Support My Blog

Saturday, February 27, 2021

TUKIL - APA DIA?

TUKIL
mungkin perkataan yang agak pelik dan jarang ianya didengar dikalangan pembaca blog semua. Bagaimana pun dalam say amencari apakah makna 'tukil' dalam lamanweb tidak ada yang spesifik menerangkannya secara teknikal untuk saya rujuk. Dalam pada itu maksud [erkataan 'tukil' ini (tu.kil) sebenarnya ditakrifkan sebagai 
nomina (n) iaitu 'tabung dari buluh dan sebagainya (untuk tujuan mengisi air nira dan sebagainya). Bagaimana pun alat yang dinamakan tukil ini sekarang suadh menjadi sejenis alat untuk menangkap ikan dan belut yang diperbuat daripada buloh (tukil tradisional) dan daripada PVC (tukil moden). Kalangan penduduk kampung dan pemburu belut mereka akan menggunakan tukil PVC sebagai alat terbaik masakini kerana ia ringan, murah, tahan lama, senang dibawa, mampu disesuaikan dengan banyak keadaan dan praktikal. Foto diatas saya ambil daripada youtube dimana seorang pemuda di Kelantan menggunakan alat tukil untuk menangkap belut dengan cekap. Video tersebut menunjukkan beliau yang memasang 10 tukil pada satu malam dengan menggunakan umpan ikan selayang mampu mendapatkan hasil belut sebanyak 5.5 kilogram. Kalau dijual dengan harga RM20 sekilogram makan hasil diperolehi beliau adalah sebanyak RM110 semalam. Tetapi pemburu belut perlu sentiasa berubah-ubah lokasi kerana lokasi sama biasanya sudah berkurangan jumlah belutnya akibat kerap ditangkap. Tukil PVC ini bukan sahaja sudah digunakan di Malaysia akan tetapi ia merupakan alat khusus yang sudah poplar dibanyak negara termasuk di Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipna dan negara lain. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan sejenis alat dinamakan 'Tukil' digunakan untuk menangkap belut. 

Sebelum jauh kita perlu kenali belut dahulu dan anda boleh membuat pautan dengan tulisan saya
(Sila klik disini)(Sila klik disini) dan beberapa lagiBelut Paya atau disebut Belut Sawah (Monopterus albus)  merupakan haiwan yang mempunyai 4 genera dan lebih 20 spesis. Terdapat banyak jenis belut yang didapti daripada belut didalam air masin, belut air payau dan juga belut air tawar. Didalam laut banya terdapat jenis ikan belut yang kebanyakannya adalah pemangsa. Di negara kita dan beberapa negara Asean yang lain paling popular adalah Belut Sawah atau dipanggil Moa, atau Lindung iitu adalah sejenis ikan daripada anggota suku Synbranchidae (belut), ordo Synbranchiiformes yang mana ia mempunyai nilai ekonomi dan ekologi. Ikan ini boleh dimakan dengan cara menggoreng, dimasak dengan sos pedas masam atau dijadikan Sup Belut yang berkhaiat. Apa pun secara ekologi saintis juga telah menjadikan belut sebagai satu indikator dalam pencemaran persekitaran habitat sebab haiwan ini agak mudah didalam beradaptasi. Ketiadaan belut disuatu lokasi menunjukkan telah berlaku kemusnahan persekitaran yang sangat parah telah terjadi. Belut adalah predator ganas di kawasan paya dan sawah. Makanannya terdiri daripada hidupan seperti ikan kecil, cacing, krustasea dimana belut juga lazimnya aktif di malam hari. Haiwan ini dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kelilingnya tetap basah. Penulis blog juga mendapati belut mampu menyerap oksigen melalui bahagian kulitnya. Belut lazimnya akan bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang melalui didepanya dan juga mampu menghidu makanan dalam jarak jauh. Walaupun didapati dimana berasal dari daerah tropika tetapi belut sawah memang diketahui dapat bertahan hidup dimasa musim sejuk dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatkannya menjadi haiwan yang dianggap sangat berbahaya bagi persekitaran yang bukan habitatnya. Bagaimana pun kini belut sawah telah dijadikan ternakan yang komersil melalui berbagai kaedah penternakan dan teknologi.

Membuat tukil untuk menangkap belut  sangat mudah dilakukan. Sebatang PVC berdiameter 3 inci dengan panjang 4 meter boleh dipotong untuk dapatkan beberapa batang tukil yang panjangnya 80 cm ( 3 kaki) setiap satu (Sila lihat foto disebelah). Gunakan pemotong gergaji PCV dan sediakan sebanyak 10 - 20 tukil bergantung kepada kemahuan. Bagaimana pun biasanya ia sesuai disimpan lama jika diletakkan dikawasan selamat. Berbeza dengan tukil yang diperbuat daripada buluh dimana perlu dicari buluh yang diameternya 3 inci keatas dan dipotong dengan panjang sekitar 3 kaki. Kaedahnya sama dimana ada pintu untuk belut masuk dan ada pintu untuk mengeluarkan belut. Bagi buluh perlu disediakan pintu masuk belut dibuat daripada lidi buluh dianyam sama seperti pintu masuk pada lukar. Belut tidak boleh keluar selepas masuk kedalamnya. 
Tukil menggunakan paip PVC lebih ringan berbanding buluh. Ia juga lebih tahan lama iaitu boleh mencapai ketahanan selama hampir 10 tahun jika dibanding hanya tahan dua tahun sekiranya menggunakan buluh.

Bagaimana pun kini pembuat tukil PVC lebih kreatif didalam membuat pintu masuk. Mereka akan memotong PVC 10 - 15 cm PVC dan kemudian dipotong dengan membentuk jejari tirus dihujungnya (Sila lihat foto disebelah). Kemudian dibuat jejari sebelum dipanaskan dan sehingga boleh dibengkokkan seperti pintu lukah. 'Pintu lukah' ini akan dipasang dibawah batang PVC dengan digam gunakan gam PVC sehingga kukuh. Ada juga yag gunakan PVC kecil sedikit dan 'ngam' dimasukkan kedalam batang PVC (atau ada yang melayur batang PVC untuk membesarkannya. Pastikan dihujung jejari lembut dimana beut yang dari luar apabila terbau umpan yang diletakkan didalam batang PVC akan boleh masuk akan tetapi tidak boleh keluar lagi kerana di bahagian atas sudah ditutup. Selalunya dibahagian atas perlu dibuat beberapa lubang (diameter 1 cm) untuk lubang pengudaraan belut. Penutup tukil digunakan PVC atau kini pemburu belut akan tutup dengan bekas botol minuma air mineral. Cucukkan sahaja botol tersebut diatasnya. Semasa mengeluarkan belut dari dalam tukil dicaput botol dan tuangkan belut kedalam bekas.

Penulis blog yang pernah membuat tinjauan kepada aktiviti pemburu belut mendapati selalunya b
elut ditangkap menggunakan tukil. Walau pun masih ada orang yang guna pancing untuk menangkap belut tetapi kaedah menangkap gunakan tukil sangat praktikal dan tidak mengecewakan. Biasanya dipasang umpan diletakkan didalam karung yang dianyam daripada tali nylon berwarna hijau seakan-akan 'karung' dan disambung dengan tali. Ikan air tawar atau ikan laut yang direbus atau dicincang dimasukkan kedalam karung dan diletakkan dibahagian tengah tukil. Bau hanyir ikan dari dalam tukil mampu untuk menarik perhatian belut masuk ke dalamnya. Jenis umpan mengikut kreativiti masing-masing. Biasanya umpan yang sering digunakan dibuat menggunakan ikan rebus mahupun ikan mentah dan ada juga menggunakan usus lembu. Tukil diletakkan di kawasan diyakini ada belut dengan sebaiknya ada kawasan sekitar rumput dan tersembunyi (Kalau orang nampak nanti dicuri). Tukil dipasang waktu petang dan akan dipungut hasilnya keesokkan hari. Belut biasanya aktif waktu malam dan mampu menghidu bau hanyir ikan atau umpan beberapa meter (l3 - 5 meter) disekitarnya untuk makan. Belut yang masuk di dalam tukil terperangkap dan tidak dapat keluar. Pastikan dibahagian atas berada datas air untuk membolehkan belut bernafas dan dapatkan udara. Jika semua tukil tenggelam dalam air ia mungkin akan mati jika lewat diambil. Penulis blog dapati kalau dahulu jarang orang makan belut akan tetapi kini belut semakin digemari. Sudah ada macam-macam menu belut disediakan di restoran dan didakwa ia sebagai makanan yang enak dan berkhasiat. Oleh itu disebabkan permintaan terhadap belut tinggi, maka harganya juga meningkat sedangkan bekalan belut liar semakin sukar didapati. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA TUKIL... SENANG BUATNYA...
DARIPADA PVC... 3 KAKI PANJANGNYA...
DIBUBUH UMPAN... SEMALAMAN LAMA...
BELUT MAHAL... PELBAGAI RESEPINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Rejab 1442H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...