Support My Blog

Monday, February 1, 2021

PEMBANGUNAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN TANAH TINGGI 
 di Malaysia memberikan satu senario baru didalam menimbulkan banyak masaalah dan isu sejak ianya dilaksanakan. Sering dilaporkan beberapa kejadian pencemaran sungai, kejadian banjir, tanah runtuh, longgokan sampah sarap, air sungai toksik dan berlaku kematian akibat musibah dikawasan tanah tinggi. Ini kerana di negara tropika, kawasan tanah tinggi merupakan kawasan utama mampu dimajukan untuk sektor pelancongan, pertanian dan tentunya petempatan. Di Malaysia pula terdapat banyak kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Frazer (Fraser’s Hill), Bukit Larut, Lojing, Kundasang, Borneo Highlands dan Bukit Bendera merupakan diantara destinasi pelancongan utama. Selain itu penulis blog dapati dimana kabanyakan tanah tinggi tertentu juga merupakan kawasan pertanian utama yang dikhususkan kepada jenis tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. Di Kundasang Sabah pula terdapat ladang lembu tenusu yang luas untuk penghasilan susu segar.  Namun, kawasan tanah tinggi di Malaysia juga merupakan kawasan sensitif dari segi alam sekitar dan ekologi. Tanah tinggi memang mempunyai cerun curam, punck bukit, flora dan fauna endemik yang terancam dimana komuniti tempatan juga ada yang kaya dalam budaya. Antara tarikan utama tanah tinggi ialah iklim atau suhu yang lebih sejuk berbanding dengan tanah dataran rendah. Akibatnya pembangunan pesat dan perancangan serta pengurusan yang kurang efektif, kawasan-kawasan tanah tinggi telah agak serius mengalami perubahan persekitaran yang negatif. Ramai pelancong yang ke kawasan tanah tinggi memerlukan penginapan seperti hotel, chalet, homestay sehinggakan penoh sesak terutama pada musim percutian. Diantara perubahan besar ialah perubahan guna tanah dari hutan ke bandar dan ladang, perubahan unsur iklim, pembandaran dan peningkatan bencana alam. Walaupun banyak perubahan fizikal ini menggambarkan kemajuan dan membawa faedah ekonomi, ianya juga telah membawa impak negatif seperti bahaya dan bencana persekitaran. Antaranya ialah hakisan tanah, tanah runtuh, penyahhutanan, pemusnahan tadahan air, pencemaran alam sekitar, pengenapan sungai dan empangan, dan banjir di kawasan hilir sungai. Pengurusan persekitaran di kawasan tanah tinggi adalah mustahak untuk mengawal kemerosotan persekitaran demi menjaminkan kelestarian. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology'' subuh ini menulis mengenai isu, masaalah dan cabaran mengenai pembangunan dikawasan tanah tinggi di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua. Ada juga maklumat mengenai cabaran alam sekitar dan cara-cara efektif pengurusannya mengikut model pembangunan lestari.

Tanah tinggi di Malaysia kebanyakannya adalah asalnya ditumbuhi dengan pokok hutan yang merupakan tanah bercerun yang sensitif. Kawasan hutan tersebut mempunyai bukit yang curam, bercerun, gunung, flora dan fauna dengan taburan hujan yang banyak. Di Malaysia telah ada banyak kajian mengenaikedudukan kerosakan yang berlaku dikawasan tanah tinggi. Apa pun isu ini akan 'viral' setiap kali berlaku musibah apa lagi kalau ada kematian kerana semenjak tahun 1970 dilaporkan sudah banyak kematian berlaku. Selain daripada kejadian tanah runtuh, massaalah hakisan tanah, pergerakan jisim, penyahhutanan, pencemaran air akibat pengendapan sungai dan tasiktelah juga berlaku kejadian banjir kilat yang telah memusnahkan harta dan nyawa. Dari segi sejarah Tanah Tinggi Cameroon Highland merupakan satu kawasan hutan yang nyaman dan tidak tercemar selepas merdeka. Bagaimana pun pada tahun 1957 - 1973 didapati penggunaan tanah yang membuka kebun  pertanian dan perumahan telah menukar hutan kepada satu bandar peranginan dan juga pengeluaran sayuran. Sekarang ini dengan adanya beberapa jalan bertaraf lebuhraya ke Cameroon Highland menyebabkan jutaan pelancong berkunjung ke sana dimana terdapat banyak hotel, pusat pelancongan dan percuitan yang utama di Malaysia. Apa yang penulis blog rasakan adalah dimana kini suhu di Cameroon Highland sudah tidak sama dengan tahun 1975 kali pertama melawat ke tanah tinggi tersebut yang seeingat saya jauh lebih sejuk diwaktu sianghari. Secara umumnya beberapa kajian mendpati pembangunan banyak infrastruktur seperti lebuhraya, bangunan, empangan, rumah plastik SPH telah memberikan kesan negatif kepada kawasan tanah tinggi. Apa lagi setelah kawasan hutan di sebelah Kelantan iaitu kawasan Tanah Tinggi Lojing telah dibuka sekitar awal tahun 2000 dimana pembukaannya tidak terancang memberikan kesan negatif lebih serius. Pengusaha dan petani yang rakus dengan mempunyai banyak modal serta mengharapkan pulangan tinggi terus meneroka secara haram atau 'halal' sehinggakan seakan dilihat dari mata kasar macam 'tidak terkawal'. Hasilnya kerajaan melancarkan 'Operasi Bersih' pada tahun 2016 - 2019 untuk menangkap pekerja asing dan mengawal pencerobohan tanah haramyang berleluasa ketika itu. Operasi kerajaan tersebut masih berjalan sehingga waktu ini.

Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi dibawah kawalan kerajaan Negeri kini semakin dikawal dimana semua cadangan baru perlukan kelulusan khas. Ini kerana dikebanyakan lokasi tanah tinggi adalah merupakan kawasan tadahan air untuk kegunaan pertanian, industri dan domestik. Jika kawasan ini dibangunkan dan terganggu maka akan berlaku kualiti dan kuantiti air yang akan turun kebahagian tanah rendah. Pembangunan yang tidak terancang atau berlebihan juga akan menyebabkan kerosakan alam sekitar fizikal yang sukar diperbaiki. Diantara kerosakan tersebut termasuk kehilangan ekosistem dan spesis flora dan fauna semulajadi berkekalan, pemusnahan kawasan tadahan air, perubahan iklim, berlaku hakisan tanah yang teruk serta kehilangan tanah tanih yang subur. Kesan buruk juga menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh, batu jatuh dan aliran lumpur yang teruk. Sering juga berlaku kejadian banjir terutama dibahagian hilir sungai dan menyebabkan pengenapan mendakan dalam sungai. Air menjadi tercemar dengan arus deras yang tidak terkawal jika berlaku hujan lebat berterusan. Seterusnya yang kurang dirasai adalah berlaku pencemaran udara akibat tanah yang direroka apa lagi bau bueuk dari baka organik dan racun kimia yang digunakan didalam kawasan perkebunan. Dari segi sosio-budaya pula akan kehilangan masyarakat orang Asli atau penduduk asal dikawasan tanah tinggi. Mereka juga akan kehilangan punca pendapatan apabila hutan asli telah tercemar, air sungai tercemar dan pelbagai masaalah lain. 

Akibat daripada pembangunan negara yang pesat termasuk sektor pertanian dan pelancongan dikawasan tanah tinggi maka proses pembangunan terus berlaku. Walau pun kuasa pembangunan kawasan tanah tinggi ini dikawal oleh kerajaan negeri akan tetapi masih banyak konflik timbul. Apa pun kebanyakan kerajaan negeri ingin untuk menambah pendapatan melalui sektor pelancongan dikawasan tanah tinggi yang menjadi popular dan kesukaan ramai. Suhu persekitaran sejuk, udara nyaman dan hotel yang selesa serta pilihan pelancongan ditawarkan menyebabkan lebih ramai pelancong datang dikawasan tanah tinggi. Ia memberikan pulangan ekonomi selaras dengan dasar pelancongan negara. Pelancong bukan saha dalam negara malahan dari luar negara seperti di Genting Highland yang mempunyai pakej pelancongan lengkap dengan ribuan buah bilik penginapan serta tarikan pusat rekreasi, perjudian dan sebagainya. Terkini dibangunan pusat belibelah besar seperti Genting Highland Premium Outlet (GHPO) yang menarik minat ribuan orang saban minggu. Pembangunan pesat dikawasan tanah tinggi jika tidak dikawal pihak kerajaan dan aktiviti penguatkuasaan akan menyebabkan kadar degradasi yang lebuh cepat lagi. Ada banyak dakwaan dari pihak tertentu terutama dari beberpa pihak-pihak NGO yang selalu menentang pembangunan kawasan tanah tinggi. Jika hendak dibangunkan juga makan banyak peraturan dan spesifikasi mesti dipatuhi kerana tanah tinggi adalah kawasan yang sensitif. Sebarang penebangan hutan perlu dikawal dengan rapi sehingga peringkat kawalselia dan penguatkusaan. Walau pun telah ada garispanduan pembangunan kawasan tanah tinggi disediakan akan tetapi ianya perlu dilaksanakan dengan serius. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAH TINGGI...IA SENSITIF AREA...
NAIK BANGUNAN...PERTANIAN JUGA...
PERLU DIKAWAL... AGAR TERJAGA...
BOLEH MELANCONG... RAMAI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 240, Hotel Pasadena,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(26 JamadilAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...