Support My Blog

Tuesday, October 29, 2019

ALAT PENYEMBUR TEKANAN TINGGI

ALAT PENYEMBUR TEKANAN TINGGI (High Power Sprayer) merupakan satu peralatan pertanian (Farm machineries) yang banyak digunakan petani untuk tujuan menyembur cecair dikebun. Alatan ini biasanya mempunyai pelbagai jenis model dan spesifikasi mengikut keperluan pengguna atau aktiviti pertanian yang dijalankan (Sila lihat foto diatas). Kebanyakkan petani komersil seperti penanam sayur daun dan sayur buah, penternak kambing atau lembu susu, pesawah, pemilik dusun buah-buahan dan penternak ikan di Malaysia pernah menggunakan atau pun ada yang memiliki alat 'High Pawer Sprayer' (ringkasnya disebut - HPS) ini. Alat ini mempunyai kemampuan untuk menyembur cecair sama ada campuran bersama air, baja, racun dan sebagainya kesasaran yang tinggi, jauh atau bertekanan tinggi kesasaran yang sukar dicapai dengan pam air biasa seperti knapsack sprayer. Penulis blog memang sering dapat melihat petani terutamanya penanam sayur komersil dan pemilik dusun mangga menggunakan HPS ini untuk mereka menyembur racun atau baja kesasaran dengan tepay dan cekap. Alat HPS ini adalah cekap, mudah dibawa, mudah alih serta kos penyelenggaraan yang murah dan praktikal. Walau pun kebanyakan petani komersil yang mengusahakan pertanian terutamanya tanaman makanan mempunyai tong penyembur racun sandang (Knapsack sprayer), kegunaan alatan tersebut adalah terhad untuk menyembur dikawasan rendah dan terhad semburan kadar ketinggiannya.  Alat HPS ini mudah dibeli daripada kedai-kedai alatan pertanian dengan anggaran harga antara RM 1,200 hingga RM 5,000 satu unit bergantung kepada jenis dan kapasiti HPS serta aksesorinya. Memang keperluan alatan HPS ini banyak membantu didalam aktiviti pembajaan (Baja Foliar), Kawalan Serangga Perosak dan juga untuk membuat kawalan rumpai. Bagaimana pun disyorkan agar aksesories atau Pam HPS ini digunakan untuk khusus sahaja setiap pam. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai alat penyembur racun bertekanan tinggi (HPS) untuk ianya dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Alat HPS ini terdiri daripada beberapa komponen penting yang berfungsi didalam menghasilkan sembuaran berkualiti. Komponen-komponen tersebut adalah bahagian badan (tapak), Injin, Pam Air, Getah Motor, Hos Penyedut, Hos Penyembur dan Nozel (Sila lihat foto sebelah). Bergantung kepada jenama produk, lazimnya bahagian injin berfungsi untuk menghasilkan tenaga untuk disambung kepada pam air melalui getah motor yang disambungkan. Kuasa injin HPS bergantung kepada kapasiti pam air dan juga kegunaannya. Lazimnya ia mempunyai kuasa antara 5 kuasakuda (kk) sehingga 15 kk bergantung kepada model, kegunaan dan harganya.  Begitu juga dengan kapasiti pam air yang akan disambungkan dengan injin mempunyai model dipasaran yang berbagai jenis. Hos penyedut akan disambung daripada tong drum yang mengandungi cecair semburan (sama ada racun, larutan baja dan sebagainya) melalui 'inlet suction' dan keluar melalui hos penyembur. Hos penyembur biasanya mempunyai nozel dihujungnya dan semburan cecair yang bertekanan tinggi. Ia amat mudah dihalakan kesasaran dengan tepat. Panjang hos penyembur lazimnya diantara 200 - 300 kaki bergantung kepada jenama. Penggunaan alat ini hanya memerlukan latihan yang mudah dan boleh dipelajari dengan penjual atau pun melihat demo pengguna sedia ada. Apa yang penting adalah bagaimana untuk 'handling technique' semasa menggunakan dan kaedah penyimpanan serta penyelenggaraan yang berjadual.


Alat HPS ini ada yang menggunakan petrol dan ada injin yang menggunakan diesel. Kegunaan paling berkesan kini adalah untuk menyembur racun perosak kepada pokok buah-buahan yang agak tinggi seperti pokok mangga (Sila lihat foto sebelah)  dengan cara yang lebih selamat dan betul. Tanaman Mangga Harumanis di Perlis penulis blog dapat tahu kebanyakan penanam mangga harumanis komersil dinegeri tersebut memang ada bersedia dan menggunakan HPS untuk pelbagai kegunaan dikebun mereka. Ini kerana pam HPS adalah antara mesin kecil yang sangat berguna diladang mangga harumanis dimana pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian ada memberikan sedikit insentif didalam perolehan pam HPS ini. Adalah dilihat dimana kaedah penyemburan mesti mengikuti arahan pada label racun dengan dos racun yang tepat dimana penyembur perlu memakai pakaian keselamatan perlindungan seperti baju khas, penutup muka dan hidung, sarung tangan, semah arah angin dan sentiasa waspada. Cuci sehingga bersih HPS dan komponennya setiap kali digunakan. Bagi semburan air baja pula, pastikan mengunakan bekas air baja yang telah dicuci daripada kesan racun dan selamat untuk digunakan. Pada masa ini penggunaan bahan baja foliar cecair (baja semburan) sudah menjadi trend atau keyakinan kepada ramai petani kerana penghasilan dan peningkatan kualiti semakin meningkat dengan kaedah penggunaan yang betul.


Antara model yang penulis blog dahulu pernah beli adalah jenama "Gasoline Engine Power with Sprayer Honda Engine". Alat HPS ini mudah dicari dikedai-kedai alatan pertanian dan HPS ini juga menggunakan injin HONDA yang tahan, jimat minyak dan mudah diselenggara. Harga ditawarkan selitar RM 1,200 - RM 1,800 bergantung kepada model dan kapasiti pam air serta alatan komponen tambahan yang ada. Dari segi spesifikasinya,  HPS jenis ini memang ada menyediakan hos penyembur sepanjang 50 meter (150 kaki) dengan dihujungnya terdapat 'spray gun'. Kapasiti output semburan adalah 15 - 25 Liter seminit dengan tahap kelajuaan (speed) diantara 800-1,000 rpm. Kekuatan pada tekanan pam air adalah  2.0 ~ 3.5 Mpa dengan jarak jauh pancutan sejauh 10 meter (30 kaki) sama ada kesisi atau keatas. Model injin Honda adalah jenis 168F dengan jumlah kuasakuda sebanyak  3.1 kw mudah digunakan. Kelajuan tahap injin adalah pada kadar kelajuan 3,600 rpm dan menggunakan minyak petrol dan merupakan jenis injin 4 lejang yang signifikan. Keseluruhan ukuran dimensi HPS model ini adalah 1,410 cm× 320 cm × 460 cm dengan berat keseluruhan seberat 29 kg.  Pada penulis blog memang ada mengesyorkan alatan HPS model ini sangat sesuai dibeli untuk petani penanam sayur yang mengusahakan tanaman sayuran komersil dan pemilik dudun buah-buahan. Pihak kerakaan juga sebenarnya mempunyai pelbagai Insentif permodenan pengamalan pertanian petani komersil dengan memberikan bantuan dari beberapa Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agri technology kali in. Wasallam!....

PAM AIR HPS... KUAT SEMBURANNYA...
PELBAGAI SPESIFIKASI..IKUT PERLUNYA...
MENYEMBUR AIR...JAUH TEKANANNYA..
PIHAK KERAJAAN...BERI BANTUANNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Agriculture Stations,
Room 806, Hotel Concorde,
Shah Alam, Selangor
Malaysia
(28 JamadilAkhir 1434H)
Diedit semula pada 28 Oktober 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...