Support My Blog

Thursday, February 4, 2021

KELOR - FAKTA PENTING TERKINI

POKOK KELOR
(Moringa oleifera Lamb) atau juga dipanggil sebagai 'Merunggai' adalah sejenis tumbuhan pelbagai guna dari keluarga Moringaceae yang dipercayai berasal daripada kawasan Pakistan dan Utara India dan kini tersebar di seluroh Asia, Amerika dan beberapa benua lain. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia mengenali tanaman ini kerana kurang ianya agak di komersialkan tidak seperti di India yang menjadikan sebagai sayuran dan bahan penting untuk makanan serta produk kesihatan sebagai 'suplementary food' sehingga ke peringkat antarabangsa. Merunggai dikenali juga sebagai Horseradish Tree, Drumstick Tree, West Indian band (English), Ben Aile (Peranchis),Kelor ; Marunga (Indonesia), Meringgai ; Gemuggai(Malaysia), malunggay (Filipina), dandanlobin (Myanmar), marum ; phakihum ; makhonkom (Thailand),lat mok (Chinese) and Mungephali(India urdu). Tidak ada laporan rasmi keluasan tanaman ini di tanam di Malaysia kerana belum ada ladang komersial dilaporkan ada menanam Merunggai. Khasiat Daun Kelor sebagai ubat merupakan perkara yang diamalkan secara tradisional sejak zaman dahulu secara semulajadi. Walau pun daun kelor agak kecil dan kurang diketahui umum akan khasiatnya, kini banyak usahawan tempatan di negara jiran telah berjaya untuk mengkomersilkan daun kelor sebagai produk makanan kesihatan. Daun kelor ternyata memiliki fungsi sebai penawar serta menyembuhkan demam yang berkesan terutama untuk kanak-kanak. Cara amat mudah iaitu dengan memetik beberapa tangkai pucuk daun kelor segar dan direbus dengan air dan diberikan minum air rebusan sebanyak 2 kali sehari dimana demam panas akan berkurangan dan sembuh. Khasiat daun kelor seterusnya adalah dimana ada kemampuannya didalam mengawal cacing dalam tubuh. Kajian dimakmal juga mendapati daun kelor mengandungi bahan seperti Arginine, Leusine, Metionine dan beberapa bahan lain. Bahan ini akan berfungsi sebagai anti-diabetic, antioksidan dan antitumor. Beberapa kajian lain menunjukkan bahwa daun kelor memiliki kandungan vitamin C tujuh kali lebih banyak daripada limau dan kandungan potasium tiga kali lebih banyak daripada buah pisang. Bagi kandungan seperti Vitamin A ianya adalah sebanyak empat kali lebih banyak daripada lobak merah (Carrot) dan mengandung unsur Kalsium empat kali lebih banyak daripada kalsium susu dikeluarkan haiwan ternakan. 
Artikel ini saya mempaparkan dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa temuan inovasi mengenai tanaman kelor yang di laporkan dalam media untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Beberapa media temptan melaporkan artikel bertajuk '
Daun kelor tambah zat makanan' seperti satu kejayaan oleh sekumpulan saintis daripada Universiti Putra Malaysia UPM). Media melaporkan dimana berita di petik dari Serdang, Selangor iaitu hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 dan menunjukkan lapan peratus kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah mengalami kekurangan zat makanan yang teruk. Kekurangan zat makanan berikutan faktor kemiskinan dan pemakanan bayi yang lemah itu boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami lewat tumbesaran, selain cenderung kepada penyakit dan masalah dalam pembelajaran dimana ini sekali gus memberi kesan kepada ekonomi negara. Bagi membantu golongan yang mengalami masalah kekurangan zat makanan terutama kanak-kanak maka sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan produk inovasi dikenali 'Chewable Moringa Fruity Tablets' yang berasaskan formulasi unik daripada daun kelor. Ketua Penyelidik iaitu Prof Madya Ir Dr Yus Aniza Yusof berkata daun kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera dipilih sebagai bahan utama menghasilkan produk inovasi itu kerana tumbuhan itu kaya dengan gabungan nutrisi, asid amino, antioksida dan anti radang yang bersesuaian dalam diet pemakanan serta penyembuhan. Secara ringkasnya daun ini boleh dijadikan sebagai suplement multivitamin yang murah serta dapat memenuhi tahap multivitamin yang hilang dalam makanan untuk masyarakat kurang berkemampuan di seluruh dunia. Sejak  tahun1998 dimana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mempromosikan moringa sebagai alternatif kepada bekalan makanan yang diimport untuk merawat malnutrisi...daun ini juga sudah digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit seperti jangkitan kulit, kencing manis, anemia, kegelisahan, asma, bronkitis, sesak dada dan konjunktivitis.

Mengambil kira daun kelor yang agak pahit maka ia tidak mungkin dimakan mentah, manakala daun segar pula akan cepat rosak jika tidak diproses. Penulis blog bagaimana pun suka makan pucuk daun kelor yang manis dan enak sekali semasa beberapa kali membuat tinjauan ke lokasi penanaman pokok kelor (Sila lihat foto disebelah). Saya ada banyak menulis artikel mengenai pokok dan kegunaan kelor untuk dibaca (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lagi. Berbalik kepada kajjian pihak UPM dimaklumkan dimana
 inovasi berkenaan menyelesaikan masalah dengan menukarkan serbuk daun kelor menjadi tablet yang boleh dikunyah, manakala serbuk buah digunakan sebagai agen pelindung untuk menangani rasa pahit daun. Dr Yus Aniza nyatakan dimana proses pembuatan tablet perlulah dibuat menggunakan kaedah pemampatan langsung iaitu teknologi yang biasa diaplikasikan bagi pembangunan untuk produk farmaseutikal dan kini diadaptasikan bagi pembangunan produk nutraseutikal. Beberapa siri ujikaji dijalankan bagi inovasi ini dan menunjukkan produk yang dihasilkan berjaya mencapai tahap piawaian ditetapkan untuk memastikan tablet yang terhasil adalah berkualiti dan selamat dimakan. Tahap piawaian tablet dihasilkan memenuhi piawaian farmaseutikal antarabangsa (International Pharmacopeia) untuk tablet mudah terurai (orally disintegrating tablets) dan kandungan nutrisi pula dirujuk pada piawaian pihak Food and Drug Administration United State (FDA). Produk Chewable Moringa Fruity Tablets mudah dikunyah, berkhasiat, semula jadi, menjimatkan dan boleh dijadikan sebagai makanan tambahan untuk semua peringkat umur. Ciri lain tablet moringa ini ialah memberi kekerasan yang optimum, cepat hancur tanpa air dan larut dalam masa kira-kira 60 saat. Selain itu, ujikaji terhadap kecenderungan tablet terpecah dengan sendiri juga kurang daripada satu peratus, sekali gus menunjukkan produk ini stabil dan tidak mudah pecah ketika pengendalian, pembungkusan, pengangkutan dan peredaran. Berdasarkan kelebihan dimiliki tablet moringa, inovasi ini berpotensi untuk dikomersialkan bagi membantu golongan kurang berkhasiat dan berpendapatan rendah. Ia juga sesuai disarankan untuk zon krisis seperti peperangan, banjir dan kemarau kerana mudah dikendalikan serta membabitkan kos yang murah iaitu 10 sen untuk satu tablet. Media paparkan dimana info pokok kelor iaitu kini negara India adalah pengeluar terbesar dengan kadar 1.1 - 1.3 juta metrik tan buah setahun. Pokok kelor mampu tumbuh sehingga ketinggian batang antara 7 hingga 11 meter dimana daun kelor berbentuk bulat telur dengan ukuran kecil bersusun dalam satu tangkai. Ia digunakan sebagai makanan dan ubatan tradisional dan turut digunakan dalam masakan. National Institute of Health (NIH) melaporkan ia digunakan kelompok etnik orang asli. Tradisi pengubatan ayurveda India kuno menunjukkan daunnya boleh mengubati 300 jenis penyakit.

Dinegara jiran Ondonesia akhbar KOMPAS melaporkan satu artikel menarik bertajuk '
Laris Manis Saat Pandemi, Daun Kelor Dipercaya Tingkatkan Imunitas' yang sesuai dijadikan bahan rujukan. Laporan dari Jakarta menyatakan d

aun kelor ramai dicari selama pandemik Covid-19 kerana kandungan nutrisi dan khasiatnya diklaim mampu meningkatkan sistem imuniti. Apalagi daun kelor punya rasa enak dan boleh diproses jadi berbagai makanan. D

aun kelor yang punya nama latin Moringa oleifera sudah lama dikenali dengan kandungan nutrisinya yang tinggi. Orang tua zaman dulu menjadikan daun kelor sebagai ubatan herbal dan bahan makanan. Selain diolah menjadi hidangan enak, daun kelor juga memiliki mitos yang dipercayai sebagai pengusir makhluk halus hingga jadi 'peluntur susuk'. Meskipun hanya mitos akan tetapi banyak orang Indonesia yang mempercayainya. Disudut lain didakwa dimana apabila berlaku pandemik corona daun kelor menjadi pembincangan ramai sebab ia banyak diburu sebagai sejenis makanan meningkatkan sistem imuniti. Ramai orang berlumba mencari daun kelor akan tetapi daun kelor bukanlah jenis sayuran seperti bayam atau kangkung yang boleh mudah didapatkan di pasar. Lazimnya pokok kelor tumbuh liar dan sedikit yang dikomersilkan dimana ia kerap jadi sasaran untuk dipetik warga, apalagi tanaman ini juga mudah diusaahakan. Cukup mencacakkan batang kelor ke tanah maka pokok boleh langsung tumbuh tanpa penjagaan ekstra.

Akhbar KOMPAS turut mempaparkan beberapa fakta mengenai kehebatan daun kelor yang jadi primadona sejak masa pandemik corona. Pertama daun ini yang diperkenalkan WHO sejak tahun 1998 mula laris semasa berlaku akan pandemik corona secara mendadak. 
Daun kelor memiliki bentuk kecil yang tersusun dalam tangkai lunak. Ukuran pokok sedang namun jika ditanam di kebun yang luas maka batangnya boleh tumbuh menjadi pokok besar. Menurut sejarah dimana pokok kelor berasal dari India namun pohon ini diketahui boleh tumbuh di beberapa negara termasuk Indonesia. Pohon kelor bahkan cenderung mudah ditemui di baanyak kawasan dan tidak hairan kalau kalangan masyarakat Indonesia sudah sangat familiar dengan daun kelor. Pihak WHO telah memperkenalkan daun kelor pada tahun 1998 sebagai alternatif makanan kaya zat makanan. WHO bahkan mengesyorkan agar bayi dan kanak-kanak yang masih berada dalam masa pertumbuhan untuk mengambil daun kelor kerana kandungan gizinya yang luar biasa. Antara kandungan nutrisi daun kelor  ada berbagai nutrisi seperti bahan vitamin A, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, zat besi, magnesium dan protein. Tak hanya itu, daun kelor juga mengandung antioksidan dan mineral dalam jumlah tinggi.  Jika dibandingkan dengan sumber makanan lain, daun kelor ini mengandung 4 kali vitamin A lobak merah(wortel), 7 kali vitamin C dalam limau (jeruk), 4 gelas kalsium susu, 3 kali potassium buah pisang, zat besi yang lebih tinggi daripada bayam dan mengandung protein yang setara dalam 2 porsi yoghurt. Jia diambil secara rutin dilaporkan daun kelor akan memberi banyak manfaat untuk kesihatan. Daun kelor punya rasa enak sehingga boleh diracik menjadi berbagai makanan lazat, resepi masakan daun kelor paling popular di Malaysia dan Indonesia adalah dibuat sayur bening (Masak air). Seterusnya didakwa dun kelot baik sebagai Ubat anti-kanser dan masalah jantung. Ini dengan banyak dakwaan dimana tanaman kelor terbukti sebagai ubat anti kanker. Beberapa penelitian telah membuktikan bahwa Benzyl isothiosianat dalam tanaman kelor mampu menginduksi apoptosis terhadap sel kanser ovarium. Kandungan semulajadi dalam daun kelor juga dapat menghabiskan pertumbuhan sel kanser pankreas secara bertahap. Kajian yang dilakukan oleh Asia Pacific Journal of Cancer Prevention dapati dimana kandungan Asid Amino Esensial, Phytonutrien karotenoid dan antioksidan dalam daun kelor boleh diandalkan sebagai bahan bagi antibakteria semulajadi dan sebagai ubat anti peradangan.  Daun kelor juga menjadi ubat herbal yang dipercayai untuk mengurangi risiko sakit jantung. Sebuah kajian dari Journal of Medicinal Food yang dilakukan tahun 2009 menyebutkan bahawa pemberian dos 200 mg serbuk daun kelor per kg berat badan setiap hari selama 30 hari akan menghasilkan lipid teroksidasi dengan tahap yang lebih rendah dan boleh melindungi jantung dari kerosakan struktur. Daun ketum didakwa mampu meningkatkan sistem imuniti badan. Info yang diambil dari Litbang Pertanian Kementerian Pertanian didapati iaitu daun kelor mengandungi nutrisi kompleks yang mampu menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Nutrisi dalam daun kelor juga mudah diserap oleh tubuh jadi khasiatnya sangat boleh dirasai dengan segera. Pengambilan  daun kelor juga sangat mudah iaitu dengan masak menjadi sayur bening dengan ramuan sederhana seperti bawang merah, bawang putih dan garam. Sayur bening sebaiknya dimakan semasa hangat kerana khasiat antioksidannya semakin maksimal semasa daun kelor masih segar. Pemprosesan daun kelor selain dimakan sebagai sayur bening, daun kelor juga boleh dikonsumsi dalam berbagai bentuk olahan makanan lain. Daun kelor boleh dijadikan campuran pada telur dadar, campuran urap atau pecel hingga campuran minuman sihat. Kini ada banyak pengeluar ekstrak daun kelor yang diolah dalam bentuk serbuk (powder) dan kapsul. Konsumsi ekstrak daun kelor boleh dijadikan sebagai suplemen. Oleh itu kalau tidak menjumpai daun kelor segar maka boleh membeli dan makan daun kelor ekstrak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
DAUN KELOR... SAMA JUGA MORINGGA...
MUDAH DITANAM... BANYAK GUNANYA...
DI UPM ..PRODUK CHEWABLE DICIPTA...
DI INDONESIA... RAMAI MENCARINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...