TUMBUHAN SEROJA atau TERATAI atau pun LOTUS (Nelumbo nucifera Gaertn.) adalah spesies tumbuhan air yang berbunga sepanjang tahun. Tumbuhan daripada famili Nelumbonaceae ini mempunyai beberapa nama sinonim lain iaitu Nelumbium speciosum Willd., Nelumbo komarovii Grossh dan juga Nymphaea nelumbo yang juga dipanggil sebagai Water Lily. Dia juga dipanggil sebagai Indian Lotus, Sacred Lotus, Bean Of India dan Egyptian Bean. Dipercayai berasal dari India penulis blog dapati dimana tanaman ini sering kali disebut juga sebagai Teratai (Nymphaea) walaupun sebenarnya keduanya tidak sama. Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak terapung di permukaan air sebagaimana teratai. Akibat kekeliruan ini maka seroja pernah dikenal dengan nama binomial Nelumbium speciosum atau Nymphaea nelumbo. Lotus (genus Nelumbo) merupakan bunga kebangsaan negara India. Kita di Malaysia tidak pelik dengan bunga ini kera ia ada ditanam dibeberapa tempat premis keagamaan, rumah-rumah dan paling mudah dilihat dibeberapa kawasandi taman rekreasi orang ramai. Kita akan melihat tumbuhan ini yang terapong dipermukaan air dan berbunga cantik. Lazimnya timbuhan ini mempunyai tangkai yang berbentuk silinder yang kosong di tengahnya untuk udara dan ia akan mengapungan tumbuhan tersebut. Daunnya pula memang terdapat di permukaan air dimana ia akan keluar dari tangkai yang berasal dari batang yang berada di dalam lumpur di dasar kolam, sungai atau paya. Tinggi tanaman ini boleh mencapai sekitar satu meter hingga satu setengah meter. Diteliti lanjut akan dilihat dimana daunnya tumbuh ke atas yang meninggi di atas permukaan air. Daun itu biasanya berbentuk bulatan penuh tanpa potongan, bergelombang di bahagian tepi dengan urat daun berkumpul ke tengah daun. Diameter daun dapat mencapai 60 cm. Permukaan daun mengandung lapisan lilin yang menyebabkan air yang jatuh ke permukaan itu membentuk butiran air. Artikel subuh ini daripada tingkat 24 Hotel Berjaya Pulau Pinang saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai tumbuhan seroja atau juga dipanggil teratai dan lotus untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Memang tumbuhan jenis akuatik ini mempunyai bunga dengan diameter sampai 20 cm berwarna putih bersih, kuning atau merah jambu dimana ia akan keluar dari tangkai yang kukuh menjulang di atas permukaan air (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya di Malaysia bunganya kembang pada bulan Julai hingga Ogos dan ia memang cantik. Ada beberapa jenis seroja dengan bentuk dan warna bunga yang beragam. Dari segi kegunaan didakwa dimana bunga Seroja indah dipandang sehingga banyak digunakan sebagai penghias kolam di taman-taman. Dalam pada itu memang didapati bahagian batangnya enak dimakan dan banyak digunakan dalam masakan di Jepun, masakan Cina dan juga dalam masakan India. Batang yang dimakan mentah dapat menjadi sumber penularan parasit Trematoda (sejenis cacing). Pengkelasan varieti lotus ini boleh dibahagikan mengikut 3 citi utama iaitu ciri pada rizom, ciri pada biji dan juga ciri pada bunganya. Ia akan diberikan nama kultivar dimana paling dominan diantara ke tiga ciri tersebut. Berdasarkan kepada penanaman di China dilaporkan lotus ciri rizom merupakan terbanyak dengan ada sebanyak 200,000 hektar ditanam diikuti dengan lotus biji iaitu sekitar 20,000 hektar ditanam. Lotus Rizom merupakan jenis lotus yang paling produktif menghasilkan rizom dan mempunyai bunga paling cantik diantara ketiganya. Jenis ini juga menumbuh dengan saiz paling tingi dimana ia kurang berbunga atau tidak berbunga langsung. Purata hasil yang dituai di China diantara 7.5 - 15 metrik tan sehektar pada bulan biasa bagaimana pun meningkat kepada sebanyak 30 - 45 mt sehektar pada bulan dari Julai sehingga September.
Dalam pada itu bijinya dilaporkan kaya dengan tepung sehingga boleh dimakan atau diolah menjadi bahan makanan. Biji yang direbus dan kemudian ia dihaluskan dan dicampur gula menjadi isi Kuih Bulan yang dimakan pada Festival Kuih Bulan. Di negara China dilaporkan dimana biji yang masih muda dijadikan minuman pengganti minuman teh. Bahagian yang berlubang-lubang seperti sarang lebah dijual dalam bentuk kering sebagai pelengkap dalam seni menggubah bunga kering (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan seroja atau lotus ini memang tumbuhan akuatik yang boleh dimakan. Biasanga bahagian daunnya yang bersaiz lebar sehingga sering digunakan sebagai pembungkus, terutama pembungkus ikan di pasar tradisional sebelum penggunaan beg plastik menjadi popular. Bahagian-bahagian lain yang dimakan adalah bahagian stolon atau akarnya yang dimasak sup dan menjadi makanan digemari. Di India batangnya ini akan dipotong-potong dan direndam dalam air garam kemudian dikeringkan atau dijerukkan dan dimakan. Bahagian bunga di Korea akan dikeringkan dan diproses menjadi Teh Lotus yang sangat digemari sebagai minuman tradisional. Lebih unik kerana bahagian stamen pada bunga teratai ini diproses untuk menjadi teh premium yang berharga dengan aromanya yang istimewa.
Teknik penanaman seroja boleh dilakukan didalam kolam, paya atau dialam bekas khas dibuat sendiri untuk menakung air (Sila lihat foto disebelah). Tanaman dapat berkembang biak daripada biji yang sudah tua atau pun dengan cara menggunakan bahan keratan batang. Seroja dapat ditanam di dalam pasu berisi tanah berlumpur yang berair dengan dijaga selalu paras air didalamnya. Penulis blog menjumpai beberapa petani di Perak yang menanam luas pokok teratai dikawasan tanah bekas lombong dimana mereka menghasilkan bunga dan batang (stolon) teratai secara komersil untuk pasaran domestik. Mereka akan mempastikan kualiti air didalam kolam sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang sisabaki racun kerana ia akan menjejaskan kualiti stolon atau rizom atau akar yang dihasilkan. Berbalik kepada sejarah mengenai tumbuhan ini dilaporkan dimana di zaman Mesir kuno tumbuhan seroja dijumpai tumbuh bersama-sama dengan Teratai spesies Nymphaea caerulea di pinggiran Sungai Nil. Bangsa Mesir zaman Firaun sangat memuliakan seroja dimana sehingga bahagian bunga, buah dan kelopaknya dijadikan motif dalam pembinaan kuil. Dari Mesir didakwa dimana tanaman seroja dibawa ke Syria dan menyebar ke Iran, India, dan China. Pada tahun 1787, Sir Joseph Banks membawa seroja ke Eropah Barat untuk ditanam di dalam rumah kaca di taman bunga awam. Pada masa ini negara China menanam 70% daripada penggunaan produk seroja didunia dengan mereka menanam seluas 300,000 hektar diseluruh negara. Mereka menanam didalam kolam atau dikawasan sawah padi terpilih. Sistem tanaman giliran (crop rotation) diantara sayuran dan lotus ini adalah kaedah penanaman paling popular di China. Semuga artikel ini memberi kefahaman kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA POKOK TERATAI... JUGA SEROJA...
TANAMAN AKUATIK... DALAM AIR SAHAJA...
AKAR DAB BUNGA.... BERNILAI BIJINYA...
BACA ARTIKEL... TERIMA MAKLUMATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Suite Room No 2412,
Hotel Berjaya, Jalan Burmah,
Pulau Pinang, Malaysia.
(21 Muharam 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.