Support My Blog

Friday, February 19, 2021

BUAH ABIU - KENALI DIA

MUNGKIN tidak ramai yang kenal dan suka makan buah abeo. POKOK ABEO atau Abiu (Pouteria caimito Radlk) adalah sejenis tanaman yang kurang dikenali di Malaysia dan merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae. Kali pertama penulois blog mengenali tumbuhan ini setelah Menteri Besar Johor menyatakan amat suka makan buah ini dalam satu Maljis Rasmi di Tangkak pada tahun 2009. Buah ini di tanam di Stesyen Pertanian Jorak, Muar dan juga di Stesyen Pertanian Tangkak, Ledang Johor. Penelitian penulis blog mendapati buah Abeo ini berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah oleh penjajah dahulu. Keluasan tanaman ini di Malaysia tidak dapat dipastikan kerana tidak direkod dan saya menganggarkan sekitar 20-30 hektar CHE sahaja. Kawasan yang masih menghasilkan buah Abeo adalah disekitar Jalan Tapah-Cameroon Highland di Perak yang ditanam secara bercampur dengan buah-buahan lain. Pada masa dulu sekitar hujung 1980'an penanaman buah abeo ini menjadi 'kegilaan' ramai petani di sekitar Tapah Perak sehingga mencapai keluasan lebih 300 hektar. Pokok Abiu atau Abeo yang saya lihat di Stesyen Pertanian Jorak, Muar adalah sederhana besar dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 10 meter. Dahan pokok melempai jatuh ketanah dan agak lembut serta mudah sekah. Struktur daunnya tersusun secara berselang seli (alternate), berbentuk sama ada obovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Saya dapati bunganya jenis hermaprodit yang berwarna putih dimana bunganya keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Dalam lawatan saya ke kebun En Tan di Bt 12 Jalan Tapah-Ringlet mendapati ada sifat agak pelik mengenai buah Abeo ini dari segi bentukknya. Ada buah yang berbentuk bulat dan ada buah yang berbentuk lonjong. Bagaimana pun bacaan dari sumber lain menyatakan bahawa buah abeu yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai ‘nipple’ yang pendek sebelah bawah buah. Pemerhatian mendapati tangkai buah agak pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isi dalamnya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk oblong. Buah yang di potong akan berubah warna kepada pucat setelah beberapa minit terdedah kepada udara walau pun rasanya tidak berubah. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sejenis pokok buah unik iaitu buah abeo untuk ianya dijadikan bacaan rujukkan anda semua.

Buah Abiu biasanya menghasilkan buah berwarna hujau semasa muda dan akan menjadi kujing kehinauan apabila masak. 
Buah Abeo yang masak berwarna kuning berkilat dengan kulit yang lixin bergayutan pada dahan pokok (Sila anda lihat foto disebelah)Buah ini dikenali dengan nama yang berbeza beza mengikut wilayah yang berbeza di negara-negara pengeluar seperti di Trinidad yang menamakannya ssebagai epal bintang kuning atau caimitt; di Colombia mengenalinya sebagai camio, Caimito amarillo atau madura verde; di Ecuador ia dikenali sebagai luma atau cauje; di Venezuela sebagai temare; di Portugal sebagai abieiro; dan di Ghana sebagai alasa. Berdasarkan nama berbeza yang diberi di setiap negara dapat diandaikan bahawa buah ini telah tersebar luas dengan kemampuannya tumbuh di pelbagai jenis tanah. Abiu tumbuh terbaik di kawasan yang lembab sepanjang tahun dan iklim yang panas. Habitat kawasan pertumbuhan pokok abiu hampir di semua kawasan tropika. Apa pun Buah Abeo atau Abiu dianggap sebagai berasal dari hulu Amazon. Ia tumbuh liar di bahagian timur yang lebih rendah daripada Andes dari barat daya Venezuela ke Peru. Ia juga tumbuh di sekitar Tingo Maria dan Iquitos, Peru dan ia juga ditemui di Wilayah Guayas di Ecuador, di mana ia dijual di pasaran. Di lembangan Amazon, ia didapati tumbuh meluas di bahagian utara Brazil bahkan telah diusahakan sejak lama di Trinidad. Pokok Abiu yang kini terdapat di Malaysia adalah benih yang ditanam di Australia.

Apa yang penulis blog lihat dimana p
okok abiu sederhana besar dengan ketinggian mencapai sehingga 10 meter bergantung kepada umur dan penjagaan pokok. Daunnya tersusun secara berselang, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Bunganya adalah dari jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau pun berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Buah yang muda berwarna hijau dan berkulit licin. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya selalu berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1- 4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk empat segi panjang. Isinya seperti kelapa muda tetapi lebih manis. Ada buah yang berbentuk bulat dan ada buah yang berbentuk lonjong. Bagaimana pun bacaan dari sumber lain menyatakan bahawa buah abeu yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai ‘nipple’ yang pendek sebelah bawah buah. Pemerhatian mendapati tangkai buah agak pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk oblong. Buah yang di potong akan berubah warna kepada pucat setelah beberapa minit terdedah kepada udara walau pun rasanya tidak berubah.

Buah Abeo yang telah masak akan  dipetik dengan cara menggunakan tangan atau gunting yang ada bekas jika kedudukan buah agak tinggi. Buah yang dituai dikumpulkan didalam bakul plastik dan dibersihkan dengan mengelap menggunakan kain lembab. Buah abeo kemudian digredkan mengikut saiz dan rupabentuk. Lazimnya buah Gred A mempunyai saiz yang bulat, kulit berwarna kuning terang dan tidak ada kecacatan serta purata berat melebihi 150 gram sebiji. Buah akan disusun didalam kotak kertas dengan setiap lapisan akan dilapik dengan kertas suratkhabar untuk menjaga kualiti kulit buah abeo. Penulis membuat ptinjauan dimana buah ini akan dijual kepada pemborong di Kuala Lumpur dengan harga ladang sekitar RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram dan sasaran pasaran adalah beberapa buah hotel antarabangsa di Kuala Lumpur. Antara khasiat dan manafaat buah abeo didakwa mampu untuk m
eringankan batuk, bronchitis, dan sistem pernafasan atau paru-paru kerana mengandung banyak vitamin A, B3 dan C, serta kaya dengan sumber kalori dan serat. Isi buah abiu boleh digunakan untuk meringankan batuk, bronchitis, dan pernafasan atau paru-paru. Getah pokok buah abeo juga bermanfaat sebagai ubat cacing dan menyembuhkan luka bengkak. Laporan nutrisi buah abeo mengandung banyak vitamin A, vitamin B, vitamin C, kalori, dan serat sehingga makan buah abiu tambah kesihatan. Setiap 100 gram buah abeo mengandungi Kalori : 95 Kal, Air : 74.1 gram,  Serat : 30 gram, Protein : 2.1 gram, Zat Besi : 1.8 mg, Vitamin B : 0.2 mg, Viamin B2 : 0.2 mg, Lemak : 1.1 g dan Kalsium : 96.0 mg seperti laporan dikeluarkan makmal.

Sebaiknya memakan buah abeo segar adalah terbaik untuk mendapatkan khasiatnya. Bagi menjelaskannya berikut dipaparkan beberapa manafaat jika mengambil buah abeo untuk kesihatan. Pertama didakwa ia akan m
enjaga kesehatan organ mataManfaat vitamin A yang terkandung di dalam buah abiu merupakan nutrisi penting yang membantu menjaga dan melindungi kesihatan mata. Vitamin A juga membantu dalam meningkatkan kemampuan penglihatan serta mencegah mata dari terjadinya penyakit katarak. Buah abeo juga dapat membantu memlancarkan sistem pencernaanBuah abiu kaya akan serat yang dapat membantu memperlancar sistem pencernaan sehingga mencegah terkena sembelit. Selain itu, kandungan manfaat serat juga membantu menyihatkan organ-organ pencernaan seperti gastrik dan masaalah usus. Berkat kandungan serat dalam buah abeo maka proses pencernaan menjadi lebih lancar dan kita juga terhindar dari kemungkinan terkena kanser usus. Ketiga buah abeo dilaporkan mampu mengatasi masalah atau gangguan pada sistem pernafasan. Individu yang makan buah abeo boleh membantu mengatasi gangguan pada sistem pernafasan seperti bronkitis (radang pada bronkus), meringankan batuk, serta masaalah kepada pernafasan atau paru-paru lainnya. Keempat didakwa buah abeo adalah buah sebagai anti radikal bebasManfaat vitamin E dapat membantu mencegah tubuh agar terhindar dari radikal bebas yang merugikan. Radikal bebas tersebut biasanya banyak mengandung zat karsinogenik yang juga merupakan zat berbahaya penyebab kanser. Ke lima khasiatnya adalah ia dilaporkan mampu menyembuhkan penyakit cacing dan mengatasi bengkak-bengkakSelain buah, ternyata kandungan getah pohon abiu juga bermanfaat untuk membantu mengatasi penyakit cacingan, juga dapat digunakan sebagai obat pencahar dan menyembuhkan bagian tubuh yang mengalami pembengkakan. Keenam adimana buah ini didakwa membantu meningkatkan daya imuniti tubuh. Perkara ini telah banyak diketahui bahwa untuk meningkatkan daya tahan tubuh maka kita perlu untuk memenuhi salah satunya keperluan asas tubuh iaitu vitamin C. Buah abeo mengandungi tinggi vitamin C yang baik untuk kita ambil secara rutin. Vitamin yang tinggi ini akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh sehingga mencegah kita dari mudah daripada terkena berbagai macam penyakit dan serangan kuman menjadikan tubuh lebih fit dan sihat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro kali ini. Wasallam!!...
BUAH ABEO... MUDAH TANAMNYA...
BUAH MUDA HIJAU...KUNING  TUA...
BANYAK KHASIAT... MURAH HARGA...
MEMBACA ARTIKEL...INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1442H).



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...