Support My Blog

Saturday, October 19, 2019

BENIH PISANG KULTUR TISU - MR BANANA

BENIH PISANG (Musa spp) merupakan bahan utama yang perlu disediakan didalam penanaman pisang. Pada masa iini pemilihan benih pisang telah lebih mudah dengan adanya benih Kultur Tisu Pisang (TC) sepertimana yang penulis blog membuat tinjauan teknologi ke Premis Mr Banana, di Kampung Sri Lalang, Kluang, Johor. Lawatan ini bersama rombongan yang terdiri daripada Pengarah Pertanian Negeri Johor, Timbalan Pengarah, KU Persekutuan Pertanian Johor serta Pegawai Pertanian Deraah. Pengurus Mr Banana En Chin dan kakitangannya menyambut dengan memberikan taklimat mengenai operasi syarikat Mr Banana yang merupakan syarikat pembekal dan pengedar pisang jenis Cavendish dan Berangan kepasaraya di seluruh negara. Syarikt ini yang telah lama beroperasi di Kluang ini telah menambah besar operasinya sehingga di Lembah Kelang dan Utara Semenanjung Malaysia. Dakwanya kini ereka memiliki tanah yang bertanam pisang melebihi 400 hektar (1,000 ekar( yang kebanyakannya adalah kawasan tanaman semula kelapa sawit dan getah. Maknanya mereka akan membuat sistem ladang kontrek dengan pemilik tanah atau orang lain yang ingin menanam pisang megikut spesifikasi yang diperlukan oleh syarikat. Sistem ini akan menjamin semua hasil keluaran pisa akan diambil atau dibeli oleh Syarikat Mr Banana melalui skim perjanjian ladang kontrek. Apa yang penting dimana BENIH PISANG akan dibekalkan oleh syarikat demi memjanjikan kualiti buah yang dibekalkan adalah menepati ciri-ciri buah yang diperlukan syarikat. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info bagaimana pengeluaran benih pisang kutur tisu oleh Syarikat Mr Banana kepada pekebun pisang sebagai bahan bacaan dan rujukkan semua.


Benih Pisang yang seragam kini hanya boleh diperolehi melalui penyediaan dimakmal pembiakan TC yang lengkap. Syarikat ni mempunyai makmal TC di Johor Bahru yang mampu menghasilkan lebih dari 450,000 planlet (benih TC kecil) sebulan. Plantlet ini kemudian akan dihantar kebeberapa nurseri termasuk nurseri yang terletak di Kg Sri Lalang yang penulis blog membuat tinjauan teknologi kali ini. Menurut Chin pokok pisang yang ada diladang mereka digunakan sebagai pokok induk untuk mendapakan bahan keratan untuk di kultur dimakmal kerana mempunyai ciri pisang cavendish dan juga pisang berangan yang dikehendaki. Plantlet ini kemudian akan ditanam didalam polibeg kecil berisi media tanaman cocopeat yang dibeli daripada agen di Kelantan (Cocopeat ini dipercayai berasal dari negara jiran) yang dibuat pembungkusan semula untuk kegunaan tempatan. Di tanya kenapa mereka menggunakan cocoeat dari Kelantan ini adalah harga yag murah, pertumbuhan benih pisang TC yang baik dan dipercayai diperkayakan dengan unsur baja. Kemudian polibeg ini akan disusun mengikut batch dimana ianya adalah berperingat umurmya mehgikut  penghantaran (Sila lihat foto disebelah). Kesemua nurseri disini dipasang dengan struktur pelindung atau diletakkan jaring hitam diatasnya sebelum proses pengerasan (hardening) dilakukan.

Dua jenis benih pisang yang dibekalkan oleh Syarikat Mr banana adalah Pisang Caendish dan juga Pisang Berangan. Menurut En Chin lagi benih pisang cavendish adalah 75% disediakan untuk diedarkan kepada pekebun yan ada membuat ikatan perjanjian dengan syarikat sementara bakinya 25% adalah benih pisang Berangan (Sila lihat foto disebelah). Benih yang sudah sedia untuk dijual biasanya akan dialihkan kelokasi 'hardening' sehingga ia ssuai untuk diedarkan. Benih ini dijual dengan harga runcit RM1.80 sepokok tidak termasuk kos penghantaran. Apa pun jika kuantiti yang dibeli banyak maka penghantaran adalah percuma terutama penanam pisang yang menandaangani dengan syarikat Mr Banana untuk pembelian semula hasilnya. Benih ini didakwa dan dijamin bebas daripada sebarang penyakit dan tulin serta akan tumbuh seragam jika diuruskan dengan baik seasa penanaman. Mr Banana juga akan membuat lawatan dan pemeriksaan kebun agar amalan agronomi yang dilakukan mengikuti kehendak syarikat seperti jarak penanaman, kawalan rumpai, pembajaan, kawalan perosak dan penyakit, membalut buah, memetik buah sehingg buah pisang ini dihantar kepusat pengumpulan hasil. Syarikat juga akan membekalkan baja kepada pekebun atau hanya engesyorkan baja tertentu agar buah pisang dihasilkan akan seragam dan berkualiti.

Benih Pisang Mr Banana apa yang telah penulis blog lihat mempunyai tahap kualiti yang baik untuk ditanam (Sila lihat foto disebelah). Penjagaan di tapak semaia mengikuti pakej amalan yang sesuai seperti penggunaan baja semburan (foliar fertilizer) bagi pastikan anakbenih dalam keadaan sihat dan subur. Selain daripada syarikat ini menjual kepada petani yang mengikuti ladang kontrek dimaklumkan ada petai luar atau mereka yang tiada perjanjian ladang kontrek ini dengan harga yang boleh dirundingkan. Benih pisang kultur tisu kini menjadi pilihan ramai pekebun pisang kerana ia dijamin bebas daripada patogen penyebab penyakit Moko dikenali sebagai bakteria Ralstonia solanacerum yang pernah menyebabkan industri pisang negara terejas teruk. Pada penulis blog Penyakit Moko merupakan sejenis penyakit yang telah menyebabkan kerugian besar oleh petani di Malaysia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali dengan nama Ralstonia solanacerum yang terdapat pada tanah dan perumah selama 2-3 tahun. Saya mula mendengar panyakit moko pada tahun 2006 selepas berlakunya banjir besar di Johor dan selepas itu banyak siri ceramah mengenai penyakit ini yang di berikan oleh pakar dari Jabatan Pertanian. Bakteria Ralstonia solanacerum merupakan sejenis bakteria yang banyak mempunyai 'tanaman perumah'. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai penyakit moko ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Tanaman makanan dari keluarga Solanaceae merupakan perumah utama seperti pokok Tomato, Terung, Kentang, tenbakau dan semestinya pokok pisang. Perumah lain terdiri dari tumbuhan dari keluarha Heliconaceae dan Musaceae (termasukan jenis pisang hiasan dan pisang yang boleh dimakan). Bakteria ini tahan dalah keadaan suhu tinggi diantara 35 - 37 darjah selsius. Bakteria ini juga mampu bertahan berada dalam tanah selama 2-3 tahun dalam keadaan dormant. Kaedah menebang pokok pisang yang terkena serangan penyakit moko dan menanamnya didalam tanah sebenarnya kurang berkesan kerana bakteria akan lebih cepat membiak.

Dalam pada itu pengusaha Mr Banana ada menyatakan proses permoonan MyGAP bagi pisang yang dihasilkannya. Menurut pegawai pertanian daerah Kluang agak sukar bagi syarikat ini untuk dapatkan persijilan MyGAP kerana mereka tidak ada ladang yang tetap sebaliknya sentiasa berpindah lokasi apabila pokok kelapa sawit atau getah sudh dewasa. DIjelaskan jika Mr Banana ada ladang tetap bertanam pisang berterusan boleh memohon persijilan MyGAP kerana ia adalah berasakan kepada lokasi penanaman. Bagaimaa pun Mr Banana masih menaruh harapan cara untuk mendapatkan MyGAP dengan konsep peanaman yang beliau laksanakan kerana memang mereka tidak ada kawasan tanah tetap. Pegawai Pertanian Kluang menyatakan bahawa syarikat ini telah meneria bantuan geran batuan pemadanan (matching grant) daripada Jabatan Pertanian bernilai sekitar RM200,000 untuk bina kemudahan pusat pemprosesan dan penyimpanan pisang. bantuan yang diluluskan pada tahun 2018 ini digunakan sepenuhnya membolehkan penyimpanan [isang sbelum diedarkan dapat digandakan pengeluarannya. Pada penulis blog penggunaan benih pisang kultur tsu dari syarikat ini telah mampu menghasilkan buah pisang yang seraga dari segi rasa, saiz dan rupabentuknya yang membolehkan ia dijual dibanyak pasaraya (Sila lihat foto disebelah). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM PISANG ... BENIH DARI MANA...
BENIH KULTUR TISU... JAMINAN DAH ADA...
MUDAH DIBELI... BEPATUTAN HARGANYA...
TINJAUAN TEKNOLOGI... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 814, Pinetree Hotel,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(2 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...