Support My Blog

Wednesday, October 9, 2019

THE FARMSHOP LABUAN - PICK AND FRESH

THE FARMSHOP LABUAN merupakan satu konsep baru yang mampu menarik pengunjung untuk mendapatkan produk sayur segar, barangan dapur dan sebagainya. Penulis blog berkunjung ke premis milik En Tommy berumur 43 tahun yang juga seorang usahawan pertanian bimbingan Jabatan Pertanian Labuan. Apa yang menarik adalah beliau berusaha menarik minat pelanggan dan pelancong yang berkunjung ke Labuan untuk menunjukkan bagaimana cara pertanian moden dapat digabungkan dengan konsep 'vertical agriculture', agrotourism dan produk selamat hasil sistem pertanian organik. Taklimat diberikan oleh pemilik bagaimana timbul idea membuat rimah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan Kalis Serangga dengan cermin yang mampu dilihat oleh pengunjung restoren atau kedai runcit beliau dengan jelas (Sila lihat foto diatas). Pada siang hari pengunjung akan dapat melihat sayur daun dan ulaman yang hidup subur dan dijamin selamat dimakan. Labuan yang perlu ada daya tarikan tersendiri daripada produk berasaskan laut, taman laut, sejarah, aktiviti riadan juga menarik untuk mempunyai unsur pertanian dan tanaman. Diatas usaha ini maka The Farmershop ini dibangunkan untuk mwnjadi salah satu pilihan pengunjung di Labuan. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan hasil tunjauan penulis kepremis tersebut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.

Struktur SPH yang didirikan En Tommy berukuran 40 kaki x 120 kaki  dengan ketinggian 18 kaki dilengkapi dengan plastik dan dinding yang kukuh. Sistem tanaman secara hidroponik didalam paip plastik empat segi dengan jarak lubang tanaman 4 - 5 inci disusun mendatar (Sila lihat foto disebelah). Menurut beliau asalnya dia cuba untuk buat sistem NFT tetapi akibat sering berlaku gangguan bekalan eletrik yang boleh menjejaskan pengaliran air untuk akar tumbuhan tanaman makan kini beliau tukar kepada cara hidroponik. Bagaimana pun apa yang dihadapi beliau adalah pada musim panas waktu tengahari dan petang dimana air didalam palong menjadi panas dan ianya menjejaskan pertumbuhan tanaman. Maka denga itu beliau letakkan selapisan jaring hitam (black netting) diatas SPH untuk kurangkan sinaran matahari dan menyejukkan. Selain itu beliau pasang banyak kipas angin (lebih daripada 25 unit diatas SPH) bagi mengurangkan suhu didalam rumah SPH ini. Penulis blog memberikan idea bernas agar Tommy memasang 'exhaust fan' dibahagian tepi dua sisi atau pun memasang 'industrial fan' dibehagian bumbung SPH. Di akhir lawatan saya beliau bersetuju idea diberikan untuk memasang 'industrial fan' dibumbung SPH dengan segera. Selain itu dipasang banyak mentol lampu kalimantang di SPH dimana ia akan membolehkan mereka yang makan direstoren akan dapat melihat kecantikan sayuran daun didalam SPH dimalam hari. Selain itu didakwa lampu yang dipasang menyebabkan sayuran daun menjalankan fotosintesis lebih panjang danmenyebabkan tanaman 25% lebih cepat membesar.


Salah satu usaha beliau yang bernas di The Farmhosue ini adalah untuk membuat tanaman cendawan yang boleh dipetik sendiri pengunjung dan kemudian ditimbang dan dibayar. Kini beberapa bungkah cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulmnarius) yang dibantu oleh Jabatan Pertanian Labuan dijadikan asas untuk beliau belajar membuatnya sendiri. Pengunjung boleh memetik cendawan dan dibawa kerestoren dsebelahnya untuk terus dimasak dan dinikmati yang masih segar. Penulis blog siap menerangkan teknologi pengurusan tanaman cendawan tiram kelabu dan juga kaedah memetik dan menyimpan yang betuk (Sila lihat foto disebelah). Tanaman cendawan adalah sejenis tanaman organik yang berkhasiat dan memberikan pulangan yang baik jika diusahakan dengan baik dan betul. Setiap bungkah tersebut mampu menghasilkan diantara 180 - 220 gram berdasarkan kepada pengalaman penulis yang aktif memberi tnjuk ajar kepada peserta kursus cendawan dan tijnauan penulis blog kepada usahawan cendawan berjaya di Muar, Johor.  


Didalam kedai runcit The Farmshop agak unik dimana ada beberapa konsep diterapkan didalam kedai runcit ini. Pada penglihatan penulis dimana ada beberapa segmen penyusunan barangan yang dijual didalam kedai ini. Seksyen tersebut adalah Seksyen barang-barang makanan  kering (tempatan dan produk import), Seksyen Sos dan Kicap, Seksyen Bahan Makanan Kering, Bijirin, Seksyen Barang Dapor dan paling menarik adalah seksyen pameran produk sayur segar (Sila lihat foto disebelah). Seksyen ini akan dapat dilihat bagaimana air membasahi sayuran sedia dibeli oleh pelanggan ini dengan membuat semburan kabus (Mist spraying). Alatan dan bahan buangan yan direkacipta oleh Tommy sangat simpel dimana hanya beberapa alatan kecil dipasang sehingga kabus keluar membasahi sayuran daun dan jangkamasa penyimpanannya masih berlaku. Penulis blog dapat meneliti akan kesegaran sayuran daun yang tersebut apabia ianya digoreng sebingga masak. Tommy menunjukkan bagaimana kabus dihasilkan daripada sistem ciptaanya sendiri (DIY) yang nudah dan praktikal. 


Dibahagian luar premis disediakan beberapa tarikan termasuk keenderaan kereta Fkibtstones (Sila lihat foto disebelah). Model kereta ini dibuat dan diletakkan dihadapan premis The Farmhouse sebagai satu lagi 'gimmick' yang disediakan kepada pengunjung untk beriadah. Disamping itu diletakkan susunan kayu api (kayu bakau) dijadikan dinding restoren yang menarik. Kayu-kayu ini dibekalkan oleh penduduk kampung yang mana ia akan digunakan sebagai bahan bakar untuk dapur masakkan pizza yang ada disebelahnya. Menurut Tommy beliau sudah ada Chef Pizza yang handa bersedia untuk memasak pizza bakar tradisional yangakan dihidangkan kepada pelanggan berkomsepkan organik. Pelanggan akan makan pizza dan melihat bagaimana salad yang ditanam didalam SPH dan ulaman dijadikan tarikan asas The Farmshop ini. Makanan tradisional lain seperti segala jenis makanan tradisional akan dihidangkan mengikut tempahan pengunjung dimasa akan datang dipremis ini. Kepada mereka yang ke Labuan boleh berkunjung di Farmhouse ini yang hanya kira-kira 10 - 15 minit sahaja daripada penginapan anda. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
THE FARMHOUSE... NAMA DIBERIKAN...
SAYUR ORGANIK... SEGAR DISEDIAKAN...
RESTOREN BARU... PELBAGAI MAKANAN...
SILA KUNJUNGI.. JIKA PERGI KE LABUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 727, Executive Suite,
Hotel Dorsett,
W.P. Labuan, 
Malaysia.
(7 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...