BELUT (Monopterus albus) merupakan sejenis haiwan dari keluarga Synbranchidae yang mempunyai 4 Genera dan 20 jenis atau spesis. Belut mempunyai ciri khusus iaitu haiwan tidak bersisik dan tidak mempunyai sirip kecuali di bahagian ekor dimana ramai orang akan 'geli' atau 'takut' atau 'fobia' untuk memegangnya. Kebanyakan belut dari kawasan tropika adalah mempunyai insang yang sempit dan tinggal dikawasan lembab berair dan mampu mengambil udara atau bernafas melalui kulit. Penulis telah mengenali haiwan belut semenjak kecil lagi ketika memancing di anak sungai dekat rumah di Muar, Johor. Kadang-kadang mata kail di makan oleh belut yang memang menjengkelkan tetapi rupa-rupanya belut sangat sedap untuk dijadikan lauk. Belut dikawasan sawah padi atau di Betawi Indonesia di panggil sebagai moa (Monopterus albus) adalah sejenis ikan anggota suku Synbranchidae (belut) dari ordo Synbranchiiformes yang mempunyai nilai ekonomi dan nilai ekologi. Kini menternak belut merupakan satu bidang usaha yang agak kurang di usahakan di Malaysia oleh rakyat tempatan. Terdapat hanya beberapa syarikat yang pernah menjalankan ternakan belut secara komersil seperti oleh Syarikat Soon Seng, di Nenasi, Pekan, Pahang dimana syarikat tersebut telah beroperasi lebih 15 tahun bersama dengan ternakan udang. Bagaimana pun kini kebanyakkan kolam di lokasi tersebut telah menukar operasi kepada penternakan udang harumau yang beberapa jenis ikan lain. Terdapat banyak jenis belut yang didapati daripada belut didalam air masin, belut air payau dan juga belut air tawar. Didalam laut banyak terdapat jenis ikan belut yang kebanyakannya adalah pemangsa. Di negara kita dan beberapa negara Asean yang lain paling popular adalah Belut Sawah atau dipanggil Moa atau Lindung itu adalah sejenis hidupan yang mana ia mempunyai nilai ekonomi dan ekologi. Belut boleh dimakan dengan cara menggoreng, dimasak dengan sos pedas masam atau dijadikan Sup Belut yang berkhasiat. Apa pun secara ekologi dimana para saintis telah menjadikan belut sebagai satu indikator tahap pencemaran persekitaran habitat sebab haiwan ini agak mudah untuk beradaptasi. Ketiadaan belut disuatu lokasi menunjukkan telah berlaku kemusnahan persekitaran yang sangat parah telah terjadi. Artikel petang Isnin ini semasa PKP2.0 akibat kes pandemik covid19 yang bersambung lagi saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai teknik khas atau teknologi mesra alam menangkap belut liar di Kelantan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda.
Dalam habitat semulajadi belut adalah predator ganas di kawasan paya dan sawah. Makanannya terdiri daripada hidupan seperti ikan kecil, cacing, krustasea dimana belut juga lazimnya aktif di malam hari. Haiwan ini dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kelilingnya tetap basah. Penulis blog juga mendapati belut mampu menyerap oksigen melalui bahagian kulitnya. Belut lazimnya akan bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang melalui didepanya dan memakannya. Walaupun didapati dimana berasal dari daerah tropika tetapi belut sawah diketahui dapat bertahan hidupdimasa musim sejuk dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatkannya menjadi haiwan yang dianggap berbahaya bagi persekitaran yang bukan habitatnya. Bagaimana pun kini belut sawah telah dijadikan ternakan yang komersil melalui berbgai kaedah penternakan dan teknologi. Haiwan ini juga dapat mengambil oksigen terus dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air asalkan kawasan tempat tinggalnya tetap basah. Belut juga mampu menyerap oksigen melalui kulitnya yang licin dan berwarna coklat sehingga kehitaman. Warna belut bergantung kepada keadaan dipersekitarannya dan boleh membesar sehingga 1 meter. Pada kebiasaaannya belut bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang lalui dihadapannya. Belut mempunyai deria pergerakan yang sensitif untuk mengesan mangsa walau mempunyai mata tetapi kurang berfungsi. Belut Sawah betina lazim bersarang di dalam lubang dimana ia akan bertelur dan meletakkan telur-telurnya pada gelembong atau buih-buih di air yang cetek atau dangkal. Jika telur belut menetas maka keluarlah anak belut muda yang semuanya betina. Dalam proses pembesarannya akan ada beberapa ekor akan yang menjadi belut jantan.
Pencari belut memerlukan asas kemahiran, keberanian dan ilmu khusus dalam mencari lubuknya. Telah menjadi rutin harian kepada pencari belu dikenali Che Madzlan Mir dimana beliau bermula kira-kira pukul 7 pagi sudah mulakan aktivitinya. Bermula dengan merebus ikan sepat yang ditangkapnya pada hari sebelumnya. Kebiasaannya dia beroleh hasil tangkapan ikan sepat itu sebanyak sekitar satu setengah kilogram (kg). Selesai sahaja merebus ikan sepat kemudian dia akan menggaul ikan air tawar itu dengan tanah liat yang diambil di kawasan berhampiran rumahnya di Kampung Cherang Melintang, Tumpat, Kelantan. Petua untuk campuran ikan sepat dengan tanah liat adalah cetusan idea kenalan beliau dari Thailand. Ini satu kaedah pembuatan sebagai sejenis umpan untuk menaikkan bau hanyir ikan bagi menarik belut masuk ke dalam 'tukil' iaitu sejenis alat khas untuk menangkap belut yang efektif (Sila lihat foto disebelah). Biasanya bau hanyir ikan sepat itu mampu tersebar kira-kira sejauh lima meter daripada lokasi tukil itu diletakkan di dalam paya. Dakwa Che Madzlan teknik menggunakan kaedah itu dimana dia pernah memperoleh hasil tangkapan belut terbaik dengan sebanyak 30 kg dalam tempoh seminggu sahaja terutamanya pada musim tengkujuh. Che Madzlan atau lebih selesa disapa dengan panggilan Abe Lan ialah seorang pencari belut dari Kampung Cherang Melintang yang menjadikannya sumber mata pencarian untuk menyara keluarga sejak enam tahun lalu. Biasanya dia akan mencari lubuk belut di kawasan berlumpur berhampiran rumahnya di Kampung Cherang Melintang, Tumpat, Kelantan dan hasilnya dijual kepada peminat belut.
Sebagai pencari belut dia selalunya menggunakan kudratnya sendiri untuk menghasilkan 100 buah tukil yang diperbuat daripada paip polivinil klorida (PVC) sepanjang 3 meter. Pada masa dahulu dia membuat tukil daripada batang buluh tetapi kini lebih mudah, murah, ringan dan tahan lama dengan gunakan PVC. Kekangan menggunakan buluh adalah lebih berat dan penangkap belut tidak boleh membawa banyak tukil buluh untuk dipasang di kawasan paya pada satu-satu masa. Pada kebiasaannya selain paip PVC ada juga rautan buluh halus juga digunakan sebagai injap. Ini berfungsi memberi pengudaraan kepada belut apabila ianya terperangkap di dalam tukil. Alat tersebut juga memerangkap belut bersaiz sederhana. Alat khas tukil akan diletakkan di kawasan paya, sawah padi, lubuk atau lombong yang mempunyai lumpur kerana di situ adalah habitat belut (Sila lihat foto disebelah). Kawasan rayauan beliau selain Kampung Cherang Melintang adalah dimana dia juga sering meletakkan tukil di beberapa kawasan lain di sekitar daerah Tumpat dan Kota Bharu seperti di Bunut Susu, Gelang Mas, Pasir Pekan dan Dewan Beta. Sekiranya musim hujan atau tengkujuh lazimnya dia mampu memperoleh hasil tangkapan sebanyak 10 kg sehari. Bagaimana pun sekiranya tidak bernasib baik dia pernah pulang dengan tangan kosong sahaja. Beliau yang dibantu isteri Pn Normadiah lazimnya akan menjaja belut segar kerana memperoleh hasil tangkapan yang terlalu banyak pada tahun 2020 lalu. Mereka akan pergi ke kedai makan di Tumpat dan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu untuk menghabiskan tangkapan belut. Menceritakan pengalaman beliau dakwa ada kala dia tidak memperoleh hasil tangkapan terutamanya pada musim kemarau. Walau pun penat untuk memeriksa setiap tukil dimusim panan tetapi hasil tangkapan pun tiada sambil mengeluh.
Semasa sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari pandemik covid19 daripada Mac 2020 sehingga artkel ditulis pada Febuari 2021 walau pun dia ada menahan tukil, namun hanya memperoleh kira-kira hanya 1 kg sehari dan tangkapan itu hanya dijadikan lauk-pauk untuk keluarganya sendiri ekoran peraih belut dan kedai makan menutup operasi mereka. Selalunya hidangan yang dia paling suka dan penduduk tempatan buat dengan belut adalah menus masakan Belut Madu (Sila lihat foto dibawah). Biasanya saiz yang ideal bagi belut untuk dijual kepada peraih atau kedai makan ialah sebesar ibu jari kaki dengan panjang 60 cm (sentimeter). Belut dengan saiz itu mempunyai isi yang lembut dan lebih mudah dipotong untuk dijadikan hidangan. Antara cabaran utama dalam aktiviti penangkapan belut sudah tentu bertemu ular senduk. Dia pernah terserempak dengan reptilia itu beberapa kali dan menakutkan dimana selalunya dia akan terus pulang ke rumah sahaja kerana tidak mahu mengambil risiko. Seterusnya mengikut dakwaan seorang peraih belut di kampung itu bernama Mohd. Shaibon berumur 32 tahun dakwa kebanyakan penangkap belut menjual hasil tangkapan mereka kepadanya setiap hari. Beliau yang mengambil alih perniagaan ibu dan bapanya sejak tujuh tahun lalu dakwa dimana belut merupakan rezeki kepada penduduk kampung. Selalunya dia akan membeli belut pada harga borong iaitu RM20 sekilogram daripada penduduk kampung dan haiwan itu akan disimpan di dalam tangki air yang mampu untuk menampung kira-kira 100 kg belut dalam satu masa.
Diperjelaskan lagi dimana pada musim banjir kemampuan seorang penangkap belut mampu memperoleh sebanyak 10 kg belut sehari. Biasanya penangkap belut memerlukan satu tempat yang besar untuk menyimpannya sebelum dijual di kedai makan atau di pasar. Selain menjual kepada peraih biasanya Che Madzlan turut menjual hasil tangkapannya terus kepada pengusaha kedai makan di Kampung Talak, Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat. Bagi pemilik Kedai Makan Sup Belut Talak bernama Zailani Nawi berumur 50 tahun sedia untuk berkongsi cerita dimana lazimnya pada musim hujan dia akan membeli sebanyak 10 kg belut daripada Che Madzlan dan jumlah itu akan habis dalam tempoh beberapa jam sahaja. Selain penduduk kampung memang terdapat ramai masyarakat dari luar jajahan Tumpat datang ke kedainya hanya untuk mereka menikmati hidangan belut. Biasanya selain supbelut yang enak anara hidangan belut yang popular adalah dengan cara memasak tiomyam belut, mi segera belut dan paprik belut. Ekoran banyak permintaan terkini pemilik kedai makan ini juga telah mencipta satu resipi baharu iaitu belut madu sebagai tambahan menu yang disukai ramai. Ramai yang terkejut apabila saya menjual hidangan berasaskan belut madu iaitu dengan harga RM7 satu set. Harganya berbaloi dan disebabkan itu juga menu belut habis dijual hanya beberapa jam. Dakwanya disepanjang tiga tahun membuka kedai makan dimana menu belut antara tarikan utama untuk menarik pelanggan. Belut Madu adalah menu kegemaran ramai yang tidak boleh nafikan untuk pembaca blog ujirasa semasa berpeluang ke Tumpat. Semuga pembaca blog anim agro technology yaang belum pernah merasa akan keenakkan belut mendapat 'keberanian' untuk menikmati keenakan makanan belut selepas membaca artikel ini. Wasallam!!..
GUNAKN TUKIL... PVC RUPANYA...
RM20 SEKILO... BELUT SEGARNYA...
BELUT MADU.. KENALAH UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Rejab 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.