalan dikebun. Kemudian sebaiknya digaulkan ke dalam tanah input baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar sebelum ianya ditutup dengan plastik silvershine. Plastik ini akan dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai, menjaga kelembapan tanah dan juga mengurangkan kehadiran perosak dan penyakit.

Penanaman bendi dilakukan dengan menggunakan bijibenih yang dibeli dari pembekal berwibawa atau menggunakan bijibenih yang disediakan sendiri. Kalangan petani bendi komersial ada yang mampu membuat benihnya sendiri. Penulis blog dapati dimana dipasaran antara benih bendi yang mudah didapati adalah seperti GWG556 atau Green Eagle 551-555 yang mana kini ada juga dijual secara on-line (Shoppe, Lazada dsb). Bagaimana pun jika menanam sendiri dikawasan keliling rumah boleh membeli secara online sahaja. Sebaiknya menanam bendi dengan meletakkan biji benih sedalam 2.5cm di atas batas (dalam lubang ditebuk pada plastik silvershine). Kalau didalam pasu atau polibeg juga sama cara untuk  menanamnya. Pastikan dibubuh 2 biji selubang dimana jarak tanaman dikebun yang disyorkan ialah 90 cm antara pokok. Lakukan penyiraman selepas menanam. Kemudian selepas 2 minggu disyorkan untuk mencabut satu pokok yang kurang subur kerana satu lubang sesuai untuk sepokok sahaja yang dijaga. Selalunya kadar benih diperlukan adalah sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 meter lebar dan 30 meter panjang. Pokok akan tumbuh dengan baik dimana penyiraman dilakukan setiap hari kalau tidak hujan dimana siraman disyorkan 
pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah. Amalan agronomi seterusnya adalah membaja dimana baja sebatian seperti NPK Blue Special (12:12:17:2) di taburkan disekeliling pokok setiap 2 minggu sekali dimana selalunya bagi keluasan sehektar bendi ianya memerlukan 1 tan baja. Jika ada rumpai maka perlu dicabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba tetapi selalunya penggunaan plastik penutup batas memudahkan kerja ini.

Tanaman bendi perlukan amalan untuk kerja pemangkasan pokok agar tidak terlalu tinggi, banyak cabang dan memudahkan proses memetik hasil. Pemangkasan ini dilakukan s
etelah semua hasil dipetik dimana pokok-pokok bendi perlu dipangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua (ratoon crop). Empat hingga lima tunas baru akan  dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan dimana ia akan memanjangkan jangkahayat tanaman bendi dikebun. Bagi kawalan musuh dan penyakit pada bendi dimana dikenalpasti musuh utamanya adaalah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan oleh serangga ini mencapai tahap serius maka sebaiknya dikawal dengan menggunakan racun serangga seperti Diazinon. Dalam pada itu lazimya antara penyakit utama tanaman bendi ialah Penyakit Bintik Daun yang terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kimia seperti racun kulat Benomyl. Pastikan dimana semasa menggunakan racun-racun hendaklah mengikut arahan label. Bagi pekebun dimana kerja meuai kacang bendi adalah kerja yang agak menyusahkan berbanding dengan sayur buah yang lain. Ini kerana buah setiap pokok bendi perlu dilawati setiap hari untuk memetik buah yang muda sahaja kerana jika terlewat maka ia sudah agak tua dan keras dimana tidak boleh dipasarkan. Penuaian dilakukan dengan memilih buah sesuai dan buah ini dipotong 2 cm tangkainya dari pangkal buah. Elakkan buah ini dari tercedera kerana kesannya adalah kemudian lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika pokok bendi berummur 50 - 55 hari selepas menanam atau sekitar 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan. Lazimnya saiz buah berukuran 10 - 12 cm panjang sesuai dipetik dan periksa ia masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur. Apa pun peringkat ini buah bendi telah selalunya mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil bendi yang dijaga baik menghasilkan sekitar 10,000 - 15,000 kg sehektar. Sebaiknya hasil tuaian bendi ini dikumpulkan di tempat teduh dan ia dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari sahaja tanpa ianya dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya pengudaraan menjadi lembab. Buah bendi yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8 hari dalam keadaan suhu 24 - 26 darjah Celcius dan kadar kelembapan bandingan 70 - 75 %. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TANAM BENDI... MUDAH CARANYA....
TANAH DIBAJAK... BATAS DIBINA...
BENIH DISEMAI... PERLU DIBAJA...
SUDAH BERBUAH..PETIK SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1443H).

Sunday, January 30, 2022

KUPU-KUPU DAN KETERANGANNYA

KUPU-KUPU (Butterfly) adalah sejenis serangga terbang daripada order Lepidoptera dan ia dikatan agak sama dengan serangga seperti Rama-rama. Bagaimana pun kebanyakan kupu-kupu mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik. Seperti serangga holometabolisme lain dimana kitaran hisup kupu-kupu ini terdiri daripada empat peringkat iaitu peringkat telur (egg), larva (larva), pupa (pupae) dan dewasa (adult). Kebanyakan spesies serangga ini juga merupakan serangga diurnal (berjaga siang). Kupu-kupu terdiri daripada Kupu-kupu Sejati (superfamili Papilionoidea), Kupu-kupu Skipper (superfamili Hesperioidea) dan Kupu-kupu Rama-rama (superfamili Hedyloidea). Semua famili yang lain dalam Lepidoptera pula dipanggil rama-rama. Fosil kupu-kupu yang terawal dilaporkan berada pada zaman pertengahan zaman Eosen iaitu 40 hingga 50 juta tahun dahulu.  Penulis blog selalu bertanya kepada rakan taulan apakah dia perbezaan diantara kupu-kupu dan rama-rama. Ini kerana masih ramai dikalangan pembaca mungkin yang keliru tetapi ia adalah fakta. Ramai yang beranggapan sebaliknya tetapi ini adalah kebenarannya. Ada juga segelintir yang langsung tidak pernah mengambil berat tentang perkara ini. Apabila setiap kali ternampak serangga ini berterbangan maka mereka akan terus dikatakan ia adalah 'rama-rama' walaupun sebenarnya ia adalah seekor kupu-kupu. Tetapi bagaimana untuk pembaca semua mengetahui samada ia adalah kupu-kupu atau rama-rama?. Dalam penjelasan oleh petrosains.com menyatakan dimana istilah Butterfly itu ialah 'Kupu-kupu' dan bukannya rama-rama sementara istilah Moth itu ialah 'Rama-rama'. Acapkali sekiranya ia kelihatan menghinggapi bunga pada waktu petang dimana dikatakan serangga itu adalah kupu-kupu. Kupu-kupu adalah diurnal ataupun aktif di siang hari manakala kebanyakkan rama-rama adalah nokturnal ataupun aktif pada waktu malam. Bagaimana pun penulis blog selama ini dan sekarang pun masih berpendapat sebaliknya iaitu istilah Butterfly itu adalah Rama-rama dan Moth adalah 'Kupu-kupu' seperti didalam dalam beberapa artikel yang ditulis sebelum ini. Arrtikel tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya  teruskan menulis mengenai kupu-kupu dan kepentingannya didalam ekosistem sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Apa yang penting diketahui adalah dimana walau pun agak ramai yang percaya bahawa kupu-kupu mempunyai jangka hayat yang amat singkat akan tetapi sebenarnya ada spesis kupu-kupu boleh hidup agak lama setelah membaca artikel ini. Lazimnya kupu-kupu dewasa mampu hidup selama seminggu sehingga ada yang boleh hidups hampir setahun bergantung pada spesisnya. Kitaran hisupnya bagi kebanyakan spesis mesti melalui peringkat larva yang agak lama. Ada kalanya diperingkat ini ia menjadi keadaan dorman ketika dalam peringkat pupa atau telur agar dapat mengharungi musim sejuk. Biasanya kupu-kupu boleh bertelur sekali atau banyak kali setiap tahun bergantung kepad spesis dan musim (persekitaran). Bilangan keturunan setahun berbeza-beza atas pengaruh iklim dimana kupu-kupu yang tinggal di kawasan tropika seperti di Malaysia memang ianya mampu bertelur lebih sekali dalam setahun. Dalam habitat semulajadi lazimnya telur kupu-kupu dilindungi oleh kulit yang berabung keras yang dipanggil 'korion' dimana ia ditutupi dengan salutan lilin yang melindungi telur. Fungsinya adalah untuk elakkan telur daripada terjemur sebelum larva sempat berkembang sepenuhnya. Kajian pakar mendapati dimana bagi setiap telur kupu-kupu mengandungi liang-liang yang  berbentuk corong yang halus di satu hujungnya dikenali sebagai 'Mikropil'. Ia berfungsi sebagai cara membolehkan kemasukan sperma jantan untuk mensenyawakan telur betina diman selalunya berlainan spesis akan berlainan saiz telurnya. Kajian mendapati dimana semua telur kupu-kupu selalunya akan berbentuk sfera mahupun ovate. Dilaporkan dimana lazimnya t
elur kupu-kupu dilekatkan pada daun dengan bahan perekat khas yang cepat mengeras (Sila lihat foto disebelah). Apabila mengeras maka kemudian bahan itu akan mengecut dan ia boleh mencacatkan bentuk telur. Perekat ini mudah dilihat membentuk bahan  yang mengelilingi tapak setiap telur. Perekat ini jugalah yang dihasilkan oleh pupa untuk mengikat seta-seta dimana apabila ia jadi keras sampai lapik sutera yang melekatkan seta-seta tidak boleh dipisahkan. Telur kupu-kupu juga selalu diletakkan di atas tumbuhan dimana ada spesies kupu-kupu mempunyai julat tumbuhan perumah yang tersendiri sama ada terdiri daripada hanya satu spesies mahupun pelbagai spesies dalam tumbuhan yang sama. Lazimnya pada peringkat telur berlaku dalam masa selama beberapa minggu iaitu bagi kebanyakan kupu-kupu. Bagaimana pun ada telur yang keluar tidak lama sebelum musim sejuk terutamanya di kawasan beriklim sederhana yang perlu melalui peringkat diapaus (rehat) dan hanya menetas pada musim bunga. Terdapat spesis kupu-kupu yang lain yang boleh bertelur pada musim bunga supaya telur boleh menetas pada musim panas.

Seterusnya kitaran hidupnya adalah peringkat larva kupu-kupu (ulat beluncas) dimana ia akan memakan daun tumbuhan dan menghabiskan seluruh masanya sebagai beluncas untuk mencari makanan (Sila lihat foto disebelah). Kebanyakan ulat beluncas ini adalah jenis serangga maun walau ada laporan seperti spesies seperti Spalgis epius dan Liphyra brassolis yang memakan serangga lain. Nagi sesetengah larva terutamanya yang tergolong dalam Lycaenidae dimana ia akan menjalin perhubungan kesalingan dengan semut. Ulat Beluncas ini akan berhubung dengan semut dengan menggunakan getaran yang dipancarkan melalui substrat di samping merembeskan isyarat kimia. Dilaporkan dimana semut sedikit sebanyak akan melindungi larva ini dan sebagai balasan maka larva kupu-kupu ini menolong semut mengumpulkan rembesan madu. Ulat beluncas membesar melalui serantaian peringkat yang dipanggil 'instar'. Menjelang akhir setiap instar biasanya larva menjalani proses yang dipanggil 'apolisis' yang mana bahagian kulit ari iaitu lapisan luaran keras yang diperbuat daripada campuran kitin (chitin) dan protein-protein khusus akan dikeluarkan dari epidermis yang lembut di bawahnya bagi ianya jadi epidermis membentuk kulit ari yang baru di bawah. Di akhir setiap instar biasanya larva tersebut bersalin kulit dimana kulit baru berkembang lalu mengeras dan akan menghasilkan pigmen dengan cepat. Proses menyalin kulit ini boleh mengambil masa berhari-hari. Corak kepak kupu-kupu mula berkembang pada tubuh ulat beluncas menjelang instar yang terakhir. Dilaporkan ulat beluncas kupu-kupu mempunyai tiga pasang kaki kekal pada segmen toraks dan tidak lebih enam pasang prokaki yang tumbuh pada segmen abdomen. Pada 'prokaki' ini ada gegelang cangkuk halus yang selalu membantu beluncas menggenggam substrat. Ada setengah ulat beluncas mampu mengembungkan sesebahagian dari kepalanya supaya mirip ular sebagai langkah pertahanan. Ada juga yang dilengkapi dengan mata palsu supaya lebih berkesan. Sesetengah ulat beluncas mempunyai struktur khas bergelar 'osmeterium' untuk merembeskan bahan kimia yang busuk atas tujuan pertahanan juga.

Kepak atau anak kepak kupu-kupu selalunya memang tidak kelihatan di luar larva akan tetapi apabila larva dibedah, kelihatannya cakera kepak yang halus. ia akan berkembang pada segmen toraks kedua dan ketiga di tempat spirakel yang kelihatan pada segmen abdomen. Cakera kepak berkembang seiringan dengan trakea yang terletak di sepanjang tapak kepak, dan dikelilingi oleh membran peripodial yang nipis dan berpaut pada epidermis luaran larva dengan duktus yang halus. Cakera kepak amat kecil sehinggalah pada peringkat instar larva terakhir dan apabila ia bertambah besar dengan begitu cepat sehingga lengkap pembentikannya. Peringkat pupa adalah dimana organ kepak-kepak dipaksa keluar dari epidermis di bawah tekanan dari hemolimfa. Walaupun pada mulanya agak anjal dan rapuh akan tetapi ketika pupa hendak memecah keluar dari kulit ari larva maka kepak-kepak itu melekat rapat pada kulit ari luaran pupa (yang obtek). Dalam masa beberapa jam sahaka maka kepak itu membentuk kulit ari yang sungguh keras dan terikat rapat pada tubuh supaya pupa boleh dipegang tanpa merosakkan kepak (Sila lihat foto disebelah). Selalunya apabila ulat beluncas bertumbuh cukup besar maka akan terhasilnya hormon-hormon seperti hormon protorasikotropik (PTTH) yang keluar dari otaknya untuk untuk memulakan proses pempupaan (buat kepompong). Ketika ini lazimnya larva berhenti makan dan mula mencari tempat yang sesuai untuk bertukar menjadi pupa dibawah daun. Larva itu bertukar menjadi pupa (atau kepompong) dengan bergantung pada substrat lalu bersalin kulit buat kali terakhir. Dalam satu kepompong dimana ulat beluncas merembeskan enzim-enzim yang "mencernakan" hampir seluruh tubuhnya menjadi bahan yang melekit kecuali sel-sel yang penting untuk membentuk tubuh kupu-kupu serta neuron-neuron yang menyimpan kenangannya sebagai beluncas. Kepompong ini lazimnya tidak mampu bergerak namun sesetengah spesies boleh menggoncangkan segmen-segmen abdomennya atau membuat bunyi untuk menakutkan pemangsa. Perubahan atau pun transformasi pupa menjadi kupu-kupu secara metamorfosis amat mengagumkan. Biasanya bagi tujuan menukar bentuk kepak kecil yang kelihatan di luar pupa kepada kepak besar yang sesuai untuk penerbangan dimana kepak pupa ini perlu menjalani mitosis yang deras sambil menyerap nutrien yang amat banyak. Jika satu kepak dicabut dari awal lagi maka tinggal tiga kepak yang tinggal akan tumbuh dengan lebih besar. Dalam pupa biasanya kepak membentuk struktur yang menjadi mampat dari hujung hingga pangkal, dan dilipat dari hujung proksimal hingga distal apabila tumbuh, supaya ia boleh dibuka dengan cepat hingga mencapai saiz dewasa sepenuhnya. Sempadan-sempadan yang kelihatan pada corak warna dewasa adalah disebabkan oleh perubahan dalam ekspresi faktor-faktor transkripsi yang tertentu pada awal peringkat pupa.

Kupu-kupu dewasa merupakan peringkat terakhir yang cukup matang untuk ianya hubungan seks bagi serangga dipanggil imago. Kupu-kupu dewasa mempunyai empat helai kepak yang disaluti dengan sisik-sisik yang halus. Kepak depan dan kepak belakang tidak bercantum agar kupu-kupu boleh terbang dengan cantik dalam beberapa arah. Kupu-kupu dewasa mempunyai enam batang kaki dimana selalunya bagi beberapa spesis tertentu seperti spesis dari Nymphalidae dilihat saiz kaki depannya amat kecil. Setelah keluar dari kepompong maka kupu-kupu tidak boleh terbang sehingga kepaknya dibuka. Kupu-kupu yang baru keluar perlu mengambil masa untuk mengembangkan kepaknya dengan darah sambil menjemurkan kepaknya sama ada jangkamasn diambil selama satu jam mahupun berjam-jam lamanya. Apa pun dihabitat asal peringat inilah kupu-kupu ini amat terdedah kepada pemangsa yang memakannya. Apa pun kebanyakan kupu-kupu mengumuhkan bendalir pewarna lebihan selepas keluar dari kepompong sama ada ia berwarna putih, merah mahupun jingga. Mengenai marfologinya pula , lazimnya antara anggota-anggota tubuh kupu-kup dewasa mempunyai empat helai kepak iaitu terdiri dari kepak depan dan kepak belakang di setiap sisi kiri dan kanan tubuh. Tubuh kupu-kupu terdiri daripada tiga segmen terdiri dari Bahagian Kepala, Thoraks dan Abdomen. Kepala kupu-kupu dilengkapi dengan sepasang sesungut bersama sepasang mata majmuk dan juga sebatang probosis (belalai). Dalam keterangan lain dinyatakan diamana kupu-kupu yang bercirikan kepak adalah disaluti dengan sisik. Pewarnaan kepak kupu-kupu dihasilkan oleh sisik yang amat halus dimana sisik-sisik ini berpigmen melanin yang memberinya warna hitam dan perang akan tetapi warna biru, hijau, merah dan lain-lain biasanya tidak dihasilkan oleh pigmen. Ia sebaliknya oleh mikrostruktur sisik itu. Pewarnaan struktur ini berpunca daripada serakan cahaya secara koheren oleh sifat sisik yang hablur fotonik. Sisik pada kupuu-kupu yang melekap pada kepak dengan agak longgar dan mudah tertanggal tanpa diganggu kupu-kupu tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA KUPU-KUPU... ADA DIANYA...
ADA DILIHAT... SIANG HARI SAHAJA...
ADA 4 PERINGKAT... CARA HIDUPNYA...
PEROSAK POKOK.. DAUN DIMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1443H).

Saturday, January 29, 2022

ROTI CANAI TERBANG DAN KISAHNYA (Part 2)

ROTI CANAI TERBANG
(Flying roti canai) merupakan sejenis makanan yang sudah viral di Malaysia dimana ia selalunya 'diterbangkan' semasa mebuatnya. Banyak kisah dan video viral pembuatan roti canai terbang sesuai dikongsikan dalam artikel kali ini. Roti canai atau Roti Prata merupakan sejenis makanan yang sangat popular di Malaysia dimana ia juga selalunya dijadikan makanan pilihan untuk sarapan pagi selain daripada Nasi Lemak, Nasi Dagang, kuih muih dan beberapa lagi. Namun kini roti canai sudah boleh didapati 24 jam sehari di negara kita seperti dirangkian restoran mamak dan boleh mendapatkannya untuk dimakan bila-bila masa dengan masak sendiri produk 'Roti Canai Sejuk Beku'. Kini dilaporkan ada beribu restoren dan gerai yang menjual roti canai di Malaysia dengan pelbagai jenama, jenis dan laukpauk yang berbeza. Makanan roti canai digemari oleh semua kumpulan golongan masyarakat, kaum dan umur dan umur kerana kepelbagaian resepinya. Ada bepuluh malahan beratus nama yang diberikan kepada roti canai tetapi yang paling asas adalah 'Roti Kosong'. Nama jenis roti canai lain seperti Roti Telur, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Bom, Roti Banjir, Rotu Telur Bawang, Roti Pisang, Roti Tampal, Roti Jantan, Roti Tisu, Roti Tsunami, Roti Susu, Roti Coklat, Roti Milo, Roti Cheese dan banyak lagi gelaran. Bagaimana pun jenis 'Roti Canai Terbang' adalah diantara yang beberapa kali masuk TV kerana cara membuatnya yang memang menarik dan unik disebabkan doh diterbangkan semasa membuatnya. Ini belum masuk nama roti yang disesuaikan dengan nama orang, nama tempat, nama unik dan sebagainya. Ada nama roti canai awang, roti canai Pak Selamat, Roti Canai Kedai Mamak, Roti Canai Pokok, Roti Canai Tepi Sungai dan sebagainya. Roti canai roti perata ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Apa pun penulis blog dapati dimana penggunaan awal perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam cara bagi kerja meleperkan, mengangin dan menebar doh roti (termasuk menerbangkan). Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini sebagai "Channal" atau berkait dengan bandar Chennai di India disebabkan ramai pencanai roti ini dahulu asal usulnya juga dipercayai kebanyakan berasal dari sana pada ketika dimana kebanjiran orang India di Malaysia. Bagaimana pun kini penulis blog dapati kebanyakan yang menjual dan menebar roti canai adalah dari kalangan orang Melayu. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology'' dipaparkan beberapa kisah menarik mengenai Roti Canai Terbang dan untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca blog semua.

Portal berita
bharian.com dengan kisah 'Roti canai "terbang" hasil pulangan lumayan' memang boleh dijadikan bahan rujukkan. Kisah dari Rawang, Selangor ini nyatakan kemahiran menebar roti canai 'terbang' membawa Mohd Padil Omar ke beberapa negara asing dengan bayaran lumayan. bagi Mohd Padil (30 tahun) pada asalnya adalah penebar roti canai biasa sahaja dan pernah bekerja dengan orang lain akan tetapi hasil latihan dan mahu menambah baik 'persembahan', dia berjaya menguasai kemahiran yang dimiliki sekarang (Sila lihat foto disebelah). bagi Padilmsebagai anak kelahiran Johor, bukan sekadar menebar roti canai biasa tetapi dia mampu beraksi dengan memutar dan menerbangkan roti canai di udara sebelum menyambutnya kembali dimana kebolehan yang menarik minat banyak syarikat yang membawanya untuk dia membuat persembahan ke luar negara. Setiap kali memenuhi jemputan mana-mana pihak ke luar negara, Mohd Padil menerima antara RM6,000 hingga RM8,000 purata seminggu bertugas dengan keperluan lain ditanggung penganjur. Namun, Mohd Padil berkata, bukan mudah mencipta kejayaan begitu dan hanya kepada mereka yang gigih berusaha selain mempunyai kemahiran tersendiri menebar roti canai. Pada mulanya dia juga tidak pernah terfikir dengan menebar roti canai boleh membawanya ke luar negara dan membuat persembahan di hadapan kenamaan. Awalnya dia berlatih menebar roti canai terbang menggunakan tuala. Dakwanya roti canai kini sudah sebati dengan dirinya kerana sejak usia 10 tahun lagi dia sudah belajar membuat dan menebar roti canai dengan bapa saudaranya namun hanya pada tahun 2008 dia mula terbabit secara serius dalam persembahan begitu. Dia yang mula tertarik dengan persembahan roti canai terbang ini sejak menonton satu video persembahan roti canai. Dia akan usaha bagaimana cara boleh melambungkan doh roti dan mampu membuat aksi menari sambil memusingkan roti canai. Kemudian dia terfikir sampai bila nak menjadi penebar roti canai biasa dimana dia perlukan perubahan dan sejak itu mula belajar aksi menebar roti canai.

Dia rajin belajar hanya menerusi video serta bertanya dengan penebar roti canai terbang yang lain melalui Facebook. Pada mulanya saya gunakan tepung untuk berlatih tapi sebab rasa rugi tepung itu tak boleh digunakan kembali, saya berlatih menggunakan tuala yang dibasahkan. Apa pun rutin kerjanya sementara menanti undangan mengadakan pertunjukan biasanya dia turut berniaga roti canai di Cafe Ana Nasi Arab bersebelahan Balai Polis Bukit Beruntung. Beliau juga turut mempromosi kemahirannya menerusi akaun Facebook dinamakan sebagai Padil Roti Terbang. Ketika awal usahanya, setiap hari Padil berlatih memutar dan melambung tuala untuk memberikan kemahiran pergerakan tangannya selain untuk memastikan tuala yang digunakan itu tidak berlipat atau bergulung di udara. Dia akan berlatih sehingga tuala itu kembang dan bila diputar ia terbuka dengan sempurna. Apa pun latihannya itu membawa perubahan kepada Padil dari hanya menjadi penebar roti canai biasa kepada penebar profesional. Kini kemahirannya itu mula dikenali dalam kalangan penebar roti canai profesional sebelum mereka mengajaknya menyertai pertunjukan di dalam dan luar negara. Dia dakwa pertama kali dijemput membuat persembahan roti canai terbang bagaikan tidak percaya ada juga pihak yang menghargai bakat penebar roti canai sepertinya. Paling manis apabila diberi peluang untuk membuat persembahan di luar negara. Walaupun masih baru dalam dunia persembahan kemahiran menebar roti canai, saya sudah pergi empat negara iaitu Australia, China, Thailand dan Singapura (Sila lihat foto paling bawah). Diberitahu dimana paling banyak kali adalah ke Australia dimana dia ada membuat persembahan di beberapa tempat di sana. Setiap kali pergi saya akan tinggal selama dua minggu atau lebih. Selain membuat persembahan saya juga menyajikan roti canai. Padil dakwa kini dia juga berbangga kerana kemahirannya dihargai selain berpeluang menaikkan nama negara di luar, walaupun hanya sebagai penebar roti canai. Memberitahu masyarakat di luar negara sangat menghargai bakat dan kemahiran yang dimilikinya, sehinggakan ramai yang menyangkakan roti canai ini berasal dari Malaysia walaupun hakikatnya ia berasal dari India.  Paling tidak boleh dilupakannya adalah membuat beberapa persembahan roti canai terbang di hadapan Sultan Johor dan beberapa pemimpin negara dalam satu majlis di Istana Johor. Katanya memang sangat berdebar, risau jika persembahan tidak menjadi apatah lagi di hadapan golongan kenamaan. Tapi saya jadikan itu sebagai satu semangat dan pengalaman baru untuk diri. Satu lagi perkara yang menaikkan lagi akan semangatnya adalah apabila melihat ramai anak Melayu bekerja di luar negara dan mampu menjana pendapatan yang lumayan hanya sebagai penebar roti canai. Ramai sebenarnya anak Melayu yang bekerja menebar roti canai di luar negara dan Padil berkata ia sebenarnya satu peluang yang terbuka untuk semua orang, membuktikan tidak semestinya tanpa pendidikan tinggi kita tidak boleh bekerja di luar negara.

Di Melaka dilaporkan dimana '
Jom roti canai terbang!' kini sudah menadi viral. 
Media tempatan utusan.com nyatakan dimana perjuangan hampir 20 tahun Super Roti Man Malaysia Amir Hamzah Omar (36 tahun) dalam mengangkat roti canai sebagai makanan dunia sampai ke kemuncak apabila dia bersama rakan kongsinya kini dalam proses akhir membuka restoran sendiri di Sydney, Australia (Sila lihat foto disebelah). Akhirnya Restoran Jom Roti yang menyediakan roti canai dan teh tarik sebagai menu utama mula beroperasi dan pelanggan dapat menikmatinya.  Anak Malaysia itu juga merancang membuka empat lagi cawangan restoran sama di bandar utama di Australia dalam tempoh tiga tahun akan datang. Bapa kepada empat anak itu yang popular dengan kemahirannya menyediakan roti canai ‘terbang’ memang sudah menjadi impiannya mengangkat roti canai sebagai makanan antarabangsa sama seperti piza dari Itali atau hidangan sushi di Jepun. Sebelum ini dia kerap diundang membuat persembahan roti canai terbang di seluruh dunia terutama di Australia sebelum mengambil keputusan membuka restoran pertama di negara terbabit selepas berbincang dengan rakan kongsinya, Zi Hao Chew, 36. Kalau setakat buat persembahan, ia ‘mati’ begitu saja selepas program selesai. Dia bersama Hao Chew ambil inisiatif buka restoran supaya masyarakat dunia tahu apa itu roti canai dan teh tarik. Selain menikmati hidangan popular Malaysia itu, pelanggan boleh menyaksikan kemahiran saya menyediakan roti canai terbang. Semua itu usaha menjenamakan roti canai. Dia bercadang melatih lebih ramai penebar yang boleh menyediakan roti canai terbang. Pembukaan restoran itu nanti memberikan kepuasan pada dirinya. Dia ditemui pada majlis pelancaran Restoran Jom Roti di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka. Anak kelahiran Melaka itu dakwa roti canai juga diiktiraf sebagai makanan popular dunia termasuk di Chennai, India yang dikatakan negara asal makanan itu. Rakannya iaitu Hao Chew berkata, dia menggunakan pengalaman 16 tahun dalam bidang pengurusan makanan untuk bersama-sama membantu Amir mempopularkan roti canai. Niatnya untuk bersama-sama memperkenalkan roti canai sebagai makanan berasal dari Malaysia, jadi kami tidak kisah membelanjakan sehingga RM13 juta untuk semua ini. Buat permulaan mereka akan sediakan 10 menu berasaskan roti canai selain menawarkan hidangan Asia untuk tujuan bagi mempelbagaikan lagi hidangan mengikut cita rasa pelanggan yang berbeza-beza. Mereka menggunakan jenama Jom Roti kerana mahu mengekalkan identiti Malaysia walaupun sedar majoriti penduduk di Australia bertutur dalam bahasa Inggeris.  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dikongsi bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

ROTI CANAI... TERBANG PUN ADA....
DOH DICANAI... TINGGI DIUDARA...
KEMAHIRAN ... LAITIHAN SEMPURNA...
PELBAGAI KISAH... ADA CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1443H).

Friday, January 28, 2022

ROTI CANAI TERBANG DAN KISAHNYA (Part 1)

ROTI CANAI TERBANG (Flying roti canai) merupakan sejenis makanan yang sudah viral di Malaysia dimana ia selalunya 'diterbangkan' semasa mebuatnya. Banyak kisah dan video viral pembuatan roti canai terbang sesuai dikongsikan dalam artikel kali ini. Roti canai atau Roti Prata merupakan sejenis makanan yang sangat popular di Malaysia dimana ia juga selalunya dijadikan makanan pilihan untuk sarapan pagi selain daripada Nasi Lemak, Nasi Dagang, kuih muih dan beberapa lagi. Namun kini roti canai sudah boleh didapati 24 jam sehari di negara kita seperti dirangkian restoran mamak dan boleh mendapatkannya untuk dimakan bila-bila masa dengan masak sendiri produk 'Roti Canai Sejuk Beku'. Kini dilaporkan ada beribu restoren dan gerai yang menjual roti canai di Malaysia dengan pelbagai jenama, jenis dan laukpauk yang berbeza. Makanan roti canai digemari oleh semua kumpulan golongan masyarakat, kaum dan umur dan umur kerana kepelbagaian resepinya. Ada bepuluh malahan beratus nama yang diberikan kepada roti canai tetapi yang paling asas adalah 'Roti Kosong'. Nama jenis roti canai lain seperti Roti Telur, Roti Bawang, Roti Sardin, Roti Bom, Roti Banjir, Rotu Telur Bawang, Roti Pisang, Roti Tampal, Roti Jantan, Roti Tisu, Roti Tsunami, Roti Susu, Roti Coklat, Roti Milo, Roti Cheese dan banyak lagi gelaran. Bagaimana pun jenis 'Roti Canai Terbang' adalah diantara yang beberapa kali masuk TV kerana cara membuatnya yang memang menarik dan unik disebebkan doh diterbangkan semasa membuatnya. Ini belum masuk nama roti yang disesuaikan dengan nama orang, nama tempat, nama unik dan sebagainya. Ada nama roti canai awang, roti canai Pak Selamat, Roti Canai Kedai Mamak, Roti Canai Pokok, Roti Canai Tepi Sungai dan sebagainya. Roti canai roti perata ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Apa pun penulis blog dapati dimana penggunaan awal perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam cara bagi kerja meleperkan, mengangin dan menebar doh roti (termasuk menerbangkan). Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini sebagai "Channal" atau berkait dengan bandar Chennai di India disebabkan ramai pencanai roti ini dahulu asal usulnya juga dipercayai kebanyakan berasal dari sana pada ketika dimana kebanjiran orang India di Malaysia. Bagaimana pun kini penulis blog dapati kebanyakan yang menjual dan menebar roti canai adalah dari kalangan orang Melayu. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Artikel petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology'' dipaparkan beberapa kisah menarik mengenai Roti Canai Terbang dan untuk dijadikan bahan rujukkan anda pembaca blog semua.

Kisah bertajuk 'Terbaik Terbang la dik...' dalam hmetro.com menarik untuk penulis blog kongsikan kisahnya.  Kisah dari Kuala Lumpur melaporkan dimana walaupun masih berstatus budak sekolah, namun kemahirannya melakukan aksi menebar roti canai terbang mampu mengalahkan akan penebar dewasa makanan itu. Bakat dimiliki Muhammad Muiz Ruzaini (17 tahun) ini terbukti apabila dia dinobatkan johan Pertandingan Bakat Penebar Roti Canai diadakan di Menara Alor Setar, Kedah pada 2019 apabila mengalahkan penebar lebih tua dan berpengalaman. Dia yang juga pelajar Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah dalam Pengajian Kejuruteraan Awam beritahu dimana dia memasang impian membuka kedai roti canai sendiri selepas tamat sekolah nanti. Pada awalnya diberitahu ayahnya yang juga mempunyai kedai roti canai di Pokok Sena, Kedah tidak menyokong minatnya kerana mahu lebih fokus kepada pelajaran. Namun selepas dia berjaya membuktikan kesungguhan dan kemahiran dalam bidang ini, dia akhirnya lebih terbuka dengan impiannya. Bapanya kini sudah menyuruhnya berguru dengan penebar roti canai profesional, Afiq Bakar yang tinggal di Pulau Pinang. Selepas perkongsian video melakukan aksi roti canai terbang dimuat naiknya di Instagram dan aplikasi Tik Tok tular, kedai bapanya, Ruzaini Darus, 54, terus mendapat perhatian dan dikunjungi ramai pelanggan. Perkongsian video itu telah menceritakan pembabitan awal Muhammad Muiz dalam menebar roti canai dengan hanya menggunakan tuala dan baju untuk berlatih sehingga berjaya mempunyai kemahiran seperti penebar profesional. Dia tidak mempunyai banyak masa berlatih menebar roti canai memandangkan saya bersekolah dan tinggal di asrama. Hampir setiap hari dia berlatih memutar dan melambung tuala atau baju untuk mengasah kemahiran pergerakan tangan di dalam tandas asrama atau dalam bilik tidur. Hanya setiap dua minggu sekali saja dia pulang ke rumah dan masa hujung minggu itulah saya manfaatkan sepenuhnya menebar menggunakan doh dan ia jelas bukan mudah seperti dilihat. Dakwanya ada sesetengah penebar roti canai belajar hampir bertahun-tahun untuk melakukan aksi berkenaan dan dia boleh dikatakan cepat belajar kemahiran itu. Bagaimanapun dia tidak berhenti menuntut ilmu dan setiap sebulan sekali akan pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki pengangkutan awam dari Alor Setar untuk mempelajari kemahiran baru. Dia memasang impian untuk meneruskan usaha mengetengahkan bakatnya bukan saja di kedai, tetapi membuat suatu pertunjukan roti canai terbang di khalayak ramai. Video Muhammad Muiz menebar roti canai dengan pelbagai aksi unik tular di media sosial dan meraih lebih sejuta tontonan setakat ini.

Ada beberapa media termasuk fb dan video yang paparkan kisah bagaimana '
Lucu! Roti canai terbang 'landing' atas kepala' yang sesuai ditulis semua dan dikomngsikan. Penulis blon tonton video akan kehebatan aksi penebar roti canai terbang di sebuah gerai di Persiaran Angkasa Bandar Pinggiran Subang  memang hebat aksinya dan pastinya akan menarik perhatian netizen namun ia menjadi viral kerana tragedi lucu yang berlaku. Dilihat didalam video tersebut dimana ada seorang wanita terpinga-pinga apabila kepalanya ditutupi roti canai terbang yang 'terhempas' akibat aksi terlebih lambung penebar roti canai itu. Rakaman video berdurasi satu minit itu telah mendapat tontotan mencecah 2.4 juta orang dalam tempoh empat hari video itu tular di laman sosial facebook milik John Purba. Terdapat pelbagai reaksi lucu dapat dilihat menerusi rakaman video berkenaan apabila secara tiba-tiba roti canai terbang itu 'landing' di atas kepala seorang wanita yang sedang duduk berhampiran gerai berkenaan. Bagaimana pun melihat reaksi spontan wanita itu seolah-olah bertanya apa sebenarnya berlaku kerana hanya mendapati kepalanya ditutupi sesuatu dan pada masa sama seorang lelaki (si penebar roti canai) bertindak pantas untuk mengambil semula roti canai terbang itu lalu beredar serta sempat meminta maaf. Sehingga kini, rakaman tersebut juga mendapat 11,000 maklum balas dan 15,000 tanda suka dari netizen. Seorang netizen bernama Farid memberitahu, pemilik kedai roti canai terbang itu berasal dari Kedah dan memiliki sikap peramah serta sempoi. Perniagaan yang mula bertapak hampir setahun itu beroperasi jam 5 petang dan sering mendapat tumpuan orang ramai kerana murah dan sedap.

Kisah bagaiana '6 bulan berlatih baru boleh 'terbang'... agak menarik ditulis semula dan dikongsikan juga. Dilaporkan bagi seorang pemuda menjadikan laman sosial YouTube sebagai tempat rujukan mempelajari cara membuat roti canai sebelum memulakan pekerjaan sebagai penebar makanan itu. Menyedari bukan hanya faktor keenakan roti canai boleh menyebabkan kedai sentiasa menjadi tumpuan, Mohd Fareez Amran (24 tahun) dari Kampung Kelembang, Ulu Jelebu, Jelebu, Negeri Sembilanmengambil inisiatif membuat roti canai terbang. Dia mengambil masa selama enam bulan untuk belajar sendiri cara membuat roti canai terbang selain turut menonton video menerusi YouTube aksi berkenaan dilakukan.
Dia menggunakan banyak tepung semata-mata mahu belajar dan melengkapkan kemahiran selepas tertarik melihat aksi profesional penebar roti canai di YouTube. Baginya untuk membuat roti canai terbang pula, tepung perlu diadun dengan betul selain memerlukan pergerakan tangan yang laju selain sentiasa memberi tumpuan. Dia kini menjadi penebar roti canai sejak 2012 di sebuah kedai makan di Melaka, namun berhenti dua tahun kemudian kerana mahu menjaga arwah ayah yang sakit akibat barah tetapi meninggal dunia tidak lama selepas itu. Walau pun dia hampir kehilangan kemahiran selain faktor ekonomi yang tidak menentu menjadi punca untuk tidak meneruskan lagi pekerjaan sebagai penebar roti canai. Selama beberapa tahun saya hanya membuat kerja kampung tetapi rakan yang tahu kebolehan saya meminta supaya mula berniaga menyebabkan saya membuka kedai di kampung awal bulan ini. Mohd Fareez yang masih bujang mengakui membuat sendiri adunan roti canai menggunakan resepi tersendiri bagi memastikan roti canai dapat melayang di udara ketika ditebar. Kini roti canai terbang menjadi tarikan utama pelanggan terutama penduduk kampung untuk datang ke kedainya selain masakan panas lain yang dimasak sendiri. Walaupun hanya berniaga di kampung dengan hanya dibantu abang, setiap hari saya mampu menjual sehingga 200 keping roti canai sehari. Ramai pelanggan cukup terhibur apabila melihat Mohd Fareez melakukan aksi roti canai terbang dan tidak kisah berada di kedai makan pada setiap malam. Ada juga yang terus memberi sokongan padu kepada rakan sekampung untuk terus mencipta aksi baru roti canai terbang sebagai tarikan. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dikongsi bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ROTI CANAI... TERBANG PUN ADA....
DOH DICANAI... TINGGI DIUDARA...
KEMAHIRAN ... LAITIHAN SEMPURNA...
PELBAGAI KISAH... ADA CERITANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1443H).

Thursday, January 27, 2022

PROGRAM TANAMAN KOPI DI KEDAH

NEGERI KEDAH
telah menyasarkan penambahan sebanyak 50 hektar kawasan penanaman kopi dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan ini sekali gus memenuhi permintaan pasaran kopi negara. Penulis blog merujuk kepada laporan statistik daripada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada tahun 2022 jumlah 
keluasan kawasan penanaman kopi di seluruh Malaysia adalah seluas 2,200 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 4,241 tan metrik berbanding 2,114 hektar pada tahun 2019 meliputi 3,559 tan matrik. Penulis blog merekodkan dari sumber rasmi dimana negeri pengeluar utama kopi adalah Sabah (1,860 ha) dan Johor (220 ha) yang melibatkan seramai 2,000 pemain industri penanaman kopi di seluruh negara. Negeri lain yang ada tanaman kopi adalah Kedah, Sarawak dan Pahang yang keluasannya sedikit sahaja. Hanya kurang sekitar 50 hektar terkini keluasan tanaman kopi yang ada di Kedah akan tetapi kini program penanaman kopi di negeri tersebut telah mendapat perhatian ramai. Ini adalah disebabkan ada iklan bagaimana seorang petani tua naik motorsikal ke ibukota untuk memasarkan produk kopi tempatan dari Kedah (KOPI KEDAH) yang di taja oleh syarikat kopi tersohor di Malaysia iaitu Nescafe. Gimik tersebut sebenarnya mempengaruhi ramai orang untuk mengetahui apakah sebenarnya wujud ladang kopi yang luas di Kedah. Malaysia sebenarnya negara pengimport kopi tegar (nett importer) dengan jumlah ratusan metrik tan biji kopi mentah diimport terutama dari Indonesia dan Vietnam untuk diproses menjadi produk berasaskan kopi. Saya ada menulis lebih 150 buah artikel mengenai industri, penanaman dan teknologi kopi dalam blog ini untuk dibaca dan juga dirujuk. Bagaimana pun artikel dalam blog "Anim Agro Technology" malam Khamis ini iaitu artikel ke 6,853 saya mempaparkan bagaimana laporan media tempatan telah dirujuk mengenai program penanaman kopi di Kedah untuk dijadikan bahan bacaan pembaca blog semua.

Portal berita utusan.com dengan kisah bertajuk '
RM4.5 juta bangunkan industri tanaman kopi' menarik untuk ditulis semula dan juga dikongsikan. Bagaimana pun sebelum melanjutkan kisah tersebut dipaparkan foto penulis blog membuat tinjauan teknologi bagi tanaman kopi Robusta di Tenom, Sabah bersama pegawai penyelidik dan beberapa pegawai pengembangan Jabatan Pertanian Sabah (Sila lihat foto disebelah). Sabah merupakan pengeluar utama kopi tempatan dari jenis Liberica dan Robusta. Berita dari Kedah tersebut menyatakan dimana Exco Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri iaitu YB Azman berkata setakat ini Kedah hanya memiliki 50.46 hektar penanaman kopi sedia ada sekitar daerah Sik, Baling, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan dan Pendang membabitkan penanaman lebih 46,000 pokok dan 47 orang petani sahaja berbanding Negeri Sabah ribuan hektar. Program dicadangkan ini dapat menambahkan keluasan penanaman kopi sebanyak 50 hektar dalam RMK12 dimana ini akan turut disertai penambahan bilangan petani sejumlah 60 orang bagi menjayakan Projek Pembangunan Kopi Robusta di Kedah. DIlaporkan di daerah Sik ada seluas 23 hektar kawasan ladang kopi yang sedang membangun membabitkan 17 peserta dan 27,000 bilangan pokok iaitu di  antara terbanyak di Kedah. Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja ke beberapa projek pembangunan kopi di Kampung Bandar Hilir, Teloi, Sik, Kedah. Perusahaan kopi telah lama diusahakan rakyat Kedah tetapi kurang berkembang sejak lama. Kini dengan adanya jalinan serta kerjasama yang telah diberi nafas baharu oleh syarikat swasta iaitu Nestle yang mempromosikan edisi terhad menerusi Nescafe Kopi Kedah berjaya memberi nilai tambah kepada produk keluaran tempatan. Penduduk Kedah telah lama mengusahakan tanaman kopi dikelolakan oleh Jabatan Pertanian dan beberapa pihak lain iaitu sejak 90-an namun penghasilan kopi terhenti apabila harga kopi dan cara pasaran tidak menentu. Kemerosotan itu menyebabkan dimana biji kopi mentah kopi terpaksa diimport dari luar untuk industri kopi tempatan.

Portal berita lain iaitu BH bertajuk '
50,000 benih pokok kopi diagihkan kepada peladang' telah dinyatakan semasa pelancaran  Program Nescafe Disemai Dengan Kasih di Kuala Lumpur (Sila lihat foto disebelah). Berita dari Kuala Lumpur menyatakan dimana ada kira-kira 200 peladang di seluruh negara bakal menerima 50,000 benih pokok kopi untuk diusahakan iaitu satu program yang membabitkan tanah seluas 40.46 hektar menjelang tahun 2021. Menurut info dari Pegawai Eksekutif Perniagaan Minuman, Nestle Malaysia iaitu Othman Chraibi dimana pengagihan anak benih ini adalah fasa perintis bagi Program Nescafe Grown Respectfully (Disemai Dengan Kasih) anjuran Nestle Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi bagi memulihkan semula industri perladangan kopi negara. Kerjasama membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA); Jabatan Pertanian Negeri Kedah (DOA); Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA); Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI). Sebelum ini dilaporkan dimana Jabatan Perkhidmatan Agrikultur Nestle Malaysia juga pernah mengadakan kerjasama dengan KEDA iaitu pada awal 1990-an membabitkan keluasan 1.21 hektar.  Ketika itu tapak semaian tanaman induk dibangunkan bertujuan menyokong pembangunan tanaman kopi tempatan dan ini sekali gus membantu peladang meningkatkan sumber pendapatan. Kali ini kerjasama diperluaskan menerusi Program Grown Respectfully (Disemai Dengan Kasih) dengan matlamat yang sama dan diperkasakan menerusi amalan pertanian baik. Bagi mencapai amalan pertanian baik dengan sumber yang mapan maka aktiviti kebun demonstrasi lapangan dan sesi latihan diadakan pada program ini bagi menumpukan peningkatan produktiviti, pengurangan kos ladang, meminimumkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kecekapan kerja peladang. Program itu akan menyemai etika pertanian yang baik dengan menumpukan kepada tiga tunjang utama, iaitu menyantuni peladang, komuniti dan bumi. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menaik taraf kualiti produk dan menghargai pengguna.

Dilaporkan dimana Nescafe adalah jenama terbesar kopi di Malaysia. 
Syarikat ini kini menggalakkan aktiviti menanam kopi sebagai pendapatan baharu negara dan mendapatkan bekalan bahan mentah berkualiti serta tidak perlu diimport. Dinyatakan dimana iklim Malaysia sesuai untuk tanam kopi jenis robusta dengan tanah landai seperti di Kedah. Benih robusta dari Ivory Coast yang juga menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan kopi Nestle. Pada fasa pertama sebagai pelopor tanaman ladang di Kedah iaitu sebelum dikembangkan program ini ke negeri lain. Namun begitu dilaporkan ia perlu mengikut kesesuaian jenis tanaman kopi seperti Arabica yang ditanam di tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Pahang, manakala kopi Liberica ditanam di Tenom, Sabah. Pada tahun 2020 pihak Nestle Malaysia bekerjasama dengan FELDA berjaya menyediakan tanah ladang untuk mempelbagai tanaman iaitu selain getah dan sawit. Pihak syarikat memerlukan lebih ramai petani muda dan berpengetahuan seawal usia 26 tahun. Sehingga kini mereka sudah membantu 100 petani muda dan bakal menerima 100 lagi peserta pertanian iaitu bagi program Grown Respectfully. Kini dengan memberi sokongan, latihan dan material maka peladang akan dapat menambahkan lagi pendapatan dengan membekal bahan mentah seperti beras dan cili, yang kami beli terus daripada petani Kedah dan Kelantan. Mereka kini mahu petani kenal kopi melalui latihan dan mengenali pokok serta memilih biji kopi terbaik. Sudah disediakan standard dengan teknik latihan dengan kaedah termudah. Petani di Kedah sudah maklum dan faham mengenai kualiti biji kopi yang memenuhi standard. Syarikat akan melatih peladang menggunakan teknik cantuman penanaman pokok secara besar-besaran daripada benih. Selepas dua tahun hasilnya dapat dituai. Apabila pokok mencapai ketinggian dua meter, peladang dapat memetik biji kopi dengan mudah. Kini pihak Nestle Malaysia menyediakan nasihat teknikal untuk semua perkara berkaitan penghasilan dan pengeluaran benih kopi, perladangan, penyelenggaraan lapangan serta operasi selepas tuai. Selain latihan berterusan dalam amalan pertanian baik untuk peladang, pihaknya turut memantau semua tanaman kopi bagi memastikan tumbesaran dan penghasilan yang baik

Mononton iklan Nescafe di TV dan juga membaca kisahnya di media '
Nestle Lancarkan ‘Nescafe Kopi Kedah’. 100% Guna Biji Kopi Ditanam Di Kedah' berkaitan dalam artikel ini. Media melaporkan dimana menurut Nestle, kopi yang ditanam di Kedah adalah kopi jenis Robusta yang dibawa khas dari Ivory Coast.
Ini juga kerana benih ini lebih sesuai bagi ditanam dengan iklim di Malaysia dan kawasan yang landai seperti Kedah. Nestle juga menyediakan latihan untuk dapat meningkatkan produktiviti biji kopi serta menjaga kualiti biji kopi menjadi lebih premium. Selain itu juga ia akan membantu meningkatkan pendapatan negara dan membantu dari kebergantungan Nestle Malaysia terhadap produk import.Dilaporkan dimana selain tanaman padi, tanaman kopi juga terkenal di Kedah. Mungkin sebelum ni tidak ditanam secara besar-besaran dan hanya ditanam oleh orang-orang kampung sahaja. Dengan usaha sama Nestle dan beberapa agensi kerajaan ni mungkin dapat memperluaskan lagi tanaman kopi di Kedah dan seterusnya seluruh Malaysia. Kebanyakan orang Kedah ni memang minum kopi jenama mereka sendiri. Mudah didapati di sekitar Kedah, contohnya seperti kopi cap gantang, yang paling famous di sana. Even kerabat DiRaja Kedah juga kebanyakan dari mereka minum kopi kampung. Promo iaitu 'Kopi Kedah, Rasa Lebih Ringan dan tidak keras' menarik difahami. Kalau siapa yang pernah minum kopi dari Kedah maka mereka akan tahu rasa dia macam mana. Bagi yang tak berapa menggemari kopi, anda akan boleh minum Kopi Kedah ini sebab rasanya lebih ringan dan tak keras. Sesuai untuk semua lapisan umur. Jadi memang mungkin anda akan suka Nescafe Kopi Kedah ini. Mudah sahaja nak minum, hanya perlu bancuh seperti nescafe biasa yang dijual. Baunya semerbak harum macam kopi Starbucks! Jom dapatkan di pasaraya berdekatan anda. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
.
TANAMAN KOPI... DI TINGGAL LAMA...
SABAH DAN JOHOR... SAHAJA ADA...
PROGRAM BARU... KEDAH MENCUBA...
SYARIKAT NESTLE... ADA BANTUANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Jamadilakhir 1443H).

Wednesday, January 26, 2022

CIRI WARNA TANAH - APA MAKSUDNYA

WARNA TANAH
selalunya dilihat berlainan dimana ia adalah salah satu ciri fizikal yang dilihat dalam ilmu sains tanah. Terdapat banyak warna dan kombinasi warna yang boleh dianalisa dengan cara menggunakan beberapa kaedah analisa warna didalam kajian sains tanah. Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi oleh kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan bahan makanan dan oksigen serta ia kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain. Dalam sains tanah dilaporkan tanah adalah terdiri daripada komponen pedosfera yang terletak di antara muka litosfera dengan biosfera, atmosfera dan hidrosfera. Pembentukan tanah (pedogenesis) juga merupakan kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah berlainan. Dalam penulisan saya sebelum ini dinyatakan dimana tanah adalah asas penting dalam pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka bumi yang mempunyai pelbagai ciri-ciri untuk dipelajari. Pakar Sains Tanah telah membuat pelbagai pengkelasan mengenai tanah untuk dijadikan panduan kepada semua pihak bagaimana hendak menguruskan tanah tersebut bagi memberikan pulangan optima dalam aktiviti penanaman (Sila klik disini).  Bagi tujuan perancangan pertanian maka tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan.TANAH (Soils) merupakan satu lapisan permukaan bumi yang secara fizikal berfungsi sebagai tempat dimana akar tumbuh-tumbuhan berkembang untuk menyokong pokok tumbuh menegak diatasnya. Tanah juga selalu membekal kepada tumbuh-tumbuhan bahan seperti unsur AIR, NUTRIEN, UDARA dan sebagainya kepada tumbuhan melalui akar untuk proses fotosintesis yang mengahsilan tenaga, gas dan gula. Tanah juga berfungsi sebagai tempat menyimpan berbagai jenis unsur baja (bahan organik dan bukan organik) yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan sama ada ia unsur asas atau unsur mikro seperti N, P, K, Ca, Mg, S, Cu, Zn, Fe, Mn, B, Cl dan sebagainya. apa yang kita perlu tahu, didalam tanah terdapat sistem kehidupan biologi dimana terdapat banyak hidupan halus (Micro-organism) yang aktif dalam mengurai serta menghasilkan pelbagai unsur lain didalam tanah. Tanah juga membekalkan penghasilan biomass serta didalam proses mengeluarkan hasil tanaman makanan, tanaman industri dan sebagainya. Tanah adalah satu lapisan atas permukaan bumi dimana ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa. Pembentukkan tanah berlaku beribu tahun melalui proses luluhawa sehingga menjadi tanah yang boleh digunakan untuk pertanian dan sebagainya. Terdapab beberapa jenis tanah dipermukaan bumi ini bergantung kepada proses pembentukannya. Di Malaysia terdapat banyak jenis tanah yang sesuai untuk pertanian dan juga tanah bermasaalah. Antara jenis tanah bermasaalah yang perlukan pengurusan tambahan seperti Tanah Gambut, Tanah Bris, Tanah Asid Sulfat (Tanah Masam), Tanah Bercerun dan beberapa lagi. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai iciri warna tanah serta kepentingannya kepada pertanian agar menjadi bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam sains tanah ada beberapa s
ifat fizikal tanah dimana antara 3 ciri fizikal tanah yang penting ialah Warna Tanah, Tekstur Tanah dan Struktur Tanah. Ciri warna tanah dimana sesuatu tanah dapat menerangkan keadaan fizikal tanah dan kandungannya. Warna tanah di sesuatu kawasan berbeza daripada warna tanah dari kawasan lain. Warna tanah yang wujud pada sesuatu tanah menggambarkan kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan ciri kesuburan tanah.
Warna tanah dapat dikenal pasti dengan membandingkan warnanya dengan warna yang terdapat dalam buku carta warna Munsell (Munsell Color Chart) untuk dinilai (Sila lihat foto disebelah). Kajian pakar sains tanah juga menunjukkan bahawa tanah yang gelap warnanya (hitam keperangan) mempunyai ciri tahap kesuburan yang tinggi dimana selalunya jenis tanah ini sesuai untuk kegiatan pertanian terutamanya untuk tanaman makanan. Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana kebanyakan tanah tropika adalah berwarna merah. Penulis blog yang sering membuat tinjauan di beberapa kawasan pertanian di seluruh Malaysia dahulu mendapati dimana kebanyakan aktiviti tanaman makanan akan ditumpukan dikawasan tanah yang subur dimana ianya akan memberikan penghasilan yang baik berbanding dengan tanah yang kurang subur. Sebagai contoh tinjauan penulis blog di Projek Berkelompok Sayuran Komersil di Bt 18, Sengkang, Bukit Gambir, Muar, Johor dimana petani di kawasan tersebut menanam pelbagai jenis sayuran daun dan buah-buahan terpilih dikawasan tanah gambut yang dijaga rapi berwarna kehitaman. Petani di kawasan ini menggunakan banyak input tambahan seperti bahan organik dan baja kimia bagi mempastikan tanaman sayuran berprestasi baik. 

M
engenai sains tanah sebaiknya petani perlu mengetahui akan ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya. Sebagai asas dalam artikel ini saya akan maklumkan jika tanah berwarna dengan Warna Merah ia adalah menandakan dimana kandungan oksida ferum di dalam tanah tinggi dimana biasanya tanah jenis ini juga mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik. Tanah ini biasanya juga terdapat di kawasan lereng bukit dan ia adalah sesuai untuk tanaman kekal seperti pokok getah dan kelapa sawit. Kedua adalah tanah berwarna dengan Warna Perang dimana maksudnya adalah tanah ini mengandungi oksida ferum yang bercampur dengan bahan organik serta lazimya ia juga mempunyai salairan yang baik. Tanah jenis ini subur dan sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman. Seterusnya adalah jika tanah berwarna dengan Warna Kelabu yang mana ia menandakan kandungan ada oksida ferum di dalam tanah. Apa pun selalunya tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik dan juga tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit. Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Seterunya adalah jenis tanah yang mana ia Berwarna Kehitam-hitaman dimana ia mempunyai kandungan galian mangan oksida atau bahan organik yang tinggi. Tanah jenis ini akan menakung air dan mempunyai nilai pH yang rendah. Bahan organiknya lambat reput kerana kekurangan oksigen serta lazimnya ia tidak sesuai untuk kebanyakan tanaman kerana tidak mampu memberi sokongan kepada akar tumbuhan yang besar kecuali sayuran berakar cetek dan tanaman kontan (Sila lihat foto disebelah). Tanaman yang sesuai untuk kawasan ini ialah nanas dan sayur-sayuran seperti tanaman Bunga Kantan komersil di Batu Pahat, Johor. Tanah yang berwana dengan Warna Putih pula lazimnya mempunyai banyak jenis galian tanah liat yang dikenali sebagai koalinite. Kaolin merupakan tanah yang sesuai untuk industri ceramik dan kosmetik. Dalam pada itu Warna Kuning pada tanah menunjukkan dimana ia mempunyai ciri bahawa oksida ferum telah berpadu dengan  molekul-molekul air. Tanah jenis ini mempunyai saliran yang baik dimana tanah ini adalah lebih lembap berbanding dengan tanah yang berwarna merah.

Sifat Tekstur Tanah selalunya akan merujuk kepada peratus kandungan k
umin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah. Tekstur tanah dapat dikesan melalui cara merasa dengan tangan atau melalui cara makmal iaitu kaedah mendapan di mana kumin-kumin tanah dibiarkan mendak. Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya telah ditetapkan mengikut sistem pengelasan tekatur tanah. Sistem Atterberg menetapkan kumin yang mempunyai diameter 2.00 hingga 0.20 mm sebagai pisahan pasir kasar (Sila tujuk rajah disebelah). Sebaliknya dilaporkan dalam sistem USDA menetapkan kumin yang mempunyai diameter antara 1.00 hingga 2.00 mm sebagai pisahan pasir kasar. Bagi memahami akan ciri pasir, kelodak dan liat dimana ciri-ciri Pasir Kelodak Liat mempunyai saiz kumin dimana paling besar saiznya adalah lebih kecil daripada kumin pasir dimana saiz kumin paling halus. Bentuk kumin pasir selalunya 'bulat' atau 'tiada bentuk tetap' akan tetapi selalunya tiada yang berbentuk tetap seperti kepingan nipis. Bagi pasir dimana kandungan kimianya adlaah kebanyakannya kuarza (oksida silika) atau kuarza silikat (mengandungi silica, aluminium dan magnesium) serta unsur lain. Kumin pasir juga ada yang bercas atau tidak bercas. Terdapat rasa gerisik licin seperti tepung dan berasa lekit apabila lembap, keras dan padat apabila kering. Ia dilapor mempunyai daya penyimpanan air yang rendah sederhana tinggi. Ada tanah yang mempunyai saliran dan kurang baik dimana penyimpanan air dan nutrien kurang baik. Rajah disebelah menunjukkan ciri pengelasan kumin tanah dimana pasir boleh dibahagikan kepada pasir kasar, pasir sederhana, pasir halus, pasir sangat halus, kelodak dan liat.  

Selain daripada warna, dilaporkan ada juga kepentingan tekstur tanah kepada tanaman yang penulis blog perlu untuk bincangkan. Lazimnya jenis tanah yang bertekstur kasar membenarkan air mengalir dengan mudah dan juga tanah bertekstur kasar mempunyai lebih banyak liang untuk peresapan gas. Pertukaran gas yang baik akan membekalkan oksigen yang mana ia mencukupi untuk kegunaan organisma tanah. Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan gas dan air di dalam tanah. Bagi tekstur tanah yang lebih halus membolehkan tanah menyimpan nutrien dan melakukan proses penjerapan nutrien oleh kumin liat. Tekstur tanah akan mempengaruhi aktiviti pemugaran. Tanah bertekstur halus mengandungi lebih banyak liat dan menyukarkan kerja pemugaran. Tekstur tanah tidak boleh diubah sekiranya kawasan tanah yang perlu dirawat terlalu luas. Dalam pada itu ada cirii struktur tanah dimana ia berkait dengan susunan kumin-kumin tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu (Sila lihat rajah disebelah)
Susunan kumin tanah itu selalunya dinamakan agregat tanah dan wujud dalam pelbagai bentuk. Tanah yang mengandungi kumin-kumin pasir dianggap sebagai tanah tidak berstruktur. Kumin tanah boleh digabung dengan menggunakan bahan organik supaya ciri fizikal dapat diperbaiki. Semasa pereputan bahan organik pelbagai jenis bahan akan dihasilkan, termasuklah bahan-bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan pelekat ini akan menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh. Struktur butir rapuh adalah struktur terbaik bagi kebanyakan tanaman kerana ciri rongga. Sebaiknya struktur tanah yang baik mengandungi 'rongga' antara agregat yang membenarkan air dan udara meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air bertakung dimana kesannya akar tanaman akan mendapat oksigen yang mencukupi. Struktur yang baik menambahkan daya tahan tanah daripada kerosakkan fizikal disebabkan hakisan oleh timpaan hujan yang kuat. Kumin yang terpisah mudah ditiup oleh angina atau dilarikan air. Struktur yang baik juga dapat mengurangkan kesan ketoksinan gas karbon dioksida dalam tanah. Gas ini lebih mudah meresap ke udara apabila tanah mempunyai struktur yang baik. Struktur tanah dapat diperbaiki dengan mencampurkan tanah dengan bahan-bahan organik. Semasa pereputan bahan-bahan organik berlaku, pelbagai jenis bahan dihasilkan, termasuk bahan-bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan-bahan pelekat ini menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh yang baik. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMANYA TANAH... BANYAK WARNA...
WARNA YANG MERAH... PUN ADA....
KURANG SUBUR.. ELAKKAN DI GUNA...
WARNA HITAM... BANYAK ORGANIKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Jamadilakhir 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...