Support My Blog

Wednesday, October 16, 2019

MR BANANA - INDUSTRI PISANG SEGAR

MR BANANA adalah satu jenama pisang segar yang sudah terkenal di Malaysia melalui banyak rangkaian jualan dan berpusat di Kluang,Johor. Tinjauan penulis blog ke premis pemprosesan dari terima buah, membasuh, menggred, mencuci, pembungkusan sehingga penyimpanan dilakukan di sini. Kedatangan penulis disambut Pengurus Syarikat En Ching serta 4 orang staff syarikat. Tinjauan bedasarkan pada bantuan 'matching grant' yang diterima oleh syarikat ini pada tahun 2018 iaitu sistem sejuk beku yang telah beropersai sepenuhnya. Bentu bantuan ini merupakan sebahagian dari insentif pengusaha agromakanan yang berjaya menjaadi contoh kepada usahawan tempatan lain. Kumpulan Simple Farm Sdn Bhd yang melibatkan beberapa syarikat lain yang telah bergabung lebih 10 tahun menubuhkan syarikat 'one-stop-center' dalam aktiviti perkebunan, penanaman, penuaian, pengumpulan hasil dan pengedaran pisang dengan jenama Mr Banana. Kini hasil pisang segar yang dihasilkan adalah untuk pasaran domestik dan pasaran eksport ke Singapura, Mesir, Dubai dan dalam proses eksport ke China. Pisang yang menjadi prroduk tersebut adalah PISANG CAVENDISH dan PISANG BERANGAN dimana ia merupakan dua jenis pisang segar menarik minat pengguna. Pengeluaran pisang dari syarikat ini mendapat jaminan kualiti berdasarkan kepada proses penanaman sehingga penuaian dan juga pemprosesan yang terkawal. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info  mengenai industri buah pisang segar untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Penulis blog merujuk kepada laporan mengenai industri pisang di Malaysia masa kini. Pisang (Musa accuminata)  merupakan antara buah yang paling popular di dunia termasuk di Malaysia sebagai buah yang mendapat permintaan tinggi. Buah lain yang berterusan popular dalam negara adalah Nanas (Ananas comosus), Betik (Carica papaya) dan Tembikai (Citrulus lunatus) beberapa lagi terus ditanam dan dipasarkan. Orang Malaysia mekan pisang dalam dua cara iaitu dimakan segar atau diproses seperti pisang goreng, kuih berasaskan pisang dan juga kerepek pisang. Bagaimana pun segmen pisang goreng merupakan segmen penggunaan pisang yang paling meluas menggunakan beberapa jenis pisang seperti Pisang Kapok, Pisang Nipah, Pisang Nangka, Pisang Awak dan Pisang Tanduk. Ia sesuai dihidangkan pada sarapan pagi atau lebih popular sessi minum petang bersama minuman teh tarik atau kopi. Bentuk makanan lain berasaskan pisang seperti jemput-jemput pisang, cekodok, kek pisang, nagasari dan beberapa lagi. Dalam segmen pisang segar pula antara yang popular sememangnya pisang berangan, pisang cavendish, pisang masak 40 hari, pisang emas dan beberapa lagi. Bagaimana pun bagi segmen antarabangsa Pisang Cavendish merupakan jenis yang paling popular.


Dalam banyak pembacaan dilaporkan pisang yang sesuai dimakan daripada spesis Musa acuminata dimana secara semulajadi ia adalah hibrid antara Musa acuminata dan Musa balbisiana. Dilaporkan terdapat lebih 1,000 spesis pisang yang berlainan dari yang boleh dimakan sehingga jenis pisang hiasan (ornamental). Pisang ini ada yang manis, tidak manis, bulat, bengkok, menegak, kuning, pink, silvery, berbintik berjalur dan sebagainya dari pencirian buah pisang. Data rasmi mengenai berapa jumlah sebenar pisang yang djual segar atau digunakan dalam negara  tetapi permintaannya sentiasa ada sepanjang tahun. Penanaman pisang cavendish di Malaysia secara perladangan luas telah dimulakan oleh Kulim Montel Farm (KMF) pada tahun 1997. Bagaimana pun kini syarikat tersebut lebih menumpukan tanaman nanas terutama nanas MD2. Kini operasi pisang oleh KMF sudah kurang dilaksanakan. Di Kluang, Johor pula syarikat Mr Banana menanam pisang cavendish secara selingan (intercrops) dikawasan tanaman semula di kebun sawit dan getah sebelum tanaman ini membesar sehingga umur sawit 3 tahun. Ladang atau Estet kelapa sawit yang melakukan penanaman semula memang sentiasa ada di Negeri Johor.  Selepas 3 tahun lazimnya pokok pisang dan sawit berebut baja, cahaya dan lainnya yang menyebabkan  kualiti buah akan terjejas. Ini menjadikan syarikat terpaksa mencari kawasan penanaman pisang bari sepanjang masa.


Menurut Pengurus Mr Banana, mereka akan menambahkan penanaman dan pengedaran buah pisang segar yang semakin meningkat permintaannya. Pisang cavendish segar dan berangan akan ditanam mengikut jadual pemasaran. hasil jualan pisang ini akan dijangka meningkat kepada RM2.4 juta kepada RM3.4 juta pada tahun akan datang dengan adanya pusat penyimpanan tambahan bantuan Jabatan Pertanian Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Setor penyimpanan ini mampu menyimpan dua kali ganda buah pisang segar untuk diedarkan. Beberapa cawangan premis jualan baru dikenalpasti untuk ditambah disekitar Lembah Kelang dan Johor Bahru serta Pulau Pinang. Bagi kawasan lain agen pengedar akan dilantik kerana sistem ini adalah lebih cekap. En Ching ada beritahu jika ada kekurangan bekalan pisang cavendish dari dalam negara meraka akan mengimport pisang cavendis dari Filipina dan Brazil. Didakwa cavendish tempatan adalah lebih 'seksi dan manis' serta kurus berbanding dengan cavendish yang diimport dari brazil berbentuk bulat sedikit dan kurang manis.


Penulis blog dapati tidak seperti pisang berangan, pisang emas, rastali dan pisang tanduk dilaporkan pisang dari Mr Banana adalah dijamin kualiti dan citarasanya mempunyai sistem pembungkusan yang tersendiri (Sila lihat foto disebelah). Hasil pisang cavendish ini mampu mencecah sehingga 35 mt dalam masa 3 tahun. Dalam pada itu terdapat beberapa saiz standard pisang yang dijual oleh Mr Banana dimana kebanyakannya adalah saiz premium. Lazimya buah tuaian pertama akan memberikan saiz buah besar dimana tuaian berikutnya saiz buah akan menjadi kecil sehingga pokok ditebang. Pegawai Pertanian Daerah nyatakan dimana serangan penyakit Layu Fusarium dan Sigatoka (Penyakit serang daun) terhadap pisang cavendish adalah agak tahan (immune) berbanding dengan pisang lain. Penanaman pisang cavendish dan pisang berangan dilaporkan agak luas di Johor berbanding dengan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Bagaimana pun serangan Penyakit Moko yang berlaku telah agak lama menjejaskan industri piasng negara tetapi kini sudah agak pulih. Serangan penyakit sama bagaimana pun pernah menyerang pisang di Filipina dan Indonesia sebelum ia menyerang Malaysia. Bagi pasaran eksport Mr Chin nyatakan tawaran harga rendah pisang cavendish dari Filipina menyebabkan Malaysia tidak mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa. Malahan banyak juga pisang cavendish dari Filipina yang memasukki pasaran Malaysia. Tinjauan teknologi ke premis Mr Banana di Kg Sri Lalang membolehkan info mengenai potensi penanaman pisang di Malaysia telah pulih kembali apabila ladang-ladang dibawah kelolaan syarikat ini didapati terus berkembang dan pasaran juga semakin meluas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
SUDAH TERKENAL...PISANG MR BANANA...
DI KG SRI LALANG, KLUANG...PEJABATNYA...
PEJABAT PERTANIAN... ADA MEMBANTUNYA...
PISANG CAVENDISH...PALING DI UTAMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 814, PineTree Hotel,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(2 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...