Support My Blog

Sunday, February 14, 2021

FAKTA BUAH PELAGA - APA DIA?

BUAH PELAGA (Elettaria cardamomum) merupakan sejenis tumbuhan dari kategori rempah ratus atau herba dari keluarga Zingiberaceae yang banyak digunakan dalam masakan masyarakat kita di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Rempah ini dihasilkan oleh tumbuhan yangdipercayai berasal daripada kawasan hutan ropika di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka dan Selatan India sebelum tanaman ini ada yang di komersialkan. Buah pelaga merupakan komponen penting dalam menyediakan serbuk kari yang sangat di minati oleh masyarakat kita di Malaysia dan yang sangat penting di India dan Sri Lanka. Bahan buah pelaga dijadikan produk minuman di kawasan negara Arab dan dijadikan perisa untuk biskut di Eropah. Walau pun tanaman ini perlukan curahan air hujan lebih dari 5,000 mm setahun tetapi telah di komersilkan di Guatemala untuk di ekspot. Nama lain bagi buah pelaga adalah seperti Cardomum (English), Bai Dou Kou (China), Choti elaichi (Hindi), Luk Krawan (Thai), Cardamomen (Germany) dan Kapulaga (Indonesia). Penulis blog ini mendapati jumlah keluasan tanaman ini di Malaysia tidak ada maklumat.  Pokok pelaga juga dilaporkan mampu tumbuh sehingga ketinggian 3 meter dengan daunnya berwarna hijau yang keluar dari pangkal pokok. Daun yang panjang dan tirus dihujung sepanjang 90 cm dengan 25 cm lebar. Daunya adalah bertekstur lembut dan ada bulu dibahagian bawah daun. Tangkai bunga keluar dari pangkal pokok dengan ketingian atau panjang sehingga 1 meter dari tanah. Setiap tangkai mengeluarkan banyak jambak bunga dimana tangkai bunganya berwarna ungu hijau pucat 4 cm panjang. Bunga yang berwarna ungu dan putih 15-20 mm panjang mempunyai satu stamen untuk pendebungaan. Buah yang matang selalu berwarna coklat cerah atau kuning yang berbentuk bulat lonjong dan mempunyai kapsul. Kapsul ini mengandungi biji yang berwarna coklat kehitaman apabila cukup keringTerdapat dua jenis buah pelaga yang dikenalpasti iaitu Jenis Pokok Pelaga Sri Lanka dan Jenis Pokok Pelaga Malabar. Varieti Sri Lanka adalah jenis liar yang mempunyai buah yang berbentuk bujur (oblong), daun lebar dan ada jalur dibahagian batang dengan biji berwarna coklat kehitaman. Varieti Malabar atau var. codamomom pula merupakan jenis yang banyak dikomersilkan dengan buah sedikit kecil tetapi mempunyai aroma kuat dari jenis Sri Lanka. Kedua-dua jenis pokok pelaga ditaam diakawasan yang mempunyai tanah yang subur, saliran yang sempurna dan keasidan tanah antara pH5.5 - pH6.5. Penanaman lazimnya menggunakan rizom walau pun ada usaha menanam menggunakan biji benih. Penanaman menggunakan biji benih lambat dan libatkan pertumbuhan juga tidak seragam. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat mengenai beberapa fakta buah pelaga untuk bahan rujukkan semua.

Penulis blog dapati b
uah pelaga atau turut dikenali dengan nama lain sebagai Cardamom (bahasa Inggeris), Bai dou kou (China), Choti elaichi (Hindi), Luk krawan (Thailand) dan Kalulaga (Indonesia) antara rempah-ratus paling tua di dunia yang banyak manfaatnya kepada kesihatan badan. Di Malaysia dilaporkan pada kebiasaannya ia ditanam di kawasan tanah tinggi. Masyarakat umum mengetahui buah pelaga cukup dikenali sebagai rempah-ratus empat sekawan dalam masakan dan secara tradisional ia dikunyah bersama sirih pinang. Ia dipercayai dapat membantu mengeluarkan angin dari perut dan usus selain melawaskan haid serta air kecil. Buah pelaga atau cardamom merujuk kepada beberapa tumbuhan yang sama genus (genera) Elettaria dan juga  Amomum dalam keluarga halia dari Zingiberaceae tercatat dalam buku Vedic dan sistem perubatan Unani dan Ayurveda. Beberapa fakta mendapati dimana kedua-dua genus adalah berasal dari India, Nepal dan Bhutan. Ia dikenali melalui buah benih kecilnya, segi tiga dalam keratan rentas dan berbentuk 'gelendong' (spindle-shaped), nipis, tipis seperti kertas bahagian kulit luar dan biji hitam kecil. Tumbuhan semula jadi di timur dan berasal dari dalam hutan di selatan India dimana biasanya tumbuh secara meliar.  Sekarang ini buah pelaga turut ditemui di hasilan di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania. Pada masa sama sebenarnya buah pelaga dikatakan rempah ketiga paling mahal di dunia dan juga dianggap sebagai 'ratu rempah.' Benihnya mempunyai aroma manis dan rasa sedikit pedas. Masyarakat Mesir kuno telah dikatakan gemar mengunyah biji pelaga sebagai pencuci gigi.  Masyarakat Greek dan Roman pula ada menggunakannya sebagai minyak wangi. Masyarakat Viking pula dikatakan menemui buah pelaga seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga hari ini. Terdapat banyak jenis buah pelaga dipasaran tetapi hanya spesies Elettaria cardamomum dikatakan sebagai buah pelaga sebenar.

Pokok Buah pelaga pada mulanya terdapat hanya tiga jenis tumbuhan semulajadi dari pokok buah yang dihasilkan. Varieti tersebut adalah Malabar, Mysore dan juga Vazhuka iaitu nama dari negara India dan sekitarnya. Bagi varieti Malabar (Nadan/Native) seperti biasanya ia adalah tumbuhan jenis asli dari kawasan di Kerala, India. Tumbuhan ini mempunyai dahan berbunga (panicles) yang tumbuh secara mendatar sepanjang tanah. Bagi varieti Mysore pula ia berasal atau natif daripada kawasan Karnataka. Tumbuhan ini mempunyai dahan berbunga (panicles) yang tumbuh dengan cara menegak ke atas. Varieti Vazhuka pula merupakan sejenis varieti hibrid semulajadi diantara jenis Malabar dan jenis Mysore. Jenis ini mempunyai dahan mengeluarkan bunga dimana pokoknya tidak menegak mahupun melintang atau tumbuh di antaranya. Dari segi kegunaan pula kedua-dua bentuk buah pelaga digunakan sebagai perasa dalam masakan, minuman dan ubatan. Buah pelaga jenis biasa  akan digunakan sebagai rempah, dikisar atau dikunyah (masticatory) dimana sangat signifikan untuk bidang seperti perubatan. Industri makanan dan minuman menggunakan buah pelaga mempunyai rasa unik yang kuat dengan aroma khusua menjadikan ia bahan penting. Buah pelaga hitam mempunyai rasa yang lebih jelas dan selalu disalai, tidak pahit, berroma, berperisa sejuk sehingga ramai orang yang menanggap ia serupa seperti pudina. Buah pelaga hijau adalah salah satu rempah yang paling mahal mengikut berat bagaimana pun hanya kuantiti diperlukan untuk menghasilkan rasanya. Cara terbaik menyimpan pelaga adalah didalam balang bertutup sebab apabila terdedah atau dikisar maka ia akan kehilangan rasa dan baunya dengan cepat. Biji buah pelaga kisar berkualiti tinggi sering lebih mudah didapati dan murah dan merupakan pengganti yang boleh diterima. Di Asia Selatan lazimnya buah pelaga hijau sering digunakan dalam gula-gula tradisional India dan di teh rempah (masala chai). Buah pelaga hitam kerap digunakan dalam penyediaan rempah-ratus (garam masala) untuk kari. Ia juga digunakan dalam masakan nasi biryani dan sebagai hiasan dalam beras basmathi dan hidangan lain. Ia sering dirujuk sebagai buah pelaga gemuk kerana besarnya. Buah pelaga banyak dikunyah dan digunakan dalam banyak cara yang sama seperti gula-gula getah. Perubatan Tradisional Buah pelaga hijau digunakan secara meluas di Asia Selatan untuk merawat jangkitan pada gigi dan gusi, untuk mencegah dan merawat masalah tekak, kesesakan paru-paru dan tuberkulosis pulmonari, keradangan kelopak mata dan juga gangguan pencernaan. Ia juga digunakan untuk memecahkan batu karang dan batu hempedu dimana ia telah dilaporkan sering digunakan sebagai penawar racun ular dan kala jengking. Amomum digunakan sebagai rempah dan sebagai ramuan dalam perubatan tradisional dalam sistem perubatan tradisional Cina di China, Ayurveda di India, Unani di Pakistan, Jepun, Korea dan Vietnam. Reaksi alahan kulit, anti-asid, penggalak penghadaman (anticonvulsant), anti-radangan, menghalang pembiakan (anti-mutagenic), mengurangkan demam (anti-pyretic), antiseptik (paru-paru), afrodisiak, perangsang selera makan, asma, penyegar nafas, bronkitis, keadaan jantung, bantuan karminatif (pencernaan), selsema, kanser kolon, sembelit, batuk, kemurungan, penghadaman, dispepsia (sakit perut), dipertingkatkan penglihatan, kembung (gas), perisa masakan, penggunaan dalam makanan, gangguan gastrousus (gastrointestinal disorders), immuno-stimulant, jangkitan (gigi dan gusi), keradangan (kelopak mata), kekejangan usus, kekerapan sindrom usus (irritable bowel syndrome - IBS)), julap, hati dan masalah pundi hempedu, hilang selera makan, kesesakan paru-paru, mulut dan radang tekak, loya, intoleransi ketidak seimbangan pemakanan (nutritional intolerance) di kalangan kanak-kanak (bijirin), sedatif, keadaan kulit, gigitan ular, sakit tekak, perangsang, sengatan (kala jengking), sakit perut, tekanan, batuk kering, jangkitan salur kencing, kehilangan berat badan.

 

Buah pelaga merupakan rempah yang ideal dengan banyak manfaat kesihatan. Banyak jurnal menyatakan dimana ia laporkan kehebatan khasiat buah pelaga dilakukan. Buah pelada mempunyai ciri-ciri Anti-karsinogenik yang baik mengawal masaalah Kanser terutamanya jenis kanser bersangkut paut dengan kolon dan rektum (colorectal) dimana kanser ini adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Kenaikan kos rawatan terapi kanser konvensional dan kesan sampingan yang berlaku berikutnya telah memaksa penyelidik untuk mencari alternatif yang mampan. Kajian yang dijalankan oleh saintis Sengupta et al, di Chittaranjan, Institut Kanser Kebangsaan, Kolkata telah menunjukkan bahawa pemakanan buah pelaga mempunyai hasil positif dalam berhadapan dengan kanser kolorektal sehingga ketahap 48%. Buah pelaga juga baik untuk  kesihatan kardiovaskular dimana ada kajian yang telah dijalankan di Jabatan Farmakologi dan Pharmaceutics, Kolej Farmasi, King Saud University, Arab Saudi menunjukkan bahawa pengambilan buah pelaga menambahbaik keadaan kardiovaskular dengan menunjukkan degupan jantung yang lebih rendah atau irama terkawal dan hipertensi terkawal. Pakar juga menyatakan dimana buah pelaga mampmpu mengawal kolesterol. Ini kerana ada kandungan iaitu bahan mikronutrien yang ditemui dalam buah pelaga dilapor dapat mengatasi lonjakan lipid dalam badan. Dalam uji-kaji yang dijalankan di Bahagian Pharmacology and Toxicology Division at Hindustan Antibiotics Limited, Pune, India oleh Dhuley, Enzim antioksida dari buah pelaga telah ditadbirkan untuk hepatik dan jantung tikus dengan diberi makan diet lemak yang tinggi. Enzim antioksida mempunyai pengaruh ke atas paras kolesterol dan membantu dalam mengawalnya dengan ketara. Pelaga juga adalah penyegar nafas. Buah pelaga boleh dikunyah sebagai penyegar nafas dimana perisa dan aroma yang terhasil dari buah pelaga adalah disebabkan dari kehadiran minyak pati. Maka tidak hairanlah, kalau minyak pati pelaga digunakan sebagai salah satu bahan dalam gula getah (chewing gums).

Kehebatan buah pelaga seterusnya dimana ia memberikan perlindungan terhadap penyakit gastro-usus. Buah pelaga telah digunakan secara tradisional dalam Sistem Perubatan Unani, Ayurveda dan perubatan Cina sebagai ubat gangguan gastrousus. Ekstrak metanol dari buah pelaga adalah komponen yang membantu dalam mengawal gangguan gastrousus seperti ke asidan, kembung, kekejangan perut, dan lain-lain Kajian yang dijalankan oleh Jamal et al, di Jabatan Kimia, Jamia Hamdard, New Delhi, India telah membuat kesimpulan bahawa minyak meruap ekstrak dari buah pelaga menunjukkan kesan positif terhadap gangguan gastrousus. Buah pelaga didakwa mampu untuk merawat gangguan kencing dimana dalam rawatan sisitem Unani dan Ayurveda, buah pelaga telah digunakan sebagai ubat bagi penyakit jangkitan salur kencing seperti cystitis, nefritis, dan gonorrhoea. Terbaik mengenai kehebatan buah pelaga dimana ia mempunyai ciri-ciri Antimikrobial. Selama beribu tahun buah pelaga dianggap memiliki sifat-sifat melawan jangkitan. Bagi sains moden ia bermakna bahawa, buah pelaga mengandungi antimikrob. Teori ini telah diuji di Van Yüzüncü Yil Universiti oleh Ağ Aoğlu et al. Penyelidikan ini telah dijalankan pada ekstrak minyak mudah meruap buah pelaga. Telah diperhatikan bahawa minyak dari buah pelaga dapat menghalang pertumbuhan dan penyebaran beberapa mikrob yang amat berbahaya yang menyebabkan keracunan makanan. Buah pelaga juga sebagai bahan Anti-murungan (depression). Kajian menunjukkan dimana buah pelaga juga dipercayai mempunyai sifat-sifat anti-kemurungan. Pati dari minyak (essential oil) buah pelaga adalah salah satu minyak utama yang diguna dalam terapi aroma. Ia bukan sahaja digunakan untuk kemurungan, tetapi juga untuk menyembuh pelbagai penyakit lain terdiri daripada gangguan perut hingga ke penyakit paru-paru. Apa pun ia juga ada ciri-ciri Anti-kekejangan (spasmodic) apabila kekejangan otot banyak berlaku dikalangan orang-orang tua. Pengecutan otot secara tiba-tiba boleh menyebabkan kekejangan ini. Apabila berlaku pengecutan otot, ini akan menyebabkan penderita bangkit secara tiba-tiba kerana kesakitan. Penyelidik, Al-Zuhair et al, dari University King Saud, Arab Saudi berjaya melakukan penyelidikan berasaskan haiwan dan membuat kesimpulan bahawa buah pelaga dapat digunakan sebagai ukuran untuk kekejangan otot. Dalam rawatan pergigian sebenarnya buah pelaga telah digunakan dalam sistem rawatan tradisional berkenaan masalah pergigian untuk beberapa abad. Selepas terciptanya ubatan antibiotik, hasilnya telah terdapat kesan sampingan. Diantaranya termasuk perencatan bakteria mesra probiotik berkembang maju dalam usus. Tetapi, dengan menggunakan rempah pada sisi lain, adalah ideal kerana ia hanya menghalang mikrob berjangkit dan bukan bakteria probiotik. Kajian yang telah dijalankan oleh Isao Kubo, Masaki Himejima, dan Hisae Muroi dari Bahagian Entomologi dan Parasitologi, Universiti California telah mengesahkan kehadiran bahan antimikrob (antimicrobial properties) dalam buah pelaga.

Ramai kurang tahu dimana buah pelaga juga ada c
iri-ciri Anti-asma yang signifikan. Buah pelaga boleh digunakan sebagai ubat asma dan lain-lain masalah pernafasan. Kajian yang telah dijalankan menunjuk bahawa ekstrak mentah dari buah pelaga amat berkesan dalam membuka salur angin yang sempit pada haiwan makmal. Ia juga berkesan untuk menyebabkan kelonggaran kepada tisu trachea. Kajian awal positif mewajarkan untuk siasatan lanjut. Buah pelaga mempunyai ciri-ciri Anti-radang dimana didalam perawatan Ayurveda, buah pelaga adalah baik untuk sakit otot dan sendi. Bukti eksperimen baru-baru ini menunjukkan bahawa buah pelaga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-karsinogen. Didakwa juga dimana buah pelaga mampu Menyah Toksik (Detoxification) dalam tubuh manusia. Biasanya proses metabolik dalam tubuh badan melepaskan toksik dan radikal bebas yang perlu dikosongkan dan dibuang keluar. Sebaliknya toksin yang terkumpul boleh mendatangkan penyakit. Buah pelaga dikenali sebagai ejen bertindak keatas detoksifikasi. Minyak Pati dan kehadiran bio-kimia yang hadir dalam buah pelaga menyediakan kesan detoksifikasi. Kajian yang dijalankan oleh Das et al., berjaya menunjukkan bahawa buah pelaga berkesan terhadap sel-sel kanser. Buah pelaga mampu untuk meningkatkan peredaran darah. Dalam terapi tradisional seperti terapi aroma dimana buah pelaga telah digunakan untuk menyembuhkan gejala asma dan bronchitis dan bronkitis dengan meningkatkan peredaran darah ke paru-paru. Minyak pati yang diekstrak daripada buah pelaga telah diuji keatas kumpulan individu mengalami tekanan dan telah didapati bahawa buah pelaga berkesan dalam menggalak peredaran darah dalam tubuh badan. Penyelidikan ini telah dijalankan di Universiti Nitte, Mangalore, India. Khasiat buah pelaga dikaitkan dengan merawat Loya Dan Muntah-Muntah. Biasanya dalam peubatan tradisional buah pelaga telah digunakan sebagai ubat rawatan untuk loya (nausea). Buah pelaga merupakan tonik dan perangsang yang berkesan dan baik untuk loya dan muntah. Pelaga mempunyai ciri-ciri Aphrodisiac yang mana selaras dengan buah yang mengeluarkan rasa manis, secara tradisinya ia dipercayai memiliki ciri-ciri Aphrodisiac. Bukan sahaja buah pelaga dianggap sebagai aprodisiak dan ia juga dipercayai memiliki penawar untuk mati pucuk dan ejakulasi pra-matang. Kepada mereka yang sakit tekak didakwa dimana buah pelaga bertindak sebagai penawar yang baik. Buah pelaga dan kayu manis kedua-duanya boleh direbus di dalam air dan boleh digunakan untuk berkumur setiap pagi untuk mengawal sakit tekak. Masaalah tersedu-sedu (Hiccups) boleh dirawat dengan buah pelaga. Kalau sesiapa kerap tersedu-sedu benar-benar menjengkelkan terutamanya di kalangan kanak-kanak. Terdapat beberapa ramuan yang diketengahkan dalam rawatan tradisional. Salah satu yang paling popular diantaranya ia lah dengan menyergah si penderita itu dengan mengejut, yang mungkin berjaya atau tidak. Tetapi buah pelaga adalah ubat yang amat berkesan. Ambil beberapa biji buah pelaga dan rebus, kemudian airnya diminum. Akhirnya mungkin boleh diamalkan mengambil buah pelaga sebagai bahan Penyegar Nafas.  Buah pelaga boleh dikunyah sebagai penyegar nafas dimana perisa dan aroma yang terhasil dari buah pelaga adalah disebabkan dari kehadiran minyak pati. Selalunya minyak pati pelaga akan digunakan sebagai salah satu bahan dalam gula getah (chewing gums). Semuga artikel subuh ii memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAH HERBA... BUAH PELAGA...
AMALANNYA....SEDIKIT DIGUNA...
BANYAK KHASIAT... BERGUNA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Rejab 1442H).




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...