Support My Blog

Tuesday, October 8, 2019

MR12H - PADI HIBRID BARU MARDI

MARDI berjaya menghasilkan padi hibrid pertama negara apabila ianya telah dilancarkan di Kota Bharu Kelantan pada 6 Oktober 2019. Tanaman padi (Oryza sativa) dari keluarga Poaceae merupakan tanaman yang ke 3 terpenting di Malaysia selepas Kelapa Sawit dan Getah. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang berjaya menghasilkan varieti padi hibrid pertama Malaysia iaitu Varieti MR 12H yang mana ia didapati sesuai dengan persekitaran tempatan dan juga mempunyai citarasa nasi yang disukai rakyat. Ketua Setiausahaa kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia iaitu Dato' Mohd Sallehhuddin Hassan sendiri telah melihat hasil tuaian padi varieti MR 12H iaitu padi hibrid yang pertama di Malaysia di majlis pengisytiharan padi baru di Ladang Merdeka Mulong di Kota Bharu hari ini. Dilaporkan dimana tahap penghasilan padi hibrid pertama itu merupakan varieti padi yang ke-50 dihasilkan Mardi sejak kajian mula dilakukan pada 2007. Padi varieti MR 12H yang merupakan kacukan antara 25A dan 4R mempunyai rintangan terhadap penyakit karah, biji padi lebih besar dan dijangka dapat mengeluarkan hasil dua kali ganda daripada padi biasa. Kerajaan akan terus untuk bangunkan padi jenis hibrid yang lain lagi selepas ini dimana MARDI akan mula mengedarkan benih varieti MR 12H kepada pesawah untuk tanaman selepas musim kedua tahun hadapan iaitu 2020. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' akan mempaparkan pengenalan padi varieti hibrid baru iaitu 12H yang dilaporkan dam media tempatan dan juga lamanweb.


Dimaklumkan dimana pada masa ini kerajaan akan bahagikan dahulu kepada pembekal benih padi sah untuk mereka tanam pada musim selepas ini bagi tujuan penyediaan benih. Majlis Pengisytiharan Varieti Padi MR 12H di jalankan di Ladang Merdeka Mulong dihadiri oleh banyak pihak berkepentingan dalam industri padi negara seperti MADA, KADA, IADA dan pihak terlibat dalam pengeluaran benih padi. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Mardi, Datuk Mohamad Roff Mohd Noor dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Nik Roslan Idris. Padi hibrid adalah padi generasi pertama yang terhasil daripada kacukan antara dua varieti padi yang berbeza latar belakang genetik. Buat permulaan kawasan Mulong di sini dan Teratak Pulai di Bachok seluas 10 hektar telah menjadi projek perintis bagi tanaman padi hibrid MR 12H. Kawasan tanaman di Mulong dan Teratak Pulai dipilih untuk membuktikan bahawa padi jenis itu boleh ditanam di kawasan yang kurang subur malah mampu untuk mendapat hasil yang baik. Didakwa kawasan sawah padi iaitu di Mulong ini hasilnya sudah baik dimana pesawah yakin di tempat lain akan lebih berlipat ganda. Diantara keistimewaan varieti padi itu adalah ia matang lebih awal iaitu sekitar 104 hari sehingga 106 hari selepas benih ditabur. Dalam pada itu didakwa dimana purata hasil varieti MR 12H di Mulong dan Teratak Pulai adalah sekitar 7.1 sehingga 7.3 tan sehektar dengan peratus peningkatan sekitar 20 peratus berbanding varieti padi MR 297 yang ditanam di kawasan sama.


Bernama pula melaporkan dengan tajuk ''Padi hibrid pertama'' di Kota Bharu dimana Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakar sejarah dengan menghasilkan varieti padi hibrid pertama MR 12H iaitu di antara lain mampu meningkatkan pengeluaran padi sehingga 20 peratus setiap hektar. Pembangunan varieti padi hibrid yang dimulakan MARDI sejak tahun 2007 juga ada membabitkan ribuan induk mandul jantan dan induk penyenggara tempatan, sehinggalah menghasilkan varieti MR 12H iaitu hasil kacukan 0025A dan 004R. Dalam majlis itu Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata iaitu ada beberapa kelebihan varieti padi berkenaan ialah matang lebih awal, iaitu sekitar 104 - 106 hari selepas ditabur dan tahan atau rintang terhadap penyakit karah. Padi hibrid berkenaan sesuai ditanam di kawasan sederhana subur, meningkatkan pendapatan petani, dihasilkan melalui pembaikbakaan hibrid sistem tiga titisan dan berpotensi mencapai hasil 12.2 tan per hektar. Beras daripada padi berkenaan kategori panjang dan tirus sesuai untuk pasaran tempatan. Tekstur nasi seroi selepas dimasak dan pembangunannya mengambil masa selama 21 musim.


Teknologi penanaman padi hibrid baharu ini berlainan daripada jenis padi biasa. Antaranya kelainan petani tidak boleh menggunakan benih sedia ada dan pesawah perlu membeli benih hanya 40 kilogram (kg) bagi satu hektar yang memerlukan petani untuk menggunakan kaedah mencedung menggunakan mesin jentanam. Dato Salehuddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Hibrid di Ladang Merdeka Mulong di sini (Sila lihat foto disebelah). Padi hibrid MR 12H dipamerkan oleh pihak MARDI selepas Majlis Pelancaran Varieti Padi Hibrid Pertama di Malaysia di Ladang Merdeka Mulong, Kota Bharu, Kelantan. Penanaman padi hibrid MR 12H dapat membantu meningkatkan hasil tuaian dan pendapatan, terutamanya di kawasan sederhana subur. Kini benih padi berkenaan akan diberikan kepada petani pada musim kedua penanaman padi tahun hadapan. Bagi projek perintis dimana tanaman padi itu ditanam di kawasan seluas 10 hektar iaitu di Mulong dan Teratak Pulai bagi urusan penyediaan benih. Pihak Kementerian sedaya upaya memastikan industri padi dalam negara terus berkembang maju, selain memastikan bekalan makanan ruji sentiasa mencukupi. Diharap pada masa akan datang tahap sara diri atau SSL beras negara masih lagi berada pada paras 72 peratus dan pihak kementerian menyasarkan 75 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
 VARIETI PADI... IA HIBRID JENISNYA...
DI MULONG SANA... LANCARKANNYA... 
HASIL TINGGI...12.2 MT POTENSINYA...
VARIETI 12H... NAMA GELARANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1A, Bilik Pensyarah,
Pusat Latihan Pertanian Wiayah Utara,
Teluk Chengai, Kedah,
Malaysia.
(7 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...