Support My Blog

Wednesday, February 3, 2021

BUAH CAY NHOT - APA DIA?

BUAH CAY NHOT (Elaeagnus latifolia) memang kita tidak kenal atau mungkin ada yang pernah melihatnya dikalangan rakyat Malaysia. Apa pun dilaporkan dimana buah Nhot ini cuma sebesar ibu jari berwarna hijau sebelum masak dimana ia  kemudian bertukar kepada kuning ketika matang dan akhirnya menjadi warna merah apabila sudah cukup masak. Beberapa rujukkan penulis blog mendapati buah ini memang ada ditanam dan banyak terdapat di bahagian utara negara Vietnam dimana mereka menamakannya sebagai Cay Nhot. Apa pun setelah dselidikki rupanya perkataan 'Cay' adalah bermakna 'Buah' dalam bahasa Malaysia sementara bagi perkataan 'Nhot' adalah nama buah dan jika digambungkan ia akan menjadi 'Buah Nhot'. Buah ini adalah dari keluarga Elaeagnaceae. Dikawasan lain dilaporkan dimana buah ini juga akan dikenali dengan nama lain seperti diberikan nama sebagai 'Bastard Oleaster' yang buruk maknanya. Di Vietnam pokok ini turut dikenali juga sebagai Pokok Tasik Bukit, Pokok Bukit Putera Bo, Pokok Lu atau Pokok Cik Permata. Mungkin ada dikalangan pembaca yang sering berkunjung ke Vietnam (sebelum krisis pandemik covid19) yang pernah melihat pokoknya, buahnya dan juga produk-produk berasaskan daripada buah nhot ini. Beberapa kenyataan menyatakan buah ini memang mempunyai rasa manis dan masam iaitu rasa yang silih berganti pada masa yang sama. Ini kerana dilihat dari segi marfologi dimana terdapat lapisan seperti kapur berwarna putih pada lapisan kulit buahnya yang nipis dan perlu ditanggalkan terlebih dahulu dengan menekan buah lembut ini dengan jari pada sekeliling buah yang kecil ini. Ini akan menanggalkan lapisan kapur itu disamping merongkai ikatan isi dengan bijinya. Ketika isi dan bijinya sudah terpisah, saat untuk menikmati jangan lagi ditangguh. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparka sejenis buah yang kurang kita kenali di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan semua pembaca.

Buah Nhot ini merupakan buah daripada kumpulan agak popular di Vietnam dimana ia dilaporkan ramai gadis Vietnam yang suka memakan buah ini dengan mana cara makan adalah mencampurkannya dengan perasa dan garam. Buah ini juga menjadi sebahagian daripada bahan-bahan untuk memasak sup masam. Sup masam ini adalah salah satu menu masakan yang popular di Vietnam Utara khususnya dikalangan penduduk luarbandar. Bahkan pokoknya yang lembut dilaporkan memang turut digunakan sebagai ubat dalam perubatan tradisional. Pokok ini sesuai tumbuh pada tanah lengas (atau dalam bahasa Inggeis sebagai greasy soil) atau tanah agak kering dimana pokoknya adalah agak tahan kemarau. Penduduk luar bandar biasanya menanam pokok ini dalam taman atau di hadapan rumah. Ketika musim sejuk biasanya bahagian rantingnya yang kecil dan lembut kekal berada pada pokoknya sehingga ia setia menunggu ketibaan musim bunga. Pada musim bunga kelak maka bahagian tunas-tunas baru dan keluar seakan melakar cahaya putih pada kebanyakan daunnya yang kelihatan seperti ia dilapisi dengan kapur. Semasa tibanya musim berikutnya maka jambak bunga segar Cay Nhot keluar dengan warna putih bercampur biru.  Apaila tiba musim bunga iini maka kombinasi daun dan bunga menjadikan kawasan desa yang menanam banyak pokok Nhot ini akan menjadi satu keindahan semulajadi disana. Vietnam Utara merupakan kawasan 4 musim dengan dianugerahi dengan kecantikan tulin sehingga mampu menjadi tarikan pelancng. 

Tumbuhan daripada pokok ini berasal daripada kawasan beriklim temperate sehingga sub-tropika seperti di Vietnam Utara, China, Bhutan, India Utara di Asia dan kawasan menyerupainya. Ia mudah dijumpai juga daripada kawasan Asia sehingga Australia Utara sehingga Amerika Utara iaitu dengan banyak spesis yang mana berjaya dikenalpasti. Saintis juga pernah melaporkan dimana ada spesis Elaeagnus philippiinesis yang nati daripada negara Filipina menyerupai buah Cay Nhot ini. Banyak spesis tumbuhan ini termasuk didalam kategri tumbuhan perosak atau pokok tidak dikehendakki (noxious plant). Pokok yang decisuous ini adalah renek dengan mempunyai kelas sebagai pokok kecil. Memunpai saiz daun yang kecil selalunya dalam susunan alternate sehingg akebahagian pucuknya. Batangnya selalu berwarna kelabu coklat dengan mempunyai sisik berwarna coklat dan jika dilihat dari kejauhan seakan berwarna keputihan sahaja. Ia mempunyai bunga kecil dengan 4 kelopak dimana selalunya mengeluarkan aroma atau bau yang wangi semasa mekar. Ini membolehkan serangga akan datang untuk melakukan proses pedebungaan pada tumbuhan ini. Buahnya adalah jenis buah drup yang mengandungi hanya satu biji sahaja. Kebanyakan buah dari spesis ini boleh dimakan (edible) tetapi memberikan banyak rasa daripada sangat masam sehingga kepada rasa manis. Buah ini mengandungi khasiat vitamin yang tinggi selain daripada bahan Lycopene yang baik untuk kesihatan. Antara beberapa spesis yang selalu ditanam terdiri daripada E. latifolia, E. angustifolia, E. umbellata dan juga E. multiflora (Gumi) untuk penghasilan buahnya.

Kini hasil daripada kajian biakbaka telah banyak tumbuhan dari Elaeagnus spp ini menjadi jenis Hybrid selain daipada kultivar popular sedia ada. Diantara baka kacukan ini ada yang selalu dipilih untuk dijadikan pokok bonsai seperti daripada kacukan diantara E. angustifolia dengan satu lagi spesis spesis E. submacrophyyla. Pokok bonsai ini sangat cantik jika dibentuk dari awal apa lagi kalau ianya mengeluarkan bunga yang berbau wangi semasa mekar. Spesis ini dilaporkan pernah mendapat anugerah (Award) daripada Royal Horticultural Society berpejabat di London dengan kategori 'Award of Golden Merit'.  Kajian mendapati dimana tumbuhan ini adalah menjadi perumah kepada perosak Lepidoptera dimana ia kan bertelur dan larvanya akan memakan daun bagi Kupu-Kupu Gothic. Selain itu pokok ini sering menjadi pilihan untuk burung dan unggas membuat sarangnya bagi membiak. Bagaimana pun ciri terhebat pokok ini dimana ia mampu 'mengikat Nitrojan' melalui akarnya atau dalam bahasa teknikalnya sebagai 'nitrogen fixation plants' yang mampu menyuburkan tanah. Ini membolehkan ia hidup dalam tanah yang rendah kandungan baja Nitrojen dalam tanah. Banyak produk dan makana yang dihasilkan daripada buah Nhot ini dan yang paling popular adalah 'Nasi Merah' yang dijadikan makanan tradisional di Vietnam sebagai satu kebudayaan. Ia juga ada dibuat jem, pes, jeruk dan berbagai lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH CAY NHOT... KURANG KENALNYA...
DITANAM BANYAK... VIETNAM UTARA...
BUAHNYA MASAM.... MANIS PUN ADA...
MEMBACA ARTIKEL... TAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1442H).  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...