TANAMAN DURIAN BELANDA (Annonna muricata) dari famili Sapindaceae merupakan sejenis buah tropika yang kini telah dikomersilkan apabila terdapat harga pasaran amat baik dimana telah wujud teknologi pengurusan tanaman yang sesuai. Pokok durian belanda atau Soursop (English) atau Sirsak (Indonesia) kini sudah mendapat perhatian ramai petani dan usahawan setelah ia didakwa mampu untuk ia memberikan pulangan baik. Khasiat buah durian belanda yang dikaitkan dengan kemampuannya melawan masaalah kanser menyababkan buah ini dijual dengan harga tinggi sama ada dalam bentuk buah segar, jus durian belanda atau pun produk lain berasaskan durian belanda. Terkini walau pun telah tercipta alat inovasi 'Muricata Shaker' yang banyak membantu peratus pendengungaan lebih lengkap dan tinggi peratus kejayaannya menyebabkan buah durian belanda semakin dikomersilkan. Harga ladang buah segar durian belanda dijual diantara RM10 - RM20 sekilogram bergantung kepada kualiti dan kuantiti serta luang pasaran. Saya ada menulis banyak artikel mengenai buah durian belanda yang boleh diakses dengan menaip pada google 'anim agro durian belanda' dimana beberapa tajuk artikel boleh dirujuk bila-bila masa. Terdapat banyak persoalan yang diutarakan kepada penulis blog mengenai masaalah tanaman durian belanda. Persoalan pertama adalah kenapa pokok banyak bunga akan tetapi yang menjadi buah hanya sedikit sahaja dan persoalan kedua adalah kenapa pokok durian belanda baru beajar berbuah kemudian pokoknya mati. Terkini mendapat soalan cepumas dari rakan saya dari Keningau Dato Yap yang tunjukkan foto saiz buah durian belanda yang besar dan elok bentuknya. Beliau tanya saya bagaimana buah dari rakannya ini boleh begitu besar dan dikelaskan dalam gred premium. Artikel ini cuba menjelaskan mengenai satu teknologi yang belum pernah saya baca dan jumpa sebelum iini. Artikel kali ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya paparkan bagaimana penggunaan inovasi cahaya dengan lampu limpah dikawasan kebun durian belanda menjadikan banyak buah besar, manis dan menjadi gred premiium.
Pokok durian belanda mampu hidup lebih daripada 20 tahun jika dijaga dengan baik dan diberikan baja dan air mencukupi. Asas tanaman adalah benih berkualiti dimana sebaiknya benih yang telah cukup umur ditanam dalam lubang dengan jarak 4m × 4 m atau 4×5 m atau 5×5 m bergantung pada keadaan kebun dan darjah kecerunan tanah. Penanaman sebaiknya dilakukan diawal musim hujan dimana benih dalam polibeg dikeluarkan dan ditanam di tengah-tengah lubang tanam, dikambus dan seterusnya dipadatkan kemudian disiram hingga cukup basah. Penjagaan tanaman durian belanda meliputi kerja menyulam, pasang sistem pengairan, pembajaan, aktiviti pemangkasan, kebersihan kebun dan kawalan serangga serta penyakit diladang. Penyulaman pokok bertujuan untuk mencukupkan tanaman agar anakbenih yang mati setelah ditanam atau pertumbuhannya kurang sempurna maka perlu melakukan sulaman iaitu sampai 6 minggu setelah masa menanam. Pengairan adalah penting dari peringkat awal menanam dengan aktiviti menyiram dilakukan minima 2 hari sekali terutama apabila tidak ada hujan sehingga keadaan tanah di sekitar tanaman menjadi lembab. Pembajaan dilakukan dengan memberikan baja dengan kadar yang mencukupi. Pemberian baja sebatian NPK kali pertama adalah berupa NPK dengan kadar 1.0 kg sepokok dengan cara iaitu dicampurkan pada media tanam. Kemudian apabila pokok berumur 4 - 8 bulan setelah ditanam diberikan kadar sama dengan dengan menabur disekeliling pokok iaitu sekitar 30 cm dari pangkal pokok. Selepas membaja juga disyorkan menutup tanah dan disiram dengan air. Bagaimana pun baja organik fishmeal, chitosan dan baja foliar sangat membantu didalam menentukan kesuburan tanaman.
Bunga durian belanda mempunyai masaalah pendebungaan yang agak serius terutama jika ditanam dikawasan yang sentiasa lembab, kurang tiupan angin, pokok kurang subur, jumlah pokok sedikit, jarak tanaman berjauhan atau pun kekurangan serangga agen-agen pendebunga. Bunga durian belanda (Sila lihat foto sebelah) merupakan bunga yang mempunyai kelopak berwarna hijau muda dengan stigma dan anthers berada didalamnya. Dalam beberapa rujukkan yang saya buat, terdapat beberapa fasa kematangan bunga durian belanda yang berbeza-beza antara jenis Bunga Betina (stigma) dan jenis Bunga Jantan (menghasilkan debunga). Masa matang atau kesediaan stigma durian belanda beberapa varieti tempatan didapati terbuka untuk menerima debunga lazimnya pada waktu petang sekitar jam 3.00 - 5.00 petang (waktu paling reseptif). Waktu awal pagi atau lewat petang juga ada beberapa kuntuk bunga dalam pokok yang sama atau varieti lain terbuka dan sesuai menerima debunga. Bagaimana pun masa kematangan debunga (pollen) pada anthers didapati banyak berlaku pada lewat petang atau malam hari (sekitar jam 8.00 - 9.00 malam) dimana ianya boleh gugur dan jatuh kepada stigma. Umumnya semut, kerengga, rama-rama dan agen pendebunga lain adalah kurang aktif pada malam hari. Terkini teknologi mengoncangkan pokok durian belanda diwaktu malam diantara jam 7.30 - 3.00 pagi dipercayai mampu menggandakan peratus kejayaan pendebungaan pokok durian belanda. Alat seperti 'Muricata shaker' sesuai digunakan didalam membuat kerja pendebungaan ini.
Penulis blog bagaimana pun kali ini lebih tertarik dengan dakwaan oleh Datok Yap dimana rakannya menanam pokok durian belanda dan dipasang lampu (termasuk lampu limpah - spotlght) dikebunnya (Sila lihat foto disebelah) iaitu pada malam hari. Walau pun idea ini 'gila' tetapi rakannya itu percaya dengan memasang banyak mentol lampu (sama dengan teknologi menanam bunga) di Cameroon Highland yang pasang lampu dimalam hari mampu memberikan proses FOTOSINTESIS berlanjutan sehingga malam. Pokok durian belanda yang dtanam dikebun rakannyya tersebut ada yang tidak dipasang dengan lampu pada malah hari. Lampu ini dipasang dengan kawalan menggunakan 'Automatic Timer' dimana ia akan hidup bermula jam 7.00 malam sehingga mati sendiri sekitar jam 10.00 malam (pemanjangan sekitar 3 jam). Lampu ini menyukuh pokok durian belanda dengan terang dimana idea ini datang apabila melihat pokok bunha yang perlukan 'long day light' dipasang lampu untuk menghasilkan bunga yang dikehendakki. Setakat ini memang belum ada kajian atau laporan jurnal mengenai teknologi ini yang penulis dapat baca untuk tanaman durian belanda. Bagaimana pun telnologi ini adadigunakan untuk penghasilan benih bunga chrysanthemum di Ipoh Perak yang saya sudah lawati (Sila klik disini). Terdapat perbezaan nyata diantara pokok yang dipasang lampu dengan pokok yang tidak dipasang lampu. Paling ketara adalah bunga dan buahnya yang memang lebih banyak dan besar.
Penggunaan lampu limpah dikebun durian belanda merupakan satu percubaan berani petani ini (Sila lihat foto disebelah).Apa pun program pembajaan dan pengairan amat dititik beratkan oleh ladang ini dimana baja diberikan dari jenis baja organik, baja cecair fishmeal, baja foliar dan beberapa jenis baja asas yang penting. Walau pun kos pemasangan lampu limpah dikebun ini agak tinggi selain (RM12,000/plot) daripada kos bill eletrik yang juga mencecah RM6,000 sebulan akan tetapi jika dibandingkan dengan hasil buah dari gred premium yang diperolehi masih sangat menguntungkan. Sebaiknya pilih mentol lampu yang mana cahaya diterima daun dan mampu melakukan proses fotosintesis. Pemasangan lampu ini juga dibahagian bawah nya diletangkan tong drum dibelah dua yang diisikan dengan minyak dan air. Serangga perosak yang aktif diwaktu malam akan bermain dengan lampu ini dan ia akan jatuh kebawah lalu masuk didalam minyak dan kemudiannya mati. Kaedah ini adalah kawalan biologi semulajadi yang berkesan. Buah yang dihasilkan lebih besar dan mempunyai bentuk padat serta kurang kerosakkan. Kemungkinan kajian saintifik mengenai perkara inovasi cahaya ini boleh dilakukan pihak tertentu sehingga teknologi ini iboleh dikembangkan kepada penanam durian belanda yang lain. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DIKOMERSILKAN... TANAM DI MERATA...
PASANG LAMPU MALAM...SATU USAHA...
KAJIAN LANJUT... PERLU DIUJICUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Safar 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.