Support My Blog

Saturday, October 12, 2019

LONGAN EDAW dan PINGPONG DI MIRI

LONGAN (Dimocarpus longan) merupakan sejenis buah-buahan daripada keluarga Sapindaceae yang kini ada di tanam oleh En Chin di Miri Sarawak sebagai tanaman hobi sahaja. Sebenarnya En Chin menanam luas pokk Pitaya (Hylocerus undatus) jenis Merah di kawasan seluas 8 hektar di Tukau, Miri dimana beliau menggunakan teknik Amalan Pengurusan ladang organik. Penulis blog yang berkunjung ke kebun beliau mendapati ia merupakan sebuah kebun yang berjaya dari segi pebgurusan dan mampu untuk dia menghasilkan buah pitaya yang gred premium. Selain tanaman pitaya dia juga menanam Kelapa Pandan (Cocos nucifera), Nanas (Ananas comosus), Longan, Kedondong, Pisang, Jambu Batu dan mempunyai satu unit rumah burung walit. Pada beliau aktiviti pertanian perlu dipelbagaikan bagi tujuan pemasaran dan juga menstabilkan pendapatan sepanjang tahun. Ini kerana dakwanya harga komoditi terutama buah-buahan ada masa rendah dan ada masa tertentu tinggi mengikut bulan dan perayaan. Penanaman longan dilakukan dikawasan rumah beliau di Miri dimana sebanyak 10 pokok Longan Edaw dan 10 pokok Longan Pingpong ditanam didalam dua plot berbeza. Benih longan dia beli daripada beberapa rakannya yang telah menanam didalam pasu keliling rumah. Dia tidak menyangka dengan kaedah pengurusan dan penjagaan baik kali ini buah-nya agak lebat dan dibawa untuk ujirasa kepada penulis dan rakan-rakan yang berkunjung ke kebunnya. Artikel subuh ini dalam blob ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi tentang longan jenis Edaw dan longan jenis Pingpong bersasarkan temubual dengan En Chia dan membuat rujukan dibeberapa artikel lain. 


Terdapat 4 varieti longan yang dikatakan sesuai untuk di tanam di Malaysia dan oa boleh berhasil iaitu Varieti Edaw, Belian (Diamond), Ping Pong dan Biew Kiew. Lain-lain varieti masih ditanam dibeberapa stesyen pertanian untuk melihat prestasi tanaman agaknya sebelum dikomersilkan. Pemerhatian penulis terhadap Varieti Diamond dan Edaw yang ditanam di Pusat Pertanian Jementah, Segamat mendapati ia banyak mengeluarkan hasil apabila sampai musim. Bagaimana pun beberapa dahan 'sekah' apabila buah terlalu banyak dan terdapat serangan kelawar. Kebanyakan varieti longan di negara kita memang berasal daripada Thailand atau China. Tidak mengapalah kalau tanaman ini kurang sesuai di Malaysia kerana kos mengimpot buah ini jauh lebih murah berbanding dengan kos kita mengeluarkannya di Malaysia. Longan Varieti Edaw adalah jenis longan yang paling banyak terdapat di Thailand. Pucuk barunya berwarna kehijauan dan ia biasanya akan sentiasa mengeluarkan buah yang banyak dan berkualiti. Buahnya besar, isi tebal dan biji kecil (Sila lihat foto disebelah) yang ditanam oleh En Chia di Miri untuk saya ujirasa. Apa dibuka kulitnya dan dilihat isinya adalah tebal, berjus dan juga isinya ranggup, manis dan rasanya sedap. Buah longan jenis ini boleh dipetik agak awal kerana bijinya mudah bercambah walaupun semasa di pokok. Saya tidak berhenti mengupas dan makan longan jenis Edaw ini yang manis dan mengenyangkan. Menurut En Chia beliau banyak gunakan baja organik dan baja Chitosan serta baja ikan dipokoknya.


Dalam pada itu marilah kita lihat ciri-ciri lain seperti Longan Varieti Chompoo dimana buahnya lebih besar dan bijinya kecil. Pucuk daun mudanya berwarna merah jambu dan kemudiannya bertukar kehijauan. Apa yang berlainan dengan longan ini adalah kulit buahnya juga berwarna kemerahan apabila ia masak (Sila lihat foto disebelah). Walau pun En Chia cuba mencari benihnya untuk ditanam dalam koleksinya akan tetapi belum mendapat yang tulin sehingga kini. Didakwa buahnya mempunyai warna isinya sedikit kemerahan (Chompoo bermaksud merah jambu dalam bahasa Thai). Buahnya pula didakwa sangat diminati di Thailand sebagai longan premium. Sementara itu Varieti Longan Biew Khiew pula mempunyai jenis daunnya seperti Edaw tetapi berwarna hijau tua dan pucuknya berwarna merah. Buahnya besar dan berkualiti tinggi daripada Edaw serta boleh bertahan lama di pokok. Jenis seterusnya adalah Varieti Longan Diamond  atau Longan Berlian dimana dilaporkan hasil daripada penyelidikan bioteknologi dan pembangunan longan di Thailand. Ia sesuai ditanam dan berbuah secara semulajadi di kawasan tropika termasuk di Malaysia. Buahnya besar dan manis tetapi sedikit berair.


Penulis blog mengambil setangki Longan Varieti PingPong yang dibawa oleh En Chia (Sila lihat foto disebelah). Ia sudah masak dengan warna kulit coklat kekuningan dan saiz buahnya sama dengan seakan-akan buah pingpong yang bulat. Dari keterangan En Chia mendakwa dimana pokok longan pingpong dilaporkan lebih mudah ditanam dan mudah stabil, sihat dan tidak mudah sekah dahannya.  Dia dakwa pokok longan jenis ini juga sesuai ditanam iaitu dengan cuaca di Malaysia. Apabila buah sudah masak dilihat dimana saiz buahnya sebesar bola ping pong dan berbuah lebat dan uniknya tiada kesan negatif jika pokok terdedah dengan hujan dan panas. Bila kulit buah dikupas dilihat ia mempunyai lapisan isi yang nipis berbanding dengan tebal pada longan Edaw. Isinya agak manis dan ia berair dengan rasa unik berbeza dengan aroma Eaw yang lebih wangi. Pada penulis blog lebih suka makan buah longan Edaw berbanding dengan buah longan Pingpong. bagaimana pun dari segi amalan agronomi dan penghasilan didakwa dimana jenis longan ini berpotensi untuk berbuah sepanjang tahun (tidak bermusim) dengan aruhan yang dilakukan. Walau pun pokok En Chia hanya mempunyai ketinggian dalam 3-4 kaki akan tetapi ia mampu menghasilkan buah dengan baik.


Semasa berbincang dengan En Chia akan pengurusan tanaman longan yang dilakukan dinyatakan keperluan air penting dimana air merupakan keperluan asas untuk membangunkan kebun longan. Jika kawasan mudah dibanjiri air (air mudah bertakung) maka pastikan sistem saliran perlu diadakan. Pengairan sangat diperlukan pada peringkat awal penanaman, semasa aberbunga dan juga semasa pembesaran buah. Dalam pada itu En Chia maklumkan serangan serius serangga perosak dan penyakit masih belum lagi dilaporkan. Namun begitu beberapa perosak dan penyakit utama telah ada ditemui walau pun tidak serius. Antaranya seperti Serangga  Pengorek Buah iaitu sejenis kupu-kupu dimana larvanya menyerang bahagian buah. Serangga Thrips yang serang daun dan juga buah.  Serangga dewasa menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah menjadi tompok kuning. Apa pun lazimnya jika berlaku serangan pada kebiasaannya berlaku pada musim kemarau. Serangga Lalat Buah ada yang akan menyerang pada buah. Serangga Kesing Merosakkan jambak bunga, daun muda dan pucuk. pucuk menjadi rosak dan terbantut. Guna racun serangga yang sesuai mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan. Serangan ada pernah berlaku oleh burung gagak, keluang dan kelawar. Penanaman longan Edaw lebih baik harganya dari jenis pingpong seperti apa yang didakwa oleh En Chia akan tetapi penjagaan dan hasil dituai lebih baik pada longan pingpong. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pambaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam111...
MENANAM LONGAN... PILIH BENIHNYA..
LONGAN EDAW... LEBIH ENAK RASANYA...
LONGAN PINGPONG...SENANG DIJAGA...
TANAM SENDIRI... MESTI KENA CUBA JUGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 1216, Executive Suite,
Hotel Mega, Miri,
Sarawak,
Malaysia.
(5 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...