Penanaman kacang botor memerlukan kayu junjung bagi membolehkan batangnya melilit dan berbuah. Penyediaan junjung penting untuk mendapatkan hasil yang baik kacang botor perlu diberi junjung. Junjung ini boleh menyokong pertumbuhan tanaman dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2.0 - 2.5 m panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang bertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian atas tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat (Sila lihat foto disebelah). Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat persilangan. zperlu dipastikan batang tanaman melilit kayu sokongan dimana ia dilatih pada peringkat awal semasa kecil terutama bagi kawasan penanaman yang kecil. Satu cara lagi untuk menyokong pokok adalah dengan sistem trellis dengan memacakkan sebatang kayu dengan tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.5 meter panjang dan bergarispusat 8-10 cm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas. Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5-6 cm garispusat di hujung penjuru tiap-tiap batas. Siatem Trellis ini kemudian menyambungkang tiang-tiang kayu yang mana ia bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali raffia untuk membantu anak pokok memanjat junjung. Pokok kacang botor perlu disiram terutama dimusim kemarau. Siram pokok 2 kali sehari iaitu pagi dan petang kerana anak pokok memerlukan air yang banyak untuk membesar. Pembajaan asas dengan baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput dan kompos sebanyak 7 tan metrik untuk 0.4 hektar atau kira-kira 22.5 kg sebatas yang berukuran 1.3 m x 7.5 m adalah mencukupi. Baja ini digaulkan ke dalam tanah seminggu sebelum menanam. Adalah disyorkan bagi memberi baja tambahan gunakan baja kimia iaitu baja sebatian N:P2O5:K2O:MgO 12:12:17:2 + T.E. sebanyak lebih kurang 1.5 kg sebatas atau 15-20 g/pokok ketika berumur 3, 5 dan 8 minggu. Ini memerlukan lebih kurang 450 kg baja untuk 0.4 hektar. Baja boleh ditabur di keliling pokok sejarak 10 cm dari pangkalnya atau ditabur berjalur mengikut barisan tanaman. Pembajaan berikutnya boleh dibuat selepas memungut hasil atau apabila kesuburan pokok kelihatan merosot. Rumpai perlu dikawal sepanjang masa bagi mengelakkan persaingan dengan pokok untuk mendapatkan zat makanan, cahaya matahari dan air. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan, cangkul atau tajak. Apabila anak-anak pokok berumur 2 minggu maka bolehlah mula mengikat tali rafia ke dawai junjung untuk membantu pokok memanjat. Ikatkan tali-tali rafia tersebut bersilang menghubungkan dawai bahagian bawah dengan dawai bahagian atas. Tentukan pokok meliliti tali-tali rafia tersebut. Lazimnya dengan penjagaan baik maka hasil buah boleh dikutip 10-12 minggu selepas ditanam. Pilihlah buah yang hijau serta rapuh dan berukuran 15-20 cm panjang. Kutipan boleh dibuat setiap 2-3 hari sekali untuk mengelakkan daripada buah banyak menjadi tua. Buah yang tua akan bersabut dan tidak sedap dimakan. Pokok yang subur boleh menghasilkan 10 biji buah sepokok sekali petik selang dua hari. Hasil purata buah yang boleh diperolehi dianggarkan antara 4,000 - 5,000 kg/0.4 ha. Biasanya kacang botor boleh dijual dengan harga RM 1.00 seikat.
Akhbar tempatan dengan tahuk 'Rezeki Kacang Botor' sesuai dijadikan bahan rujukan. Bagi seorang pemuda mampu tersenyum lebar apabila tanaman kacang botol diusahakan mendapat permintaan tinggi daripada pemborong sekitar daerah ini dan Selangor. Syed Firdaus Syed Muhammad, 23 tahun dakwa projek tanaman kacang botol itu diusahakannya secara komersial di atas tanah seluas 0.4 hektar. Ramai petani mengusahakan tanaman seperti timun, cili, terung, kacang panjang dan bendi, tetapi saya memilih kacang botol atau kacang kelisa. Penjagaannya juga tidak rumit dan kurang terdedah kepada serangan penyakit kecuali ancaman lalat buah dikebunnya di Kampung Tamin. Beliau dakwa selepas dua bulan tanaman itu sudah mula mengeluarkan hasil dan pokoknya tahan lama. Kini minatnya terhadap pertanian bermula sejak kecil berikutan kerap menemani bapanya mengusahakan kebun. Selepas tamat pengajian di Kuliah al Lughah Waddin di Pekan dia terus membabitkan diri dalam bidang pertanian. Pernah mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang pertanian di Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor membolehkan beliau tidak kekok dibidang pertanian. Harga kacang botol yang stabil membolehkan dia memperoleh pendapatan lumayan. Kacang botol ini dipetik setiap dua hari sekali dan dihantar ke Pasar Borong Selayang di Selangor dan Pasar Besar Jerantut serta mampu mengeluarkan 100 kilogram selang sehari tuaian. Jika sesiapa berusaha terutama di musim PKP akibat Covid19 ini pastinya boleh menjana pendapatan walau pun dengan menanam kacang botol dan sayuran lain.
Kehebatan kacang botol atau kecipir untuk kesihatan dan kecantikan dipengaruhi oleh kandungan nutrisinya. Dalam 100 gram kecipir mentah terkandung 409 kkal tenaga, 0.795 miligram Asid pantotenate, sekitar 0.45 miligram Riboflavin, dan 0.175 miligram vitamin B6. Buah kacang botor ini sendiri merupakan tumbuhan melilit pada junjung dimana hampir semua dari bahagiannya bisa digunakan. Bermula dari buah dimana bahagian biji, umbi sehingga daunnya dapat dijadikan bahan untuk dikonsumsi harian. Sayuran ini yang juga dikenali ramai sebagai 'winged beans' ini dimasak menjadi makanan enak, murah dan menyihatkan. Manfaat kecipir boleh memengaruhi kesihatan dan juga kecantikan. Selain memiliki kandungan nutrisi yang telah disebutkan di atas, kecipir juga memiliki kandungan antioksidan tinggi. Ia merupakan sumber 'folate' yang memiliki manfaat luar biasa untuk wanita hamil dan janinnya. Kehabatan kecipir yang pertama berkaitan dengan kandungan kalori dan seratnya. Kecipir memiliki kandungan kalori yang rendah dan ia juga memiliki serat berlebih yang membantu penurunan berat badan secara sihat. Serat tinggi dan kalori rendah membantu membuat semua orang merasa kenyang sehingga mengurangkan kemungkinan selalu makan berlebihan yang dapat menyebabkan kenaikan berat badan. Didakwa kecipir menganduni antioksidan asli yang membantu mencegah membran sel diserang oleh radikal bebas yang menyebabkan kerusakan kulit. Vitamin C dan vitamin A kecipir mencegah aktiviti penuaan awali dan melindungi kulit anda daripada berkedut. Dengan memperbarui sel-sel kulit maka makan kecipir membantu dalam merawat elakkan kedutan kulit yang mulai berkurang akibat proses penuaan seseorang. Manfaat kecipir sangat baik untuk kulit sebab kandungannya melindungi kulit dari kerosakan luaran dan dalaman. Kandungan vitamin C tidak hanya membataskan akan timbulnya kerutan dan garis tetapi juga membantu didalamproses penghasilan kolagen. Kandungan ini didakwa membantu menjaga elastisiti pada kulit sehingga melindungi kulit dari keriput dan kendur. Manfaat kecipir selanjutnya adalah dapat meningkatkan kekebalan tubuhbadan. Kecipir kaya akan vitamin C dan vitamin A. Mengambil makanan dari jenis kekacang dapat membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh sehingga tubuh seseorang itu tidak akan mudah diserang infeksi dan penyakit. Vitamin C dalam kecipir berperanan sebagai pelindung, penyembuh penyakit dan menjaga tubuh tetap sihat.
Manafaat makan kacang botor mampu mengurangkan masaalah peradangan. Buah kecipir dapat membantu dalam mengurangkan peradangan. Manfaat kecipir ini dipengaruhi oleh sifat antioksidan yang dimiliki oleh mineral di dalamnya, yang bekerja untuk menghilangkan keseleo atau pembengkakan yang disebabkan oleh peradangan. Perkara ini dapat bermanfaat bagi orang yang menderita radang sendi, karena dapat membantu mengobati defisiensi superoksida dismutase (SOD) atau faktor yang menyebabkan peradangan tersebut. Paling unik dimana kacang botor juga mambantu dalam meredakan masaalah Lelah atau Semput atau Asthma. Sesiapa yang makan kecipir dilaporkan membantu dan meredakan lelah atau sebab kecipir memiliki kandungan magnesium yang tinggi. Magnesium ini dapat menenangkan otot-otot pernafasan. Kesannya adalah sistem pernafasan pun jadi lebih lancar dan teratur. Bagi penderita asma dapat mengambil sayuran ini secara rutin. Penyelidikan mendapati dimana perpaduan antara vitamin D dan kalsium bermanfaat untuk mencegah masaalahkencing mania atau masaalah diabetes. Proses ini berlaku dengan mengoptimakan kadar metabolisme glukos dalam tubuh. Kedua bahan nutrisi ini secara langsung akan bertindakbalas pada sel-sel pankreas dimana ia akan mengawak pengeluaran rembesan insulin dan kadar gula darah. Dengan menyeimbangkan kadar gula dalam darah didakwa memakan kacang botor mampu membantu untuk mencegah timbulnya diabetes. Kajian lain mendapati dimana kandungan tiamin dalam kecipir diketahui dapat mencegah masalah berkaitan dengan penglihatan. Amalan makan kacang botor secara teratur membantu mencegah timbulnya masalah seperti glaukoma dan katarak. Khasiat kecipir ini dipengaruhi oleh tiamin yang memiliki kemampuan untuk meningkatkan penghantaran isyarat otot dan saraf yang sangat penting dalam hubungan antara mata dan otak. Mamang kacang botor sebagai sumber Asid Folate yang baik bagi tubuh. Kandungan folate yang terdapat pada kecipir membantu meningkatkan darah di dalam tubuh. Makan kecipir juga dapat membantu meningkatkan kadar hemoglobin dalam badan sehingga membantu meningkatkan kadar sel darah merah yang rendah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BENIH DI SEMAI... JUNJNG KENA ADA...
SEKEJAB NERNUAH... MESTI DIBAJA...
MAKANAN SIHAT... ENAK RASANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Jamadil Akhir 1442H).
Happy Chinese New Year
Gong Xi Fa Chai!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.