PADI WARNA VARIETI PERISA 'KELADI' (Oryza spp) merupakan sejenisi padi lokal yang ditanam secara organik di Kg Tambantuon, Kota Belud, Sabah yang penulis blog dapat buat tinjauan. Pada penulis blog Kg Tambatuon ini sangat unik sebab ianya adalah tempat penanaman padi keladi organik yang berwarna merah yang agak luas melebihi 100 hektar di daerah ini. Padi ini dilaporkan memang sejenis beras organik yang penuh berkhasiat dimana ia daikwa juga sama seperti superfood. Daripada laporan saintifik beras jenis ini memamg mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan pemakannya. Apa pun penulis blog sempat teliti akan cara penanaman juga sangat sistematik seperti cara orang Jepun tanam padi. Ini membuktikan orang Dusun rajin dan memanh mereka berdisiplin. Penanaman padi artesan yang mana ia mempunyai pasaran khas (niche market) telah ini berjaya meningkatkan pendapatan petani daripada RM7 sekilogram dulu hingga sekarang RM22 sekilogram bergantung kepada lokasi dan gred. Beras organik ini merupakan sejenis beras yang dikategorikan sebagai 'Speciality Rice' daripada Sabah yang berpotensi dikomersilkan. Beras ini memang sangat mendapat permintaan baik didalam negara atau pun diluar negara. Dilaporkan dimana sekarang orang luarnegara seperti dari Singapura, Tumur Tengah (Middle East) dan Hong Kong cuba berusaha mengimport beras specialiti atau pun beras unik ini ke negara mereka. Bagaimana pun dilaporkan dimana masih lagi ramai orang Malaysia masih belum dapat mencuba atau ujirasa akan kehebatan beras ini. Memang Malaysia mempunyai banyak potensi dalam sektor Pertanian dimana banyak pihak sedang berusaha didalam menjalankan pelbagai projek infrastruktur di kawasan Kota Belud Sabah untuk membantu petani. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai produk padi warna varieti keladi untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.
Tambatuon kampung pertama di Sabah hasilkan beras wangi keladi organik di negeri Sabah secara komersil. Dalam pada itu kedatangan penulis blog disambut dengan hujan amat lebat selama 1.5 jam seelum ia reda dan dapat masuk kekawasan sawah padi. Kampung Tambatuon di Kota Belud menjadi kampung pertama di negeri ni mengeluarkan produk beras wangi keladi yang ditanam secara organik (Sila lihat foto disebelah). Beras wangi keladi dari kampung terletak kira-kira 112 kilometer dari sini sudah dijual secara komersial di pasaran dengan harga RM10 untuk 500 gram dengan bungkusan yang menarik. Kini harga komersil beras ini mencecah RM15 sekilogram. Aktiviti penanaman padi secara organik di kampung yang saya lawati ini membabitkan 22 petani di tanah seluas pemilikan tanah purata seluas 1.2 hektar dan menghasilkan lapan tan beras wangi keladi yang dituai sekali dalam setahun. Dalam pada itu perbualan penulis dengan seorang petani disini iaitu En Francis Mali mendaka dia seoorang petani padi secara organik di kampung itu bersama empat lagi petani lain di kampung memulakan tanam padi secara organik bermula pada 2014 selepas mereka didedahkan dengan tanaman padi secara organik oleh Pertubuhan Perkongsian Komuniti (Pacos Trust). Menurutnya mereka berminat menanam padi secara organik tanpa menggunakan baja kimia untuk menggalakkan penduduk di kampung itu mengamalkan makanan sihat.
Dalam pada itu semasa mereka mula menceburi tanaman padi secara organik ini dimana ada penduduk kampung tidak yakin dengan cara tanaman ini. Bagaimana pun akhirnya masa berubah dimana kempen dibuat dari tahun ke tahun ramai petani yang berminat semakin bertambah kepada 22 orang. Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah program Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud banyak membantu penanaman padi secara organik di kampung itu. Kini IADA memberi bimbingan dan infrastruktur sawah padi serta pembungkusan hingga promosi didalam aspek pemasaran. Produk beras warna berwarna coklat kini teah dikenali diluar Sabah (Sila lihat foto disebelah). Apa yang Pengarah IADA Kota Belud Puan Salma Labula dakwa dimana penanaman padi secara organik yang kini berjaya di Kampung Tambatuon merupakan antara salah satu program pembangunan jelapang padi yang dilaksanakan di daerah itu di bawah kementerian. Ia sejajar dengan usaha kementerian itu membangunkan kawasan jelapang padi bagi tujuan untuk meningkatkan hasil beras di negeri ini. IADA ada memberi bantuan dari segi perkhidmatan pengembangan, bimbingan dan infrastruktur membabitkan sawah, perparitan, jalan dan sistem pengairan. Tanaman padi secara organik di Kampung Tambatuon menjadi projek perintis sebelum diperluaskan ke beberapa kampung di Kota Belud iaitu Kampung Kelawat, Taginambur dan Tamu Darat. Pihaknya kini sedang dalam proses mendapatkan pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) untuk produk beras wangi keladi yang dihasilkan menerusi tanaman secara organik ini. Tanaman padi secara organik mempunyai potensi yang luas yang selari dengan usaha kerajaan menggalakkan rakyat negara ini mengamalkan pemakanan sihat.
Dilaporkan dimana Program SRI bantu lonjakkan pengeluaran beras keladi. Ini kerana Program Sistem Intensifikasi Padi (SRI) yang dilaksanakan di Kampung Tambatuon dijangka dapat melonjakkan lagi pengeluaran produk beras keladi ke pasaran lebih luas. Perkara ini pernah disahkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, Kadamaian adalah kawasan pertama yang melaksanakan program SRI hasil kerjasama antara penduduk kampung dengan Malaysian Agroecology Society for Sustainable Resource Intensification (SRI-MAS). Beliau pernah menyokong program itu mendapati dimana cara penanaman padi berasaskan konsep dan amalan SRI itu adalah untuk menghasilkan tanaman organik. Melalui sokongan pelbagai pihak termasuk Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud dan Rakan Kongsi Organisasi Masyarakat (PACOS) maka penduduk kampung mengusahakan penanaman dan perusahaan beras keladi secara organik. Penulis blog sempat meneliti pengamalan teknologi SRI ini semasa memuat tinjauan (Sila lihat foto disebelah). Progam SRI dijangka akan mampu melonjakkan produk beras keladi Kampung Tambatuon ke pasaran yang lebih besar. Sebenarnya usaha tersebut membabitkan United Nations Development Programme (UNDP) dan ada program berkaitan yang membabitkan persijilan antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang memberi sistem pengiktirafan terhadap produk asli beridentitikan warisan asal komuniti di sesebuah kawasan.
Program SRI juga akan melonjakkan lagi aktiviti ekonomi di kampung itu dan ia bersesuaian dengan aspirasi untuk membangunkan kawasan Kadamaian berasaskan dua sektor ekonomi utama iaitu pelancongan desa dan pertanian mapan. Perkara ini dijangka antara fokus utama penyediaan Pelan Pembangunan Kadamaian bagi 2020-2035 yang akan dimulakan oleh Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah dan Pejabat Perhubungan Kadamaian. Pendekatan amalan SRI dalam perusahaan padi di kawasan Kadamaian dimasukkan dalam perincian pelan itu nanti dan saya berharap program ini diperluaskan ke kampung lain di kawasan ini. Kampong ini yang ada beberapa daya tarikan pelancongan seperti sistem tagal, sawah padi organik, mendaki gunung dan keindahan sungai mampu menggamit pengunjung. Penulis blog sempat berfoto diatas jambatan gantung dilokasii utama kawasan agro tourism dikampong ini (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog pertanian organik yang menghasilkan sumber makanan berkualiti tinggi mempunyai nilai pasaran tinggi berbanding produk hasilan pertanian menggunakan bahan kimia. Diantara tanaman yang berpotensi untuk para petani kembangkan menggunakan kaedah pertanian organik adalah tanaman padi seperti yang ditanam di kawasan Kampung Tambatuon. Penggunaan baja organik yang dihasilkan sendiri oleh penduduk kampung berkenaan melalui tunjuk ajar Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta tenaga pakar dari luar antara kelebihan yang tidak diperolehi di tempat lain.
Pada masa ini terdapat kesedaran pengguna terhadap produk pertanian organik secara tidak langsung meningkatkan permintaan produk organik di pasaran dunia. Ini adalah kerana berlaku kelebihan dan keistimewaan pertanian organik ialah ia tidak menggunakan bahan kimia yang membahayakan kesihatan pada tempoh jangka masa panjang, membuka minda pengguna untuk beralih kepada produk-produk pertanian yang dihasilkan melalui pertanian organik. Ianya tidak terhad kepada produk pertanian malah pada masa ini produk ternakan juga telah diusahakan melalui kaedah pertanian organik dan antara keistimewaan kaedah pertanian atau tanaman padi secara organik ialah kandungan nutrien tinggi selain aroma yang wangi dan warna beras yang menarik seperti yang penulis blog dapat ujirasa baru-baru ini (Sila lihat foto disebelah). Nasi yang dimasak mengekalkan warna coklat dengan rasa lemak dan enak dimakan begitu sahaja semasa suam panas. Apa pun jika dimakan bersama lauk lain seperti ikan kering atau laukpauk moden ianya tetap enak. Penulis blog memang suka akan bau dan rasa seakan keladi dengan warna yang ada menunjukkan kandungan antioksidan yang tinggi terdapat pada beras warna ini. Kalau dijadikan Nasi Dagang, Nasi Goreng dan beberapa resepi masakan lain peulis blog pasti ianya lebih enak lagi.
Dalam pada itu dikalangan penduduk kampong mendakwa dimana beras tempatan yang dikenali Beras Wangi Keladi yang ditanam di kampung berkenaan diwarisi sejak turun-temurun dan melalui program kempen makan beras tempatan yang dianjurkan IADA Kota Belud pada tahun lepas, padi yang ditanam di kampung ini dicadangkan untuk dikomersialkan serta menjadi buah tangan pengunjung. Kini hasil usaha IADA Kota Belud ini telah mempromosikan Kampung Tombotuon dimana ia sekali gus menjadikan kampung ini sebagai antara satu produk pelancongan di daerah Kota Belud. Kini nilai pasaran bagi beras varieti tempatan yang ditanam secara organik di Kg.Tambutuon boleh mencecah RM15 sekilogram berbanding harga beras lain di pasaran iaitu antara RM2.50 hingga RM3.50 sekilogram. Dengan harga pasaran yang tinggi serta pengeluaran hasil sekurang-kurangnya 2.5 tan per hektar semusim, menghasilkan pendapatan sebanyak RM37,000 semusim berbanding padi varieti komersil yang lain. Menurut ptani kedua yang penulis temubual iaitu En Sanuel dia berpuashati dengan aktivitii yang dilakukannya (Sila lihat foto disebelah). Walaupun pengeluaran hasil yang rendah dan penanaman hanya sekali setahun namun hasil yang diperolehi berlipat kali ganda serta amat lebih menguntungkan. Melalui pendapatan ini dan ditambah dengan usaha gigih setiap petani secara tidak langsung akan dapat mengubah kehidupan 25 orang petani yang terlibat dalam mengusahakan varieti padi tempatan di kampung ini.Tinjauan penulis blog menilai program seumpama ini akan dapat mencetuskan semangat baru dalam kalangan para penduduk kampung termasuk di Kampung Tambatuon dalam memperkasakan sektor pertanian terutamanya tanaman padi dan seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat petani di kampung tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SATU PENGALAMAN...SERONOKNYA...
MAKAN NASI... COKLAT WARNANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Tambatuon, Kota Belud,
Sabah,
Malaysia.
(28 Muharam 1441H).

KE KG TAMBATUON... JAUH DISANA..
TINJAU PADI... ORGANIK TANAMNYA...SATU PENGALAMAN...SERONOKNYA...
MAKAN NASI... COKLAT WARNANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Tambatuon, Kota Belud,
Sabah,
Malaysia.
(28 Muharam 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.