Support My Blog

Friday, February 26, 2021

STEVIA - TANAMAN UNTUK KESIHATAN

STEVIA
(
Stevia rebaudiana) merupakan sejenis tanaman herba yang cantik untuk landskap dan memberikan rasa manis sekitar 300 kali ganda daripada gula. Tumbuhan ini mempunyai nama lain seperti Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa dan eira-caa. Ia juga mempunyai nama botani sinomis sebagai Eupatorium rebaudianum seperti tumbuhan capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf atau sugarleaf daripada keluarga  Astereacea yang berasal dari Paraguay. Banyak dakwaan dimana daun manis dari tumbuhan stevia digunakan sebagai  pengganti gula untuk pesakit kencing manis. Tumbuhan ini juga dikategorikan sebagai pokok renek dimana ia amat sesuai sebagai tanamn penghias penutup bumi. Stevia adalah keluarga keturunan kepada bunga matahari atau ia adalah dalam suku sakat mereka. Kajian para pakar yang meneliti mengenai tumbuhan pengganti bahan pemanis ini disebebkan daun stevia ini di percaya0 ada keistimewaan sebagai herba perubatan yang mana ianya boleh mengurangkan penyakit kencing manis walaupun ianya lebih manis 300 kali daripada gula. Pokok stevia ini sudah lama di gunakan di beberapa negara maju sebagai pemanis teh dan ubat-ubatan. Stevia telah ditanam dibanyak negara seluruh dunia dan di Malaysia teah ramai pengusaha yang telah menanam stevia secara 'penanamann kontrak' atau 'contract farming' dengan ikatan kepada beberapa syarikat tempatan. Produk stevia tempatan kini didakwa sangat baik untuk mereka yang menghadapi masaalah diabetis. Penanaman boleh dijalankan secara kecil-kecilan dikeliling rumah atau pun secara komersil dikebun. Artikel pagi Selasa ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai penanaman stevia dan kehebatanya daripada kajian pakar untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua. 

Penanaman stevia kini sesuai juga ditanam menggunakan konsep 'Edible Garden'  atau 
Taman Ramuan dimana ia menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubatan selain menghias laman lebih cantik. Pada penulis blog sememangnya ada beberapa jenis tumbuhan atau pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan menarik dalam Taman Ramuan termasuk stevia atau daun manis yang boleh menjadi pilihan ramai kebelakangan ini (Sila anda lihat foto disebelah). Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. Stevia didakwa boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi. Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu dimana lazimnya ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil. Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru itu biasanya pokok stevia menghasilkan biji benih apabila matang. Pokok ini boleh juga dibiakkan dengan menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Kini teknik pembiakan stevia selalunya menggunakan kaedah Keratan Batang (Stem cutting). Sejarah menyatakan dimana stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah walau pun dakwaan ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.

Pada masa ini s
elain untuk landskap tanaman stevia ditanam dalam kebun dengan cara komersil. Bagi tanaman landskap atau tanaman keliling rumah ia di tanam didalap bekas polibeg atau pasu sesuai dan diletakkan agar memberikan permandangan cantik (Sila   lihat foto disebelah). Bergantung kepada kreativiti seseorang tanaman stevia disekeliling rumah ini amat mudah dilakukan. Daun stevia pula slalu digunakan secara meluas sebagai pemanis terutama stevia daripada spesis spesies Stevia rebaudiana. Dilaporkan stevia ini mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan juga sebagai makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, mampu untuk melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Apa pun kemuidan di Eropah dimana kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Hebatnya dimana daun stevia adalah pemanis semula jadi disahkan ianya tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid. Stevia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia. Dalam satu kajian mendapati stevia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan serta juga didapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi. Bagi s
atu kumpulan saintis lain yang telah melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes. Saintid dari  Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2. Terdapat dakwaan yang menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan juga berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung. Sehingga kini dilaporkan ada berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malahan menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk tujuan memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat. Sehingga kini dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada. Dalam pada itu di USA, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana. Di Malaysia banyak rujukan boleh diperolehi dimana tanaman ini seduai di tanam didalam tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air. Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Biasanya dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa. Beberapa tip mengenai kegunaan dan khasiat stevia yang dilaporkan termasuk stevia sebagai bahan pemanis semula jadi yang menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan masaalah keradangan dan ia membantu menurunkan berat badan. Semuga artikel ini mempu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolog kali ini. Wasallam!!!...
POKOK RENEK SAHAJA.... IA STEVIA...
MUDAH DITANAM... DIMANA SAHAJA...
SANGAT MANIS .... 300 KALI GANDA...
TANAM SENDIRI... MUDAH DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...